BK20 - 5 TAHUN KEMUDIAN

Romance Series 13483

Adeeb menghentikan kereta di hadapan stesen keretapi itu. Menunggu sahabat baiknya pulang dari perantauan. Johor ja pun. Thaqeef pulang kerumah ibu ayahnya setelah menamatkan pembelajarannya. Sekarang dia hanya perlu menyambung latihan industrinya di negeri kelahirannya sebelum mendapatkan segulung ijazah. Sudah tidak mahu berjauhan dari keluarganya lagi. Adeeb orang pertama yang ingin dia berjumpa kerana itu dia meminta Adeeb mengambilnya. Saja tidak mahu menyusahkan ibu ayahnya. Lagi pun Adeeb menawarkan diri untuk menjemputnya.

Berkat kegigihannya belajar, dia berjaya menamatkan pelajarannya di peringkat Ijazah. Selepas menghabiskan diplomanya, dia terus menyambung ijazah di universiti yang sama dengan nilai yang terbaik. Tempoh 5 tahun berjauhan bukanlah sekejap, tapi cukup membuatkan dia rindukan keluarganya serta kawan-kawan sekolah.

‘Aku dah sampai. Aku tunggu depan pintu masuk ni’ pesanan di hantar ke Thaqeef

‘Ok sekejap. Aku dalam toilet’ balas pesanan daripada Adeeb

Thaqeef mengetuk cermin kereta bila mana Adeeb leka menatap handfonnya. Tak sedar yang Thaqeef sudah berdiri lama disebelah tempat duduk penumpang. Bukan tak sedar, tapi tak sangka yang berdiri itu adalah Thaqeef. Mungkin kerana Thaqeef aktif didalam sukan bola sepak, jadi warna kulitnya sudah bertukar dari yang asal. Terkejut Adeeb dengan perubahan itu. Baru tak jumpa beberapa bulan. Kali terakhir berjumpa masa cuti semester terakhir. Adeeb keluar dari kereta dan bersalaman dengan Thaqeef.

“Gila kau. Ketara sangat perubahan ni. Sakan kau berjemur, hampir tak perasan aku tadi” ketawa Adeeb bila melihat perubahan yang drastic itu. Ini kalau Kak Neesa tengok pun boleh terkejut. Tapi makin handsome Thaqeef ni. Sesuai dengan wajahnya yang maskulin itu.

“Aku pun terkejut dengan muka aku. Wakil universiti kan, tak sempat dah nak pakai sunscreen bagai. Nanti la aku putihkan balik wajah aku yang tampan lagi mempesona ini” sambil menayang-nayang wajahkan ke arah Adeeb.

“Perasan tu memang tak pernah hilang dari diri kau, Thaqeef. Bajet handsome la tu” buat-buat muka menyampah dengan Thaqeef. Tapi tak dinafikan, memang makin handsome Thaqeef ni, makin cair la Kak Neesa tengok nanti.

“Handsome ni la bakal jadi abang ipar kau” ketawa galak Thaqeef membuatkan Adeeb menumbuk perut Thaqeef, geram. Tapi selepas tumbukan dilepaskan. Adeeb terkejut dengan apa yang dia rasa. Dengan terkejut Adeeb menyelak baju Thaqeef, terpampang dada bidang Thaqeef yang sempurna six pack itu. Woww. Bergetar giwa dan raga. Hahaha.

“Lain macam kawan aku ni. Memang kau berubah sangat Thaqeef. Ni kalau Kak Neesa tengok ni, boleh juling mata dia” Adeeb berkata sambil mata masih memandang badan Thaqeef itu. Itu yang dia impikan, tapi tak kesempaian. Hahaha.

“Orang tengok la Adeeb, gila kau ni. Suka-suka hati ja tayang badan aku dekat tempat awam” laju menarik bajunya dan menutup badannya yang menjadi tatapan makcik-makcik yang lalu lalang di situ.

Adeeb membuka bonet kereta untuk memasukkan beg Thaqeef. Hanya 1 luggage dan 1 backpack sahaja. Kalau orang perempuan ni memang kena bawa lori dah. Tak pun separuh keretapi barang diorang sahaja. Sempat lagi membebel.

“Kita singgah rumah aku dulu ya. Mama dah masak, suruh jemput kau datang sekali.” Menjemput Thaqeef. Mama ada memesan suruh mengajak Thaqeef singgah di rumah dahulu. Makan bersama. Sudah lama tak berjumpa dengan Thaqeef. Itulah alasan yang diberi oleh Mama.

“Ehh, tak susahkan mama kau ke? Malu pula aku rasa ni” memang la lapar, tapi malu pula nak jumpa mama dengan muka macam ni. Ehh, mama pula, makcik. Hehehe.

“Aku dah cakap nak jemput kau hari ni, terus mama aku semangat lain macam masak untuk kau. Suruh jemput kau makan dulu sebelum hantar kau balik. Aku nak bagi alasan apa? Aku ok jala. Lagi pun kau pun nak kan? tapi malu” gelak Adeeb seakan mengusik Thaqeef.

“Hahaha. Memang la nak tapi malu. Kak Neesa ada tak?” sempat bertanya sambil menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya. Gedik dah. Tadi tak mau susahkan mama, sekarang tergedik-gedik pula.

“Geli doh kau buat macam tu. Macam mana la aku boleh ada kawan sengal macam kau ni. Macam ni nak jadi abang ipar aku?” sempat lagi Adeeb mengeluarkan ayat-ayat membunuh itu. Thaqeef yang mendengar terus menegakkan badannya seperti menerima arahan dari askar pencen. Terburai ketawa mereka berdua.

SALAM diberi dan kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Mama yang sedang sibuk menghidang juadah untuk menjamu selera terus memandang kearah suara itu. Terhenti tangan mama apabila terpandang Thaqeef yang tersenyum ke arah mama. Aneesa yang berjalan keluar dari arah dapur sambil menatang dulang air, juga terhenti langkahnya bila memandang Thaqeef. Selamat sudah siap mengenakan tudung. Memang dia sudah tahu akan kedatangan Thaqeef, jadi dia sudah bersiap sedia.

Papa yang sedang menonton TV itu segara bangun dan mendapatkan Thaqeef. Huluran salam diberikan kepada Thaqeef serta satu pelukan turut disertakan buat Thaqeef. Thaqeef hanya terpinga-pinga dengan riaksi selamba papa.

“Lain macam pakcik tengok kamu Thaqeef. Macam baru habis training askar lagi.” tersenyum papa ke arah Thaqeef.

“Setiap minggu training bola pakcik. Tu hangit terlebih. Selamat tak rentung ja.” Thaqeef membuat lawak membuatkan kesemua yang ada disitu turut ketawa. Tak kecuali Aneesa, cuba beriak selamba. Dalam hati turut rindukan Thaqeef.

“Mari duduk sini Thaqeef. Jemput makan. Mama masak special untuk Thaqeef. Dah lama Thaqeef tak datang rumah mama. Rindu mama dekat Thaqeef” berkata mama dengan membahasakan dirinya sebagai mama. Bukan lagi makcik. Thaqeef hanya tersenyum malu bila diperlakukan seperti itu, namun turut melabuhkan duduknya disebelah Aneesa.

“Hai mama. Thaqeef dah jadi anak mama ka? Siap bermama-mama lagi ni” kening di angkat sebelah sambil memandang mamanya. Mana boleh orang lain ambil mamanya. Hanya dia anak jantan mamanya. Sudah 23 tahun pun masih manja dengan mamanya. Anak lelaki memang manja terlebih kalau dengan mamanya.

“Jeles la tu. Mama dah ada anak jantan yang lain” usik papa pula sambil ketawa. Adeeb cuma menunjukkan riaksi selamba. Tunjuk macho la konon. Sekejap lagi Thaqeef balik, mesti cari ketiak mama la. Hahaha

“Dah la jom makan semua. Nanti sejuk lauk. Thaqeef baca doa.” Perintah papa, Thaqeef hanya mengangguk dan membaca doa. Hanya suara sudu dan senduk yang bersentuhan dengan mangkuk sahaja kedengaran.

“Kamu sambung latihan industri dekat mana Thaqeef?” tanya papa bagi memecahkan kesunyian yang terjadi.

“Dekat Petronas pakcik. Pihak U yang uruskan kemasukan dekat situ, kalau ada rezeki, lepas tamat latihan industri, Thaqeef boleh terus kerja dekat situ.”tersenyum Thaqeef memberitahu papa.

“Alhamdulillah. Rezeki kamu. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kamu.” Tersenyum papa. Makin cepat dia tambah menantu macam ni. Mula dah cipta angan-angan.

Aneesa hanya mendengar. Thaqeef ada memberitahunya hari tu, cuma dia tidak bertanya lanjut. Masa tu masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. Rezeki Thaqeef. Dulu dia teranaiya, sekarang Allah membalas dengan berkat kesabarannya.

“Bagus la macam tu. Jadi Thaqeef tinggal rumah ibu ayah atau menyewa?” tanya mama pula.

“Untuk sementara waktu tinggal rumah ibu ayah dulu. Ulang alik dari rumah. Kalau nanti ada kawan-kawan yang menyewa rumah mungkin boleh tumpang sekali” tanpa segan silu Thaqeef memberitahu, mungkin sudah tak kekok seperti mula-mula dulu dia datang.

“Jauh juga nak ulang alik tu. Nanti cari kawan yang boleh sewa rumah. Mungkin syarikat ada bagi rumah sewa untuk pelajar, siapa tahu. Risau mama kalau hari-hari ulang alik macam tu. Naik moto pula tu.” Risau mama bila fikirkan. Menganggap Thaqeef seperti anaknya sendiri. Mungkin suatu hari nanti bakal jadi menantunya.

“Thaqeef ada lesen kereta, dah ambil masa dekat Johor. Cuma kereta ja tak ada. Masa dekat Johor belajar dengan kereta kawan-kawan, dari situ boleh la ambil lesen.” Tersengih Thaqeef. Teringat kali pertama dia belajar memandu, hampir-hampir terbabas nak langgar Pak Maon, pengawal keselamatan di asrama. Selamat sempat diselamatkan.

“Oooo. Dah ada lesen. Kau tak cerita pun dekat aku? Kalau aku tahu tadi, dah suruh kau bawa kereta. 5 tahun aku jadi pemandu tak berbayar tau. Kutip kau dekat stesen keretapi tu” Adeeb cuba melepaskan geram kepada Thaqeef.

“Kau tak tanya. Aku tak bagitahu la. Lagi pun aku masih pelajar baru, tak berani bawa laju-laju. Lain macam kau, sana sini drift.” Melepaskan rasa terhadap Adeeb.

“Adeeb bawa laju yer. Tak dengar apa yang mama pesan?” Tegur mama. Terlupa mereka di meja makan. Adeeb tertangkap oleh mamanya. Tersengeh-sengeh. Siap kau Thaqeef. Papa hanya tersenyum. Aneesa pula diam membisu namun turut tersenyum melihat Thaqeef yang mampu menyuaikan diri di dalam keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience