BK10 - KESAKITAN

Romance Series 13483

Aneesa berlari sekuat hati dengan meninggalkan segala kesakitan di situ. Memaksa diri belari sekuat hati, dengan meratapi diri yang seakan berada di hujung tanduk.

Setelah jatuh dia ditimpa tangga pula apabila dia mendapati dirinya yang tidak bertudung itu. Rambutnya yang panjang tu telah di lihat oleh thaqeef. Tanpa menghiraukan keadaan yang memalukan itu. Aneesa berlari sekuat hati untuk ke biliknya.

‘Ya Allah, kenapa adeeb tak bagitau yang dia bawa thaqeef sekali. Aku dah la tak pakai tudung. Sekali nampak muka aku macam ni. Selamat dah mandi, kalau belum? Kalau ada taik mata ka air liur basi penuh muka ka macam mana? Geram betul aku dengan adeeb ni’ menyumam seorang diri dibiliknya sambil mengambil tudung sarung laju di sarung kekepala.

Melangkah laju kearah tangga, untuk melihat adiknya dan Thaqeef yang ditinggalkan ditangga itu. Mungkin sakit dapat malu pun dapat. Hahaha

Terlihat kedua anak muda itu hanya bersandar di sofa dengan wajah yang menahan kesakitan.

“Itu lah, datang rumah akak tak inform dulu” marah Aneesa sambil menampar kuat bahu Adeeb.

“Ahddduhhh kak neesa, sakit tau tak. Dah la sakit jatuh tangga tak hilang lagi, sekarang sakit kena pukul pulak” berkerut muka Adeeb menahan kesakitan.

“Adeeb dah bagitau kan nak datang harini. Kak neesa tu yang tak focus bila Adeeb cakap. Elok la perangai duduk sorang-sorang pun nak pakai earfhone. Kalau perompak masuk ka macam mana?” bertubi-tubi amarah dilepaskan kepada Aneesa.

“Adeeb cuma bagitau nak datang hari ni, tapi tak bagitau pukul berapa? Selalu tengahari baru sampai. Ini pukul 10 dah sampai. Lepas tu ada Adeeb bagitau yang Thaqeef ikut sekali?” membalas amarah kepada Adeeb.

“Maaf kalau Thaqeef mengganggu datang rumah kak neesa, Adeeb cuma ajak teman dia tapi tak inform nak datang rumah kak neesa” berkata Thaqeef bagi meredakan kemarahan mereka berdua.

Mereka berdua memandang Thaqeef. Terlupa yang Thaqeef disitu. Angkara amarah, gajah depan mata pun tak nampak. Hahaha

“Erkk. Maaf Thaqeef, pergaduhan kecil terjadi” Aneesa menggaru kepalanya yang tidak gatai

“Kau tak payah la minta maaf, aku yang ajak kan? tak sangka nak jadi macam ni” tersengeh-sengeh Adeeb terhadap Thaqeef sambil memeluk kuat bahu Thaqeef.

“ahddduuuh” berkerut muka Thaqeef bila bahunya dipeluk kuat oleh Adeeb

Terkejut Adeeb apabila mendengar Thaqeef menjerit kesakitan. Dengan selamba, Adeeb terus menyelak baju Thaqeef dan terkejut dengan lebam yang terdapat di badan Thaqeef. Terlupa yang sebentar tadi mereka bertiga jatuh tergolek depan tangga. Dan dia juga baru tersedar yang dia telah jatuh keatas Thaqeef.

Dengan kalut, Adeeb terus menarik baju Thaqeef supaya menanggalkannya. Terserlah badan yang putih tu dihadapan Aneesa. Terkejut dengan adegan yang tak dirancang itu, Aneesa kalut-kalut berlari kedapur untuk mengambil peti pertolongan cemas. Mungkin ada minyak gamat untuk di sapu ke Thaqeef.

Aneesa melangkah laju menuju ke ruang tamu, Thaqeef sudah terbaring di atas sofa, dengan tidak berbaju. Penglihatan di alih ke arah lain, sambil menghulurkan peti pertolongan cemas kepada Adeeb. Adeeb kalut mencari minyak gamat untuk disapukan ke badan Thaqeef.

“Sorry qeef, aku tak sengaja terjatuh atas kau” berkata Adeeb dengan nada sedih

“Takpa Adeeb, benda nak jadi kan” sambil memandang ke arah Aneesa yang masih tercegat berdiri seperti patung cendana dan masih memandang ke arah lain. Malu juga dirinya yang tidak berbaju itu, tapi ditolak perasaan itu agar Adeeb boleh mengubati lukanya.

*******

Mereka bertiga melangkah keluar dari klinik berhampiran rumah Aneesa. Risau jugak takut ada yang patah ka retak ka. Maklumla Adeeb boleh dikatakan berisi sedikit dari Thaqeef. Jatuh terhempap tu mungkin boleh patah atau retak. Mujur tiada yang serius. Cuma Thaqeef mungkin merasa lenguh-lenguh badan untuk 2 hingga 3 hari akan datang.

