BK25 - MEMUJUK

Romance Series 13483

Aneesa duduk termenung memandang laut yang terbentang luas. Selepas kejadian di dewan makan semalam, Aneesa hanya menyendiri di bilik hotel. Sarapan pagi juga dipesan untuk dihantar terus kebiliknya. Tidak mahu bertemu dengan Adelia. Bukan takut bergaduh, tetapi mencari kekuatan untuk berbaik semula dengan adiknya.

Thaqeef terpandang Aneesa yang termenung di ruang balkoni itu. Thaqeef cuba untuk memujuk Aneesa, dengan harapan hubungan mereka kembali terjalin. Meminta bantuan Adeeb, Thaqeef dan Adeeb masuk ke bilik Aneesa. Mujur saja bilik tidak berkunci.

“Kak Neesa termenung apa? Dah makan belum” bertanya Adeeb sambil menghampiri Aneesa

“Masuk ketuk pintu dulu, bukan main terjah macam ni” mengangkat muka memandang Adeeb terlihat Thaqeef disisi Adeeb.

“Dah ketuk, tapi Kak Neesa tak dengar. Yala asyik mengelamun saja, mana nak dengar. Dah la pintu tak kunci. Kalau orang jahat masuk macam mana. Selamat bilik kita sebelah-sebelah saja” masih sempat beleter sambil melabuhkan duduk bersebelahan Aneesa. Thaqeef pula duduk bersebelahan Adeeb.

“Ni Kak Neesa dah makan ka belum?” menyambung percakapan selepas Aneesa hanya mendiamkan diri

“Dah makan dah. Akak minta diorang hantar dekat bilik” berkata Aneesa sambil memandang laut

“Aduuhhh. Sakit perut pula. Semalam selepas tengok drama airmata, selera makan pun banyak. Makan macam-macam, sekarang sakit perut pula” beritahu Adeeb cuba mencari alasan untuk meninggalkan Thaqeef dan Aneesa di balkoni itu.

“Qeef kau teman Kak Neesa ya, aku nak pergi melabur sekejap” terus berlari Adeeb meninggalkan mereka berdua. Thaqeef dan Aneesa terkebil-kebil melihat Adeeb yang berlalu pergi begitu sahaja. Suasana sepi. Tak tahu siapa nak mulakan dulu.

“Kak Neesa sihat” Thaqeef memulakan bicara. Terasa kekok selepas apa yang terjadi.

“Sebab sihat la duduk dekat sini, kalau sakit mungkin dah duduk dekat hospital tu” Aneesa cuba menceriakan keadaan.

Thaqeef menarik nafas sebelum melepaskan rasa yang terbuku dihati “Pertama sekali, Qeef minta maaf atas apa yang terjadi. Qeef minta maaf atas kata-kata ayah Qeef dekat Kak Neesa. Qeef tak tahu yang ayah sanggup berkata macam tu. Masa Qeef beritahu yang Kak Neesa nak datang, ibu dan ayah ok saja. Tapi bila dah jumpa ayah sakitkan hati Kak Neesa” tepat memandang anak mata Aneesa. Ikhlas dari hati Qeef untuk minta maaf.

“Qeef betul-betul sayangkan Kak Neesa. Qeef tak nak berpisah dengan Kak Neesa. Qeef tahu jarak umur kita, tapi hati Qeef sakit sangat bila Kak Neesa nak berpisah dengan Qeef. Qeef cuba nak pujuk Kak Neesa. Qeef tunggu depan pejabat Kak Neesa, tapi Qeef tak jumpa Kak Neesa” sedih hati cuba dilepaskan.

“Qeef tahu Qeef belum punya apa-apa, tapi Qeef ada hati dan perasaan. Qeef nak bersama dengan Kak Neesa. Tolong terima Qeef balik. Tentang ayah Qeef, nanti Qeef pujuk lagi.” merayu Thaqeef dihadapan Aneesa.

“Sakit Qeef. Apa yang ayah Qeef katakan itu semuanya betul. Akak ni tak sesuai dengan Qeef. Mungkin ibu ayah Qeef dah ada pilihan hati untuk dijadikan menantu. Akak ni belum tentu boleh bagi cucu dekat mereka” sebak cuba ditahan, kata-kata yang terguris tetap terasa dalam hati.

Jauh disudut hati, Aneesa juga rindu dan sayangkan Qeef. Tapi fikiran bercelaru antara keluarga dan perasaan. Macam mana dia nak bersama dengan Thaqeef sedangkan keluarga Thaqeef tidak menerimanya.

“Qeef tahu Kak Neesa, kalau Qeef dekat tempat Kak Neesa pun Qeef akan rasa yang sama. Tapi boleh tak kalau kita sama-sama mencuba? Mencuba untuk mempertahankan hubungan kita? Andai setelah kita mencuba tetapi masih tak jumpa hala tuju, mungkin perpisahan yang terbaik untuk kita berdua” memandang tepat ke anak mata Aneesa dengan penuh pengharapan.

“Tapi lama mana Kak Neesa nak tunggu Qeef? Kak Neesa makin berumur Qeef. Andai bertahun-tahun kita mencuba, tetapi akhirnya berpisah. Qeef tak rasa sia-sia? Qeef mungkin cari orang lain sebab Qeef masih muda. Tapi Kak Neesa, memang boleh dipanggil anak dara tua” tersenyum seperti mengejek diri sendiri. Sedih.

Tanpa segan dan malu, Thaqeef menggengam tangan Aneesa dan mendendangkan sebuah lagu untuk Aneesa.

Berbisik-bisik hati yang tertanya
Dicarik-carik nota tak bertanda
Jerih hati tak berhujung
Noda lama yang terhimpun
Mengusirkan rasa ingin

Terkunci bibir, lidah tak bernada
Dijerut getir, senyum tak bernyawa
Guris hati tak berparut
Meronggakan nafas benci
Mengeruhkan rasa ini

Genggam tanganku, jangan kau lepaskan
Tak pernah sekali pun kucuriga
Mencintaimu, takkan berubah
Selama mana pun kan kutunggu

Peluk hatiku, jangan kau lukakan
Tak rela lagi hatiku kecewa
Terus denganku, kita berdua
Semoga kisah kita bahagia

Andai jiwa masih lagi bertanya
Berikan aku satu peluang
Untuk kubuktikan

Genggam tanganku, jangan kau lepaskan
Tak pernah sekali pun kucuriga
Mencintaimu, takkan berubah
Selama mana pun kan kutunggu

Peluk hatiku, jangan kau lukakan
Tak rela lagi hatiku kecewa
Terus denganku, kita berdua
Semoga kisah kita bahagia

Airmata Aneesa mengalir laju bila mendengar nyanyi ikhlas dari Thaqeef. Terasa Thaqeef betul-betul mengharapkan dirinya. Dengan sebak Aneesa berbicara “Kita cuba untuk mempertahankan hubungan kita. Semoga kisah kita bahagia” tersenyum kepada Thaqeef.

Thaqeef yang terasa seperti diterima semula terus menarik Aneesa kedalam dakapannya. Terlupa yang mereka berada dimana. Terlupa yang mungkin ada mata-mata yang sedang melihat mereka. Cuba melepaskan kerinduan yang terbuku di hati masing-masing.

“Sakit sungguh perut ni. Selalu tempat-tempat mewah macam ni makanan semua dijaga. Kena report dekat pihak hotel macam ni” Adeeb masuk ke dalam bilik Aneesa sambil memulas-mulas perutnya. Beriak selamba, sebenarnya dia hanya berlagak seperti keluar dari bilik Aneesa, tetapi bersembunyi di sebalik pintu bilik.

Dan Adeeb juga terdengar semuanya tentang mereka. Bukan hendak masuk campur, tapi Adeeb juga nak tahu sama ada Thaqeef betul-betul ikhlas dengan kakaknya. Dia juga turut sebak dengan nyanyian dari Thaqeef yang ikhlas itu.

Terkejut dengan suara Adeeb yang tiba-tiba muncul, terus mereka melepaskan pelukan. Beriak selamba seolah tiada apa yang terjadi.

Selamat Adeeb muncul, kalau tidak tak tahu la berapa lama mereka berpelukan. Bila berdua akan ada yang ketiga. Adeeb mendekati mereka berdua dan duduk ditengah-tengah antara mereka.

“Tadikan, masa Adeeb tengah sedap melabur, Adeeb dengar ada orang menyanyi, nak kata buka radio, tapi tak ada muzik cuma nyanyian sahaja. Kak Neesa dengan Qeef ada dengar tak?” Adeeb cuba mengenakan Aneesa dan Thaqeef.

“Entahla tak dengar pula. Dari tadi bersembang dengan Kak Neesa, tak dengar pun ada orang menyanyi” tipu Thaqeef cuba menyembunyikan rasa takut dan malu. Risau tertangkap dengan Adeeb.

“Itu la. Dah sakit perut, lepas tu cakap yang bukan-bukan.” Aneesa pula untuk menutup rasa malunya.

“Adeeb tanya, bukan tuduh Kak Neesa dan Thaqeef. Orang tak bersalah takkan rasa takutkan?” masih cuba nak kenakan mereka. Nampak sangat dua-dua orang tengah gelabah. Hahaha

“Ehh, jom pergi lunch. Lepas tu kita jalan-jalan sekitar PD nak? Takkan datang sini nak terperap dalam bilik saja. Mama papa mesti dah tunggu. Diorang nak happy-happy tapi pakat terperap dalam bilik pula” Adeeb berkata sambil memandang mereka berdua. Cuba menutup hal itu.

“Jom-jom. Akak pun dah lapar ni. Tadi breakfast makan sikit ja. Tapi tunggu sekejap akak nak tukar baju. Takkan nak pakai baju ni?” baru dia tersedar yang dia memakai pyjamas sahaja. Selamat bukan pyjamas yang jarang.

“Cepat la. Adeeb dengan Qeef tunggu dekat luar ya” berlalu pergi Adeeb dan Thaqeef menunggu di luar bilik Aneesa.

Aneesa, Adeeb dan Thaqeef berjalan seiringan ke dewan makan itu. Mama papa Adelia dan Haziq sudah mengambil juadah mereka.

Papa mengangkat tangan kearah mereka bertiga. Dapat dilihat wajah Thaqeef dan Aneesa yang ceria. Mungkin sudah menyelesaikan masalah antara mereka.

Suasana dimeja makan itu cukup meriah. Masing-masing sudah terlupa akan kejadian yang terjadi. Atau masing-masing cuba beriak selamba bagi menghilangkan kerisauan dihati mama dan papa.

Adelia bangun untuk mengambil beberapa juadah. Seleranya juga turut bertambah, mungkin tak lama lagi dia perlu berpantang, jadi apa yang teringin cuba untuk dia dapatkan.

Sedang berjalan untuk ke meja juadah, seorang budak berlari dan terlanggar Adelia. Adelia yang sarat mengandung itu tidak dapat mengimbangi tubuh badannya, menyebabkan dia jatuh terduduk. Terjerit Adelia dengan kesakitan yang terjadi.

Semua pandangan teralih kearahnya, termasuk Haziq suaminya, berlari mendapatkan Adelia. Haziq cuba memimpin isterinya untuk bangun dan terkejut dengan darah yang mengalir di celahan kaki isterinya. Mama papa turut terkejut apabila melihat darah itu. Suasana yang meriah tadi bertukar menjadi sangat kecoh.

Sementara menunggu ambulans, Haziq cuba menenangkan isterinya. Tanpa sedar, Adelia telah terkulai layu di sisi suaminya. Haziq seakan terkesima dengan tindak balas isterinya. Meraung meminta pertolongan.

Selamat hari raya semua. maaf author lambat updated. sibuk raya. hehehe. selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience