aku tolak pintu bilik perlahan. kepala aku serabut sekarang ni. kelibat danny langsung tiada. mata aku melilau mencari danny. pintu bilik air tiba-tiba terbuka. danny hanya memakai tuala paras pinggang.
ya allah dia ni... selamba badak je pakai macam tu.
aku duduk di birai katil. tudung bawal yang dipinkan aku buka lalu aku gantungkan pada hanger dan terus aku letakkan dalam almari.
"tadi abah cakap pasal apa?" aku merebahkan tubuh aku diatas katil.
aku tak tahu. sekarang aku buntu. kenapa aku yang kena?
"tak de apalah." aku mengambil bantal lalu menekup muka. danny mengangkat bantal dari muka aku. mukanya jelas ingin tahu.
"hey! ceritalah. aku nak tau jugak." dia duduk sebelah aku. aku dengan pantasnya mengiring ke kanan membelakangkan danny. malas nak layan dengan otak yang serabut sekarang ni.
"kenapa kau tak nak cerita. cerita je lah. malas betul eyh kau nak bukak mulut." aku mencebikkan bibir. bukannya malas nak cerita. tapi,kalu cerita buat sakit hati aku bertambah-tambah adalah.
"tanyalah bibir saya. kenapa bibir saya tak nak bercerita." kata aku selamba sambil menutup mata.
danny merengus. dia memusingkan badanku menghadapnya. aku yang terkejut terus kejung macam ais.
"eii, ada jugak aku cium bibir ni ." dia meletakkan ibu jarinya dibibirku.
"berani ciumlah. ada yang tak tidur sebilik malam ni." aku mengugut.
"eeh, nak tidur sebilik ke? aku ingat kita dah boleh tidur bilik masing-masing." danny tersengih. aku menepuk dahi. aku lupa lah. ni bukan rumah mak mentua aku. anis...anis...mahu dia cop aku gatal.
"ha, dahtu kenapa masuk bilik saya?" aku cuba berdalih untuk menghilangkan rasa malu.
"alah...bilik aku tu seram lah. aku duduk bilik kau jelah lepasni. lagipun bukannya dosa pun kalau aku nak duduk sebilik dengan kau." dia bangun lalu mengambil baju dari dalam beg.
"eii,gedik betul. memang suka duduk berdua-duaan dengan saya ey?" aku mengangkat kening berkali-kali.
"haah. kenapa pun. lagi aku suka bila duduk rapat-rapat dengan kau." dia memakai baju lalu memusingkan badannya menghadap aku. kaki dia terus menuju kearahku. danny duduk rapat disebelahku sambil memalingkan mukanya menghadapku.
terasa hembusan nafas hangatnya menampar pipiku dan sekali lagi. jantungku berdetak laju.
"gedik!" aku gelak seketika. hilang rasa stress dengan hidup aku sekarang. danny memandang aku lalu tersenyum. aku tak tahu kenapa hati aku berdebar sangat tengok dia senyum macam tu.
_____
"datin azmah tu menghidap kemurungan. itu yang doktor katakan. dia tak mau makan ubat langsung. tapi, lepas dia dengar nama anis. terus dia nak makan ubat." abah mengeluh sekejap.
"apa kena mengena dengan anis pulak?"
"dia murung, kemungkinan sebab dia rasa bersalah dekat anis. dia tuduh diri dia yang bunuh mama."
aku tersenyum sinis. baru tahu rupanya. memang punca dia jugak. huh.
"ha, baguslah. sedar pun diri. memang dia yang bunuh mama." aku tidak memandang langsung muka abah. aku tahu dia sedang marah. memanglah datin azmah bukan bunuh mama. tali,bagi aku perbuatan keluarga anak dia tu memnag aku takkan maafkan. sebab anak dia jugak mama mati.
"penat dato hamzah tu pujuk isteri dia. jadi abah cadangkan dekat dato hamzah tu yang kamu akan jaga datin azmah. untuk dua minggi sebab dato hamzah kena outstation pergi america." terus aku memandang kearah abah.
"apa abah merepek ni?!" dengan secara tidak sengaja aku meninggikan suara terhadap abah.
"abah nak kamu jaga datin azmah. sekejap je. untuk dua minggu je. abah merayu sangat. kakau anis nak suruh abah melutut dekat anis. abah buat." abah sudah bangun ingin melutut keladaku. aku dengan cepat menghalang.
"okay fine! anis jaga. but only two weeks. thats all." aku terus bangun lalu memanjat tangga.
"anis!" danny melaung namaku lalu aku tersedar dari lamunan.
"jom keluar. harini rasa nak makan milo ais kepal la." danny menarik aku. haih, baru je sampai rumah dah ajak keluar.
"alah... baru nak rehat." aku memuncungkan bibir.
"dating kejap je kut." dia mengambil kunci keretanya.
"aku turun pergi bagitahu abah lepastu start enjin. only 5 minute. aku bagi masa kau bersiap." danny terus keluar meninggalkan aku keseorangan dalam bilik. aku tergeleng. dalam rasa malas tu aku rasa gembira dengan keadaan sekarang.
ting!
handphone samsungku berbunyi. aku mengambil di atas meja. danny whatsapp aku.
'cepat! jangan termenung.'
aku tersenyum lalu aku bangun mengambil tudung yang baru aku buka tadi handbag yang bergantung di pintu bilik aku ambil.
Share this novel