Matahari mengundur diri demi memberi laluan kepada bulan menjelma.
Suasana dia rumahnya mulai sunyi, saudara maranya sudah pulang kesarang, hanya tinggal maklong, atok dan maktoknya sahaja. Mereka mengambil keputusan untuk bermalam di rumah mama papa malam ni kerana perlu memandu sehingga 3 jam baru sampai ke destinasi yang dituju. Disebabkan rumah mama dan papanya hanya mempunyai 4 bilik, maka adeeb perlu mengorbankan bilik tidurnya untuk atok dan maktoknya. Maklong? Dah lama terlena dekat sofa ruang tamu, siap berdengkur kuat lagi. Penat la katakan. hahaha
Kakaknya adelia jugak mengambil keputusan untuk pulang kerumah mereka pada esok hari bagi membantu mengemas rumah kesan dari kenduri yang diadakan pada siang hari.
“Ha, pandai buat kena pandai kemas la, jangan lepas buat terus lepas tangan pada orang lain”. Teringat lagi kak neesa memberi amaran kepada kak adelia agar menyelesaikan semua ni sebelum balik ke rumah mereka.
“Orang tahu la kak neesa, orang bukan budak-budak lagi dah beranak pun”. Terus melemparkan eye-rolling sambil berjalan meninggalkan kak neesa disitu.
Adeeb hanya mampu mendengar dan memerhati sahaja perbalahan antara mereka. Dia pun tak pasti kenapa kak neesa macam tak suka dekat kak adelia. Dulu berkepit macam kembar, lepas kak adelia berkahwin terus berubah suasana rumah mereka. Tiada lagi gurauan antara meraka. Dia pun tak pasti kenapa. Dia jugak malas nk bertanya kepada mama dan papa. Mungkin dia seorang lelaki, malas nak ambil tahu. Buat serabut kepala saja. Ahakk!!
Seperti yang dikatakan adeeb, malam tu kak neesa telah memanggilnya untuk melepak di biliknya. Maklumla biliknya sudah ditempah oleh atok dan maktoknya. Nak suruh dia tidur di sofa, dia risau akan dengkuran maklong yang makin menjadi-jadi tu. Hahaha
Adeeb sudah bersedia untuk mendengar segala luahan perasaan yang dirasai oleh kakaknya itu pasti dia akan melepaskan semuanya malam ni. Maka belum pasti pukul berapa dia boleh tidur, perlu mendengar dari mula sehingga habis cerita. Tetapi adeeb tetap setia mendengar luahan hati dari seorang kakak yang bernama aneesa.
“Akak tak suka la dekat makngah, asal jumpa ja mesti tanya pasal jodoh” muncung mulut kak neesa, seolah merajuk.
“Makngah kata apa pulak kali ni kak neesa?” tanya adeeb
“Dia samakan akak dengan anaknya si Iriss tu, dia kata Iriss baru habis diploma sudah ada yang nak masuk meminang, jodoh awal sungguh, tak sangka makngah akan dapat menantu awal. Awal dapat menantu, mesti awal jugak dapat cucu. Makngah boleh jadi maktok muda la macam ni”. Panjang lebar aneesa bercerita kembali apa yang makngahnya cakap kepadanya sambil mengajuk-ajuk cara percakapan makngahnya itu.
“Lepas tu kak neesa balas apa dekat makngah” tanya adeeb, dia sudah tahu mesti kakaknya itu akan memulangkan periuk api kepada makngahnya.
“Akak cakap la, amboi makngah tak sangka makngah boleh tahu kerja Tuhan ya? Makngah ni ada six sense ka boleh tahu apa yang akan berlaku nanti? Entah-entah tak sempat nak jadi maktok dah jadi momok dulu. Dah tanya ka dekat si Iriss tu, bakal menantu umur berapa? Risau sebaya dengan makngah ja” penuh cerita aneesa kepada adeeb dengan lenggang lengguk badan bercerita.
Tersembur ketawa adeeb dilepaskan bila kak neesa membalas jawapan makngahnya. Tanpa menunggu lama, aneesa juga turut ketawa bila dia teringat balik akan kejadian pagi tadi, sebelum kakinya melangkah membawa diri pergi ke tasik.
“Tak baik tau kak neesa cakap macam tu dengan makngah” sambil mengesat air mata yang keluar kesan dari ketawa yang hampir menggegarkan rumah mereka.
“Dah makngah cari pasal dengan akak, takkan nak diam saja. Bukan hari ni saja tau, dari dulu lagi memang dia suka cari pasal dengan akak. Asal jumpa ja mesti ada saja yang tak kena, ada saja ketidakpuasan hati makngah tu terhadap akak”. Mata sedikit sayu bila difikirkan, kenapa makngahnya selalu cari pasal dengan dia.
“Sabar lah kak neesa, adeeb tahu jodoh kak neesa akan sampai tepat pada masanya. Andai kak neesa tak dak jodoh didunia ni, adeeb tetap sayangkan kak neesa sampai bila-bila. Adeeb akan jaga kak neesa macam mana kak neesa jaga adeeb dari kecil lagi”. Memeluk kak neesa dengan erat seperti mengecas tenaga supaya kak neesa kuat menghadapi dugaan ini.
“Akak pun sayang adeeb jugak, adeeb ja yang faham isi hati akak. Adeeb jangan jauh dari akak tau”. Melepaskan pelukan sambil memberi satu kucupan yang hangat ke dahi adiknya.
Adeeb sudah terbaring di hujung katil kakaknya, manakala aneesa pula bangun untuk menutup pintu sliding yang boleh dia keluar ke balkoni. Sambil menutup, tiba-tiba dia teringat akan kejadian petang tadi yang matanya bertembung dengan Thaqeef, bagai nak luruh jantung, tapi hatinya berbunga-bunga. Kenapa ya?
“Adeeb, kawan adeeb yang naik motosikal merah tu, siapa nama? Comel la akak tengok dia. Terpikat pula dekat dia”. Tersenyum simpuh aneesa bila memikirkan akan Thaqeef. Padahal dia sudah tahu nama, cuma saja nak pancing adiknya untuk bercerita pasal Thaqeef. Dah nama pun perempuan, mana tahu apa jenis motosikal yang ada di malaysia ni, baginya semua sama saja sebab bertayar dua. Yang penting ada minyak, jalan. Hahaha
Sunyi tanpa suara
Aneesa memalingkan badannya dan terlihat adiknya sudah berdengkur halus disitu. Mungkin terlampau letih agaknya. Pagi dah memerah otak untuk menjawab soalan peperiksaan, petang melayan karenah saudara mara yang datang bertandang ke rumah. Malam pulak kena layan luahan perasaan seorang kakak. Kesian. Hahaha
Aneesa mengusap lembut rambut adiknya yang sedikit panjang. “Kesian adeeb kena dengar segala masalah akak”. Sambil memberi satu kucupan di dahi adiknya itu.
Aneesa mengambil selimut untuk menyelimutkan adiknya. Dia berjalan kearah suis untuk menutup lampu di biliknya. Dia merebahkan diri di atas katil, manakala adiknya berada dihujung kakinya. Tak rasa mahu menganggu tidur adiknya, biarlah adiknya tidur di situ, nanti jatuh katil pandai-pandai lah dia bangun sendiri. Hehehe
Baru hendak memejamkan mata, bunyi notifikasi dari talifon adeeb berbunyi.
‘Adeeb jangan lupa temujanji kita esok dekat tasik. Pukul 9 ya. Awal sikit sebab nanti tak sempat nak ulang kaji’
‘Jangan lupa bawa kak neesa sekali ya’ bersama emoji tersenyum
“Aik kenapa nama aku ada sekali ni, diorang nak buat ulang kaji, tapi aku kena teman diorang ka? Tak kuasa aku, esok adalah hari bermalas-malasan aku, sebelum aku pulang kesarang esok” tersenyum seronok aneesa bila memikirkan esok dia tak mahu berbuat apa-apa.
Aneesa cuba melelapkan mata, tapi terdengar lagi notifikasi dari talifon adeeb
“Apasal la bunyi notifikasi ni mengganggu tidur aku” di capai talifon adeeb dan melihat mesej yang dihantar. Terbuntang matanya bila hanya membaca notifikasi, tidak perlu dibuka sekadar melihat sekali imbas terus berdebar-debar jantungnya. Tidak sampai 5 saat, notifikasi itu hilang. Mungkin penghantar telah memadam sebelum sempat penerima membacanya. Berombak kencang jantungnya bila terlihat notifikasi itu. Tak boleh tidur la aku malam ni, aduhhhh.
‘adeeb, aku macam terpandang cinta pertama aku dekat rumah kau petang tadi. Boleh aku jadi abang ipar kau’.
Wahhh. Notifikasi itu sentiasa berlegar-legar difikiran aneesa, dia cuma mempunyai 3 beradik, adiknya adelia sudah berkahwin, hanya tinggal dia sahaja.
“Apa ni kenapa aku macam dah angau ni. 35 tahun aku hidup, tak pernah rasa bunga-bunga macam ni” sambil memusing-musingkan badannya ke kiri dan kekanan di atas katil sebelum jatuh menyembah lantai. Laju mengangkat tubuh bangun berdiri sambil melihat ke kiri dan ke kanan, risau ada yang memerhati. Tapi dia di dalam biliknya, pintu jugak tertutup, siapa nak memerhati? Hanya adeeb, tapi sudah tidur mati dia. Punya kuat buah nangka jatuh pun dia tak sedar. Melompat naik keatas katil, menarik selimut menutup seluruh badan dan kepalanya malu dengan kejadian yang terjadi tadi.
“Esok kita jumpa dekat tasik ya Thaqeef” tersenyum gembira menunggu hari esok. Sudah terlupa akan kata-katanya sebentar tadi, tak mahu berbuat apa-apa esok, hanya bermalas-malasan. Kata hanya tinggal kata. hahaha
happy reading guyss, maaf la aneesa tergedik sikit. hehehe
Share this novel