BK28 - KENANGAN ITU

Romance Series 13483

Thaqeef memberi salam sebelum melangkah masuk kedalam rumah mama dan papa. Memang mama dan papa mengajak Thaqeef sekeluarga untuk makan tengahari disitu. Meluangkan waktu bersama bakal besan.

Semua berkumpul di meja makan itu termasuk Adeeb. Adelia telah pulang kerumahnya sendiri untuk menghabiskan tempoh berpantang. Hanya mereka bertujuh di meja makan itu. Adik Thaqeef, Qhaleeda juga tidak hadir ekoran mengikuti kursus di tempat kerjanya.

“Jemput makan semua, menu biasa-biasa saja. Harap semua kena la dengan tekak masing-masing” berkata mama dengan penuh ceria. Seronok dapat masak untuk tetamu yang hadir.

“Biasa-biasa apa ni kak, semua nampak sedap ni. Mesti kena dengan tekak la” berkata pula ibu Thaqeef sambil melihat pelbagai juadah yang dihidangkan.

Semua menjamu selera, termasuk pasangan yang bakal bertunang itu. Macam duduk di meja makan pengantin punya malunya. Ini pertama kali buat Aneesa, makan berhadapan dengan bakal ibu dan ayah mertuanya.

“Tambah lagi lauk tu Man. Banyak lagi tu, makan la. Jangan malu-malu” kata papa kepada ayah Thaqeef.

“Dah bertambah saya dua kali ni. Sedap sangat, kena ambil resepi macam ni” berkata ayah Thaqeef sambil menyeduk lauk kedalam pinggannya.

Semua tersenyum sambil mendengar papa dan ayah berbual. Makan ramai-ramai selalunya selera lain macam. Menu tak seberapa tapi selera tu membuatkan juadah tu nampak sangat mahal, tambahan masak dengan penuh kasih sayang. Gituuu. Hahaha

“Man memang tinggal sini ka? Kami dah tinggal sini hampir 25 tahun, tapi tak pernah pun terserempak dengan Man” papa memulakan bicara setelah selesai menjamu selera. Mereka berpindah ke ruang sofa sambil berborak-borak.

“Man baru pindah sini. Hampir 7 tahun juga la dekat sini. Sebelum ni menetap dekat kampung di Perlis. Tapi selepas tukar pekerjaan, menetap di sini pula la.” beritahu ayah Thaqeef.

Thaqeef dan Adeeb turut menyertai papa dan ayah. Mendengar cerita dari papa dan ayah. Manakala mama ibu dan Aneesa, sibuk mengemas selepas menjamu selera.

“Kawasan perumahan sini pun dah lama dah. Kami beli rumah ini sebelum bersalin dekat Adeeb tu. Rezeki anak orang kata, lepas bersalin dia, sebulan lepas tu terus dapat kunci rumah. Terus pindah duduk sini” cerita papa.

“Saya ada datang sini masa mula-mula kahwin dulu. Mencari juga rumah untuk dibeli. Masa tu saya kontrak dengan Pejabat Kesihatan, jadi susah la nak beli rumah ni. Lepas dapat jawatan tetap, saya dipindahkan ke Perlis. Jadi menetap dengan keluarga la. Tak pening fikir bayar rumah” ketawa ayah bila fikir tak perlu bayar sewa.

“Tapi sebenarnya, Thaqeef bersalin dekat Hospital Lama tu. Masa tu ibu Thaqeef tengah mengandungkan dia, kami saja datang sini tengok rumah untuk dijual. Mana tahu tengah tengok rumah, air ketuban pecah, kelam kabut la saya. Selamat masa tu segala kelengkapan dah lengkap semua, terus pergi hospital sajala” ketawa ayah bila memikirkan kejadian 24 tahun yang lepas.

Adeeb dan Thaqeef memandang sesama sendiri. Adeeb tahu tarikh lahir mereka sama, cuma tak pernah tahu yang tempat kelahiran juga sama. Tak pernah nak ambil tahu sehingga tempat kelahiran itu.

“Jadinya, mereka memang lahir ditempat dan tarikh yang sama?” Aneesa yang berlalu sambil membawa dulang cawan untuk dibasuh, mendengar perbualan papa dan ayah. Terus terhenti langkahnya dan berkata.

“Tarikh yang sama? Maksud Aneesa” berkata ayah Thaqeef yang tidak mengetahui maksud Aneesa.

“Thaqeef dan Adeeb ni, mereka berkongsi tarikh lahir yang sama. Adeeb pun bersalin di hospital yang lama tu.” Aneesa menjelaskan dengan lebih terperinci.

Papa dan Ayah turut berpandangan sesama mereka. Mereka tidak mengetahui akan hal ini. Adeeb dan Thaqeef juga masih memandang sesama sendiri. Tidak pernah terlintas langsung ingin bertanya tempat lahir masing-masing.

“Rahman. Encik Rahman yang menunggu anak sulung depan wad bersalin tu kan?” berkata papa dengan teruja

“Zarif. Encik Zarif yang menunggu anak bongsu depan wad bersalin. Termasuk anak sulong yang menyambut kelahiran adiknya sendiri tu, Aneesa?” makin teruja dengan perjumpaan yang tidak disangkakan ini.

“Ya betul. Allah hampir 24 tahun kita tak jumpa. Tak sangka berjumpa dalam keadaan macam ni. Tak sangka sungguh saya, memang saya tak perasan sungguh muka Man” papa memeluk erat ayah Thaqeef. Bukan berkawan atau bersahabat hanya kerana suatu hari yang membuatkan mereka tersenyum gembira dengan kelahiran cahaya mata.

Thaqeef dan Adeeb turut tersenyum dengan cara pelukan itu. Tak sangka papa dan ayah ada kisah mereka sendiri. Walaupun tak tahu cerita sepenuhnya, tapi cukup bahagia melihat mereka bergitu.

“Jadi yang Neesa tersilap cium bayi tu adalah Thaqeef?” terkejut Aneesa bila teringat kenangan itu.

Adeeb dan Thaqeef terkejut dengan kenyataan Aneesa, masing-masing memandang Aneesa dengan tanda tanya.

“Betul tu, bayi yang Aneesa tersilap cium tu, memang Thaqeef. Happy sangat sampai tersilap adik dah. Selamat bakal bertunang tak lama lagi” beritahu Papa sambil sempat mengenakan Aneesa.

“Itu lah, Man pun dah berjanji masa tu, kalau anak perempuan boleh buat menantu. Mana tahu kakaknya bakal jadi menantu” ketawa papa dan ayah mengenakan Aneesa.

Aneesa sudah menunduk malu. Dipermalukan dihadapan buah hatinya. Thaqeef tak mampu berbuat apa-apa. Hanya menahan senyum, tak sangka mereka dah pernah berjumpa 24 tahun yang lalu.

“Apa yang seronok sangat ketawa ni, tak ajak kami pun ketawa sama-sama” beritahu mama yang berjalan bersama dengan Ibu Thaqeef. Ketawa mereka dengar sampai ke dapur.

“Awak ingat tak masa Adeeb lahir, kan ada 1 lagi bayi masa tu. Masa jururawat hantar bayi tu dekat kita, tetapi Neesa dah tersilap cium bayi tu. Awak ingat tak?” papa bercerita kepada mama untuk mengingatkan lagi tentang kenangan itu

“Mesti la ingat, Neesa dengan selambanya pergi cium bayi tu, siap picit-picit lagi pipi bayi tu. Mungkin dia tak sabar tunggu adik lelaki kot masa tu” tersenyum mama bila teringat akan kejadian itu.

“Sebenarnya bayi tu, Thaqeef” terang penjelasan papa

“Thaqeef?” terkejut mama dengan kata-kata papa sambil memandang wajah Thaqeef yang sudah malu

“Betul Kak, bayi tu Thaqeef. Kami pun baru tahu saja. Itu yang gelak besar tu. Tak sangka jodoh diorang kuat juga” beritahu ayah Thaqeef kepada mama.

“Kecil sungguh dunia ni. Jumpa juga kita ya kak. Saya pun dah tak perasan muka kak. Maklum la semalam saja kita sempat bersembang, lepas tu kak dah boleh balik. Saya pula kena tahan ward sampai seminggu sebab si Thaqeef ni kena kuning” seronok ibu Thaqeef bercerita kepada mama bila teringat kembali akan kenangan itu.

Ketawa mereka bersambung-sambung. Aneesa, Thaqeef dan Adeeb sudah berlalu pergi meninggalkan ibu ayah dan mama papa yang sangat gembira bercerita. Mereka bertiga melabuhkan duduk di gazebo luar rumah.

“Tak sangka aku Qeef, yang kita ni memang macam kembar la. Lahir tarikh yang sama, tempat yang sama. Memang jodoh kita ni kuat sangat” teruja Adeeb sambil meletakkan lengannya di belakang leher Thaqeef.

“Itu la, aku pun tak sangka. Lepas ni boleh jumpa lagi kerap la dengan kau, Adeeb” berkata Thaqeef sambil tersenyum

“Kerap? Maksud kau?” Adeeb memandang wajah Thaqeef yang masih tersenyum itu.

“Yela. Bakal isteri aku kan tinggal dekat sini. Nanti boleh datang selalu la. Kan sayang” Thaqeef dengan selamba mengucapkan khalimat itu sambil memandang Aneesa.

“Gila sayang tu. Kau dengar sini ya Qeef, aku warning kau siap-siap ya, kalau Kak Neesa aku menangis sebab kau, aku tak kan lepaskan kau” acah-acah garang Adeeb berkata.

“Aku pun nak warning kau juga, lepas aku nikah dengan sayang aku, kau tak dibenarkan masuk bilik kami sesuka hati tau. Dia milik aku” berkata Thaqeef dengan nada yang separa serius.

Aneesa dengan malunya terus berlari meninggalkan mereka berdua. Thaqeef tersenyum melihat Aneesa yang masih malu dengannya. Manakala Adeeb sudah ternganga mulut mendengar kata-kata dari mulut Thaqeef.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience