Aneesa duduk termenung di bawah pondok di tasik itu, sambil merenung ke tasik dengan hati yang penuh kesakitan akibat dari tomahan yang dilemparkan oleh ahli keluarga sendiri. Salahkah umurnya yang menjangkau ke usia 35 tahun masih belum bertemu jodoh? Siapakah dia yang boleh menolak segala ketentuan dari Ilahi. Mata Aneesa meliar di sekitar tasik, terdapat banyak pasang merpati sedang bersandiwara, bergelak ketawa, ada yang membawa anak, ada yang berdua-duaan, dan ada yang sedang mengambil gambar pelbagai aksi di hari bersejarah mereka untuk dijadikan kenangan di waktu tua.
"Ini ujian buat kau aneesa, Allah uji tanda dia sayang pada hambaNya, kau kena yakin bila sampai masanya nanti, mesti jodoh datang sendiri dekat kau, kalau bukan di dunia, mungkin di syurga. Semua orang tak tahu apa kesudahan kehidupan yang akan mereka alami" kata aneesa dengan penuh semangat untuk menaikan lagi semangat nya yang tengah rapuh itu.
Sambil merenung ke arah tasik tu, aneesa terpandang sekumpulan pelajar sekolah menengah yang berkumpul di situ sambil bermain bola. Macam mana dia tahu itu budak sekolah? Sebab mereka bermain pun pakai baju sekolah, dah tak sempat ke nak tukar baju lain. Budak-budak sungguh. Seronok bergelak ketawa dengan jeritan yang meriuhkan lagi suasana di kawasan tasik tu tanpa memikirkan tentang masalah dunia.
Aneesa berjalan berhampiran tasik itu, sambil menenangkan hatinya, nak balik rumah macam tak sanggup kerana masih ramai orang di rumahnya, saudara maranya datang ke rumahnya atas jemputan mama dan papa untuk menyambut ulang tahun cucu mereka yang pertama.
Ya, aku seorang kakak sulong dan mempunyai 2 orang adik. Adik aku dah langkah bentul aku, dengan berkahwin di awal usia 25 tahun, dan menerima cahaya mata pertama di penghujung usia 25 tahun, mudah sungguh mendapat jodoh dah rezeki zuriat dari Maha Esa. Muhammad Amsyar Anaqi nama diberi untuk anak saudaraku yang pertama. Disebabkan itu mama dan papa aku sangat teruja untuk membuat kenduri kesyukuran bagi menyambut ulang tahun cucu mereka yang pertama. Manakala adik aku yang bongsu masih bersekolah menengah dan sedang menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Ya, dia adikku yang aku melihat kelahirannya dengan mata aku sendiri.
"Argghhhh" aneesa jatuh terduduk sambil mengerang kesakitan apabila terkena bola yang melayang ke kepalanya. Habis terbang segala khayalannya angkara bola yang entah datang dari mana.
"Maaf makcik, kami tak sengaja tersepak kuat kearah makcik" - kata salah seorang dari budak sekolah yang bermain bola disitu.
"Boleh bengong kepala aku macam ni, dah kena sepakan bola dari korang, siap panggil aku makcik lagi? Korang ni tak pandai tengok ka rupa paras aku ni, ada sama macam makcik ka?" - Aneesa menahan kesakitan akibat terkena bola dikepalanya sambil menahan rasa dihati bila dirinya dipanggil makcik.
"Maaf kak, kami tak sengaja " - kata salah seorang dari mereka yang menunduk sebab dimarahi oleh Aneesa
Aneesa bangun sambil melihat kesemua budak sekolah yang masih berdiri di hadapannya, kesemua mereka hanya menunduk memandang rumput kerana takut dengan pandangan maut dari Aneesa
"Maaf sekali lagi kak, kami terbuat tendangan maut ke arah kakak, dan salah saya jugak sebab tak sempat nak sambut sepakan bola dari hantaran kawan" - kata seorang budak yang mengaku dirinya bersalah dan meminta maaf bagi pihak kawan-kawannya.
Aneesa merenung ke arah mereka yang hanya menunduk memandang rumput, hanya seorang yang berani memandang aneesa iaitu budak yang mengaku bersalah itu. Baru dia perasan yang mereka semua pelajar sekolah menengah dari sekolah yang sama dengan adiknya, adeeb.
"Umur kamu semua berapa? Kenapa main bola pakai baju sekolah? Dah tak sempat salin baju ka? Atau dah tak dak baju lain nak pakai?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut aneesa, kepalanya sedikit lega. Selamat tak pengsan dekat tasik tu ja.
"Kami semua 17 tahun kak, dari sekolah menengah situ". Sambil menunjukkan kawasan sekolah yang berhampiran dengan tasik itu. Lupa yang sekarang dia berada di kawasan perumahan mereka, di situ terdapat kawasan tasik untuk beriadah, dan jugak kawasan sekolah menengah dan sekolah rendah di situ juga.
"Kami baru habis kertas peperiksaan SPM kak, tinggal lagi 2 kertas untuk minggu hadapan, sebab tu kami tenangkan fikiran dekat sini sambil bermain bola". Salah seorang dari mereka berkata, mungkin sudah tak takut dengan aku lagi kot. Hahaha
Kalau mereka semua dari sekolah tu, maknanya mereka sebaya dengan adik lelakiku, adeeb. Mungkin mereka kenal dengan adikku, kerana adikku jugak ada mengambil peperiksaan pada hari ni. Belum sempat ingin bertanya kepada mereka, talifon didalam poket baju kurung ku berbunyi.
kringg kringg kringg
Talifon milik aneesa berbunyi nyaring. "Helo mama"
"Kamu dekat mana aneesa? Saudara ramai dekat rumah, kamu boleh tinggalkan mereka macam tu saja kah?" marah mama. Eye-rolling aneesa bila dengar mamanya berleter di talian
"Yala mama, aneesa balik sekarang, cari ketenangan dekat tasik ni, dekat rumah tu banyak suara-suara sumbang yang menyakitkan hati" terus aneesa mematikan talian di handfonnya
"Ok la, kak balik dulu, semoga kamu semua berjaya menjawab kertas peperiksaan yang berbaki lagi 2 kertas tu dengan mudah, byee jumpa lagi" tergopoh-gapah aneesa melangkah untuk pulang ke rumahnya
Aneesa menghampiri motosikal yang diparkingnya ditepi pondok dia duduk termenung tadi. Dengan kelam kabut dia mencari kunci motosikal di dalam poket baju kurungnya, diperati wajahnya ke arah cermin sisi motosikal, alangkah terkejutnya dia yang mukanya terpalit dengan kotoran di hujung hidung dan di dahi akibat terkena sepakan bola tadi. Tudungnya yang sudah senget itu diperbetulkan kerana kerongsang di dagu sudah beralih arah hingga kepipi.
‘Patutla budak-budak tu panggil aku makcik tadi, aduhhhh malunya aku, mana nak letak muka ni. Kenapa la mereka tak cakap yang muka aku ni kotor tambahan tudung aku dah senget. Jatuh la maruah aku angkara tudung bawal ni.’ Ngumam aneesa sambil menyapu kotoran dimukannya dengan hujung lengan baju kurung miliknya.
Memulas pedal minyak laju meninggalkan kawasan tasik tu sambil tersenyum apabila teringat akan budak sekolah yang berani memandangnya. ‘Kenapa dia comey sangat, boleh gugur jantung aku melihat renungan mata dia yang cantik itu’. Tersenyum aneesa sambil membonceng motosikalnya. Semasa ingin memasuki simpang kawasan perumahannya dengan leka aneesa tidak perasan akan kereta yang ingin memotongnya dari sisi, bergelut aneesa membetulkan handle motornya apabila hampir-hampir melanggar tong sampah di hadapannya. Apalagi segala sumpah seranah keluar dari mulut aneesa memaki pemandu kereta itu. Nasib baik lah dia penunggang motosikal yang cekap, kalau tidak habis calar balar wajahnya, jatuhlah saham dia nak bercinta dengan budak sekolah. Ahakkk. Gedik di situ.
Sementara di tasik
"Nasib baik kak tu tak marah kita teruk-teruk, cuak jugak aku tengok muka dia, boleh kena telan dengan dia." mereka berlima ketawa bila mendengar ungkapan itu keluar dari mulut naim.
“Tapi aku tak sampai hati nak tegur kak tu tadi, kotoran dekat muka dia dengan tudung dia yang senget tu. Hampir nak tersembur aku gelak tadi tengok muka dia, tapi sebab salah aku bola tu terkena kepala dia, aku diam ja menahan ketawa” tersembur ketawa dari mulut naim bila dia mengingatkan kejadian yang terjadi sebentar tadi
“Sebab tu aku terlepas cakap yang dia tu makcik. Dari tudung dia yang senget, baju kurung yang dia pakai memang aku ingat dia makcik-makcik” terus menerus naim ketawa sambil bercakap. Mereka semua turut ketawa bila mendengar naim yang masih belum berhenti ketawa
“Dah la jom balik salin baju, nanti nak pergi rumah adeeb pulak. Tadi kan dia jemput kita datang rumah dia hari ni. Nanti lambat bising pulak dia, lagi pun aku dah lapar teruk ni. Angkara nak makan free punya pasal.” Kata naim yang masih bersisa tawa itu.
'Tapi dia cantik, mata dia memukau hati' - didalam hati salah seorang dari mereka yang hanya merenung wajah aneesa dengan penuh keasyikan sambil memandang susuk tubuh Aneesa yang tergesa-gesa untuk pulang kerumah sehingga susuk tubuh itu menghilang dari pandangannya.
maaf kalau ayat tunggang terbalik. hehe
Share this novel