“Jom la kita pergi makan dulu. Dah tengahari ni. Mesti dah lapar” Aneesa mengajak Adeeb dan Thaqeef untuk menjamu selera sebelum pulang ke rumah.

“Boleh jugak. Jom kak neesa” sambil menarik tangan Thaqeef menuju ke kereta kak neesa.

*******

Mereka sampai ke rumah Aneesa. Niat nak terus pergi ke mall terbantut bila teringatkan Thaqeef yang masih sakit.

“Thaqeef, kita duduk rumah kak neesa sampai kau sembuh baru kita balik rumah” beritahu Adeeb

“Takpa ka? Nanti kacau kak neesa pula nak kerja” meminta kepastian

“Kita bukan nak kacau kak neesa, kita tumpang rumah dia saja. Lagi pun nak balik dengan keadaan kau macam ni, serba salah aku nak jawab dengan ibu kau” sambil memimpin tangan Thaqeef untuk berehat di sofa itu.

“Aku ikut ja. Lagi pun aku tumpang kau. Tak kan aku nak balik naik bas” acah-acah merajuk pula Thaqeef ni.

“Agak-agak la nak bagi kau naik bas. Kita kembar ok. Mana boleh terpisah” ketawa mereka

Aneesa menghampiri mereka berdua dengan membawa sebesen air suam serta tuala kecil. Niat ingin merawat Thaqeef terbantut bila melihat pandangan mereka berdua.

“Kak neesa nak buat apa dengan besen tu” tanya Adeeb

“Tadi kan doktor tu ada cakap suruh tuamkan air suam dekat lebam tu. Ni akak bawakan. Boleh tuam. Cepat sikit lega lebam tu. Nanti ibu Thaqeef risau pula” diletak besen itu di atas meja berhadapan mereka

“Kau tengok qeef, kak neesa memang nak halau kita balik. Tu dia nak kau cepat-cepat sembuh. Tak payah tinggal banyak hari dekat rumah dia” seolah merajuk Adeeb membalas kata-kata Aneesa. Lain yang dicakap lain yang difahami si Adeeb ni.

“Ish Adeeb ni. Lain yang kita sampaikan, lain yang dibalasnya. Akak cuma tak nak ibu Thaqeef ni risau. Yela kejadian dekat rumah akak. Boleh jadi kes dera pula sebab badan dah lebam-lebam macam ni” geram Aneesa dengan Adeeb ni. Saja nak bercakaran.

“Hahaha. Adeeb tahu la kak neesa oiii. Saja nak kacau kak neesa. Ok lah dah alang-alang kak neesa bawa air suam tuala ni, kak neesa la yang tuamkan dekat badan Thaqeef. Adeeb nak mandi dah berpeluh ni, lepas tu nak layan PS5 kesayangan Adeeb tu” kaki laju memanjat tangga meninggalkan Aneesa dan Thaqeef

“Hoiii Adeeb, takkan akak nak buat ni?” sambil menunjuk besen dan tuala. Takkan dia nak sentuh badan Thaqeef?

“Ala, sekejap ja. Nanti Adeeb sambung la buat. Nak mandi sekejap. Nanti air tu sejuk la kalau tunggu Adeeb. Lagi pun kak neesa punca Thaqeef jadi macam tu. hahaha” terus menghilangkan diri di tingkat atas dengan ketawa mengilai. Orang nak bagi peluang ni ambil la. Mana tahu jodoh yang sesat tu dah hampir tiba.

Aneesa hanya berdiri terpacak dihapadan Thaqeef. Sambil memegang tuala. Fikiran celaru nak buat atau tak. Tapi bukan nak pegang badan dia, cuma nak tuam sahaja. Mengelamun Aneesa

“Kalau kak neesa tak boleh buat tak apala. Nanti Thaqeef buat sendiri.” Faham dengan situasi.

“Tak apa. Akak tolong. Lagi pun Thaqeef tak sampai nak tuam dengan belakang badan tu. Thaqeef sembamkan badan, akak tuam dekat bahagian belakang dulu” mengarahkan Thaqeef. Thaqeef hanya menurut perintah. Membuka baju serta menyembamkan badan. Walaupun tak nampak sangat sixpack Thaqeef tu, tapi terserlah badannya yang putih itu.

Aneesa perlahan-lahan menuamkan ke atas lebam-lebam di badan Thaqeef, risau terkuat nanti dia ingat aku nak menambah kesan lebam dia pula. Hanya suara TV yang kedengaran. Walaupun kulit tidak bertemu kulit, tapi jantung masing-masing dah berlumba-lumba untuk menghabiskan larian itu.

story lebih kepada santai-santai ya. harap berpuas hati. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience