"meh aku suapkan." danny datang sambil membawa sepotong kek lalu duduk disebelah aku. aku melihat kek yang dibawa oleh danny. aduh, strawberi. macam mana ni?
"anis, haz ada belikan kek oreo kegemaran anis." hazieq datang juga membawa dua potong kek oreo chips kegemaran aku. mahu saja melompat disitu. aku menoleh kearah danny. mukanya masam sahaja seperti asam keping.
"er, takpelah. nanti anis makan." aku menolak dengan lembut. takkanlah nak tolak macam tu je kan. kang dikata apa pulak.
"alah, haz tahu yang anis tak suka strawberi. nanti kang dapat alergic pulak."haz sudah menyuakan piring kepadaku. aku menelan air liur. bau kek oreo chips ini sungguh memikat hati.
"aku pergi sana dululah." suara danny berubah dingin. aku lihat dia terus bangun. aku dengan secepat mungkin menghalangnya.
"alooo, nak makan kek tu. macam sedap je." aku cuba memujuknya.
"mana boleh, kau kan tak suka." danny aku lihat muka dia memang masam. semasam...erm...semasam. entah!yang penting sungguh masam!
aku memuncungkan bibirku. sungguh, terasa dengan apa yang dia buat untuk kali kedua. dah lah semalam lancarkan perang dingin. takkan nak buat lagi kut.
"suka lah! eiii! cepat." aku menarik danny sehingga dia terduduk semula.
"nah." dia hanya menghulur pinggan itu dihadapanku.
"suaplah! tadi janji nak suap. cepat. aaa..." aku membuka mulut. tunggu kek itu masuk ke dalam mulut.
"bismillah..." dia menyuakan sedikit kek strawberi itu.
"ya allah! sedapnya. mana beli?" aku berpura-pura menjerit. selepas itu aku lihat dia tersenyum lebar, manakala hazieq pula mukanya sudah berubah.
"beli kat kedai depan tu. dekat situ je nampak kek strawberi paling sedap." dia khusyuk bercerita sambil menyuap kek itu kedalam mulut aku. tekak aku sudah loya menahan bau strawberi ini. aku tahan. danny menyuap sehingga habis kek itu.
"comotnya!" dia mengelap hujung bibirku menggunakan jarinya. aku sendiri terkelu dengan perbuatan dia.
*****
aku balik dengan danny. abah kata dia masih ada kerja hendak dilakukan. dia menyuruh aku dan danny pulang dahulu.
danny mengajak aku masuk kebiliknya. saat aku masuk, bau kegemaran aku iaitu lemon fresh semerbak di ruangan bilik ini.
"meh sini" dia menggamit tanganku. ada sebuh kain yang menutup barang itu lantas, ditarik eh danny.
"subhanallah! cantiknya!" aku memuji. sumpah cantik. ey? ini bukan gambar yang ada dekat bilik haritu ke?
"this is my present for you..."dia bisik kedalam telinga ku. aku tersenyum. "aku yang lukiskan siang malam tahu. penat! haritu tak sangka kau balik rumah. aku memang nak suprisekan kau. tapi, kau boleh pulak tengok lukisan tu. eii, nasib separuh je yang kau tengok. belum sepenuhnya."
"thanks...for everything." aku menggenggam tangannya dengan kuat sambil tersenyum.
"welcome...tapi, sebagai balasannya kau kena cium aku dulu."
pipi aku terus merah. gila. mintak dicium pulak. memang taknak lah.
"alah, cium pipi pun takpe."dia menyuakan pipinya. aku menggigit bibit. alah, anis. cium pipi dia aje. bukannya cium mulut dia.
aku kuatkan kata hati aku untuk mencium pipinya. aku menjengket sedikit untuk mencium pipinya.
aku terkelu! terdiam seribu bahasa. bukan pipinya aku cium. aku tercium bibirnya. ahhhh!!! kau ni memang lah anis. lama pulak aku cium bibir dia. bila aku ingin menjauhkan bibir aku dengan dia. danny dengan pantas menghalang kepala aku dari begerak.
Share this novel