BK24 - KENANGAN LAMA

Romance Series 13483

Hampir dua minggu kejadian itu berlalu. Aneesa dan Thaqeef juga tidak bertemu atau berbalas sms sejak kejadian itu. Aneesa memilih untuk sibukkan diri dari memikirkan hal itu. Mungkin dengan cara itu, fikirannya tidak terlalu mengenangkan kisah pahit itu.

Minggu itu, Aneesa mengambil keputusan untuk pergi bercuti bersama keluarganya, termasuk adiknya Adelia dan Haziq. Papa yang sediakan semuanya. Jadi Aneesa hanya mengikut kehendak keluarganya.

Lagi pun sudah lama dia tidak pergi bercuti. Papa telah memilih Port Dickson sebagai tempat percutian mereka. Adelia yang sedang sarat mengandung anak kedua, tidak dibenarkan menaiki kapal terbang, jadi papa memilih yang bersesuaian dengan keadaan mereka.

Aneesa melangkah masuk ke bilik hotelnya. Suasana cukup indah dan tenang. Bilik hotel yang berada di atas air itu, serta airnya yang jernih cukup memukau mata memandang.

Ketenangan yang dicari kini dirasai. Membiarkan perasaan kecewanya pergi bersama angin yang meniup lembut.

Ketukan dari luar biliknya menghentikan lamunan Aneesa. Aneesa bangun dan membuka pintu bilik tanpa bertanya dahulu siapa diluar. Haziq berdiri dihadapan pintu bilik itu. Aneesa hanya memandang tanpa suara.

“Neesa, mama papa tunggu dekat dewan makan. Jom pergi makan dulu.” Jemput Haziq. Dia juga sudah tahu tentang kejadian antara Aneesa dan Thaqeef. Terkejut Haziq bila Adeeb bercerita tentang hal itu. Kenangan lama kembali lagi. Mungkin kali ini lebih teruk. Tetapi Haziq cuba beriak selamba. Tak mahu bercakap akan hal itu.

Aneesa hanya diam sebelum melangkah keluar dari biliknya. Hanya mengikut langkah haziq, sambil melihat-lihat ke arah laut biru yang terbentang luas itu. Cukup mendamaikan jiwa.

Terhenti langkah Aneesa apabila terpandang susuk tubuh yang cukup dia kenal itu. Rindunya kepada wajah itu. Air mata yang sudah kering hampir dua minggu itu, tertumpah lagi bila susuk tubuh itu makin menghampiri Aneesa.

“Kak Neesa” Thaqeef bersuara sayu. Dia juga sangat rindukan Aneesa. Cukup terseksa jiwa dan raga bila hampir dua minggu tidak dengar khabar berita. Thaqeef juga selalu menunggu Aneesa di hadapan pejabat Aneesa, namun tidak kelihatan susuk tubuh Aneesa.

“Qeef” hanya itu yang keluar dari mulut Aneesa bersama air mata yang terus mengalir.

“Qeef minta maaf kalau Qeef jumpa Kak Neesa mengejut macam ni. Mama yang minta Qeef untuk datang bercuti sekali. Qeef minta maaf kalau kehadiran Qeef menganggu fikiran Kak Neesa” terasa nak peluk Aneesa untuk melepaskan rindunya

“Qeef, jom makan dulu. Kau baru sampai kan? mama papa tunggu dekat dewan makan dah” Adeeb terus mendapatkan Thaqeef. Tak mahu drama air mata tu terjadi di tengah-tengah jalan. Thaqeef hanya mengikut Adeeb tanpa sempat menunggu Aneesa.

Aneesa hanya memandang Thaqeef dan Adeeb pergi meninggalkannya. Air mata di kesat sebelum melangkah laju menuju ke dewan makan. Haziq yang hanya menjadi pemerhati dari tadi mendekati Aneesa.

“Neesa, boleh Haziq cakap sesuatu?” Haziq cuba untuk bersembang dengan Aneesa

“Hmmm” hanya itu yang keluar dari mulut Aneesa.

“Alang-alang kita dah ada dekat sini, boleh kita bergembira sebagai sebuah keluarga? Kesian mama papa tengok Neesa macam ni. Diorang risaukan Neesa. Haziq tahu Aneesa pernah kecewa dulu, tapi jangan buat mama dan papa turut risau tentang Neesa. Haziq tahu Qeef cuba yang terbaik untuk pujuk Neesa. Cuba Neesa buka pintu hati Neesa untuk Qeef, cuba pertahankan cinta Neesa terhadap Qeef. Jangan lepaskan dia. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali”

“Haziq tahu semua tu salah Haziq, Haziq tak fikir perasaan Neesa dulu, Haziq biarkan Neesa macam tu saja tanpa alasan yang kukuh. Haziq minta maaf. Haziq mungkin tak sama dengan Qeef, Haziq nampak kesungguhan Qeef cuba nak memujuk keluarga dia untuk terima Neesa. Cuba Neesa lupakan kenangan lama dan mula kisah baru, mungkin dengan cara itu, Neesa dapat menggenggam bahagia” panjang lebar Haziq memberi kata-kata untuk menaikkan semangat Aneesa yang kian pudar itu.

Aneesa hanya mendengar kata-kata Haziq. Sedikit tersentuh dengan kata-katanya.

MAKAN malam didewan itu sunyi sepi, hanya terdengar suara Amsyar yang tak henti-henti bertanyakan itu dan ini. Thaqeef yang duduk berhadapan dengan Aneesa, hanya memandang Aneesa. Aneesa pula hanya menguis-guis makanan didalam pinggannya.

“Kak Neesa tak boleh macam ni. Jom kita makan Kak Neesa. Lama Delia tak suap Kak Neesa” Adelia yang duduk bersebelahan dengan Aneesa, cuba memujuk kakaknya walaupun sudah tahu jawapannya.

Aneesa yang mendengar suara Adelia, terus mengangkat wajahnya memandang Adelia sambil tersenyum sinis. “Kalau tak cari pasal dulu, mungkin dah lama kau boleh suap akak kau ni. Syok la lepas kau dah rampas Haziq dari akak, sekarang kau seronok tengok orang lain tolak akak kau ni. Akak ni sampai bila-bila pun tak akan pernah bahagia. Mungkin akak ni hanya menjaga jodoh orang” ketawa Aneesa seolah membuat lawak. Fikirannya sangat kusut, terasa sakit itu seperti kulit yang disiat-siat.

“Kak Delia rampas Abang Haziq? Apa makna semua ni? Adeeb tak faham” Adeeb cuba bertanya sambil memandang wajah Adelia dan Aneesa untuk mencari jawapan. Terkejut dengan ucapan yang keluar dari mulut Aneesa.

“Ya, kalau Adeeb nak tahu, Delia yang rampas Haziq dari akak. Dulu masa dekat U, kami mula berkawan tapi tak begitu rapat. Selepas habis U, kami mula berkawan rapat dan Haziq turut luahkan kata-kata cinta dekat akak. Kami berkawan lama sampai satu hari, akak berniat nak jemput Haziq datang rumah untuk kenalkan dengan mama dan papa. Tak mahu nanti orang berkata tentang akak dan Haziq.” Menarik nafas kasar sebelum meneruskan bicara.

“Lepas Haziq datang, Delia masa tu baru lepasan SPM dan dia sukakan Haziq. Akak ingat dia sukakan Haziq sebab bakal jadi abang ipar dia, tapi dia rampas Haziq buatkan Haziq tinggalkan akak. Akak ingat keluarga Haziq ada perempuan lain untuk dijodohkan dengan Haziq, rupanya perempuan tu adalah adik akak sendiri Adelia. Sakit tu sakit sangat-sangat tau” cuba menahan air mata dari keluar, tetapi tetap mengalir.

Mama dan papa yang mendengar hanya terdiam. Memang masa kejadian itu, Aneesa cukup-cukup kecewa dengan Adelia. Jodoh ajal maut siapa yang boleh tentukan. Walaupun masa itu papa turut dipersalahkan oleh Aneesa kerana bersetuju untuk menjadi wali di hari pernikahan Adelia. Lama mereka cuba untuk memujuk Aneesa untuk berlapang dada, dan tak sangka kenangan lama terjadi kembali kepada Aneesa.

“Kak Delia, Abang Haziq. Boleh tolong jelaskan biar Adeeb faham” Adeeb cuba untuk mencari penjelesan. Thaqeef disebelah juga seolah ingin mengetahui cerita lama itu. Mata masih merenung Aneesa yang mengesat airmata dari terus tertumpah.

“Sebenarnya, memang kali pertama Kak Delia terjumpa Abang Haziq dekat rumah kita, Kak Delia dah tersuka tanpa sengaja dengan Abang Haziq. Tapi Kak Delia faham yang masa tu Abang Haziq kekasih Kak Neesa. Tapi makin lama makin sayang tu muncul. Kak Delia cuba nak dekati Abang Haziq sampai kami boleh berkahwin. Kak Delia dah kecewa kan mama papa terutama sekali Kak Neesa” air mata dibiarkan mengalir dan memandang Aneesa disebelahnya.

“Delia minta maaf Kak Neesa. Delia jahat. Delia rampas Abang Haziq dari Kak Neesa. Delia tak boleh nak tipu hati Delia yang Delia sayang akan Abang Haziq. Walau sejuta kali Delia minta maaf pun Delia tahu Kak Neesa tak kan pernah maafkan Delia. Andai ini kata maaf yang terakhir dari Delia, Delia harap Kak Neesa maafkan Delia. Doakan Delia mudah bersalin dan dipermudahkan urusan nanti” seikhlas hati Adelia meminta maaf dengan Aneesa. Pelukan turut diberikan.

Aneesa hanya terkaku, terasa sebak didadanya. Kenapa Adelia perlu meluahkan kata-kata itu. Kejam sangatkah dirinya. Kenapa dia tak boleh memaafkan adiknya?

Adeeb baru faham kenapa Aneesa dan Adelia sering bergaduh. Puncanya adalah orang ketiga, dan orang ketiga itu adalah adiknya sendiri.

Thaqeef masih memandang Aneesa. Sayu hatinya bila melihat airmata yang mengalir itu. Setelah dikecewakan oleh adiknya sendiri, sekarang Aneesa dikecewakan oleh ayahnya pula. Thaqeef cuba berfikir untuk mencari jalan memberikan kekuatan untuk Aneesa.

“Delia tahu kisah Kak Neesa dan Thaqeef, Delia mengharap Kak Neesa bahagia dengan Thaqeef. Walau macam mana dugaan datang, Kak Neesa kena kuat cuba pertahankan hubungan Kak Neesa dan Thaqeef. Semoga bahagia itu milik Kak Neesa” berbisik di telinga Aneesa, hanya mereka berdua yang mendengar.

Aneesa mengangkat wajahnya dan memandang tepat kearah anak mata Thaqeef. Seolah-oleh mencari kekuatan didalam kecelaruan ini. Mengharap Thaqeef masih memberi kesempatan buat dirinya. Mencuba mempertahankan kisah mereka. Mungkin ada pelangi indah selepas hujan.

Semoga ada sinar buat Aneesa dan Thaqeef

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience