BK16 - DINNER

Romance Series 13483

Thaqeef memarkingkan motosikalnya di hadapan rumah Aneesa. Selepas Adeeb memberi kebenaran, dia terus bergerak ke rumah Aneesa. Dia juga memaklumkan kepada Aneesa untuk pergi ke rumahnya. Takut la nanti dah Adeeb tak pergi, dia juga tak dijemput.

Pagar dibuka, Aneesa berdiri dihadapan pintu masuk. Thaqeef memandang wajah ayu Aneesa. 2 minggu tidak melihat wajah itu, cukup rindu di hati. Galak dah.

“Masuk la Qeef, sekejap Kak Neesa kunci pintu rumah” Aneesa menutup pintu utama, Thaqeef hanya menurut arahan memarkingkan motosikalnya di porch. Mereka keluar dari kawasan perumahan itu dengan menaiki kereta Aneesa.

“Kak Neesa. Qeef tak ganggu Kak Neesa ka hari ni? Adeeb cakap Kak Neesa nak balik tengok mama” tanya Thaqeef. Serba salah sebenarnya.

“Malam ni akak ada dinner syarikat akak. Niat memang nak balik, tapi mama cakap tak apa Adeeb ada. Lagi pun nanti rushing nak datang sini pula. Itu akak tak balik” teringat akan dinnernya malam ni. Kalau tak disebabkan dinner, memang dia sudah balik tengok mamanya.

“Yaka. Kak Neesa tak bagitahu. Kalau tahu Qeef tak datang hari ni. Nanti Kak Neesa terkejar-kejar pula nak pergi dinner tu” serba salah lagi. Macam mengganggu saja

“Tak lah. Memang akak jemput datang sini kan? kalau Qeef datang dengan Adeeb, boleh la teman akak pergi dinner. Boleh bawa partner. Tapi dah Adeeb tak datang. Kita kena balik awal sikit la. Boleh kan Qeef” memandang Thaqeef disebelahnya

“Boleh Kak Neesa. Qeef ok ja” tersenyum melihat Aneesa.

Mereka berjalan seiringan memasuki ke dalam mall. Ceria Aneesa bercerita sambil menjamu juadah dihadapan mereka. Mungkin sudah mula selesa dengan Thaqeef. Tak lupa juga dengan keputusan Thaqeef yang ingin menyambungkan pelajarannya. Memberi kata-kata motivasi kepada Thaqeef supaya menaikkan lagi semangatnya. Thaqeef sekejap tersenyum sekejap tergelak dengan bual bicara dari Aneesa. Tak kurang juga dengan Aneesa yang memberi riaksi yang sama terhadap Thaqeef.

Kaki melangkah menuju ke butik pilihan. Ingin mencari sesuatu buat Thaqeef. Thaqeef hanya mengikuti Aneesa. Langkah Aneesa terhenti di butik pakaian lelaki itu. Terlihat patung yang berdiri megah memakai coat pant berwarna hitam itu mencuri pandangannya. Mindanya bergerak laju memikirkan sesuatu.

“Kenapa Kak Neesa. Ada yang tak kena ka?” tanya Thaqeef pelik tiba-tiba saja berhenti

“Hmmm. Kita masuk butik ni. Akak nak beli baju tu dekat Qeef” sambil menunjuk ke arah patung itu

“Nak buat apa Kak Neesa? Qeef bukan nak pergi mana-mana untuk pakai baju macam tu” bernada pelik Thaqeef

“Ikut akak pergi dinner malam ni boleh? Akak tak ada teman. Selalu Adeeb teman” sayu hati. Orang lain bawa buah hati, dia tak ada buah hati. Nanti dia duduk sorang-sorang lagi. Sedih sedih sedih.

“Ikut Kak Neesa? Boleh ka?” tak percaya Thaqeef dengan kata-kata Aneesa

“Boleh la. Selalu pun boleh bawa pasangan. Tapi akak kan tak ada pasangan. Jadi akak bawalah Adeeb. Tapi Adeeb bukan suka sangat pergi tempat macam tu. Tahun ni pula dia kena jaga mama. Jadi Qeef lah yang jadi pasangan akak malam ni, boleh?” cuba merayu. Boleh ja nak pergi seorang. Tapi macam tak ada kawan nanti. At least boleh sembang-sembang dengan Thaqeef sementara acara nak habis.

“Erkkk. Boleh ja. Tapi Qeef tak bawa baju yang sesuai. T-shirt ada la” mengaru kepalanya. Maluuuuuuuu.

“Jom masuk butik ni. Akak belanja Qeef. Hadiah sebab Qeef dapat keputusan yang cemerlang serta nak jadi pasangan akak malam ni” tersenyum Aneesa memandang Thaqeef. Thaqeef hanya menurut arahan.

Bertukar pakaian mengikut kesesuaian mata memandang, Thaqeef redho bila hampir 5 pasang pakaian dia perlu tukar bagi memenuhi mata memandang. Cerewek juga perempuan ni memilih pakaian. Bagi lelaki macam dia, asal tersarung elok di badan kira jadilah. Lain pula pada perempuan. Itu lah perempuan. Hahaha.

BERJALAN memasuki ballroom hotel international itu, banyak mata tertacap kepada sepasang pasangan yang mengenakan busana yang sedondon warna. Maroon menjadi warna pilihan mereka. Thaqeef segak bergaya mengenakan coat pant fits yang tersarung ke tubuhnya, manakala Aneesa cantik mengenakan glitter gown serta selendang yang terlilit rapi tak lupa juga high heelnya. Banyak pasang mata meneliti susuk tubuh pasangan itu. Mencari siapakah gerangan empunya badan.

“Aneesa” Nizam bertegur. Dari tadi dia memerhatikan Aneesa yang berjalan masuk

“Nizam. Dah lama sampai” sambil bersalaman dengan isteri nizam. Mereka sudah bekerja bersama hampir 6 tahun. Jadi sudah tak kekok lagi bila berjumpa dengan isteri Nizam. Seperti sahabat karib.

“Baru ja sampai. Ni siapa? Tanya Nizam sambil menunjuk ke arah Thaqeef. Selalu muka yang sama dia perasan iaitu Adeeb, tapi kali ini muka lain. Ada bau-bau nasi minyak dah ni.

Thaqeef yang hanya menjadi pemerhati dari tadi, menghulurkan salam kepada Nizam “saya Thaqeef Qayyum, pasangan Aneesa Qhaleesya malam ini” tersenyum kearah Nizam. Nizam menyambut huluran tangan itu berserta senyuman. Aneesa di sebelah terpinga-pinga dengan ucapan yang keluar dari mulut Thaqeef. Macam mana Thaqeef boleh tahu nama penuh dia? Dan ini kali pertama Aneesa mendengar nama penuh Thaqeef. Tiba-tiba berdebar-debar jantung ini.

Mereka melabuhkan duduk di kerusi yang telah ditetapkan. Selamat Thaqeef teman, kalau tak mesti kosong kerusi di sebelahnya.

Aneesa memandang Thaqeef di sebelahnya. Hampir jatuh cinta dengan Thaqeef bila lelaki itu segak bergaya mengenakan pakaian pilihan hatinya. Dari butik lagi dia sudah perasan, tapi sengaja menyembunyikan rasa. Thaqeef yang perasan dengan pandangan itu, memandang Aneesa dengan senyuman yang indah. Dia juga terpegun dengan keayuan Aneesa dengan mengenakan sepersalinan seperti seorang princess. Cantik sangat.

“Maaf kalau Qeef buat Kak Neesa tak selesa tadi. Qeef terlepas cakap. Mungkin gemuruh sama” berbisik ke telinga Aneesa takut nanti kantoi yang diorang ni pasangan bidan terjun. Lagi pun suasana dewan yang riuh rendah itu, memang digalakkan berbisik.

“Akak ok ja. Cuma takut Qeef yang tak selesa” masih berbisik

“Amboiii, berbisik-bisik sakan dua orang ni. Tak mahu bertegur sapa dengan saya ka” Dato Yahya mencelah diantara Thaqeef dan Aneesa. Dari tadi lagi Aneesa buat-buat tak nampak Dato Yahya. Siapa tak kenal dengan kegedikan Dato Yahya tu.

“Dato, maaf la saya tak perasan Dato. Ramai sangat orang dekat sini, tak sempat nak bertegur sapa” berdalih Aneesa. Geli la orang tua ni.

“Ini siapa? Kekasih kamu ka Aneesa” menunjuk ke arah Thaqeef dengan riak yang tak padan dengan tua. Thaqeef perasan akan riaksi Aneesa yang tidak selesa itu.

“Saya Thaqeef Qayyum. Kekasih Aneesa Qhaleesya” tersenyum Thaqeef sambil mengejitkan mata ke arah Aneesa. Terkebil-kebil mata Aneesa melihat aksi spontan Thaqeef itu.

Dato Yahya menyampah dengan pandangan yang diberikan oleh Thaqeef kepada Aneesa, segera berlalu meninggalkan mereka disitu. Salam yang dihulurkan oleh Thaqeef jugak tidak disambut Dato Yahya.

“Terima kasih Qeef, sebab selamat kan akak. Dato Yahya tu memang gatal sikit. Pantang tengok yang bujang-bujang ni” berbisik ketelinga Thaqeef. Geli bila memikirkan perangai Dato Yahya itu.

'Tak ada masalah Neesa. Qeef pun boleh tergugat tengok Neesa cantik macam ni’ hanya berkata di dalam hati sambil tersenyum ke arah Aneesa.

Bunyi riuh rendah didalam dewan mengalihkan pandangan mereka. Sesi terakhir yang ditunggu-tunggu. Iaitu sesi pasangan sejoli. Thaqeef dan Aneesa hanya melihat sambil memberi tepukan yang gemuruh kepada pemenang. Tak mungkin mereka tercalon.

Terkejut Aneesa dan Thaqeef bila mana nama mereka menjadi juara untuk sesi pasangan sejoli. Terkebil-kebil Aneesa dibuatnya. Mahu tak mau kaki turut melangkah diikuti dengan Thaqeef. Suara riuh rendah menambahkan lagi getaran di jiwa Aneesa. Tak pernah dia merasakan sebegini. Kasut tumit tinggi yang asyik terpijak gown Aneesa menyukarkan untuknya berjalan di tambah dengan perasaan yang gementar.

Thaqeef yang perasan akan itu menghulurkan tangan ke arah Aneesa. Aneesa memandang huluran tangan itu dan menyambutnya. Mereka berjalan berpegangan tangan menuju kepentas. Memandang ke arah penonton di bawah, puluhan silauan cahaya dari kamera yang mengambil gambar mereka sebagai kenangan. Aneesa dan Thaqeef hanya tersenyum tanpa mampu berkata-kata. Tangan masih menggenggam erat. Masing-masing mencari kekuatan didalam keributan yang melanda di jiwa.

Boleh berikan komen untuk author menambahbaikan lagi cerita ini. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience