Thaqeef berehat di ruang tamu rumah sewanya pada hujung minggu itu. Majlis pertunangannya dengan Aneesa akan berlangsung pada minggu hadapan. Dia sudah berjanji dengan Aneesa ingin membeli barang keperluan untuk majlis pertunangan mereka pada sebelah petang.
Sedang leka menonton cerita di kaca TV, terdengar suara seseorang memberi salam. Thaqeef bangun untuk melihat siapa yang memberi salam. Hanya tinggal Thaqeef dan seorang lagi rakannya yang masih nenyak tidur di rumah itu. Yang lain semua telah pulang ke kampung halaman. Mungkin orang itu hendak mencari kawannya.
Thaqeef membuka pintu dan melangkah keluar ke arah pintu pagar yang masih tertutup itu. Seorang perempuan bertudung sedang tersenyum manis kepadanya.
“Cari siapa ya?” Kata Thaqeef kepada perempuan itu.
“Abang Qeef. Ni Aliya” perempuan itu bersuara
“Aliya?” terkejut Thaqeef dengan nama itu. Memang selepas dia bergaduh dengan familynya tentang hal yang berlaku 7 tahun lepas, dia langsung tidak mengambil tahu tentang wanita bernama Aliya itu. Entah hidup atau mati. Tetapi hari ni Aliya muncul depan matanya.
“Ya ni Aliya. Aliya dah banyak berubah Abang Qeef. Lepas apa yang terjadi dulu, memang salah Aliya. Aliya tak boleh lepaskan Abang Qeef, sampai Aliya buta dengan semua benda. Aliya minta maaf sangat-sangat dekat Abang Qeef atas apa yang terjadi dulu.” Sayu tutur kata Aliya kepada Thaqeef.
“Macam mana kau tahu aku tinggal dekat sini” Thaqeef masih berkasar dengan Aliya. Tak mungkin dia berlembut dengan apa yang telah terjadi. Mungkin hatinya sudah memaafkan Aliya, tapi kekecewaan yang terjadi tak mungkin membuatkan dia berlembut hati dengan perempuan bernama Aliya.
“Aliya pernah terserempak dengan Abang Qeef dulu dekat kedai makan, cuma tak sempat nak tegur. Masa tu Abang Qeef dengan seseorang, jadi Aliya tak nak ganggu. Cuma Aliya minta maaf sebab dah ikut Abang dari jauh sebab nak tahu dekat mana Abang tinggal. Baru hari ni Aliya berkesempatan berjumpa dengan Abang.” Aliya tetap dengan panggilan yang mesra. Dia yakin suatu hari nanti, Thaqeef mesti akan berlembut dengannya.
“Jadi kau datang sini nak buat apa? Rasanya tak ada apa yang perlu kita bincangkan atau berbual” Thaqeef membalas endah tak endah saja. Pagar yang masih tertutup itu tidak langsung terniat dihati untuk membukanya.
“Tak mahu jemput Aliya masuk dahulu ka? Dah lama kita tak berjumpa Abang. Banyak yang Aliya nak ceritakan dekat Abang” Aliya masih cuba memujuk Thaqeef.
“Tak malu ka, kau tu perempuan. Tapi nak masuk rumah orang lelaki. Lagi pun tak ada sebab aku nak ajak kau masuk dalam rumah ni. Kau bukan siapa-siapa pun. Kalau tak ada apa lagi, ok la. Aku masuk dulu.” Thaqeef ingin berlalu meninggalkan Aliya di hadapan pintu pagar itu.
“Abang Qeef. Sebenarnya Aliya dah tak ada siapa-siapa dah. Lepas kejadian hari tu abang Aliya dah kena tahan masuk pusat pemulihan. Walaupun dah dibebaskan tapi sekejap sahaja, lepas tu kena tahan balik. Ayah dah meninggal 3 tahun lepas. Sebab abang pukul kepala ayah kerana tak beri duit kepadanya. Ayah koma 3 minggu sebelum meninggal dunia. Sekarang abang akan dihukum gantung hingga mati atas membunuh ayah. Aliya tinggal sorang-sorang sekarang.” Panjang lebar Aliya bercerita dekat Thaqeef. Air mata yang mengalir dibiarkan.
“Ibu kau mana?” Thaqeef cuba untuk mengambil tahu. Tersentuh hati dengan cerita yang Aliya baru sampaikan.
“Ibu tak tahu pergi mana. Lepas ayah meninggal, ibu ada lelaki lain. Lepas tu terus tak balik rumah. Merata tempat Aliya cari ibu, tapi tak jumpa. Aliya tanya kawan-kawan tempat kerja ibu, tapi diorang cakap ibu dah berhenti kerja. Aliya dah buntu nak cari ibu dekat mana” Air mata masih terus mengalir tanpa henti. Sayu hati mengenangkan nasib dirinya. Satu persatu masalah muncul.
“Aliya tak tahu nak tinggal dekat mana sekarang. Aliya takut. Selama ni Aliya tinggal dekat rumah perlindungan kasih, sekarang Aliya dah kerja tak boleh tinggal dekat situ. Aliya tumpang rumah kawan, tapi tak boleh tinggal dah sebab kawan Aliya dah nak kahwin.” Makin sayu bila memikirkan akan hal itu.
“Kau cari la rumah sewa lain. Mungkin ada yang boleh tolong. Cuba kau tanya kawan-kawan kau yang lain. Aku minta maaf la memang tak boleh tolong kau. Kau cuba tanya adik aku. Mungkin dia boleh tolong. Korang kan kawan baik dari dulu lagi” Thaqeef cuba untuk berlembut, tak sampai hati nak kusutkan lagi fikiran orang lain.
“Kalau Aliya nak minta nombor abang boleh? Kalau apa-apa nanti senang Aliya nak call abang, atau abang bagi nombor Qhaleeda dekat Aliya, nanti Aliya cuba tanya dia”. Aliya meminta dengan penuh pengharapan.
“Kau tak ada nombor adik aku? Korang bukan berkawan macam kembar ka, asal mana adik aku pergi mesti kau pun pergi juga” beritahu Thaqeef dengan nada sedikit perli itu
“Tak ada, lepas Aliya masuk rumah perlindungan itu, semua barang Aliya dah hilang. Aliya cuma berkawan dengan orang yang tinggal di rumah perlindungan tu saja. Qhaleeda pun tak tahu yang Aliya tinggal dekat situ lepas ayah meninggal.” Terhenti kata-kata Aliya bila teringatkan kejadian itu.
“Aliya minta maaf kalau mengganggu Abang Qeef hari ni. Aliya cuma teringat Abang Qeef saja. Nanti Aliya cuba usahakan cari rumah lagi. Aliya harap abang tak salah faham dengan kehadiran Aliya dekat sini” Aliya tersenyum sambil mengesat air matanya yang sudah berhenti menangis itu.
“Takpala kalau tak dak apa lagi. Aku masuk dulu. Nanti aku ada urusan. Ni nombor Qhaleeda, apa-apa kau call ja dia” Beritahu Thaqeef sebelum melangkah pergi. Sempat dia memberi nombor adiknya kepada Aliya.
Aliya hanya memandang Thaqeef berlalu pergi. Dia masih terpacak di hadapan pagar rumah Thaqeef. Lama sungguh tidak berjumpa dengan Thaqeef, tak sangka yang Thaqeef sudah berubah. Wajahnya yang begitu tampan boleh mencairkan sesiapa yang melihatnya. Terlalu bodoh untuknya melepaskan Thaqeef dari genggamannya dahulu.
Ting. Notifikasi dari talifon Thaqeef berbunyi. Thaqeef sudah merebahkan badannya ke atas sofa dengan niat menyambung semula rancangan di kaca TV. Mengambil talifonnya dan melihat notifikasi dari Aneesa.
‘Neesa dah habis urusan dekat pejabat, kita keluar awal sikit boleh? Qeef tengah buat apa?’ pesanan dari Aneesa membuatkan Thaqeef bangun mengejut. Boleh jumpa awal lagi. Rindunyaaaa.
‘Tak buat apa. Tunggu Neesa ja. Sekarang ka’ laju Thaqeef membalas
‘Neesa baru keluar pejabat ni, malas nak balik rumah dah. Neesa terus ambil Qeef dekat rumah sekarang boleh?’ bernyanyi riang sambil menghantar pesanan itu.
‘Boleh-boleh. Sekejap Qeef tukar baju ya. Dah siap mandi semua dah’ laju kaki melangkah naik ke tingkat atas. Sempat dia memberitahu sahabatnya yang baru terjaga dari tidur itu. Sepantas kilat Thaqeef sudah siap menyalin pakaian. Simple dengan T-shirt hitam serta jeans berwarna blue black itu. Itu pun sudah cukup untuk membuatkan mata gadis-gadis yang memandangnya terpaku.
Selang 10 minit kereta Aneesa sudah berada dihadapan rumah Thaqeef. Dengan senyuman yang menawan Aneesa keluar dari keretanya untuk memberi laluan kepada Thaqeef untuk memandu. Dia mengambil peluang untuk duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Sempat juga Thaqeef membalas senyuman yang manis kepada Aneesa.
Kereta meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan itu.
Aliya yang berada didalam keretanya hanya melihat kemesraan mereka. Hatinya menjadi sakit dan geram kerana Thaqeef tidak mempedulikannya. Tetapi memilih perempuan lain berbanding dirinya. Tudung yang tersarung di kepala, di cabut kasar.
Beria-ria dia berlakon serta menangis dihadapan Thaqeef untuk menarik perhatian Thaqeef, tapi tak diendahkan oleh Thaqeef. Banyak lagi cara untuk dia dapatkan Thaqeef. Akan dia rancang sesuatu sehingga Thaqeef melutut dihadapannya. Dia benci melihat kebahagiaan orang lain sedangkan dirinya terus disakiti.
“Jumpa dekat tempat biasa. Aku perlukan duit dan aku perlukan seseorang untuk jalankan rancangan aku. Upah? Macam biasa la, tempat biasa. Jumpa lagi 30 minit” Aliya menghempaskan talifonnya ke kerusi disebelahnya.
Setelah bercakap dengan seseorang, Aliya meneruskan pemanduannya ke tempat yang ingin dituju. Mengharap rancangannya untuk menakluki Thaqeef berjaya. Sebelum itu dia perlu mencari Qhaleeda untuk mencari segala maklumat tentang Thaqeef.
happy reading
Share this novel