BAB 6

Romance Series 20760

dada aku turun naik menahan rasa marah dihati. dia masih lagi mampu tersenyum. aku terus melangkah laju menuju ke dalam bilik aku.

"apa ni?!" aku melihat semua cadar katil aku sudah bertukar menjadi warna ungu gelap. kepala terus ditoleh kebelakang.

"tu cadar katil lah." dia masuk dengan sehelai tuala berwarna unggu cair. apa pulak dah ni... creepy pulak mamat ni!

"saya tahulah cadar katil. tapi...siapa suruh tukar? saya tak suruh pun hias bilik ni. ni bilik saya. belum pernah lagi sesiapa masuk bilik ni kecuali abah and mama!" kataku geram sambil mengetap gigi. aku dah tak kisah. nak menengking pun bolehlah!

"aku yang tukar. ada masalah?" dia dengan selamba menjawab. wah! takde langsung rasa bersalah. aku terus menjelingnya tajam. dari kawan terus rasa nak jadikan lawan. eiii! aku benci dia!

dia mengangkat bahunya. lantas dia menutup pintu bilik yang tadinya ternganga. butang baju melayunya dibuka satu persatu sehinggalah dia ingin membuka baju itu, aku secepat mungkin memalingkan wajah aku.

"malu?" dia bertanya sebegitu dan dihujung ayat itu aku dengar tawanya.

eii! memanglah aku malu. sedrastik macam ni berlaku. perkahwinan sebuah paksaan. tapi, kenapa dalam ramai-ramai orang dia jugak jadi suami aku? kalau orang lain mungkin boleh terima. tapi ini anak 'tan sri' kot. mati aku lepas ni kalau jumpa ayah dia. mahu ayah dia perli aku habis-habisan.

"eyh, takdelah. bukannya malu. cuma, tak elok tengok aurat orang. tak baik. dosa..." aku menjawab sambil membuat muka selamba. walaupun dalam hati dah bergelodak teruk.

"alahai...tak dosa lah sayang oii. kalau aku nak peluk kau aku rasa dapat pahala sekarang ni." dia datang mendepakan tangannya. aku perlahan-lahan kebelakang sedikit demi sedikit.

"jangan!" aku memberi amaran keras. dia makin dekat. hati aku berdegup kencang. apabila ada ruang aku terus melarikan diri. pintu bilik aku kuak seluasnya lalu aku buka langkah luas menuju ke bilik tetamu terlebih dahulu aku ambil kunci bilik tetamu. mana tahu dia nak masuk bilik tetamu pakai kunci pendua. ye ke tidak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience