BK12 - TENGOK WAYANG

Romance Series 13483

Aneesa merebahkan badannya keatas tilam yang empuk itu. Keletihan yang melanda dirinya hanya boleh diungkap dengan tidur sahaja. Letih tersangat. Melangkah lemah ke arah bilik air. Membersihkan diri. Sudah masuk waktu Isyak baru dia dapat pulang ke rumahnya.


Aneesa terbaring di atas katil setelah membersihkan diri. Memandang siling bilik dan menunggu matanya tertutup. Baru hendak menutup mata, notifikasi masuk ke talifon bimbitnya. Di ambil dan di buka aplikasi What’s App itu.

‘Asssalamualaikum Kak neesa. Esok kak neesa free tak? Thaqeef nak jumpa kak neesa’ mesej dari thaqeef

‘Waalaikumussalam. Esok kak neesa tak buat apa-apa. Minggu ni tak balik rumah mama papa. Kenapa nak jumpa kak neesa?’ membalas mesej thaqeef

‘Nak belanja kak neesa makan. Thaqeef dapat gaji pertama. Jadi Thaqeef nak belanja kak neesa la. Boleh tak?’ Thaqeef sudah bekerja sebagai penghantar makanan sementara menunggu keputusan SPMnya keluar. Selepas Adeeb memberi green light untuknya. Dia terus mencari kerja sambilan. Dan cukup sebulan dia berkerja, berasa teruja dengan gaji yang pertama itu.

‘Belanja la ibu ayah dulu. Kak neesa nanti-nanti pun boleh. Malu pula kak neesa’ jual mahal pula

‘Dah belanja diorang semalam. Sekarang giliran kak neesa pula’ masih memujuk

‘Yela. Esok kita keluar makan. Tapi Thaqeef nak makan dekat mana? Nak datang sini ka?’ meminta kepastian

‘Yup. Esok Thaqeef pergi sana. Kita jumpa dekat Mall ya’

‘Boleh. Pukul berapa esok?’

‘Pukul 11 Thaqeef sampai’

‘Ok baik’ menamatkan perbualan terus melelapkan mata. Keletihan

Keesokkan harinya. Hujan lebat menghujani kawasan perumahan Aneesa. Tiada tanda-tanda hujan akan berhenti dalam waktu terdekat. Aneesa sudah bersiap untuk pergi dating. Ehh dating ka? Hahaha. Galak.

‘Hujan lebat ni, Thaqeef naik moto ka naik kereta? Boleh basah lencun kalau macam ni’ mengumam aneesa, risau juga dengan Thaqeef. Aneesa mengambil talifon bimbitnya untuk mendail nombor Thaqeef. Belum sempat mendail, panggilan dari Thaqeef yang di terima.

“Hello Thaqeef, hujan lebat ni. Thaqeef dah sampai ka?” laju bertanya pada Thaqeef

“Belum kak neesa. Thaqeef naik moto, baju dah basah.” Sayu suara Thaqeef

“Yaka. Ni Thaqeef dekat mana? Datang rumah akak, salin baju dulu. Nanti kita pergi naik kereta akak. Ada bawa baju spare tak” bertanya Aneesa.

“Ada. Thaqeef tak jauh dari rumah kak neesa. Nanti Thaqeef sampai” terus mematikan talian

Selang 10 minit, Thaqeef masuk keperkarangan rumah Aneesa. Lencun luar dan dalam. Kesian Thaqeef kesejukan.

“Masuk dulu rumah. Ni tuala, pergi mandi dulu. Baju seluar ada kan? kalau tak ada akak nak ambil baju Adeeb. Ada dia tinggal dekat rumah akak” berkata sambil menghulurkan tuala untuk Thaqeef.

“Ada kak neesa. Memang dah bawa spare sebab takut hujan juga. Maaf susahkan kak neesa” mengambil tuala sambil mengelap mukanya yang basah

“Tak susah la. Pergi la mandi dulu. Nanti demam pula. Baju seluar semua letak dalam raga dekat tepi mesin basuh tu. Nanti akak basuh sekali.” Memberi arahan. Thaqeef hanya mengangguk tanda faham dan melangkah ke bilik air. Aneesa menunggu di luar rumah, risau pula kena tangkap basah di waktu yang cukup basah ini. Hahaha

Thaqeef lengkap berpakaian dan berjalan keluar rumah ke arah Aneesa. Rambutnya yang sedikit serabut itu diperbetulkan. Baru dia perasan yang warna baju yang di pakai Aneesa sedondon dengan bajunya. Warna biru laut. Aneesa juga terkesima dengan penampilan Thaqeef.

MELANGKAH keluar dari kereta Aneesa, mereka berdua berjalan seiringan menuju pintu masuk ke mall itu. Ada beberapa pasang mata yang memerhatikan mereka. Kekok dibuatnya. Ada yang tak kena ka?

“Thaqeef” panggil Aneesa

“Ya kak” sambil menoleh ke Aneesa

“Ada yang tak kena dekat muka akak ka? Kenapa ada orang asyik tengok kita ja” sambil menayang-nayang mukanya di hadapan Thaqeef

“Sebab kak neesa comel sangat” laju melunturkan kata. Merah pipi Aneesa menahan malu. Thaqeef juga menahan malu. Kenapa mulut ni laju sangat.

“Tak ada apa pun dekat muka kak neesa. Peduli ja mata-mata yang memerhati tu. Jom la kita pergi makan dekat kedai depan tu. Lapar pula hujan-hujan ni” menukar topik agar tak kekok di situ.

Mereka melabuhkan duduk di kedai makan itu. Aneesa duduk berhadapan dengan Thaqeef. Sambil memilih menu yang ada. Gementar? Usah cakap la. Cuba sembunyikan gemuruh yang ada. Hahaha

Usai memilih makanan, mereka hanya diam membisu. Tak tahu nak cakap apa. Jadi kekok disitu.

“Adeeb tahu tak Thaqeef datang sini” tanya Aneesa memecahkan kesunyian.

“Tahu. Thaqeef minta kebenaran dia dulu nak ajak kak neesa keluar. Dia bagi green light baru Thaqeef berani nak ajak kak neesa” takut nanti kena tangkap dengan Adeeb. Adeeb sudah pesan kepadanya sebelum nak ajak kakaknya keluar kena beritahu dulu. Dia ikut saja, mungkin itu yang sesuai. Dia masih belasan tahun, risau juga apa-apa terjadi.

“Ok la macam tu. Lepas makan nak pergi mana?” Aneesa cuba berbual untuk mencari keserasian. Dia pun tak pasti kenapa dia boleh setuju untuk keluar dengan Thaqeef. Mungkin menganggap Thaqeef ni seperti adiknya.

“Tengok…” belum sempat Thaqeef habiskan ayat, makanan mereka telah sampai. Perut dah memang berkeroncong. Nak tak nak. Tadah tangan membaca bismillah. Terus menjamu selera dihadapan mereka. Masing-masing tak panggung kepala. Kelaparan. Hahaha

Siap menjamu selera, mereka berjalan sambil melihat-lihat apa yang terhidang didepan mata. Ada sesekali Aneesa masuk ke butik handbeg untuk melihat-lihat. Thaqeef hanya mengikut di belakangnya.

Ketika sedang berjalan-jalan. Thaqeef melihat talifonnya apabila ada notifikasi masuk. Dari Adeeb. ‘jangan lama-lama sangat dengan kakak aku’ mesej itu hanya dibiarkan. Kacau daun ja. Hahaha

Seorang kanak-kanak sedang berlari berkejaran dengan adiknya, dan telah terlanggar Aneesa. Aneesa yang mengenakan kasut tumit tinggi itu, tidak dapat mengimbangi badannya dan hampir terjatuh. Thaqeef yang melihat dengan kejadian itu merangkul pinggang aneesa dan menariknya kedalam pelukan Thaqeef.

Aneesa terkejut dalam sekelip mata dia berada di dalam pelukan Thaqeef. Thaqeef juga kaku dengan riaksi sepontannya itu. Kurang 10 saat, Thaqeef melepaskan pelukan terhadap Aneesa, cuba beriak selamba namun jantung berdegup kencang. Aneesa juga mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tak boleh bertentangan mata. Risauuuuuuu.

Thaqeef melihat jam di tangan. Sudah pukul 2. Ahhh. Sudah lewat. Thaqeef menarik lengan Aneesa untuk mengikutnya. Aneesa hanya melangkah mengikut rentak Thaqeef. Mereka berhenti di surau mall itu untuk menunaikan kawajipan kepada Tuhan yang Esa.

“Kita solat dulu. Lepas tu kita tengok wayang. Thaqeef dah beli tiket wayang. Pukul 2.30 petang. Maaf tak beritahu kak neesa dulu” mengeluarkan tiket wayang dari poket seluarnya dan menunjukkan kepada Aneesa.

“Errkk. Akak uzur, tak boleh solat. Thaqeef pergi dulu. Akak tunggu dekat sini” gagap Aneesa tetapi tetap mengambil tiket wayang itu dari tangan Thaqeef.

Selesai solat. Mereka berjalan ke arah panggung wayang yang berada di tingkat paling atas. Aneesa yang hanya diam, Thaqeef perhatikan. Tanpa menunggu Thaqeef menggapai lengan Aneesa untuk dipegang. Aneesa terkulat-kulat melihat riaksi selamba Thaqeef tapi dia hanya membiarkan. Memegang lengan dan masih berlapik dengan bajunya. bukan bersentuhan kulit dengan kulit. Mungkin risau Aneesa dilanggar lagi. Hahaha

:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience