Aneesa berjalan menghampiri beberapa susuk tubuh yang sangat dia kenali. Hanya menunduk sebelum melabuhkan duduknya disebelah mama di ruang tamu itu.
“Aneesa, ayah dan ibu Thaqeef datang ni nak minta maaf dengan Neesa” papa memulakan bicara bagi menyembunyikan rasa gementar di hati Aneesa.
“Betul Aneesa, diorang datang ni nak minta maaf dengan Aneesa. Sebab tu diorang datang rumah kita” beritahu mama pula untuk menyakinkan Aneesa.
Aneesa mengangkat mukanya memandang wajah ibu dan ayah Thaqeef sebelum memandang wajah Thaqeef di hadapannya yang tersenyum manis itu.
“Uncle minta maaf sebab dah sakitkan hati Aneesa hari tu. Tak sepatutnya Uncle main lepas cakap saja tanpa fikir perasaan Aneesa dan Thaqeef” beritahu ayah Thaqeef serta memohon maaf diatas ketelanjuran mulutnya itu.
“Auntie pun minta maaf juga Aneesa. Auntie tak sebelahkan Aneesa hari tu. Auntie tak fikir perasaan Thaqeef” Ibu Thaqeef juga menjadi serba salah dengan kejadian hari tu.
“Uncle dan Auntie tak ada buat salah apa pun. Aneesa yang salah sebab tersuka dekat Thaqeef. Tapi Aneesa tak boleh tipu perasaan Aneesa juga, yang Aneesa sayangkan Thaqeef. Mungkin jarak umur kami memang ketara, tapi sekurang-kurangnya kami bukan merampas hak sesiapa.” Panjang Aneesa berkata. Tapi itu lah realitinya.
Thaqeef tersenyum mendengar butir bicara yang keluar dari mulut Aneesa. Pertama kali dia mendengar yang Aneesa sayangkan dirinya. Sebelum ni memang sudah tahu Aneesa sayangkan dirinya, cuma tak pernah terkeluar dari mulut Aneesa. Mungkin malu siapa tahu.
“Terima kasih Aneesa sebab maafkan uncle dan auntie. Kami bukan sesiapa cuma ibu ayah yang mahukan kebahagiaan untuk anak bujang kami. Uncle tak fikir panjang masa tu. Uncle minta maaf sekali lagi ya.” Ayah Thaqeef masih memohon maaf. Kerana mulutnya, hati Aneesa terguris.
“Aneesa dah maafkan uncle dan auntie. Aneesa pun bukan sesiapa untuk terus menyalahkan uncle dan auntie.” Aneesa berkata sambil tersenyum bagi mengurangkan gugupnya. Makin gembira dirinya bila keluarga Thaqeef sudah menerima dirinya.
“Alhamdulillah. Terima kasih Aneesa sebab sudi maafkan uncle dan auntie” berkata ibu Thaqeef sambil tersenyum kepada Aneesa.
Mama tersenyum melihat hubungan antara mereka mula terjalin. Resah dihati kian hilang bila keluarga Thaqeef sudi menerima anak sulongnya itu. Semoga Aneesa mendapat bahagianya itu.
“Dah alang-alang kami kemari. Sebenarnya kami ada tujuan.” Berkata ayah Thaqeef memandang tepat ke arah papa.
“Lain macam bunyinya tu. Ada hajat ka?” beritahu papa seolah-oleh mengerti dengan tujuan yang dimaksudkan itu.
“Dah Aneesa dan Thaqeef ada sekali, lebih baik kita bincang sekali. Kena minta pendapat mereka bersama. Takut nanti tak setuju dengan permintaan kita pula kan?” Ayah Thaqeef tersenyum melihat Thaqeef dan Aneesa yang tercengang-cengang itu.
Aneesa pula sudah berdebar-debar. Apakah yang dimaksukkan oleh ayah Thaqeef ni. Tujuan apa pula. Minta pendapat lagi. Gemuruh dihati mula melanda. Mula la nak gugup ni.
Sementara Thaqeef pula, tak senang duduk. Apa pula yang ayah nak buat kali ni. Rancang nak minta maaf saja. Tapi ini ada tujuan lain pula. Kenapa tak bincang dulu sebelum datang sini. Dia juga turut gelabah. Risau hati Aneesa terguris lagi.
“Saya tahu umur Aneesa sudah meningkat, jadi kalau boleh, saya tak nak la hubungan diorang sekarang ni sekadar adik dan kakak atau sebagainya. Kalau semua setuju, 2 bulan lagi boleh kami bawa rombongan meminang? Tarikh nanti biar Thaqeef dan Aneesa yang pilih, sempat rasa nak membuat persediaan”. Tersenyum ayah Thaqeef sambil berkata.
Aneesa dan Thaqeef memandang sesama sendiri. Bingung dengan ucapan ayah Thaqeef. Rombongan meminang? 2 bulan lagi?
THAQEEF menghampiri Aneesa dengan membawa dulang makanan yang di pesannya. Meletakkan di atas meja, Thaqeef duduk berhadapan dengan Aneesa. Hujung minggu itu mereka berdua merancang untuk bercari cincin bertunang. Tempoh yang diberi adalah 2 bulan oleh ayah Thaqeef, tapi mama meminta mempercepatkan majlis.
“Persiapan yang ringkas sudah cukup untuk tempoh 1 bulan. Cuma Thaqeef dan Aneesa pergi cari cincin saja. Yang lain mama papa sediakan. Nanti kenduri baru kita buat besar-besaran ya” kata mama yang tidak sabar
Disebabkan itu, Thaqeef dan Aneesa terpaksa mengikut sahaja kehendak orang tua mereka. Tempoh 3 minggu yang ada, perlu di gunakan sebaik yang mungkin.
Masing-masing hanya menjamah juadah yang ada. Sebelum Aneesa bersuara.
“Qeef, Kak Neesa tanya sikit boleh?” tanya Aneesa kepada Thaqeef
“Tanya banyak pun boleh la” tersenyum kepada Aneesa
“Qeef risau tak? Akak risau la, tiba-tiba kan terus nak bertunang. Akak berdebar-debar la Qeef. Tak tahu nak cakap macam mana” Aneesa masih belum percaya yang ibu ayah Qeef serta mama dan papanya merancang untuk mereka bertunang.
“Qeef pun tak sangka juga sebenarnya. Memang Qeef tak rancang apa-apa pun dengan Ayah. Tiba-tiba ja ayah cakap macam tu. Qeef pun gelabah juga masa tu. Tapi bila semua dah setuju, Qeef pun setuju la. Tak sangka yang ibu ayah dah fikirkan semua tu” terhenti seketika sebelum menyambung bicara.
“Kak Neesa setuju tak ni? Atau Kak Neesa berat hati nak bertunang dengan Qeef?” Thaqeef cuba untuk mencari jawapan, mana tahu dia yang lebih-lebih pula, tapi Aneesa tak sanggup nak bertunang dengannya.
“Ish, tak la. Kalau berat hati mesti la Kak Neesa tak setuju hari tu. Ni dah sampai beli cincin ni. Tak kan nak pulangkan balik. Sayang la. Baik bagi akak ja” menayang-nayang beg kecil yang berisi cincin pilihan hati di hadapan muka Thaqeef.
“Mungkin takdir kita dah tertulis Kak Neesa, walau kita menolak pun kalau dah betul Kak Neesa jodoh Qeef, Qeef terima dengan hati yang terbuka. Tak sia-sia Qeef tunggu Kak Neesa 5 tahun” mengangkat kedua-dua belah keningnya seolah bangga dengan pencapaian itu.
“Tak sia-sia juga Kak Neesa kena tahan rindu 5 tahun tak jumpa tau. Lepas tu kena menangis dulu, baru nak boleh bertunang pun” tergelak kecil Aneesa bila berkata, tak mahu kalah dari Thaqeef.
“Yela tu, tapi bila jumpa asyik sembunyi ja. Tak nak pula datang peluk ka, picit-picit pipi ni ka” Thaqeef berkata sambil memicit-micit pipinya sendiri seolah-olah menunjuk kepada Aneesa cara melepaskan rindu.
“Ehh, tak nak la. Bukan ada hubungan lagi dah nak sentuh-sentuh, dekat Port Dickson tu lain la. ‘TER’ peluk dan ‘TER’ menyanyi” malu-malu Aneesa berkata.
Qeef turut malu dengan kata-kata Aneesa, macam mana la dia boleh menyanyi dan memeluk Aneesa masa tu. Kalau mama dan papa tahu, mungkin tak perlu bertunang terus kahwin. Hahaha
“Tak payah cakap la bab tu, Qeef malu sampai hari ni tau. Tapi suara Qeef sedap kan?” masih cuba masuk bakul angkat sendiri dengan mengejitkan sebelah matanya.
“Sedap sangat, sebab tu ikan-ikan yang berenang dekat situ, lari habis” tertawa Aneesa cuba mengenakan Thaqeef.
“Ikan lari takpa, jangan suara lari sudah. Tidak malu dengan ikan-ikan” menyambung ketawa berjemaah dengan Aneesa.
“Lepas ni kalau Qeef tukar gelaran Kak Neesa, panggil “Neesa” boleh? atau sayang ka. Baby ka. Nak panggil Kak Neesa lagi macam dah tak best la” cuba beriak selamba sambil memandang Aneesa. Tersedak-sedak Aneesa mendengar kata-kata Thaqeef.
“Errkkk, tak tahu la. Mana yang sedap dengar?” tersekat-sekat Aneesa berkata, tidak berani memandang Thaqeef. Malu sangat, macam mana nak sorok muka yang comel ni. Sempat lagi tu.
“Kalau macam tu, Qeef panggil Neesa la. Nanti dah ada ikatan yang sah, kita tukar lain pula ya. Tapi kalau praktise dari sekarang pun boleh, nanti tak la kekok sangat. Boleh sayang?” berkata sambil memandang Aneesa yang menunduk menahan malu.
Maaf lambat updated. Selamat membaca semua. :)
Share this novel