BAB 3

Romance Series 20760

aku jatuh terjelopok di atas permaidani. perlahan-lahan aku menarik nafas mencari oksigen.

ternyata apa yang dikatakan oleh hazieq bukanlah mainan. aku sangka kata-katanya hanyalah sekadar gurauan pada mulanya. jadi aku biarkan sahaja. tapi sampai disaat hari kami ingin disatukan, ianya memang berlaku. dia tiada! semua orang mencarinya termasuklah keluarganya. kehilangannya tiada siapa yang tahu.

semua tetamu berkerumun kearah aku. air mata? tiada satu pun yang menitik mahupun keluar. aku tidak tahu kenapa mata aku tidak mahu menangis. mungkin aku tidak patut menangis pada orang yang tidak sepatutnya.

"kak...apa kita nak buat ni kak? takkan lah kita nak kena batalkan je pernikahan ni?" aku dengar mama bertanya pada datin azmah. datin azmah pula sudah terduduk.

"akak dah tak tahu nak buat apa. sepatutnya sekarang ni diorang dah dinikahkan. tok kadi kata dia tak boleh lambat ada pernikahan lain jugak." aku lihat mama berpusing-pusing sambil mengurut dahinya. nampak raut wajah mama yang risau.

"kak...maafkan saya kak. ini semua salah saya. kalau saya dengar cakap hazieq mesti semua benda ni takkan jadi. maafkan saya kak." tiba-tiba aku lihat datin azmah melutut dihadapan mama. mama terus menggapai tubuh datin azmah.

"maafkan saya kak..."kedengaran suaranya begitu sayu sekali dan kesal.

"mah...baik awak cerita jelah dekat awien. pasal anak kita tu. saya dah tak sanggup nak simpan rahsia. saya rasa berdosa sangat." Dato' hamzah lee, ayah kepada hazieq meraup mukanya.

"apa dia azmah? cerita je...akak tak marah." aku dengar mama berkata dengan lembut. bibir aku terus mencemik. dalam keadaan begini pun mama masih lagi berbaik. sepatutnya mama marah dia. dahlah simpan rahsia awal lagi lepastu tak nak bagitahu. aku tak suka jadi kambimg hitam ni.

aku tersenyum sinis. maknanya mata aku betul. huh, hazieq woo...aku benci kau! kau tipu aku. kau memang sengaja nak bagi aku malu.

"sebenarnya kak...hazieq tu dah ada pilihan sendiri. dia memang dah bawak pilihan dia jumpa saya sendiri. tapi, saya yang tolak mentah-mentah sebab saya nak kahwinkan hazieq dengan anak akak."

"yelah sebab kita pernah cakap yang kita akan kahwinkan anak-anak kita sama-sama. bila saya bagitahu hazieq, dia terus cakap yang saya akan menyesal bila buat macam tu. pada mulanya saya biarkan aje. sebab saya tahu dia mesti takkan melawan dan dia mesti punya ikut cakap saya." datin azmah berhenti seketika. air matanya muka berlinang di tubir mata.

"saya tak expect yang akan jadi betul-betul. sumpah saya rasa bersalah. saya mintak ampun kak. saya tahu nanti akak dapat malu. tolong kak. saya pun tak tahu nak buat macam mana sekarang ni." aku pandang riak wajah datin azmah. aku jadi pelik dengan riak wajah itu. ada sesuatu yang tak kena.

terus mama mengalirkan air matanya. aku yang melihat terus aku gagahkan diri bangun dan menggapai mama. aku peluk mama kuat. mama yang menangis aku usap kepalanya. hati aku sudah remuk. hancur. aku tidak tahu apalagi yang harus aku lakukan.

aku lihat mama menangis membuatkan aku bertekad untuk membalas dendam. hati aku makin berapi ditambah pula dengan cucukan syaitan membuatkan hati aku memang tekad untuk membalas dendam terhadap hazieq.

mama mengangkat muka lalu mengusap muka aku. matanya memandang tepat kedalam anak mataku seperti berkata sesuatu. aku cuba mencari jawapan disebalik anak matanya.

"mama!" aku menjerit tatkala tubuh mama jatuh dari pegangan aku. wajahnya amat lesu dan tidak bermaya. aku jadi risau dan takut.

"tolong bawak mama pergi hospital. tolong..." kali ini air mata aku keluar. keluar hanya kerana mama. bukan untuk jantan keparat tak guna tu.
tubuh mama dicempung oleh abah. aku mengikut dari belakang. semua tetamu yang berada di banglo itu aku biarkan. biarlah apa orang hendak mengata. asalkan mama selamat.

"maafkan saya...saya tak dapat selamatkan puan awien. maafkan saya." doktor naim itu terus berlalu pergi meninggalkan aku dan abah. abah sudah menahan rasa di hatinya manakala aku pula sudah meraung seperti anak kecil. ya allah! astaghfirullah! innalillah... dari dia kita datang kepada dia kita kembali.

"sabar anis...sabar." abah cuba menenangkan aku. aku terus berlari kearah tangga kecemasan. aku tahu dekat situ memang sunyi. aku ingin duduk disitu.

aku perlahan-lahan duduk ditangga. baju pengantin yang aku rasa sudah tiada serinya lagi aku biarkan. sewaktu aku sampai di hospital semua memandang kearah aku yang memakai baju berwarna putih ini. mungkin pelik.

aku menekup muka. sarat kepala aku memikir tentang kehidupan aku yang baru kehilangan orang yang tersayang. apabila aou teringat kembali, aku menangis semula.

tiba-tiba badan aku rasa seperti ditarik. aku menangis sepuas-puasnya. aku rasa diri aku berada di dalam pelukan seseorang. hangat. pada mulanya, aku biarkan. tapi, bila aku fikir ini adalah tempat awam. aku terus buka mata untuk melihat. manalah tahu ada yang mahu mengambil kesempatan.

"awak!" aku memanggil dia lalu dia tersenyum sedih.

"macam mana awak ada dekat sini?" aku bertanya. air mata aku lap. aku rasa muka aku bertambah buruk sebab mekap yang aku pakai tadi sudah pun hancur akibat tangisan aku.

"aku mintak maaf..." itu yang keluar dari mulutnya. aku berkerut. kenapa dia harus meminta maaf pula?

"kenapa nak mintak maaf? awak ada buat salah ke?"

pada mulanya danny seperti tidak mahu membuka mulut. entah, aku lihat riak wajahnya ingin berkata sesuatu. tapi,tidak terluah. itu yang aku fikirkan.

"cakap lah..." aku berkata lembut.

"er, sebenarnya aku mintak maaf sebab ab..."mulutnya tertutup kembali. aku tak tahulah kenapa mulutnya berat sangat hendak memberitahu.

"cakap jelah. bukannya saya nak marah awak pun. bukannya saya nak ngap awak pun."

"takde apalah." dia memalingkan mukanya dari melihat muka aku.

"kau okey?" dia cepat mengubah topik.

"saya okey..." aku tipu tentang hati aku yang masih lagi sakit dan terluka ini. sungguh, kali ini hati aku seperti dicarik-carik.

aku kecewa dan marah sekarang ni. tapi, aku biar dahulu...

kubur mama aku tinggalkan dengan air mata. abah mengusap perlahan kepala aku. jiwanya begitu kental untuk menghadapi semua ini tetapi aku? aku tidak kuat. baru beberapa hari lepas aku mengusik mama. terus aku teringat tentang cincin yang mama katakan.

nenek aku lihat ternyata masih duduk di kubur mama. tiada satu air mata pun berlinangan di pipinya. mungkin dia sudah tidak mahu menangis lagi.

"assalamualaikum..." datin azmah dan dato' hamzah lee memberi salam kepada kami. aku menundukkan wajah. tidak mahu mereka melihat muka aku sekarang ini.

"waalaikumussalam...hamzah, azmah." abah bersalaman dengan dato' hamzah lee. datin azmah pula merapati aku. dia memeluk aku. aku terkedu. pada mulanya, aku ingin menolak sahaja tubuh itu. setelah mengenangkan adab dengan orang tua,aku hanya biarkan sahaja.

"sabar ye anis. ini semua ketentuan dia. takdir yang menentukan macam ni. ibu tak tau nak buat macam mana sekarang ni. semua ni salah ibu. maafkan ibu." datin azmah melutut dihadapan aku. aku tidak tahu kenapa aku biarkan sahaja. entah hati aku harini rasa sakit yang teramat. dengan keluarganya buat keluarga aku malu, dengan pemergian mama...

"azmah...bangun." abah menyuruh datin azmah bangun tetapi dia hanya menggeleng sahaja. aku hanya memandang kearah kubur mama sahaja.

"biar kan aku zaidin...aku memang sepatutnya melutut dekat dia." aku dengar esakan dari puan azmah. aku pantas duduk dan mengangkatkan mukanya. air matanya aku lap perlahan. aku malas nak dengar benda yang menyayatkan hati.

"dahlah datin azmah...datin azmah baliklah." aku berkata dingin. sungguh aku tiada perasaan sewaktu ini. "kalau datin nak anis maafkan, baik balik."

"kita balik ye azmah..." dato' hamzah menarik isterinya.

"tak nak." datin azmah menggeleng. aku merengus. malas mahu melayan perangai sebegini. hati aku jadi makin lama makin panas.

"balik jelah datin azmah." aku lihat air matanya kian mencurah-curah di pipinya. aku harini tiada perasaan kasihan. lagi-lagi untuk si penipu ini.

"anis..." abah memanggil nama aku. aku memalingkan muka. abah membuat isyarat agar aku hormat kepada datin azmah. aku memandang semula kearah datin azmah.

"ibu...ibu baliklah. anis sayang dekat ibu. baik ibu balik." aku memujuk sedikit. panggilan pun aku tukarkan. walaupun kedengaran tidak ikhlas tetapi didengar juga oleh datin azmah.

"okey...ibu balik. nanti jangan lupa datang rumah ibu. ibu sayang sangat dekat kamu." datin azmah mengusap pipi aku perlahan. aku pantas memalingkan muka aku dati usapannya.

datin azmah kelihatan sayu. mungkin dengan perlakuan aku yang agak biadab itu. dia meninggalkan kami dibelakang. abah memandang aku dengan perasaan tidak puas hati. aku terus berlalu pergi meninggalkan abah dibelakang. aku masuk kedalam kereta terlebih dahulu. cermin mata hitam aku pakai sebelum menumpahkan air mata yang aku tahan tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience