Aneesa memarking kan motosikal miliknya ditepi pagar belakang rumah. Almaklum la nak masuk dalam garage tak boleh kerana khemah telah dipasang untuk kenduri kelahiran ulang tahun anak saudaranya. Meriah betul kenduri yang mama dan papanya buat, macam kenduri kahwin dah sampai 4 khemah ditempahnya, lauk-pauk, kuih-muih semua ditempah bagi menjamu tetamu yang hadir. Mungkin teruja sangat mama dan papanya nak buat kenduri, nak tunggu kenduri aku kahwin tak tahu la bila nak kunjung tiba, jodoh masih tersesat atau masih disekolah rendah. Hahaha
Aku masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang iaitu pintu dapur, itu saja pintu yang paling selamat untuk aku masuk dari terdengar mulut-mulut puaka dari ibu-ibu saudara ku yang tak habis-habis bertanya kan pasal jodohku.
Kalau aku tahu jodohku bila sampai mesti kumaklumkan ke seluruh pelusuk ahli keluargaku, dari utara selatan timur mahupun barat termasuk sabah dan sarawak akan aku khabarkan. Biar diorang berkampung di rumah ku sehingga 7 hari 7 malam untuk meraikan majlis pernikahan ku. Hahahaha
"Hoi aneesa, apahal kau masuk macam pencuri lepas tu boleh gelak sorang-sorang macam orang gila" kata maklong, kakak kepada mama ku. Mama cuma dua beradik dengan maklong. Atok dan maktok tinggal bersama maklong. Maklong kematian suami akibat kemalangan jalan raya 5 tahun yang lalu, maklong mempunyai seorang anak sebaya dengan adiknya adeeb. Maklong berkahwin hampir 20 tahun, baru dikurniakan zuriat. Setelah bermacam-macam cara maklong dan arwah paklong lakukan untuk mendapat zuriat. Rezeki tak pernah salah alamat, apabila telah tiba masanya, maka jadilah. Setelah kematian suami, maklong mengambil keputusan untuk tinggal bersama atok dan maktok untuk mengurangkan rasa rindunya terhadap arwah suaminya.
"Aduh maklong ni, terkejut aneesa. Main terjah-terjah macam ni, boleh luruh jantung Aneesa macam ni. Nanti tak sempat kahwin la Aneesa, mati tak berlaki”. Sambil acah-acah sedih didepan maklongnya.
“Amboii, sebenarnya maklong lagi terkejut dari kamu tahu? Maklong datang ke dapur ni sebab nak ambil lebihan kuih-muih untuk dibawa kehadapan, tiba-tiba maklong terdengar ada orang ketawa mengilai macam pontianak dekat dapur, selamat tak kena hempok kepala kamu dengan loyang ni”. Penuh aksi maklongnya bercerita siap mengajuk mengilai ketawa lagi.
“Hahaha, maklong ni kalau tak buat lawak sehari tak boleh ka? Ada saja nak dibahannya” mengesat air mata yang keluar akibat lawak dari maklong.
“Maklong cuma melakonkan semula, nanti kamu tak percaya pulak”
“Percaya la maklong” dipeluk tubuh itu dengan erat. Aneesa sangat rapat dengan maklongnya. Maklongnya tak pernah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati jika berkaitan jodoh. Maklongnya selalu mengambil berat tentang dirinya dan menganggap aneesa sebagai anaknya sendiri.
“Ni aneesa dari mana? Kenapa masuk ikut pintu belakang”- tanya maklong untuk mendapatkan kepastian.
“Aneesa dari tasik, saja tenangkan fikiran dekat sana. Dekat rumah banyak suara-suara sumbang, tak habis-habis asyik tanya bila nak kahwin, jemu la maklong dengan soalan tu” melepaskan pelukan dengan maklongnya sambil memuncungkan mulut tanda protes dengan ibu saudara sebelah ayahnya.
“Biasa la aneesa, orang tua ni selagi tak dapat jawapannya selagi tu la ditanya, macam maklong dulu sebelum dapatkan si Irfan tu, 20 tahun maklong menadah telinga mendengar tohmahan orang, kata maklong mandul la, arwah paklong sakit la, macam-macam lagi. Tapi maklong percaya kuasa Allah, bila dah sampai masanya maka terjadi lah. Kita ni teruskan berdoa, yang penting usaha. Orang takkan nampak usaha kita, biar kita dengan Allah saja yang tahu”. Panjang lebar maklong memberikan kata-kata semangat kepada aku.
“Maklong la satu-satunnya ibu saudara yang paling aneesa sayang”. Mencium kedua belah pipi kekasih hatinya itu.
“Amboi maklong saja yang kamu sayang? Makngah ni tak sayang ka”. Sambil berjalan catwalknya
“Sayang jugak makngah, tapi lagi sayang kalau makngah tu sayang dulu mulut makngah sendiri, menyakitkan hati”. Perli aneesa apabila makngahnya bersuara. Makngah selalu membandingkan dirinya dengan sepupunya yang mudah-mudah mendapat jodoh, mudah-mudah mendapat zuriat, sedangkan dia jodoh tak kunjung tiba.
“Kau ni aneesa, sebab tu tak dak orang nak dekat kau, mulut tu tak hormat orang tua langsung”. Marah makngah
“Makngah jodoh ajal maut semua ditentukan Allah, dah belum sampai jodoh lagi nak buat macam mana. Siapa aneesa nak menolak takdir dari Allah, mungkin satu hari nanti jodoh sampai, muda bergetah, bukan macam makngah dapat yang tua tunggu masa ja, tu pun yang tua ja nak dekat makngah, yang muda semua lari sebab mulut longkang macam makngah tu”. Marah aneesa geram. Maklong ditepi aneesa hanya tersenyum mendengar ucapan yang keluar dari mulut aneesa.
“Kau ni kan aneesa, mulut tak dak insurans langsung”. Menghentak kaki melepaskan geram akibat dari kata-kata aneesa, berpaling tubuh berjalan meninggalkan aneesa dan maklongnya. Maklong dan aneesa hanya memandang sesama sendiri sambil mengangkat bahu.
Riuh rendah dikawasan rumah dengan kedatangan tetamu yang tak putus-putus. Walaupun waktu sudah melepasi waktu asar, tetapi tetamu masih kunjung tiba. Berapa jemputan la yang mama dan papa jemput ni, sampai sekarang tak nampak putus orang. Makin ramai saja adalah. Mengambil sepiring kuih muih dan kaki melangkah ke buaian di halaman rumah itu sambil melihat tetamu yang hadir, beramah mesra dengan tuan rumah. Hanya aneesa bersendirian di buaian itu. Dia tidak menjemput kenalannya kerana menganggap mama dan papanya hanya menjemput saudara mara sahaja, tapi bila dilihat, ini macam kenduri kahwin anak dato-datin sudah punya panggilan yang dijemput mama papa.
Terlihat adiknya adelia mendukung anak saudaranya Amsyar sambil beramah mesra dengan tetamu yang hadir disitu. Disisi mereka terlihat adik iparnya, Haziq yang tak lekang dengan senyuman apabila berjabat tangan dengan tetamu sambil mengarahkan mereka untuk menjamu selera. Mama dan papa sudah hilang dari pandangan, mungkin menuju ke ruang solat untuk menunaikan solat Asar.
Mata aku terpandang pada sekumpulan anak muda yang baru bertandang ke rumah, mungkin kawan-kawan adeeb kerana muka mereka nampak sangat macam budak-budak tak cukup umur, hahaha. Tapi macam pernah ku lihat mereka berlima ni, tapi dimana ya?
Sedang asyik memandang mereka berlima, adeeb datang tanpa memberi salam “woi kak neesa, apahal termenung jauh, teringat buah hati kah?” sapa adeeb dengan penuh tak beradap disitu, selamat tak terbang saja kuih muih dihadapannya.
“Adeeb ni, boleh tak jangan terjah saja macam tu? Kalau akak ni ada sakit jantung ka, dah arwah dekat sini. Kesian mama papa nak sambut kenduri kelahiran cucu, dah kena buat sekali dengan kenduri arwah untuk anak”. Kata aneesa sambil menampar kuat lengan adik kesayanganya.
Acah-acah terpusing badan adeeb apabila terkena pukulan kuat dari kakaknya. “Gila kak neesa, pukul adeeb sampai terpusing badan ni, kesian la siapa yang jadi suami kak neesa, boleh lebam sana sini dengan gurauan kak neesa”. Tergelak adeeb bila tengok muka kakaknya yang sudah merah menahan marah.
“Adeeb, ni kawan kamu datang ni” panggil haziq memberitahu bahawa kawannya sudah sampai. Tak sempat aneesa untuk membalas kata-kata kepada adeeb, adeeb sudah berlari anak untuk menjemput kawan-kawannya menjamu selera.
Aneesa hanya memandang mereka mengambil lauk pauk sebelum menuju kearahnya. Kenapa pulak diorang datang sini? Dekat luar tu khemah sampai 4 buah telah didirikan, kenapa dekat tempat aku mencari ketenangan jugak yang korang nak datang. Aduhhh adeeb ni, banyak tempat lagi ada, sini jugak dia nak bawa kawan-kawannya duduk.
“Kita duduk dekat gazebo ni la, dekat bawah khemah penuh, lagi pun dekat sini ada awek cun melecun”. Sambil adeeb mengejitkan mata memandang aneesa yang menyampah dengan ayat yang keluar dari mulutnya dihadapan kawan-kawannya.
Tanpa paksa tanpa peduli, satu huluran salam diberikan kepada aneesa dari salah seorang kawan adeeb “saya Thaqeef, kawan adeeb”.
Tanpa menolak, aneesa menyambut huluran salam dari Thaqeef “Aneesa, panggil ja kak neesa”. Mata mereka bertembung seperti berbicara sesuatu, namum sukar diungkap dengan kata-kata. Hanya terdengar kicauan burung yang berterbangan.
Share this novel