Hari ini keputusan peperiksaan SPM sudah keluar. Berdebar-debar buat Adeeb dan Thaqeef. Sambil menunggu giliran, masing-masing berdoa supaya result nanti tak la tercorot sangat. Sekadar melepasi untuk menjejakkan kaki ke universiti tercapai.
Bersorak gembira mereka berdua bila yang di harapkan menjadi kenyatan. Dengan pencapaian yang membanggakan itu, mereka melangkah keluar dari dewan. Berjalan menuju ke motosikal masing-masing. Tak sabar nak beritahu pada yang tersayang. Auccchh gatai.
‘Qeef dah ambil result Kak Neesa’ laju menaip dan menghantar. Sejak sesi luahkan perasaan hari tu. Panggilan Qeef terus melekat antara Aneesa dan Thaqeef.
‘Yaka. Aduhhh akak pulak yang berdebar-debar ni’ pantas membalas. Kerana Aneesa juga menunggu pesanan dari Thaqeef. Tak senang duduk dibuatnya. Risauuu
‘Tu Qeef dah send gambar’ menghantar gambar lebih cepat dari menaip. Hahaha
'Alhamdulillah. Tahniah-tahniah atas kejayaan ini. Akak bangga dengan Qeef. Nanti hujung minggu Qeef datang sini ya. Akak belanja Qeef. Boleh?’ tanpa segan Aneesa sendiri yang mengajak Thaqeef
‘Boleh’ laju sangat ni. Tak sabar la tu. Nak jumpa kekasih hati.
“Hai Thaqeef, tersenyum sorang-sorang. Aku cakap ni kau dengar tak?” Adeeb memandang tajam ke arah Thaqeef.
“Sorry. Sorry. Kau cakap apa tadi? aku tengah sms dengan Kak....” mengunci mulutnya, hampir-hampir terlepas cakap
“Dengan siapa kau sms” meminta kepastian
“Dengan ibu aku la. Aku kena bagitahu dia la berita gembira ni” tersengih-sengih sambil cuba berdalih
“Yela tu. Ingat aku tak tahu yang kau sms dengan Kak Neesa. Tengok sampai dia silap send sms dekat aku” menunjukkan sms kepada Thaqeef. Aneesa telah memanggil Adeeb sebagai "Qeef”. Gawat ini. Hahaha
Thaqeef hanya mengarukan kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.
“Kantoi pulak. Hehe. Kau cakap apa tadi dengan aku?” tersengih seperti kerang busuk
“Aku tanya, hujung minggu ni kau nak pergi rumah Kak Neesa tak? Jom pergi dengan aku sekali” ajak Adeeb
“Boleh juga. Kak Neesa pun ada jemput aku juga hujung minggu ni, nak belanja katanya” tersenyum Thaqeef
“Ok, kita pergi sekali. Nanti aku ambil kau dekat rumah ya. Boleh minta pendapat sekali dekat Kak Neesa, universiti mana yang ok dengan kita. Aku ingat tak nak pergi jauh-jauh sangat. Nanti rindu mama papa aku” acah-acah sedih padahal anak manja. Tak boleh berjauhan dengan mama dan papa. Hahaha
“Boleh juga. Aku pun ingat macam tu juga, nanti kita tanya Kak Neesa. Lepas tu kita boleh apply U yang sama. Mana tahu ada rezeki kita. Kalau kau tak boleh berjauhan dengan mama dan papa kau. Aku pula tak boleh berjauhan dengan kau, adik Adeeb” sambil tersenyum sampai telinga
“Gila kau. Aku geli betul la. Ni kalau orang tengok mesti cakap kita gay” mengeliat kegelian
“Hahaha. Kau dah bagi green light, aku cuma practice make perfect ja” mengangkat naik kening di hadapan Adeeb
“Memang la aku bagi green light, tapi tak bermakna mama papa aku setuju. Lagi pun kalau jodoh kau dengan Kak Neesa pun, belum tentu aku boleh panggil kau abang. Kita dah macam kembar kau tau” berkata Adeeb tanpa memikirkan perasaan Thaqeef.
“Yela, aku sedar aku siapa. Bekas penghuni lokap. Tak sesuai dengan kakak kesayangan kau tu. Mungkin mama dan papa kau pun tak boleh terima aku” merajuk Thaqeef.
“Alololo. Merajuk pula kau ni. Yela-yela. Nanti aku pujuk la mama papa aku supaya terima kau. Mama papa aku sporting punya. Jangan risau la” mengenyitkan mata terhadap Thaqeef. Sah gay depa dua ni. Hahaha.
Thaqeef tersenyum kembali. Acah-acah merajuk saja. Biar ada yang pujuk.
HUJUNG minggu itu seperti yang dijanjikan. Thaqeef sudah bersedia untuk berjumpa dengan Aneesa. Menunggu Adeeb menjemputnya. Kenapa tak pergi sendiri? Sebab Thaqeef tak ada lesen kereta. Setakat motosikal tu ada la. Belum sampai seru lagi nak ambil lesen kereta.
“Helo Adeeb. Aku dah siap ni. Kau dah keluar ka” tak sabar-sabar nak jumpa Aneesa
“Qeef, sorry. Aku tak dapat join minggu ni. Mama aku demam pula. Papa ada kursus haji. Aku kena teman mama aku. Kau pergi sendiri boleh? Atau kita tunda pergi minggu hadapan boleh?” jelas penjelasan dari Adeeb
“Yaka. Takpa la macam tu. Kau dah bagitahu Kak Neesa ka yang kita tak jadi pergi” kecewa dan meminta kepastian
“Dah. Kak Neesa nak balik sini, tapi mama cakap tak payah. Tak la teruk sangat. Aku masih boleh jaga lagi” beritahu Adeeb
“Ok lah macam tu. Tapi kalau aku minta kebenaran kau nak pergi sendiri boleh? Aku nak jumpa Kak Neesa” takut-takut Thaqeef beritahu Adeeb
“Ya boleh. Tapi jangan nak lama-lama. Jangan nak buat apa-apa dekat kakak aku. Kalau aku tahu siap kau” membenarkan dengan amaran.
“Baik-baik. Aku tak buat bukan-bukan la. Terima kasih Adeeb. Muahhh. Love you. Hahaha” parah dah dua orang ni.
Adeeb mematikan panggilan. Geli dia dengan Thaqeef. Makin mengila. Gedik tu terlebih gedik dari ulat bulu. Gataiiiiii.
“Kenapa tu Adeeb” Mama bertanya
“Qeef ni. Cakap love you la muahh la. Geli Adeeb” beritahu adeeb sambil mengeliat kegelian
“Macam-macam la korang berdua ni.” Berkata mama sambil mengambil ubat untuk dimakan. Tiba-tiba saja pagi ni mama demam. Mungkin dengan cuaca sekarang yang tidak menentu. Dah berumur juga. Senang-senang saja penyakit datang dan pergi.
“Thaqeef pergi jumpa Kak Neesa ka” sambung mama lagi setelah menelan ubat.
“Ya mama. Sebenarnya Qeef memang suka dekat Kak Neesa. Dia ada buat luahan perasaan hari tu. Adeeb pun tak boleh nak cakap setuju, tak boleh nak bagi halangan. Cuma bagi peluang untuk diorang berkenalan dulu” beritahu hal yang sebenar kepada mamanya.
“Biar la diorang berkawan. Mungkin jodoh Kak Neesa tu dah hampir tiba. Cuma mama takut Thaqeef kecewakan Kak Neesa. Yela kak Neesa tu dah berumur. Thaqeef pula masih belasan tahun. Nanti dah sambung belajar, jumpa yang lagi baik dari Kak Neesa. Mungkin Kak Neesa ditinggalkan.” Sayu mendengar tutur bicara dari mama
“Dulu pun Kak Neesa pernah dikecewakan. Sebab tu mama rasa dia dah tak nak bercinta. Mama boleh nampak cara dia pandang Thaqeef, nampak ada sinar dalam mata dia. Tapi mama tahu Kak Neesa juga takut dikecewakan. Mungkin dia anggap Thaqeef macam adik dia sendiri. Dia layan Thaqeef sama macam dia layan Adeeb juga.” Sambung mama lagi
“Selalu Kak Neesa akan cerita dekat Adeeb, tapi hal ni Adeeb tak tahu. Adeeb ada pernah tanya Kak Neesa dengan papa, tapi tiada jawapan. Siapa yang kecewakan Kak Neesa mama?” cuba untuk mencari jawapan. Sebelum ini dia seakan malas untuk mengetahui, tapi sekarang keinginan untuk mengetahui hal dan punca kejadian itu menjadi tanda tanya.
“Kamu budak-budak lagi masa tu. Tak faham lagi apa itu cinta. Kalau dia cerita pun macam mencurah air ke daun keladi. Satu habuk pun kamu tak faham” ketawa mama kenakan Adeeb. Cuba menyembunyikan cerita itu dari pengetahuan Adeeb. Adeeb hanya mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kalau macam tu. Adeeb cuba bagi warning dekat Thaqeef tu. Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi untuk Kak Neesa. Adeeb pun tak sanggup tengok Kak Neesa dikecewakan. Cuma Adeeb harap Thaqeef boleh jaga Kak Neesa dengan baik dan andai jodoh diorang, Adeeb terima seadanya. Sudah sampai masa untuk Kak Neesa berbahagia.” Mengharap kebahagiaan milik kakaknya.
“Yela. Tapi jangan kamu takutkan Thaqeef pula. Nanti dia ingat kita memaksa dia pula. Kita doa yang terbaik saja untuk diorang. Selebihnya biar berserah kepada yang Esa.” Mama memejamkan mata, ubat sudah menguasi diri.
“Mama tidurlah. Adeeb picit kepala mama ya” memicit lembut kepala mamanya. Melihat wajah tua milik mamanya. Sayu wajah mama, dengan bibir yang pucat. Mama masih memikirkan kebahagiaan anak sulungnya.
Share this novel