BK11 - HADIAH

Romance Series 13483

Keseronokan yang terjadi malam itu membuatkan rumah yang sunyi menjadi riuh rendah. Tangan dan mulut sama naik bisingnya. Adeeb dan thaqeef masing-masing tak mau kalah dalam permainan di PS5 itu. Kesakitan yang dirasa siang tadi hilang macam tu saja.

Aneesa hanya memerhatikan mereka berdua. Tangannya juga sibuk membuat kerja yang tergendala. Perlu disiapkan sebelum due date yang diberikan. Walaupun riuh macam tengah buat rewang, padahal hanya dua mulut yang bercakap tetap tak menjadikan masalah buat aneesa untuk focus terhadap kerjanya.

“Gila la kau thaqeef, cakap tak pernah main game ni, tapi asyik menang ja. Kau tipu aku” geram adeeb

“Betul la, aku mana pernah main game ni. Ni first time tau tak. Kau tu yang tak pandai main.” Bidas thaqeef

“Kau ni, dalam realiti dan fantasi pun semua nak menang.” Makin geram dengan thaqeef

“Ehhh, nak buat macam mana. Dah aku lari laju lagi dari kau. Mula la tu nak ungkit kes sukan yang lepas tu. SPM dah habis la, benda tu pun nak ungkit ka” menjeling ke arah adeeb

Aneesa yang mendengar hanya buat-buat tak peduli sahaja. Budak-budak macam tu la, tak matang. Taknak kalah langsung. Lepas tu ungkit mengungkit. Apadahhh.

“Kau kan thaqeef, macam mana la aku boleh rapat dengan kau. Padahal baru kenal setahun ja. Dengan naim tu aku kenal dia lagi lama dari kau, tapi apasal aku lagi rapat dari kau? Kau ada bagi aku ubat guna-guna ka?” mula fikir yang bukan-bukan dah budak-budak ni.

“Agak-agak la aku nak buat macam tu. Gila kau tak dak agama ka? Mungkin sebab tarikh lahir kita sama kot. Sebab tu kita macam belangkas” tergelak thaqeef bila dia tau birthday dia sama dengan adeeb. Itu pun masa jamuan perpisahan cikgu bahasa melayu mereka.

“Birthday korang sama ka” aneesa yang mendengar perbalahan dari mereka tadi, terkejut bila mendengar kenyataan yang keluar dari mulut thaqeef. Kalut-kalut bangun dari ruang makan itu ke ruang tamu tempat adeeb dan thaqeef bersantai.

“Betul kak neesa. Itu pun masa jamuan perpisahan cikgu BM kitorang. Masa tu cikgu ada tanya la siapa birthday bulan 5. Cikgu nak bagi hadiah. Mana tau si thaqeef ni pun angkat tangan jugak. Lepas cikgu tanya berapa hari bulan, terkejut adeeb bila kitorang lahir pada tarikh yang sama” penuh semangat adeeb bercerita

“Betul kak neesa. Thaqeef pun terkejut jugak. Tak sangka ada orang sama tarikh lahir. Sebab tu kot boleh jadi bestfriend macam ni” sambil mengangkat kening ke arah adeeb.

“Lepas ni boleh sambut birthday korang sekali la.” Tersenyum aneesa suka. Jarang kawan baik ni miliki tarikh lahir yang sama.

“Kak neesa kena bagi hadiah untuk thaqeef juga la macam tu” terlepas cakap dari mulut thaqeef. Menutup mulutnya.

“Boleh nanti akak beli sekali dengan adeeb.” Tersenyum aneesa

“wowowo. Mana boleh kau minta macam tu. Tu kakak aku” acah-acah dia sorang ja ada kakak

“Yela-yela. Aku tak ada kakak. Nak juga merasa ada kakak” merajok pula

“Ni kau nak merasa jadi kakak kau ke?” sambil jari menunjuk kearah aneesa.

“Tak boleh ka” tanya thaqeef pelik

“Bukan kau nak buat kak neesa ni jadi kekasih kau ke? Ingat aku tak tahu ka” tanpa selindung. Terus straight to the point. Hahaha

Tercengang aneesa dan thaqeef bila kena serbu macam tu. Tak tahu nak balas apa.

“Hahaha. Tau takut. Terdiam terus dua-dua orang ni.” Galak adeeb ketawa. Berjaya kenakan aneesa dan thaqeef.

“Dah, akak nak sambung buat kerja” berjalan meninggalkan mereka disitu. Menggambil komputer ribanya, berlari memanjat tangga. Malu doh kalau thaqeef tengok muka dia yang menahan malu tu.

SETELAH dua malam mereka bermalam di rumah aneesa. Adeeb dan thaqeef mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mereka. Lebam-lebam di badan thaqeef pun sudah hampir hilang. Hasil tuaman yang ikhlas dari aneesa. Cewahhhh. Bersemut.

“Ok hati-hati memandu. Dah sampai nanti inform tau. Kirim salam dekat mama papa. Thaqeef pun kirim salam dekat ibu ayah ya. Nanti free-free datang la lagi riuhkan rumah akak korang ni. Hahaha” sambil melambai-lambai ke arah mereka.

“Baiklah kak neesa. Kak neesa jaga diri elok-elok tau. Jatuh bangun sendiri” sempat lagi adeeb cari pasal dengan kakaknya.

“Bye kak neesa. Kitorang balik dulu” jawab thaqeef pula

Menghilang mereka dari pandangan aneesa.

“Qeef, aku nk tanya kau sesuatu. Ini isi hati dari seorang lelaki kepada lelaki” serius ayat adeeb, mata masih focus pada pemanduan.

“Uishhh. Lain macam kau ni. Seram pula aku rasa” memang seram la. Isi hati seorang lelaki tu

“Aku tak main-main ni. Aku serius” adeeb masih dengan wajah yang serius

“Yela. Ada apa yang kau nak tanya” thaqeef turut serius. Macam masalah dunia dah ni

“Kau betul-betul suka kak neesa?” sekali lagi straight to the point

“Kenapa tau tanya macam tu” terkejut jugak tiba-tiba adeeb bertanya macam tu

“Aku tau kau ada rasa suka dekat kakak aku. Aku boleh rasa. Cara kau tengok kakak aku. Cara kakak aku tengok kau pun aku dah rasa sesuatu. Aku ni tak pandai dalam bercinta sebab tak pernah bercinta. Tapi aku boleh nampak cara pandangan kau terhadap kakak aku” panjang lebar adeeb berkata

“Kau rasa macam tu ka” thaqeef meminta kepastian

“Ya. Aku kenal kak neesa tu dari lahir lagi. Dia yang tengok sendiri aku di lahirkan. Jadi dari kecil memang aku rapat dengan kakak aku. Boleh kata macam ibu dengan anak. Cuma ni kakak dan adik” jelas adeeb

“Aku tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin ya. Aku macam jatuh cinta pandang pertama dengan kak neesa. Lepas aku tahu dia kakak kau, aku macam takut. Lagi pun kita baru lepas SPM adeeb. Nak bercinta macam mana. Tak dak apa yang mampu aku berikan dekat kakak kau. Duit minyak moto pun masih minta dekat ibu ayah aku” tergelak kecik thaqeef bila fikirkan hal itu.

“Aku tahu. Lagi pun kak neesa tu dah 35 tahun. Mungkin tak sesuai dengan kau. Jarak umur tu mungkin jadi tentangan keluarga. Aku pun tak boleh kata yang aku setuju terima kau, tapi kalau betul kau jodoh kakak aku. Aku kena terima saja. Janji kakak aku tu bahagia.” Sedikit sedih bila teringat nasib kak neesa yang belum bertemu jodoh itu.

“Kalau kau betul-betul sukakan dia, kau sendiri bagitahu dia. Mungkin korang boleh cuba dahulu. Cari keserasian. Bab jodoh tu mungkin sekarang belum masanya. Nanti kau dah kerja. Ada duit rasa boleh jalankan tanggungjawab kau. Terpulang pada kau la lepas tu. Cuma aku harap kau tak sakitkan hati kakak aku. Sekali kau sakitkan hati kakak aku. Sepuluh kali aku balas” sambung adeeb sambil memberi amaran kepada thaqeef.

“Aku pun tak janji boleh jadi yang terbaik untuk kakak kau. Tapi aku cuba. Jujur aku cakap dengan kau yang aku memang suka dengan kak neesa dari kali pertama aku terpandang dia. Mungkin jarak umur tu boleh jadi penghalang antara kami, tapi aku cuba untuk selesaikan andai tu jodoh aku” thaqeef memberi kenyataan seikhlas hati

“Lepas ni aku kena panggil kau abang la. Abang qeef” adeeb cuba mengenakan thaqeef

“Wooo. Gila kot adik adeeb. Adik adeeb meh dekat abang meh” membalas terhadap adeeb

“Gilaaa. Geli aku.” Ketawa mereka berdua sambil kegeliaan. Hahaha

Adeeb menghantar thaqeef pulang ke rumahnya.

"Terima kasih adik adeeb hantarkan abang qeef” practice awal-awal nanti tak kekok. Hahaha

Orang laki pun ada kegedikkan diorang tau. Cuma acah-acah macho. Happy reading. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience