BAB 2

Romance Series 20760

Tiga bulan berlalu...

aku berjalan menuju kearah kedai yang terdekat. kering tekak aku selepas berjalan-jalan di shopping mall. ini semua mencari barang untuk menghias bilik aku.

mata melilau mencari kedai yang terdekat. mata aku tertancap pada kedai kecil dihujung. aku bergegas ke situ. dari jauh aku nampak air.

"bang...berapa?" aku tanya air yang sudah siap di dalam cup yang agak besar.

"dua ringgit dik..." kata abang itu. aku pula cepat-cepat menghulur not sepuluh ringgit. dah tiada duit kecik dah. harini shopping. jadi semua bawak duit besar-besar dengan card credit. takkan nak bagi abang ni card credit pulak.

"alahai dik. tiada duit kecik ke? abang tiada duit kecik. semua orang harini guna not lima puluh ringgit." aku menggeleng laju. memang tiadalah abang oiii, saya harini bawak duit besar. duit aduh, sudahlah tekak aku haus.

"ambik je bang...tak yah bagi baki."aku hulurkan not lima puluh ringgit itu tapi abang itu tolak juga. aduhai, bertambah haus bila bertekak dengan abang ni lah.

"nah." seorang lelaki menghulurkan not sepuluh ringgit.

"aku makan mee bandung. lagi satu bungkus. baki lagi dalam dua ringgit tu aku bayarkan untuk dia." abang itu terus mengambil sambil tersenyum. mengangkat tangan memberi isyarat 'ok'

"lega?" dia bertanya setelah aku minum air itu. aku angguk perlahan lalu tersenyum. tekak ini sudah pun basah dengan air. aku terhutang budi dengan lelaki dihadapan ini.

lelaki ini aku tilik. tinggi lampai seperti model. wajahnya bersih, putih pula tu. matanya sepet sedikit. anak matanya berwarna coklat cair menarik perhatian aku. rambutnya coklat keperangan yang jatuh di dahi ditiup perlahan oleh angin. puas aku tilik lelaki dihadapan aku ini sehinggalah matanya bertembung dengan mataku.

"terima kasih sangat-sangat." kataku sambil cuba mengawal riak wajah yang kian berubah. dia hnya mengangkat kening sambil bi irnya mengukirkan senyuman. tangannya diseluk kedalam kedua poket seluarnya.

"oh, lupa nak kenalkan diri. hai, saya nur anis syafiqah. just panggil saya anis je. awak?" aku senyum manis.

" erm, panggil je aku danny." aku angguk perlahan. danny... okaylah nama tu.

"okeylah aku nak balik. kalau ada jodoh kita jumpa lagi." aku terkedu dengan ayat dia tanpa berlengah lagi dia terus berlalu pergi meninggalkan aku.

what the? jodoh? hahaha. maaf danny,saya takde jodoh dengan awak. sebab saya nak kahwin dah.

aku hantar pemergiannya dengan mataku. sehinggalah mata aku tertancap pada seseorang yang amat aku kenali. aku cuba berfikiran positif. tapi, apakan daya. positif aku telah hilang apabila mata aku melihat adegan berpelukan itu. aku menggeleng kepala perlahan. kereta yang aku tuju sekarang. sakit kepala sahaja memikirkan tentang tadi.

mungkin orang lain... bukan dia.

_____

penatnya ya allah. tak terkata. tapi disebabkan hari perkahwinan aku makin dekat aku pun join menyibukkan diri. semuaorang halang aku buat kerja. tapi, aku dengan bangganya bercakap. aku ni walaupun pengantin kenalah keluarkan tenaga jugak.

"anis..." sapa seseorang. aku memusingkan badan aku. sabun yang penuh ditangan aku terus basuh. pinggan aku letak tepi.

pada mulanya, kami ingin mengambil catering sahaja. tapi, disebabkan mama ingin memeriahkan suasana dengan memanggil jiran dan saudara untuk menolong. aku hanya ikutkan sahaja.

"lah...hazieq. buat apa kat sini?" aku mengesat peluh yang mula mengalir di dahi dengan lengan baju. ha, bakal pengantin dah kepenatan dah ni.

"haz ingat nak bincang dengan anis." wajahnya kelihatan serius. aku memandang tangannya seperti menggenggam sesuatu.

"haz nak bincang apa...mmm, kalau boleh cakap je lah kat sini. lagipun banyak lagi kerja yang anis nak kena buat."

"apa yang haz nak bincangkan ni penting. tak boleh cakap dekat sini. kita bincang kat tempat tertutup sikit please... important."

aku mengangguk perlahan. dalam hati tak tahu kenapa rasa berdebar sangat.aku hanya mengikut langkah hazieq yang kian menjauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience