Hampir dua bulan Adeeb dan Thaqeef melanjutkan pelajaran. Aneesa seperti biasa meneruskan urusan kerja hakikinya. Jarang-jarang sekali dia berhubung dengan Thaqeef. Mungkin kerana sibuk dengan kerja yang semakin menggunung. Terasa rindu terhadap Thaqeef. Terpaksa berjauhan. Adeeb? tiap-tiap minggu balik rumah. Tak sempat nak rindu. Haha
Aneesa merenung ke luar jendela pejabatnya. Hujan lebat yang turun dipandang dengan penuh asyik. Tak sedar akan kehadiran Nizam di hadapannya.
“Aneesa” sedikit kuat suara Nizam apabila memanggil Aneesa setelah beberapa kali tetapi tidak didengari. Teringat kekasih hati la tu. Sampai panggil pun tak dengar ni. Teka Nizam di dalam hati.
“Ya saya Nizam. Ada apa ya, kenapa panggil saya kuat-kuat? Saya depan awak saja” terkejut Aneesa dengan suara kuat Nizam. Hilang segala khayalannya.
“Saya dah panggil awak banyak kali la. Tapi awak yang tak sedar. Kenapa? Teringat kekasih hati ka?” teka Nizam
“Maaf la. Kusyuk sangat tengok hujan ni. Tak perasan awak panggil. Kenapa ya?” tanya Aneesa dengan nada serba salah. Boleh pula termenung.
“Hujung bulan ni ada kursus dan taklimat untuk projek baru dekat Johor. Saya dah letakkan nama awak. Saya tak dapat pergi, maklumla Kak Nora tu tengah sarat. Tak berani pula nak tinggal dia sorang-sorang dekat sini.” Beritahu Nizam
“Yaka? Berapa hari kena pergi sana?” Aneesa meminta kepastian
“Seminggu. Hotel semua saya dah suruh PA bookingkan. Flight pun dah booking juga. Awak bawa diri saja. Dan awak mewakili syarikat kita untuk projek yang terbaru. Mungkin akan ada perbentangan, jadi Dato nak awak prepare betul-betul. Dia harapkan awak. Maaf juga sebab saya tak dapat ikut awak” panjang lebar Nizam memberitahu Aneesa.
“Boleh. Jadi saya pergi sendiri la kali ni? Nanti saya siapkan proposal dan saya tunjuk dahulu proposal tu dekat Dato dengan awak ya. Sebelum tu, awak kena serahkan info tentang projek berkaitan ya, kalau tak saya tak boleh mulakan proposal saya” tersenyum Aneesa kepada Nizam. Lega boleh pergi sendiri. Tak perlu peneman. Selalu kena pergi dengan Nizam. Susah la dengan laki orang ni. Timbul fitnah.
"Ni documen. Nanti dah siap inform saya ya" menyerahkan documen kepada Aneesa, dan berlalu pergi ke meja tempat kerjanya.
Aneesa menyambungkan kerjanya yang tergendala. Sedang sibuk membuat lakaran, Aneesa teringat akan sesuatu. Tadi Nizam cakap kursus dan taklimat tu dekat Johorkan? Thaqeef belajar dekat sana. Ada peluang jumpa Thaqeef ni. Tersenyum Aneesa sambil mengambil talifonnya untuk menghubungi Thaqeef.
“Assalamualaikum Qeef. Sibuk ka? Akak ganggu tak ni” tanya Aneesa di talian
“Waalaikumussalam. Tak sibuk, baru habis kelas. Petang nanti pula baru ada kelas lain. Ni baru nak balik bilik. Kak Neesa sihat” tanya Thaqeef. Tersenyum sambil berjalan. Hati-hati nanti terlanggar tiang pula. Hahaha
“Alhamdulillah sihat ja. Hujung bulan ni akak nak pergi Johor. Ada kursus seminggu dekat sana. Qeef dekat Johor Bahru kan? Akak pun dekat Johor Bahru juga. Boleh jumpa Qeef dekat sana. Qeef ada nak balik kampung tak hujung bulan ni?” teruja Aneesa ingin berjumpa dengan Thaqeef.
“Yaka. Rindu la dekat Kak Neesa. Boleh jumpa nanti. Qeef belum cuti sem lagi. Tak balik lagi la. Akak datang sini boleh Qeef bawa ronda-ronda nanti. Dua bulan duduk sini, sunyi tak jumpa Kak Neesa” rindu bakal terubat dengan kehadiran Aneesa. Mula tergedik-gedik dah. Macam Amir roomate dia. Ambil jurusan tarian. Hari-hari menari dalam bilik. Naik geli dah Thaqeef tengok dengan lenggok-lenggok badannya. Sekarang Thaqeef pula terikut-ikut.
“Itu la rindu juga dekat adik akak sorang ni. Nanti bawa akak ronda-ronda sana ya. Lagi pun akak datang sorang ja. Selalu jadual tak padat sangat. Tapi Qeef free tak? Nanti ada exam ka akak kacau Qeef pula.” Meminta kepastian
“Qeef free ja. Baru semester satu Kak Neesa, tak sibuk sangat la. Setakat kuiz tu tak ada masalah. Kalau ada assigment pun nanti boleh buat dengan Kak Neesa” teruja bukan main lagi
“Ok lah macam tu. Nanti apa-apa akak beritahu ya. Jumpa hujung bulan ni ya. Take care tau. Jangan lupa makan” sempat memberi nasihat lagi
“Ok Kak Neesa. Jumpa nanti. Kak Neesa pun jangan lupa makan tau. Tak payah diet-diet sangat la. Dah comel dah” sempat memuji lagi.
Aneesa tersenyum sampai telinga. Mengambil pensel mechnicalnya sambil menyambung lakaran yang tertangguh.
ANEESA menarik luggagenya keluar dari kawasan lapangan terbang itu. Menunggu kenderaan yang akan menghantarnya ke hotel yang telah ditempah. Masuk kedalam perut kereta, Aneesa hanya memandang permandangan yang terbentang untuk tatapan matanya. Talifon di keluarkan dan menghantar sms kepada mamanya memaklumkan yang dirinya sudah sampai ke destinasi yang di tuju.
Kaki melangkah masuk ke hotel tempat dimana dia akan menginap selama seminggu serta kursus yang akan berlangsung turut di tempat yang sama. Merebahkan diri sambil memandang siling hotel tu. Dia teringat akan Thaqeef yang telah berjanji akan berjumpa malam ini.
‘Akak dah sampai hotel. Nanti malam akak jumpa Qeef ya’ sms di hantar kepada Thaqeef. Namun tiada balasan. Mungkin sibuk dengan assignment atau mungkin ketiduran.
Aneesa keluar dari hotel untuk mencari makanan di sekitar hotel. Kereta tak bawa, jadi terpaksa berjalan kaki sahaja. Sedang mata mencari kedai yang menarik. Aneesa terpandang susuk tubuh yang amat dikenalinya. Thaqeef sedang berteduh di bawah pokok diseberang jalan. Thaqeef tersenyum melihat kehadiran Aneesa disitu.
“Qeef, kenapa tunggu dekat sini? Akak sms tak reply pun” terus bertanya kepada Thaqeef. Cuaca dah panas ni. Nanti hitam. Sempat lagi tu. Hahaha
“Phone bateri habis. Qeef dah nampak sms Kak Neesa, tapi tak sempat reply. Bateri dah habis. Jadi Qeef ambil peluang tunggu dekat depan hotel la. Nak balik asrama macam tak sempat ja.” Tergaru kepala yang tidak gatal tu. Malu nak cerita hal yang sebenar. Selepas menyiapkan assignmentnya di perpustakaan, dia terus keluar untuk ke lapangan terbang, niat nak jemput Aneesa, tapi terlepas sebab Aneesa dah naik teksi. Dia hanya mengekori Aneesa sampai ke hotel. Sebab tu terpacak depan hotel, nak sms dah bateri habis pula. Kesian.
“Yaka. Dah lama ka tunggu sini? Panas ni. Kenapa tak guna talifon awam? Atau…. Jap jap. Macam mana Qeef tahu akak stay dekat hotel ni?” musykil tiba-tiba dengan kehadiran Thaqeef. Dia tak bagitahu pun hotel mana dia menginap. Cuma bagi tahu waktu penerbangan saja. Kening diangkat menanti jawapan dari Thaqeef.
“Erkkk. Cuma gunakan gerak hati Qeef” berdalih bagi menutupi rasa malu itu.
“Yaka. Baik cerita betul-betul. Tidak akak merajuk atau akak cerita dekat Adeeb” memandang tajam ke arah Thaqeef. Nak tak nak, Thaqeef terpaksa cerita dari A sampai Z. Aneesa hanya ketawa mendengar apa yang Thaqeef sampaikan.
“Nak jemput akak? Tapi naik moto? Lepas tu luggage akak nak junjung atas kepala ka?” masih ketawa Aneesa dihadapan Thaqeef. Thaqeef tersenyum melihat lesung pipit Aneesa yang tersemat indah itu.
“Qeef tak berfikir waras masa tu. Cuma nak jumpa Kak Neesa ja.” Tersengih- sengih menjawab soalan Aneesa.
“Jom la kita pergi makan dulu. Depan tu ada kedai. Nampak macam best ja.” Sambil Aneesa menunjuk ke arah kedai itu. Thaqeef hanya mengikut sambil menolak motonya. Berjalan seiring dengan Aneesa. Mereka memesan beberapa menu yang ada. Perut masing-masing dah berkeroncong. Juadah yang terhidang dijamu dengan penuh kenikmatan. Sunyi sepi.
“Jom Qeef hantar akak sampai depan hotel. Nak jalan jauh juga ni” meminta kebenaran dari Aneesa
“Takpala. Dah makan kenyang baik jalan ja. Exercise sikit perut ni. Hahaha” ketawa Aneesa
“Kak Neesa. Qeef nak cakap sikit boleh?” takut-takut dia nk beritahu Aneesa
“Ada apa Qeef? Cakap la” langkah diberhentikan dan memandang tepat ke arah anak mata Thaqeef.
“Sebenarnya… Qeef sukakan Kak Neesa. Dari mula jumpa lagi, Qeef dah jatuh cinta dengan Kak Neesa. Tapi Qeef masih budak sekolah lagi. Sekarang pun Qeef masih tak punya apa-apa. Masih belajar lagi. Jadi Qeef dah tekat lepas habis belajar Qeef nak jadikan Kak Neesa kekasih hati Qeef. Kak Neesa tunggu Qeef ya.” Dengan berani Thaqeef meluahkan rasa dihati. Setelah hampir dua bulan berjauhan. Thaqeef betul-betul rindu dengan Aneesa. Dia perlu luahkan segalanya. Terima atau tidak belakang cerita. Yang penting Aneesa tahu isi hatinya.
Aneesa hanya terdiam mendengar ayat yang keluar dari mulut Thaqeef. Menarik nafas dan berkata “Qeef, Qeef masih muda, banyak lagi yang Qeef perlu tempuhi. Akak tak nak letak harapan yang tinggi. Akak dah pernah tersakiti. Biarlah hubungan kita seperti selalu. Andai masa hadapan memang tertulis jodoh antara kita. Insyaallah. Tak kan kemana. Tapi Qeef kena belajar rajin-rajin. Jangan jadikan ini sebagai alasan untuk Qeef putus harapan” sambil tersenyum kepada Thaqeef.
Share this novel