Malam tu Aneesa, Adeeb dan Thaqeef menghirup angin malam di gazebo rumah. Saja melepak sebelum masuk beradu. Suasana sunyi dan nyaman malam tu.
“Qeef, maaf la kalau aku tanya kau ni. Kenapa kau nak tidur rumah aku? Sebab kak Neesa ka” Adeeb bertanya memecahkan keheningan malam itu. Aneesa disebelah membulat mata dengan pertanyaan dari Adeeb itu.
“Errkk. Sebenarnya ada tetamu dekat rumah aku. Aku tak selesa, kalau kau tak call aku tadi. Mungkin aku tidur dekat hotel bajet saja” berkata Thaqeef sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Berapa ramai tetamu yang datang rumah kau sampai kau tak selesa? Ibu ayah kau ada buat kenduri ka yang ramai sangat tetamu tu” Adeeb masih mengajukan soalan
“Tak dak la. 2 orang saja. Tapi entah la. Aku tak selesa” menjawab sayu sambil memandang ke arah langit yang terbentang luas
“Dua orang saja? Kau ni buat macam selori datang bertandang rumah kau” masih tidak faham dengan nada suara Thaqeef yang berubah.
“Thaqeef ada masalah ka? Boleh cerita dekat akak. Mana tahu akak boleh tolong Thaqeef” Aneesa berkata sambil memandang Thaqeef. Dia juga perasan dengan perubahan nada Thaqeef tadi.
Thaqeef memandang sayu muka Aneesa. Berbelah bahagi samada nak cerita atau tak. Mungkin dia perlu luahkan rasa kepada seseorang. Menarik nafas dalam sebelum menceritakan kepada Aneesa dan Adeeb.
“Sebenarnya yang datang rumah Qeef, adik Qeef dan kawan dia. Diorang mungkin bermalam dekat rumah. Jadi Qeef tak selesa dengan kedatangan diorang dekat sini” Thaqeef memulakan bicara tanda dia sedar yang dia menggunakan singkatan namanya. Manja gittuuuu.
“Dulu Qeef dengan adik rapat sangat. Tapi sejak setahun yang lepas, kami mula renggang. Lepas adik kenalkan kawan dia, Aliya kepada Qeef. Semua berubah.” Terhenti seketika mencari kekuatan untuk bercerita. Aneesa dan Adeeb hanya menjadi pendengar yang setia.
“Kami bertiga 1 sekolah. Cuma Qeef tua setahun dari diorang. Adik kenalkan Aliya dengan Qeef dengan alasan dia suka dengan Aliya. Jadi dia nak satukan Aliya dengan Qeef. Masa tu Qeef ikut saja, biasa la cinta monyet. Mungkin 5 atau 6 bulan juga kami bercinta." Berhenti seketika sebelum menyambung cerita.
"Tapi abang Aliya ni seorang penagih. Masa hujung minggu tu, Aliya ternampak yang abang dia tengah hidu gam. Jadi dia panggil Qeef untuk bawa abang dia balik, takut kena serbu dengan polis. Qeef masa tu macam lembu kena cucuk hidung hanya mengikut arahan dari Aliya tanpa fikir panjang. Bila sampai dekat situ, polis serbu jadi Qeef juga terpalit sekali” menghembuskan nafas yang berat sebelum memulakan kembali ceritanya.
“Polis tahan Qeef dan abang Aliya. Ada dua tiga orang juga dekat situ yang kena tahan. Tapi Qeef negatif, Qeef tak ambil semua-semua tu. Tapi aliya tak sebelahkan Qeef, dia biarkan Qeef kena tahan lokap, buat ujian air kencing semua. Dia cakap dia biarkan Qeef kena macam tu sebab dia nak Qeef buktikan yang Qeef tak ambil semua tu. Qeef memang tak ambil untuk apa Qeef buktikan lagi” air mata mula bertakung. Aneesa dan Adeeb masih mendengar tanpa menyelit sepatah pun.
“Selepas Qeef di sahkan tak bersalah. Pihak sekolah ambil keputusan untuk buang Qeef dari sekolah tu. Dengan alasan nak menjaga nama baik sekolah. Mungkin Qeef tak ambil tapi boleh jadi pengedar, itulah yang Qeef dengar dari cikgu-cikgu. Masa tu adik tak tahu apa-apa, dia hanya dengar cakap Aliya saja. Dan dia salahkan Qeef juga. Memang dari kecil Qeef dan adik tinggal dengan tok dan wan. Tok dan Wan yang faham isi hati Qeef, jadi Qeef ambil keputusan untuk tinggal dengan ibu dan ayah. Mula-mula pun ayah menentang, ayah nak Qeef masuk sekolah juvana, tapi Qeef tak buat semua tu. Segala permohonan kemasukan sekolah Qeef dan ibu yang buat.” Terdiam Thaqeef mengingati saat kejadian diusia 16 tahun itu. Adeeb menepuk belakang Thaqeef bagi menyampaikan semangat kepada Thaqeef.
“Patut masa awal-awal kau masuk sekolah, ramai pandang serong kau. Tapi bagi aku, aku tak nampak kau macam tu. Mungkin kita tak boleh hanya tengok luaran sahaja. Dalaman jugak kita perlu tahu. Dan sekarang dengan berkat kegigihan aku, terbukti kau memang baik hati” berbangga Adeeb sambil mengurangkan keresahan di hati Thaqeef.
Tersenyum mereka bertiga di situ. Air jernih tumpah dari kelopak mata Aneesa. Tak sangga Thaqeef ada cerita perit disebalik keceriaannya. Masih muda tapi kena tanggung semua tu sendiri.
Adeeb meminta diri untuk ke tandas. Sakit perut melanda. Hanya tinggal Aneesa dan Thaqeef di gazebo itu.
“Jadi yang datang rumah Thaqeef, adik dan Aliya?” bertanya Aneesa kepada Thaqeef
“Ya kak Neesa. Diorang datang nak minta maaf atas apa yang terjadi. Tapi Qeef tak boleh kak Neesa. Qeef rasa teraniaya oleh diorang. Sanggup buat macam tu dekat Qeef.” Sayu suara Thaqeef.
“Tak baik buat adik macam tu. Dia nak berbaik dengan Qeef balik.” Tanpa sedar Aneesa jugak menggunakan singkatan nama Thaqeef. Sweeet. Manja gitu. Ahahaha
“Tapi kak Neesa. Qeef tak boleh la tengok muka Aliya tu. Dia tak tolong Qeef langsung. Selagi adik masih berkawan dengan Aliya tu, Qeef takkan maafkan dia” menunjukkan wajah yang sayu kearah Aneesa.
Pandangan sayu Thaqeef meruntunkan hati Aneesa. Tanpa sedar Aneesa memegang kedua belah pipi Thaqeef dan dipicit-picit sedikit, bagi memujuk Thaqeef. “Akak kan ada. Kalau sedih-sedih cari la akak luahkan perasaan ya. Akak sedia menjadi pendengar yang setia” tersenyum Aneesa.
Thaqeef terkejut dengan tindakan yang Aneesa lakukan, membulat mata Thaqeef. Malu pun ada diperlakukan seperti kanak-kanak yang menangis berebut aiskrim.
“Kak Neesa” hanya itu yang keluar dari mulut Thaqeef.
Baru Aneesa tersedar dengan tindakannya. Melepaskan tangan dari pipi Thaqeef dan menutup mukanya dengan kedua belah tangan. Maluuuuuu. Mungkin dia terbayang yang itu Adeeb adiknya. Tapi silap orang pula.
“Ma..maaf akak tak sengaja. Terbayang Adeeb pula” malu-malu kucing Aneesa berkata. Pandangan dikalih ke arah lain.
“Takpa kak Neesa. Qeef cuma terkejut saja” menyembunyikan gemuruh dan perasaan malunya.
“Jom la masuk, dah lewat ni” Aneesa berjalan laju meninggalkan Thaqeef di gazebo itu. Thaqeef hanya memandang Aneesa yang menghilang ke dalam rumah. Bunyi notifikasi mengejutkan Thaqeef
‘Qeef tidur mana malam ni? Balik la Qeef. Dah lewat ni’ pesanan dari ibu
‘Qeef tidur rumah kawan. Ibu jangan risau. Nanti lepas diorang balik, baru Qeef balik rumah. Esok Qeef tak kerja’ membalas pesanan dari ibunya.
‘Baiklah. Jangan tidur lewat sangat. Esok adik dan Aliya dah nak balik’ balasan dari ibu
‘Ok ibu. Qeef dah nak masuk tidur ni. Ibu pun tidur awal. Jangan risaukan Qeef’ memujuk ibunya
‘Ok anak ibu. Apa yang terjadi, ibu tetap sayang Qeef’ memberi kekuatan kepada anak bujangnya
‘Baik ibu. Qeef pun sayang ibu. Hanya ibu yang faham Qeef’ menamatkan pesanan sambil melihat langit yang terbentang luas. Tenang dan nyaman.
“Hoii” sergah Adeeb dari belakang Thaqeef yang dari tadi hanya memandang langit malam
Terkejut dengan sergahan yang diberikan Adeeb, dengan tak sengaja buku lima melayang ke arah pipi Adeeb. Terteleng kepala Adeeb menerima hantaran buku lima itu.
“Sorry Adeeb, aku tak sengaja, kau sergah aku macam tu, memang aku terkejut la. Selamat tak naik sepakkan sulung aku ja” sambil mengulas lembut pipi Adeeb
“Sakit dohhh. Esok kalau lebam, jawab kau dengan mama papa aku” merungut manja
“Sorry la adik Adeeb, abang Qeef tak sengaja kan? abang Qeef cuma terkejut saja” memujuk Adeeb
“Gila dengan kau punya abang. Sakit pun tak hilang lagi, sekarang geli pula yang datang” sambil mengeliat kegelian
“Jom la masuk, abang Qeef tuamkan pipi tu, kesian adik Adeeb pipi dah lebam” sambil gelak ketawa mereka melangkah masuk kedalam rumah.
Papa tersenyum dengan gurauan antara Adeeb dan Thaqeef. Dia juga sempat melihat kejadian antara Aneesa dan Thaqeef tadi. Dia hanya melihat dari balkoni tanpa siapa sedari.
semoga terhibur. :)
Share this novel