Pon Pon Pon
Bunyi alarm kereta yang berbunyi di kawasan perumahan aneesa, mungkin dari tetamu yang hadir ke rumahnya telah mengejutkan 2 insan yang hanya kaku saling berpandangan. Cepat-cepat mereka melarikan pandangan mata dari terus memandang serta melepaskan huluran salam. Aneesa kelam kabut disitu risau adeeb dan kawan-kawannya ternampak adegan yang tak sepatutnya melangkah laju masuk ke dalam rumah tanpa menoleh kebelakang. Ibarat memasuki acara 100 meter berpagar, aneesa dengan laju melangkah memanjat tangga untuk kebiliknya tanpa menghiraukan saudara mara yang duduk bersembang di ruang makan itu.
Pintu bilik ditutup cemas seolah-olah dia telah dikejar oleh perompak dan terus melabungkan dirinya ke atas katil yang empuk itu. Malu mula menyerang dirinya.
“Kenapa kau boleh terima huluran salam dari si Thaqeef tu aneesa, kau kena jaga jiwa dan raga kau dari bersentuhan dengan lelaki yang belum sah jadi suami kau, habislah kau dah tak suci lagi” aneesa bermonolog sendiri sambil menumbuk-numbuk bantal peluk itu seperti melepaskan geram.
“Malunya aku, rasa-rasa adeeb perasan tak? Macam mana kalau adeeb beritahu mama dan papa pasal hal ni? Macam mana kalau dia dipaksa kahwin dengan budak yang belum habis jawab kertas peperiksaan SPM tu”. Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut aneesa sambil menidakkan tindakan yang dia lakukan sebentar tadi.
Sementara di ruang santai gazebo
“Thaqeef kau apasal tercegat saja dekat situ, tak mau makan ka” panggil adeeb pelik kerana melihat Thaqeef hanya berdiri seperti patung cendana disitu.
Tersedar Thaqeef dari lamunan, segera bergerak melangkah ke arah mereka, hanya 4 langkah dia sampai di ruang gazebo itu. Tiada siapa pun yang perasan akan hal tu, kerana kesemua mereka hanya sibuk memandang pelbagai jenis lauk yang diambil dan diletakkan didalam pinggan untuk mengenyangkan perut masing-masing.
“Awek yang kau cakap tadi tu siapa adeeb” tanya Thaqeef pura-pura tak mengenali siapa awek yang adeeb maksudkan tadi tanpa memandang wajah adeeb. Mereka semua kelaparan. Setelah selesai menjawab kertas peperiksaan pada tengahari tadi, mereka terus menuju ke kedai mamak yang berada berhampiran dengan sekolah mereka. Belum sempat membuat pesanan, adeeb yang lalu untuk pulang ke rumah, telah memanggil mereka dan mengajak mereka ke rumahnya kerana mama dan papanya ada membuat kenduri. Hati girang kerana tak perlu mengeluarkan duit, makan free siapa yang tak mahu kan? tapi dah nama pun budak-budakkan, bukannya nak terus balik rumah tetapi sempat singgah ke tasik untuk bermain bola dulu sementara menunggu untuk ke rumah adeeb.
“Kakak aku yang sulung. Dia la kakak aku yang paling baik, paling penyayang dan paling senang aku bodek untuk pinjam duit” ketawa adeeb dengan bangga kerana mempunyai seorang kakak yang baik.
“Tapi aku macam pernah tengok la kakak kau adeeb, tapi dekat mana ya” kata naim dengan nasi penuh dimulut
“Ala, kakak yang marah kita dekat tasik tadi tu, yang kau sepak bola sampai melayang terkena kepala dia tu” beritahu Thaqeef sambil menyembunyikan senyuman.
“Kakak aku pergi tasik ka? Bila?” tanya adeeb sedikit musykil
“Ada tengahari tadi, lepas kau ajak datang kenduri rumah kau, kami tak terus balik rumah, kami pergi tasik main bola, masa tu naim buat sepakan yang kuat, aku pulak tak sempat nak sambut bola terus tersasar terkena kepala kakak kau yang tengah berjalan seorang diri dekat tepi tasik” Thaqeef memberi tahu kepada adeeb dengan tangan masih menyuap nasi kedalam mulut.
“Ohhh, patut aku balik dari sekolah tadi tak perasan kakak aku, dia pergi tasik rupanya. Meluahkan perasaan dekat tasik la tu.” Senyum adeeb bila mana dia tahu yang kakaknya cukup tak suka dengan ibu saudara sebelah papanya iaitu makngah. Mulut makngah memang betul-betul tak dak insurans, selalu saja membandingkan kakaknya dengan sepupu-sepupu yang lain. Tunggu la nanti malam, mesti kakaknya akan buat sesi luahan perasaan dengan dirinya. Tapi kenapa tidak dengan kakaknya, adelia? Kan selalu perempuan mesti buat luahan perasaan dengan perempuan juga, tapi kak neesa mesti cari dia untuk lepaskan perasaan yang terbuku dihati. Segala jenis tohmahan yang kak neesa kena, semua ada dalam poket baju melayu adeeb saja.
Setelah selesai menjamu selera, bergelak ketawa, serta menghabiskan saki baki makanan yang ada, kawan-kawan adeeb meminta diri untuk pulang kerumah masing-masing. Esok mereka sudah berjanji untuk bertemu sambil mengulangi pelajaran untuk matapelajaran yang masih berbaki 2 kertas pada minggu hadapan.
“Aku rasa esok kita buat ditasik la. Situ tenang sikit nak buat ulangkaji, lagipun sambil ulangkaji sambil cuci mata” kata naim dengan senyuman yang lebar.
Semua orang sudah tahu dengan perangai naim yang selalu sambil menyelam minum air. Tapi lebih kepada kata-kata bukan perbuatan.
“Boleh jugak, lagi pun esok rumah aku ada kelas mengaji ibu aku, tak boleh nak lepak dekat rumah, nanti mengganggu pulak” kata thaqeef yang teringat akan hal tu. Selalu mereka akan berkumpul di rumah thaqeef, kerana ibu dan ayah thaqeef bekerja, adik thaqeef pula menetap di kampung bersama dengan atok. Jadi mudah untuk dia dan rakan-rakan mengulangi pelajaran.
“Ok boleh. Aku no problem. Nanti aku ajak kak neesa jadi cikgu kita, kak neesa dengan matapelajaran matematik tambahan dia memang power, sebab tu aku boleh kuasai subjek tu, sebab ada cikgu yang mantap” sambil menyilangkan tangan di dada, mengangkat kening turun naik, berbangga dengan kakaknya yang sorang tu.
Kesemua mereka mengangkat ‘thump up’ serentak bersetuju dengan cadangan adeeb
“Tapi aku nak tanya kak neesa umur berapa? Kau cakap dia kakak yang sulong, habis yang buat kenduri sambut ulang tahun anak saudara kau, kakak yang nomber dua ka?” tanya naim yang suka korek rahsia peribadi orang.
“Kak neesa tu dah 35 dah, tapi belum kahwin, mungkin belum sampai jodoh lagi tu, sebab tu kalau ada majlis keluarga ka dia selalu larikan diri sebab tak sanggup nak dengar ceramah dari ustazah-ustazah yang suka membuka aib sendiri. Mungkin sebab tu dia pergi tasik tengahari tadi. Ni anak saudara aku dari kakak kedua aku, dia dah langkah bendul kak neesa, jadi periuk api sentiasa meletup la.” Jelas adeeb kepada kawan-kawanya. Mereka hanya mengangguk tanda faham.
“Tapi kak neesa tak nmpak macam 35 pun, baby face kot” tersenyum Thaqeef seorang diri. Yang lain hanya memandang Thaqeef tanpa soalan.
Betul kata Thaqeef, adeeb jugak tak menyangkal apa yang terkeluar dari mulut Thaqeef, kakaknya memang awek muda, siapa yang memandang kak neesa mesti tak percaya umurnya sudah menjangkau ke usia 35. Dengan tubuh yang kecil, wajah yang ayu, ketinggian lebih rendah dari adeeb, menjadikan dia nampak muda dari usia. Cuma jodoh belum ketemu.
“Dah nak balik ka semua” tegur papa yang baru sempat berjumpa dengan kawan-kawan adeeb
“Dah kenyang pakcik, semua makanan kami makan, sedap-sedap semua. Perut pun dah buncit ni, risau ibu pelik nanti mengandungkan anak siapa pulak” seloroh naim dengan gembira sambil menunjukkan perutnya seperti orang mengandung.
Tergelak semua yang ada disitu mendengar naim bercakap seperti mengunakan microfhone. Kawan siapa la ni, malu adeeb.
“Kami balik dulu pakcik, terima kasih kerana menjemput kami” balas Thaqeef sambil menyambut huluran salam dari papa adeeb, diikuti kawan-kawan yang lain
“Baik, hati-hati bawa motosikal tu, jangan nak merempit pulak, kertas peperiksaan tak habis lagi jawab tu” laung papa kuat, dah sama naik dengan suara naim. Tertelan microphone.
Adeeb hanya melihat mereka berjalan kearah motosikal masing-masing.
Sambil menghidupkan motosikal, sepasang mata merenung kearah anak-anak muda disitu dari tingkat atas rumah dengan penuh keasyikan. Tanpa disangka, renungan dari anak muda itu tepat mengenai sasaran yang berselindung disebalik pokok hiasan di ruang balkoni itu. Siapa menduga, dari pandangan itu terbit suatu rasa yang tak dapat di terjemahkan dengan sebuah kata-kata.
‘Kita jumpa esok di tasik kak neesa’ thaqeef meluah rasa di hati sebelum meninggalkan kawasan perkarangan rumah adeeb dengan lambaian tangan dilemparkan ke arah adeeb yang masih memerhati mereka.
maaf kalau cerita agak pendek. masih mencari idea untuk diluahkan. selamat membaca
Share this novel