Mereka memulakan ulangkaji mereka selepas selesai ketawa. Pelbagai jenis soalan telah ditujukan kepada aneesa untuk menjawab. Tanpa sebarang kesulitan, aneesa dapat menjawab kesemua soalan yang diajukan. Mereka sangat berpuas hati dengan hasil penyelesaian dan tunjuk ajar yang telah aneesa berikan. Lebih mudah dari yang cikgu mereka ajar. Mungkin sebab cikgu mereka garang, bila salah sikit mula cikgu pun naik angin. Mereka pula takut untuk bertanya soalan akhirnya tak faham langsung apa yang diajar.
“Mudah sangat cara kak neesa buat penyelesaian, dengan cikgu rahmah naik biul kepala ni kak nak faham apa yang dia ajar.” Kata naim yang teruja bila dapat menjawab soalan hasil dari tunjuk ajar aneesa.
“Dah lebih 17 tahun ambil SPM pun tetap power. Memang cenggini la kak neesa” razif menaikkan ‘thump up’ kedua-dua jarinya sambil menunjukkan kepada aneesa.
Tergelak kecik aneesa mendengar gurauan dari kawan-kawan adeeb.
“Ok lah, dah pukul 12 ni, kak neesa nak balik dulu ya. Nak kemas-kemas barang pulak ni” pinta aneesa kepada mereka
“Kak neesa nak pergi mana?” tanya thaqeef tanpa berselindung
“Nak balik rumah akak la. Akak tak tinggal sini. Hujung minggu baru balik rumah mama papa. Minggu ni balik pun sebab ada kenduri kan. Esok dah kerja, kena pulang ke sarang la.” Tersenyum sambil beritahu aneesa kepada kawan-kawan adeeb tanpa melihat thaqeef, mungkin risau mata mereka bertembung lagi. Lain jadinya nanti. Hahaha
“Kak neesa hujung minggu saja balik sini. Sebab tu aku tak lepaskan peluang untuk membuli kakak kesayangan aku ini” kata adeeb sambil memeluk leher aneesa dengan kuat, terteleng kepala aneesa dibuatnya. Mudah bagi adiknya adeeb berbuat begitu, kerana aneesa lebih rendah darinya.
“Kau tak pernah cerita pun adeeb pasal kak neesa dekat kitorang” tanya naim dengan riak acah-acah sedih itu
“Dah korang tak tanya, hahaha” jawab adeeb selamba, sambil melepaskan pelukan di leher aneesa.
“Ok lah. Akak balik dulu ya, adeeb nak balik ka tak? Kalau tak mau, nanti suruh diorang tumpangkan adeeb ya, akak nak balik dulu ni” kata aneesa meminta diri
“Kak neesa balik dulu, nanti adeeb minta Thaqeef hantarkan. Lagi pun nak selesaikan beberapa soalan lagi ni. Sebelum zohor adeeb balik, kak neesa nak bertolak selepas asar kan?” tanya adeeb meminta kepastian, risau kakaknya pulang tanpa sempat berjumpa denganya.
“Ya betul, lepas asar, kau lambat akak tak bertanggungjawab” sambil buat eye-rolling
“Ok lah semua, akak balik dulu ya. Semoga berbaki 2 kertas ni korang dapat menjawab dengan baik dan diterangkan hati dan fikiran untuk menjawab. Jangan lupa sebelum mula menjawab, baca doa penerang hati dulu. Jangan tergopoh-gapah nak siapkan semua, pilih soalan yang mudah dulu supaya tak rugi markah nanti, yang susah, jawab setakat yang mampu, walaupun tak dapat jawapan tetap tetapi masih dapat markah untuk jalan kerja” panjang lebar aneesa memberi kata semangat kepada mereka.
Mengangguk mereka semua bagaikan burung belatuk termasuk adiknya adeeb.
“Assalamualaikum semua” mengangkat kaki melangkah meninggal mereka sambil melambai-lambai tangan
“Waalaikummussalam kak neesa, miss u kak neesa” kata naim dengan selorohnya sambil membuat mini love dijari.
Hampir terjatuh aneesa bila mendengar kata itu dari mulut naim, selamat tak tergolek ja dekat tepi pondok tu.
Thaqeef yang mendengar apa yang naim katakan terbatuk-batuk, semua tertumpu ke arahnnya. Kenapa dadanya terasa sakit sangat ni. Seperti ditikam belati yang tajam. Kenapa naim perlu berkata begitu, sakitnya hati. Meluat naim, takmau kawan.
“Kau ok thaqeef?” tanya adeeb
“Ok ok, mungkin ada orang sebut nama aku yang macho lagi smart ni kot” tersenyum sambil berpura-pura tak terjadi apa-apa, tapi dalam hati sudah menyumpah seranah si naim bakal menantu makcik kantin.
Aneesa tiba dirumah mama dan papanya, dia memarkingkan motosikal di garage. Semua sudah siap dikemas oleh adiknya adelia dan adik iparnya, Haziq. Lega hatinya tanpa perlu membuang tenaga untuk mengemas. Dia perlu menyimpan tenaga untuk memandu kereta nanti. Jarak antara rumahnya dan rumah mama papanya hanya lah 50 minit saja, tapi tidak mahu tinggal sekali, kerana jauh dari tempat kerjanya. Hampir 1 jam untuk ketempat kerja, dan 1 jam balik kerumah. Itu belum termasuk dengan kesesakan lalu lintas lagi, boleh gila dalam kereta sahaja. Jadi dia mengambil keputusan untuk membeli sebuah rumah yang berhampiran dengan tempat kerjanya.
Mungkin rezekinya bertemu jodoh lambat, tapi rezeki terhadap kerja mudah sekali dia mendapatkan. Selepas mendapat segulung Ijazah, dia telah ditawarkan ke sebuah syarikat swasta dan mendapat jawatan yang selayaknya dia terima. Rezeki tak pernah salah alamat, selepas setahun bekerja, dia membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah teres 2 tingkat di kawasan yang tidak jauh dari tempat kerjanya. Memudahkan dia ulang alik dan mengambil masa 15 minit sahaja dari tempat kerja untuk pulang ke rumah.
“Assalamualaikum” aneesa memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah
“Waalaikumussalam, neesa mari makan sekali, atok dengan maktok dah nak balik lepas zohor nanti, kesian pulak tinggal si irfan tu sorang-sorang dekat rumah, maklong kau tu pun dah rindu dekat anaknya” ucap atok mempelawa aku untuk menjamu selera sekali.
“Baiklah atok” tanpa banyak bicara segeraku tarik kerusi dihadapan atok untuk menjamu selera. Agak kelaparan disitu, selepas berjongging terus menjadi cikgu pula, sekarang perut pun bekeroncong.
“Mana adeeb” tanya papa
“Adeeb dekat tasik lagi dengan kawan-kawan dia, nanti sebelum zohor dia pulang” kata aneesa sambil menyuapkan nasi kedalam mulut.
Aneesa bergegas mengemas barang-barangnya masuk kedalam bagasi. Selepas melihat atok dan maktoknya pulang, dia terus naik ke biliknya untuk mengemas barang tapi lain yang jadinya bila dia yang tertidur. Letih sangat kau aneesa. Adiknya adelia juga sudah pulang kerumah mereka, yang tinggal hanya mama papa dia dan adiknya adeeb.
Selepas siap mengemas barang ke dalam bagasi, aneesa laju melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri serta mengambil wuduk untuk menunaikan solat asar. Dia tidak mahu pulang terlalu lewat. Dia akan pastikan dia sampai kerumahnya sebelum maghrib. Risau ada yang mengikutnya pulang. Mungkin momok kah? Haissshh, jauh terpesong dah kau ni aneesa.
Aneesa bersalaman dengan mama dan papanya, segala pesanan turut diberikan oleh mama. Setiap kali hendak pulang, mesti pesanan yang sama akan diberikan. Drama air mata mula terjadi. Aduhaii, setiap minggu aku balik kot. Pasrah saja dengan drama mamanya, diakan anak kesayangan la katakan. Ahhakkk. Adeeb turut bersalam dengan kakaknya sebelum memberi satu ciuman yang merimaskan kakaknya iaitu ciuman ketiak berbulu adeeb. Hahahaha
Hampir saja adeeb ditendang disitu, tetapi adeeb dengan pantas berlari meninggalkan mereka. Dasar adik tak guna!
Aneesa membaca bismillah sebelum memulakan pemanduan, melambai-lambai tangan ke mama dan papanya. Honda civic putih miliknya dipandu cermat. Mulai keluar dari perkarangan rumah mama papanya.
Melepasi kawasan perumahan mereka, aneesa terlihat sebuah motosikal berwarna merah sedang berteduh di bawah pohon yang rendang di tepi jalan itu. Menghampiri kawasan itu, dia memerhatikan susuk tubuh di atas motosikal itu. Thaqeef?? Agak terkejut di situ, apa yang Thaqeef buat dekat situ?
Aneesa memberhentikan kereta, dan menurunkan cermin disebelahnya. Baru hendak bertanya kepada Thaqeef, Thaqeef terus berjalan ke arah kereta aneesa dan memberikan sekeping kad kepada aneesa. Setelah itu dia kembali semula ke motosikalnya dan meninggalkan aneesa disitu tanpa sepatah dua kata. Terkebil-kebil mata aneesa melihat perbuatan thaqeef.
‘Ini nomber talifon thaqeef, nanti kak neesa dah sampai rumah, sms thaqeef ya, thaqeef tunggu sms dari kak neesa. Hati-hati memandu. Selamat jalan. Emoji love.’ aneesa menyelitkan kad tu di dalam beg tangannya. Meneruskan pemanduan dengan penuh berhati-hati serta menari-nari jarinya di stereng kereta sambil mengikut rentak lagu di radio. Perasan? Dibiarkan dahulu, takut tak terkawal stereng tu. hahaha
Rezeki manusia, siapa yang tahu. Dapat menulis novel juga satu rezeki. :)
Share this novel