BK22 - BERPAUT KASIH

Romance Series 13483

Kaki melangkah masuk dengan penuh berhati-hati. Bukan tak pernah, cuma kali ini kedatangannya membawa maksud dihati.

Gementar juga ada, takut kalau dirinya itu tidak diterima. Dia juga telah memberitahu akan kedatangannya pada hari itu. Selepas Aneesa menerima dirinya, Thaqeef mengambil keputusan untuk bersemuka dengan mama dan papa termasuk Adeeb, bagi menjelaskan lagi tentang hubungannya dengan Aneesa.

Ketiga pasang mata hanya melihat tingkah laku Thaqeef yang hanya diam. Aneesa awal-awal lagi sudah bersembunyi di dapur, hanya memerhati dari jauh. Gementar lain macam ni.

“Thaqeef minta maaf kalau kehadiran Thaqeef hari ni membuatkan mama pakcik dan Adeeb tak selesa. Selalu Thaqeef datang sini tanpa hajat, tapi hari ni Thaqeef datang nak minta kebenaran mama dan pakcik juga Adeeb” penuh tertib Thaqeef menyusun bicara, bimbang akan terguris hati dan perasan bakal mertua. Galakkk dahh. Tak terlepas juga buat Adeeb, risau juga nanti boleh putus sahabat bila berkaitan hati dan perasaan ini.

“Dari mula Thaqeef terjumpa Kak Neesa, Thaqeef dah jatuh hati dengan Kak Neesa. Mungkin masa tu Thaqeef masih belasan tahun dan tak mahu beri apa-apa harapan kepada Kak Neesa. Thaqeef tahu yang jarak umur kami juga boleh menjadi penghalang, tapi bukan bermaksud Thaqeef nak ambil kesempatan ke atas Kak Neesa. Thaqeef cuba menjadi yang terbaik untuk Kak Neesa, andai mama dan pakcik serta Adeeb merestui hubungan kami. Thaqeef juga tak menjanjikan bulan dan bintang, tetapi Thaqeef cuba untuk pertahankan hubungan ini sehingga langkah seterusnya” panjang lebar Thaqeef berkata-kata membuatkan mama dan papa tersenyum mendengarnya.

Adeeb melihat sisi Thaqeef yang lain sebagai seorang yang bertanggungjawab. Tak pernah dia terbayang sisi Thaqeef yang satu ini. Mungkin selama ini mereka hanya budak belasan tahun yang hanya tahu berseronok.

Dan mungkin sudah sampai masa untuk Kak Neesa merasa bahagia bersama orang yang menghargainya. Tak salah berpaut kasih pada seseorang yang berbeza umur, andai kasih yang terpaut itu membawa kesyurga, umur hanyalah sekadar angka.

“Pakcik dah lama perhatikan kamu. Pakcik juga nampak keikhlasan dalam diri kamu terhadap Aneesa. Pakcik juga tiada daya dan upaya untuk menghalang hubungan kamu berdua. Andai sudah tertulis jodoh kamu berdua, pakcik sedia menerima kamu sebagai ahli keluarga di dalam keluarga ini.” Berkata papa sambil tersenyum ke arah Thaqeef sebelum menyambung bicara.

“Pakcik serahkan segalanya kepada Aneesa untuk membuat keputusan. Apa sahaja keputusannya, kami terima dan berharap hubungan yang dibina ini akan menjadi asbab kukuhnya kekeluargaan kita. Andai Thaqeef sudah betul-betul bersedia dengan keputusan Thaqeef, beritahu ibu ayah Thaqeef untuk berkunjung ke rumah pakcik. Pakcik sedia menerima kunjungan mereka” kata putus di berikan papa bagi menguatkan lagi yang hubungan Aneesa dan Thaqeef direstui.

“Mama dan Adeeb terima sebulat suara dengan pandangan dari papa. Andai Thaqeef sudah bersedia, bawa lah ibu dan ayah jumpa mama dan papa ya. Mama tahu Thaqeef baru mula bekerja, banyak bebanan dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan jangan lah jadikan itu sebagai alasan untuk Thaqeef sakitkan hati anak mama. Mama dah anggap Thaqeef macam anak mama sendiri, mama berharap dapat melihat Aneesa bahagia sebelum mama menghembuskan nafas yang terakhir” sayu kata-kata dari mama membuatkan Thaqeef turut sebak.

Tak sangka penerimaan dari keluarga Aneesa terhadap dirinya sangat meruntun jiwa.
Kata-kata terakhir dari mama membuatkan air mata Aneesa mengalir laju. Dia hanya bersembunyi tetapi tidak telinganya. Dia dapat mendengar segala kata-kata yang keluar dari mulut Thaqeef, mama dan papa. Keluarganya menerima hubungannya dan Thaqeef. Dia juga bersyukur kerana masih ada insan yang boleh menerimanya di usia 40 tahun ini.

Adeeb yang hanya diam di sisi mama terus memeluk mama. Terlepas juga tangisan yang disimpan. Di biar Thaqeef melihat air matanya mengalir. Sebak dengan kata-kata terakhir dari mama.

Kisah hubungan antara Thaqeef dan Aneesa berubah menjadi drama air mata antara Adeeb dan mama. Papa hanya tersenyum melihat karenah Adeeb yang manja itu. Kata-kata yang keluar dari mulut isterinya juga telah menjentik hati tuanya.

Di usia yang senja ini, bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik nyawa mereka. Andai itu yang terjadi, semoga dia dan isterinya sempat melihat kebahagian untuk anak-anaknya.

Thaqeef juga turut tersenyum melihat keakhraban antara mereka serta dia bersyukur yang dirinya diterima oleh ahli keluarga Aneesa. Semoga niatnya menjadikan Aneesa sebagai isteri menjadi kenyataan.

THAQEEF tersenyum apabila terpandang wajah Aneesa dihadapan pintu utama pejabat Aneesa. Memang mereka berdua sudah berjanji selepas waktu kerja ingin berjumpa dan menjamu selera sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Thaqeef sudah hampir 3 bulan berkerja di syarikat itu secara tetap. Selepas latihan industrinya tamat, dia terus dipanggil untuk di temuduga sebagai pekerja tetap. Mungkin sudah tertulis rezekinya, dia mengambil peluang yang ada dengan sebaik mungkin.

Sejak hubungan mereka direstui, Thaqeef sering kali bertemu dengan Aneesa. Cuba untuk mengenali hati budi masing-masing. Cuma sehingga kini, Aneesa masih belum bertemu dengan ibu dan ayah Thaqeef. Mungkin kekangan waktu membuatkan mereka tidak sempat untuk bertemu.

“Kak Neesa, jom. Ada kedai baru buka dekat pekan sana. Nak try tak?” teruja Thaqeef memberitahu Aneesa. Itu pun selepas dia mendengar rakan-rakan sekerja mereka bercakap mengenai kedai tersebut.

Masih membahasakan diri Aneesa sebagai ‘Kak Neesa’, mungkin kerana belum ada apa-apa ikatan membuatkan Thaqeef dan Aneesa hanya mengikut rentak dalam kisah mereka.

“Boleh juga. Akak pun dah lapar ni. Selalu meeting ada kudapan, tapi hari ni tak ada. Katanya sekejap saja meeting, sekali 3 jam punya meeting. Selamat tak tertidur dekat situ dek kelaparan” menunjukkan wajah yang comel dihadapan Thaqeef. Selamat belum kahwin, kalau tak dah picit-picit pipi tu. Gerammm.

“Kesian Kak Neesa yang comel ni. Jom la kita pergi, nanti lambat sampai pula. Waktu-waktu macam ni jalan sesak la. Naik moto nak tak? Cepat sikit. Kak Neesa tinggal kereta dekat rumah. Kita merempit hari ni” Thaqeef memberi cadangan sambil menepuk-nepuk seat motonya sambil tersenyum.

“Dah tak payah nak gatal sangat. Naik kereta akak. Tinggal moto tu dekat rumah akak, kita naik kereta. Nanti ada rezeki Qeef beli kereta, kita naik kereta Qeef pula yer” tersenyum sambil mengejitkan sebelah matanya kepada Thaqeef. Meninggalkan Thaqeef disitu dan mengambil keretanya di parking syarikat.

Thaqeef hanya tersenyum melihat tingkah laku Aneesa. Tak padan dengan umur 40. Tapi tetap cute. Hahaha

Di dalam kereta

“Kak Neesa, hujung minggu ni nak balik rumah mama papa tak? Qeef ingat nak balik. Dah lama tak balik.” Bertanya sambil mata focus kepada pemanduannya.

“Boleh juga. Kak Neesa memang nak balik pun minggu ni. Adeeb tu asyik call tanya ja bila nak balik. Suruh datang sini taknak, macam-macam alasan. Bukan jauh pun. Manja terlebih budak manja tu” memuncungkan mulut sambil bercerita kepada Thaqeef. Geram dengan perangai Adeeb yang manja itu. Geram-geram pun sayang.

“Kalau akak nak balik, kita boleh balik sekali. Qeef ingat hujung minggu ni nak ajak Kak Neesa pergi jumpa ibu ayah Qeef” berterus terang kepada Aneesa. Aneesa yang mendengar tiba-tiba menjadi gelabah.

“Jumpa ibu ayah Qeef. Ibu ayah Qeef garang tak? Tiba-tiba takut pula” tersengeh seperti kerang busuk

“Tak pasti la garang ka tak. Sebab Qeef tak pernah kena marah pun.” ketawa Thaqeef cuba untuk menghilangkan gelabah di hati Aneesa tu.

“Tapi akak takut. Yela akak dah tua kan. Nanti ibu ayah Qeef tak setuju pula” sayu Aneesa berbicara.

“Kita pergi jumpa dulu ya Kak Neesa. Apa keputusan ibu ayah Qeef nanti, kita cuba selesaikan. Yang penting sekarang kita kena jelaskan hubungan kita. Qeef tak nak selalu jumpa Kak Neesa macam ni. Tak ada apa-apa hubungan. Tak manis kalau orang tengok.” Berkata Thaqeef untuk memberi semangat kepada Aneesa.

“Baik lah. Nanti Kak Neesa bagitahu mama papa yang hujung minggu ni nak jumpa keluarga Qeef. Harap tak gelabah sangat la depan keluarga
Qeef” tersenyum senget Aneesa, dia tahu dirinya yang suka gelabah itu. Thaqeef tersenyum manis melihat Aneesa. Semoga pertemuan antara keluarga Thaqeef berjalan lancar.

Thaqeef memberhentikan kereta dihadapan kedai makan itu. Keadaan kedai yang agak sesak itu membuatkan mereka tak sabar hendak mencuba menu yang ada di situ. Mengambil tempat di hujung bangunan dan melihat-lihat menu yang ada untuk dijadikan hidangan makan malam mereka.

Tanpa mereka sedari, di dalam keadaan kedai yang sesak itu, sepasang mata sedang asyik memerhati tingkah laku mereka. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Pasti ada sesuatu yang cuba dirancangnya untuk meretakkan hubungan mereka.

Siapa yang memerhati tu. Kita tunggu next chapter ya. Selamat membaca :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience