BK7 - YANG DINANTI-NANTI

Romance Series 13483

Tepat jam 650petang Aneesa sampai kerumahnya. Pintu pagar automatik terbuka apabila dia sampai di hadapan rumahnya. Memarkingkan kereta, aneesa menyandarkan diri di kerusi kereta. Mengeluh sedikit kerana jalan sedikit sesak tadi. Selamat dia sampai sebelum maghrib seperti yang sepatutnya.

Aneesa keluar dari kereta sambil membawa masuk segala macam barang dari bonet keretanya. Selain bagasi pakaian, bahan-bahan mentah, lauk pauk yang telah siap masak turut menjadi bekal dari mamanya. Risau sungguh anak kesayangannya tak makan. Aneesa memasukkan kesemua barang makanan ke dalam peti ais, nanti hendak makan baru dia panaskan.

Talifon miliknya dicapai dan membuka aplikasi what’s App. Mula menaip.

‘Assalamualaikum mama. Neesa dah sampai rumah, terlewat sikit sebab jalan jem tadi’ button hantar ditekan

‘Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Dah nak maghrib ni, pergi la mandi dulu lepas tu solat. Tidur awal malam ni, esok neesa dah kerja’ pesanan balas dari mamanya.

‘Ok mama, neesa nak mandi sekejap. Nanti inform papa dengan adeeb ya yang neesa dah sampai. Bye mama’ meletakkan talifonnya dimeja kopi diruang tamu, aneesa melangkah naik ke atas untuk membersihkan diri.

Baju-baju didalam bagasinya dikeluarkan dan disimpan kedalam almari, manakala baju-baju yang kotor terus dibawa turun ke bawah untuk dibasuh.

Sementara dirumah mamanya.

“Adeeb tak ulangkaji ka? Lagi 2 kertas tu. Asyik tengok tv ja” tanya papa kepada adeeb

“Esok nak sambung ulangkaji papa dengan kawan-kawan. Malam ni nak layan tv sekejap, tepu dah otak ni dok buat kira-kira papa. Sampai frame gambar yang tergantung tu pun adeeb nampak huruf bahagi darab tambah.” kata adeeb. Tergelak papanya bila mendengar bicara anak bujangnya itu. Ada saja alasan yang akan diberikan.

“Yela adeeb. Papa bagi peluang dekat adeeb” kata papanya sambil membaca buku islamiah untuk mendalami lagi ilmu agama.

Tengah kusyuk menonton televisyen di hadapan mata, talipon adeeb berdering nyaring mengejutkan adeeb dan papanya. Terus diangkat panggilan itu.

“Ha kenapa kau call aku malam-malam ni? Aku tengah layan gegar vaganza ni” mata masih dengan tetapan di televisyen itu

“Kau ni, macam tak dak cerita lain nak tengok ka” tanya thaqeef

“Aku release tension. Ini ja cerita yang boleh release tension. Nanti aku tengok cerita yang bukan-bukan, jenuh aku kena pelangkung dengan papa aku” sambil melihat papanya, jelingan tajam papanya turut diberikan kepadanya.

“Aku nak tanya kau ni, kak neesa dah sampai rumah ka” tergagap-gagap thaqeef bertanya, risau macam-macam soalan pula yang disoal adeeb.

“Kak neesa? Entahlah, dah sampai kot, aku pun tak tanya dia. Selalu sebelum maghrib lagi dia akan sampai, katanya takut momok ikut dia pulang” tergelak adeeb bila teringat akan kakaknya yang penakut tu, dah tua pun penakut.

Thaqeef turut ketawa mendengar adeeb berbicara tentang kakaknya

“Mama, kak neesa dah sampai belum rumah dia” jerit adeeb bila nampak mamanya sedang menuruni anak tangga. Mamanya hanya mengangguk membawa maksud bahawa kakaknya sudah sampai ke rumah.

Thaqeef dengan terkejut, menjauhkan talipon dari telinganya. Gila adeeb ni jerit kuat-kuat. Boleh pecah gegendang telinga aku.

“Sorry Qeef, terkuat pula suara aku” tersengeh seperti kerang busuk

“Boleh pecah gegendang telinga aku adeeb” selamat jauh, tidak mesti kena sekeh dah kepala adeeb ni.

“Mama aku cakap kak neesa dah sampai tadi, memang sebelum maghrib dia akan sampai punya lah. Tapi kenapa kau tanya pasal kak neesa pulak” pelik adeeb

“Ha, apa ibu? Sekejap qeef pergi dekat ibu. Sorry adeeb, ibu aku dah panggil la. Esok kita jumpa dekat perpustakaan ya, bye” thaqeef menyembunyikan kalutnya. Dia hampir tertangkap dengan adeeb. Laju dia mematikan talipon itu. Kalau terkantoi malu dia kena bahan dengan adeeb.

Tapi kenapa kak neesa tak sms aku? Aku dah bagi number fon dekat dia, ka sebab gelabah sangat aku tersilap tulis number fon. Dari tadi aku tunggu, kak neesa tak sms pun. Kak neesa tak sudi dengan aku kot. Yela budak sekolah kot, SPM pun tak lepas lagi ada hati nak kacau anak orang. Aduhhh qeef, malu tadi pun tak habis lagi, sekarang dah tertungu-tunggu pula sms dari kak neesa. Thaqeef bermonolog sendiri sambil menunggu sms dari seseorang.

“Siapa yang call bertanyakan pasal aneesa tu adeeb” tanya mama yang pelik. Tak pernah orang bertanyakan hal anaknya itu.

“Thaqeef mama” jawab adeeb. Ketiga-tiga pasang mata memandang sesama sendiri dengan tanda tanya

“Kenapa thaqeef tanya pasal aneesa?” papa pulak bertanya

“Cuba kamu siasat adeeb, mana tahu jodoh dia yang tersesat tu dah hampir jumpa jalan” tersenyum mama bila cuba membayangkan yang thaqeef bakal menjadi menantu dia.

“Nanti adeeb cuba siasat, harap bukan yang mama fikirkan la. Tak boleh fikir la kawan baik adeeb jadi abang ipar” kening terangkat sambil menggelengkan kepala tanda tak setuju. Mama papa hanya memandang sambil tersenyum.

Dirumah aneesa

“Aduhhh, sakitnya pinggang aku, dah tua macam ni la. Macam mana nk kahwin, nak gendong anak lagi, kesian bakal laki aku dan anak aku, dapat kahwin dengan orang tua, anak baru nk masuk tadika, tapi mama diorang dah pencen” Aneesa merewang khayalannya entah sampai kemana.

Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu, dicapai beg tangannya dan mengambil sekeping kad kecil tu, membuka semula untuk dibaca.

‘Ohhh, thaqeef bagi nombor fon dia, dan suruh aku sms dia. Nak ka tak nak? Malu pun ada ni. Tapi bukan aku yang mula dulu, dia yang bagi nombor fon dulu. Tapi kenapa dia bagi aku nombor dia? Naim si menantu makcik kantin tu pun tak bagi aku nombor dia? Aku simpan jala. Mana tahu jodoh aku dah hampir-hampir nak jumpa jalan yang dicari’ bermonolog sambil ketawa mengilai-ngilai

Menyimpan nombor itu kedalam handfonnya dan membuka aplikasi what’s App untuk menghantar pesanan kepada thaqeef.

‘Assalamualaikum Thaqeef, akak ni, kak neesa’ butang hantar ditekan. Bergetar jiwa raga sambil menunggu balasan dari pihak sana.

Bangun melompat Thaqeef bila mendapat notifikasi dari aneesa. Yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kelam kabut menjaga kecomelannya sambil membalas pesanan ke aneesa. Macam aneesa nampak pula yang dia tengah menjaga kecomelannya. Hahaha

‘Waalaikumussalam kak neesa, dah sampai rumah ka’ balas thaqeef, padahal sudah dia tahu dari adeeb tadi

‘Dah sampai tadi pukul 650 petang. Maaf lambat sms thaqeef, akak kalut kemas barang. Sebab dah nak maghrib masa tu’

‘Alhamdulillah. Takpa. Janji kak neesa selamat sampai. Lega thaqeef dengar’

‘Ok lah, esok-esok kita sms lagi ya. Akak nak tidur dah ni, esok akak kerja, pukul 830 pagi dah masuk office. Akak tidur dulu ya’ meminta diri. Takut jugak terlewat tidur angkara sms yang menyegarkan mata ni.

‘Baik kak neesa. Good night. Sweet dream’

‘Good night my sweetie. Emoji tidur’

Berguling-guling seperti tenggiling thaqeef di atas katil. Tidur dalam senyum malam ni. ahakkk.

Selamat membaca. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience