BAB 34

Romance Series 20766

Usai menunaikan solat subuh, aku menuju ke katil lalu aku labuhkan punggung disebelah Danny. Danny yang sedang tidur aku biarkan. Aku hanya memandang wajahnya sekilas. Kata-katanya tadi masih lagi bermain di fikiranku. Aku tak tahu kenapa dia berkata sebegitu.

Aku melepaskan keluhan sebelum rambut perangnya aku usap perlahan. wajahnya aku tatap penuh kasih dan cinta.

"Awak..." perlahan suaraku memanggilnya. Aku tak tahu kenapa hati aku masih lagi rasa sebak. Hati aku sarat dengan perasaan yang aku tak boleh aku jelaskan terhadapnya.

Apabila tubuhnya bergerak sedikit aku meneruskan dengan menggoncangkan badannya.

"Awak...bangun. Solat subuh dulu. Lepas solat awak nak tidur, tidur lah,"

Danny membuka matanya. Dari cahaya lampu bilik aku nampak anak matanya bergerak-gerak seperti mencari sesuatu.

"Cari apa?"

"Cari tangan." Terus aku rasa ada sesuatu menggenggam tanganku. Tanganku yang digenggam dia bawa ke bibirnya. Hangat kucupan yang diberikan.

"Thank you again..." bibirnya menguntumkan senyuman. Hati yang tadinya rasa sebak kini bertukar dengan perasaan malu.

"Dah lah... solat dulu." Aku melepaskan tanganku dari genggamannya lalu aku bangun menuju kearah wardrobe.

Aku dengar pintu bilik air sudah pun tertutup. Maknanya Danny dah masuk ke dalam bilik air. Bunyi pancuran air pun mula kedengaran. Tangan kini lincah mencari baju untuk Danny.

Baru sahaja aku ingin mengambil baju untuk Danny pakai, kini tanganku terhenti. Aku nampak surat putih di antara baju terselit. Aku pantas mengambil surat itu. Baru sahaja ingin membuka kertas putih itu, pintu bilik air pula terbuka. Aku cepat-cepat menyorokkan surat itu kedalam poket seluar.

Danny memeluk tubuhku dari belakang. Diletak kepalanya diatas bahuku. Rambutnya yang basah kini menutupi dahinya.

"Tak reti nak lap rambut ke? hmm..." Tangan aku pantas mencapai tuala kecil yang terlipat lalu aku pusingkan badan untuk menghadap Danny. Tangan aku lincah mengeringkan rambutnya.

"Tak reti.. sebab tak reti ni lah kena ada orang tolong..." Danny mengukir senyumannya. Tangannya mula bergerak memeluk pinggangku. Aku angkat muka lalu hidungku berlaga dengan hidungnya.

"Awak..."

"Hmm..."

"Awak ada simpan rahsia dari saya ke?"

Danny terus menjarakkan badannya dariku. tuala yang aku sedang mengelap rambutnya tadi pun dihentikan.

"Kenapa tanya macam tu?" matanya yang tadinya seperti seakan lembut sahaja pandangannya, kini berubah. Tatapan yang dingin.

"Tak... saya cuma tertanya sesuatu tentang awak."

"Kan aku dah cakap. Buat masa ni jangan tanya apa-apa dulu." Tangannya mula menggenggam tanganku. Aku hanya menundukkan sahaja kepala.

"Awak..." Aku memanggilnya perlahan. Kepala masih tertunduk.

"Dont ask anything, please..."

Aku menggeleng perlahan. Bukan itu tujuan aku.

"Saya cuma nak awak ubahlah panggilan aku, kau tu. Saya rasa macam kita ni tengah gaduh lagi. Kitakan dah okey...kita pakai lah abang or sayang ke.."

Danny diam dan tiba-tiba bibirnya terus tersenyum.

"Aku lagi selesa macam ni... tapi,kalau kau nak aku ubah. aku okey... but, try dulu, okey?"

Aku angguk perlahan lalu aku mendekatkan jarak antara aku dan Danny lalu aku memeluknya. Danny membalas pelukanku juga.

"Saya sayang awak... jujur saya katakan yang sebenarnya saya cintakan awak."

Aku tak tahu apa yang dah rasuk aku sehinggakan aku berani berkata sebegitu. Seorang wanita meluahkan perasaannya terhadap lelaki. Biarlah... lagipun danny halal untuk aku. Memang itu yang aku patut lakukan sejak dari awal perkahwinan.

"Tahu..." Danny membalas.

Aku...
Kecewa...
Hanya itu sahaja? tiada balasan kata-kata cinta untuk aku?

"Nak aku confess tentang sesuatu tak?"

"Janganlah pakai 'aku' cik abang oiii... Pakailah saya... sekurang-kurangnya tak adalah kasar sangat." Aku memuncungkan bibir.

"Tak nak. Aku lagi sanggup pakai ayat abang bagai tu. okey... abang... eii! tak sesuainya. Lidah aku ada masalah lah."

Aku terus tergelak. biasa kalau tengok drama. Lelaki paksa perempuan panggil si lelaki cik abang. Ni terbalik... aku yang paksa dia suruh panggil diri dia tu abang.

"Pakai jelah dulu panggilan tu." Suara aku seakan berjauh hati. macam mana aku tak berjauh hati. pakai ayat tu pun susah. "Dahlah...sambung confess awak tu."

Danny tersenyum. Kalini senyumannya membuatkan hati aku bergetar.

"Nanti lah dulu. bagi 'abang' bersiap dulu." Danny mengetepikan tubuhku lalu baju diambil.

"Anis..."

"hmm..." Aku menyahut.

"Kau ada nampak surat putih yang aku selit dekat sini?"

Aku teguk air liur.

"Surat putih? surat apa tu?"

"Tak ada apalah... Dah bersiap. Kita pergi jalan-jalan harini."

Aku senyum. "Boleh tak kita pergi dating macam haritu? Kita makan benda manis-manis macam dulu..."

Danny angguk perlahan. Aku menjerit kegembiraan.

"Anis dah solat?"

aku angguk perlahan.

"Kenapa tak tunggu?"

Aku garu kepala yang tidak gatal. Aduh, aku pun tak pernah terpikir nak berjemaah dengan dia. Dulu pernahlah. tapi, sekali sahaja.

"Lupa... sorry."

"Promise me, lain kali berjemaah okey?"

Aku angguk lagi dan kalini satu kucupan dihadiahkan ke pipiku.

"Good girl..."

I know I can treat you better than he can
And any girl like you deserves a gentleman
Tell me why are we wasting time
On all your wasted crying
When you should be with me instead
I know I can treat you better
Better than he can...

Itu lagu yang baru je aku bukak dari whatsapp. Hazieq yang hantar. Aku fikir dia bagi benda ni untuk parodi ataupun apa-apa. Tapi, bila aku dengar betul-betul lagu ni rasa lain macam lah pulak.

"Kau dengar apa tu?" tanya Danny setelah masuk  ke dalam kereta. Harini kami keluar untuk membeli barang di giant.

"Tak... cuma dengar lagu yang haz hantar dekat whatsapp." Aku berkata jujur. malas mahu menipu. Lagipun kalau aku menipu dapat ubah apa-apa ke?

"Oh... dia macam mana sekarang? okey ke? Dia dapatkan rawatan dengan doktor george kan?"

"Rasanya okay je kot. Eh, dahlah tu. Jom kita pergi giant. Lepastu pergi secret recipe. Nak beli kek lah..." Aku kerdipkan mata berkali-kali.

Danny menggeleng perlahan. Pipi aku dijadikan mangsa cubitnya.

"Aduh! sakitlah awak!" Aku menggosok pipiku yang baru sahaja dicubit oleh Danny. Berbisa betul tangan dia.

"Alololo...sakit eh. Meh sini orang ubatkan sakit dia.." Danny datang rapat kearahku.

"Awak doktor ke?"

"Tak...tapi, aku cuba untuk jadi doktor untuk kau." Perlahan Danny melabuhkan bibirnya ditepi pipiku tempat yang dicubitnya tadi. Kini bibir aku mengukirkan senyuman kerana perubahan danny yang makin lama menjadi seorang yang penyayang.

"Still sakit lagi?"

"Em... boleh lah." Aku membuang pandangan kearah luar tingkap kereta. Bibir aku kembali dengan senyuman. Aku perasan yang danny ikut senyum.

Seraya itu audi Q7 keluar dari perkarangan rumah. Memulakan perjalanan ke destinasi.

masih lagi dalam pengolahan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience