BK19 - DRAMA

Romance Series 13483

Aneesa memasukkan bagasi kedalam bonet keretanya. Hari ni dia akan pulang ke kampung atok dan maktoknya. Papanya ingin mengerjakan haji bersama sahabat handal.

Disebabkan papa sudah tidak mempunyai orang tua, maka atok dan maktok sebelah mamanya yang beria-ria nak buat kenduri kesyukuran untuk papa mengerjakan haji.

Walaupun sudah lanjut usia tidak menjadi penghalang buat atok dan maktok membuat kenduri kesyukuran khas untuk menantu tunggal mereka.

Jemputan yang dipanggil tidaklah ramai, sekadar kenalan terdekat serta orang kampung sahaja. Tak lupa juga makngah a.k.a mulut puaka turut hadir. Maklumla abangnya nak mengerjakan ibadah haji. Kena la hadir. Walaupun hanya memberi arahan tanpa berbuat apa-apa.

Papa akan pergi selama sebulan dan akan berhari raya haji di sana. Maka Aneesa mengajak mamanya unutk tinggal sekali, agar tak bosan bila berseorangan tetapi di tolak oleh Adeeb. Adeeb memberi alasan untuk tinggal dirumah sementara ketiadaan papanya. Katanya sudah membuat surat untuk membenarkan dirinya berulang-alik dari rumah ke universiti atas alasan menjaga mama.

Kuat sungguh alasannya, hanya menunggu maklum balas dari pihak universiti. Itu kalau berjaya boleh lompat terkinja-kinja la tu. Memang dari hari pertama lapor diri lagi, itu saja yang disebutnya tiap kali berjumpa.

Suasana di kawasan perumahan atok dan maktok kian lengang, Aneesa membantu apa yang perlu dipenghujung majlis. Sedang sibuk mengangkat pinggan mangkuk untuk dicuci, secara tak sengaja Aneesa terlanggar Haziq, adik iparnya.

Habis tertumpah sisa makanan ke arah baju Haziq. Haziq yang terkejut cuma beriak selamba sahaja. Tak sampai hati nak marah Aneesa. Benda tak sengaja kan.

“Takpa Neesa, lagi pun dah memang kotor baju ni, nanti boleh salin baju” berkata Haziq kepada Aneesa. Haziq dan Aneesa sebaya, jadi Haziq agak kekok nak panggil Aneesa dengan panggilan kakak. Selain ada rahsia yang tersembunyi antara mereka berdua.

“Baju yang kotor boleh basuh takpa. Boleh salin baju macam salin hati dan perasaan” perli Aneesa kepada Haziq

“Neesa masih marahkan Haziq lagi ka?” tanya Haziq dengan nada yang sayu. Dah hampir 10 tahun peristiwa itu berlaku

“Tak marah cuma sakit hati ja” menjeling ke arah Haziq.

Adelia yang sedang mengejar anaknya Amsyar, memandang adegan yang tak sepatutnya. Berjalan kearah Aneesa dan Haziq. Mesti ada pergaduhan antara mereka.

“Kenapa ni abang?” bertanya Adelia kepada Haziq.

“Tak ada apa la. Cuma Neesa tertumpahkan sisa makanan ni dekat baju abang. Tak sengaja. Abang pun tak perasan yang Neesa dekat sini dan terlanggar abang” beritahu Haziq kepada Adelia. Aneesa hanya membuat eye rolling. Seakan menyampah dengar kata-kata Haziq.

“Yaka, tak apa la nanti salin baju lain la. Lagi pun majlis dah hampir selesai.” Adelia perasan akan eye rolling Aneesa itu, tapi cuba untuk buat-buat tak nampak. Tak mahu menambahkan lagi bara di hati.

“Delia minta maaf kalau Kak Neesa tak suka dengan kehadiran kami. Walau apa pun yang terjadi, Delia tetap sayangkan Kak Neesa. Maaf kalau Delia dah sakitkan hati Kak Neesa sampai sekarang. Delia cuba nak berbaik dengan Kak Neesa, tapi Delia tak tahu macam mana. Delia rindukan saat-saat kita rapat dulu, Delia rindukan belaian seorang kakak” beritahu Adelia kepada Aneesa dengan nada yang sayu. Mengharap Aneesa faham akan maksudnya.

Aneesa tersentuh dengan kata-kata Adelia. Tetapi hatinya masih terguris dengan peristiwa itu. Dia juga rindukan adiknya Adelia, tapi kerana ego yang tinggi, membuatkan dia pendam seorang diri.

“Amboiii, berdrama sakan dekat sini, dah macam drama pukul 7 ni” Makngah yang tak tahu cerita hujung pangkal muncul dihadapan mereka bertiga. Tersentak dengan kehadiran Makngah, kalut-kalut ketiga-tiga mereka. Bukan tak tahu makngah, sekali rahsia dia dah tahu, habis dicanangnya. Mulut tak reti simpan rahsia plus mulut busuk. Seramm.

“Sudah-sudah la tu ngah oii, jangan nak jadi batu api sangat dengan anak menantu abang tu. Diorang tak buat apa pun dekat kamu. Biasa la tu berdrama petang-petang ni. Mengeratkan silatulrahim antara adik beradik. Lagi pun dekat rumah dah berepisod dah drama yang diorang buat. Kamu ja yang tak tahu” potong papa dengan niat menyelamatkan kami bertiga dari makngah. Tersengih-sengih mereka bertiga seolah-olah tiada apa yang terjadi sebentar tadi.

Makngah menarik mulut muncung sedepa bila kata-katanya dibidas oleh abangnya. Terus berlalu meninggalkan mereka disitu.

ANEESA melabuhkan duduknya di pangkin luar rumah. Udara malam yang segar serta suasana yang cukup mendamaikan itu membuatkan dia hampir tertidur di situ. Indahnya suasana kampung. Langit yang penuh dengan bintang dipandang lama. Teringat akan kata-kata Thaqeef tempoh hari semasa dia di johor.

“Qeef faham maksud Kak Neesa. Qeef akan belajar rajin-rajin. Qeef cuba yang terbaik buat diri Qeef. Andai satu hari nanti Qeef betul-betul mampu untuk menjalankan tanggungjawab, Qeef harap Kak Neesa masih sudi menerima Qeef. Dan sudi menyambut huluran tangan Qeef. Semoga Qeef tidak terlambat untuk semua itu”

Masih berlegar dimindanya tentang kata-kata Thaqeef. Mampukah dirinya untuk menerima Thaqeef? Tahukah Thaqeef berapa umurnya sekarang. Semoga yang baik-baik sahaja buat Thaqeef disana. Andai ada jodoh pasti takkan kemana.

“Kak Neesa” Adeeb memanggil Aneesa dengan penuh sopan. Niat nak mengejutkan Aneesa terbantut bila terdengar keluhan dari Aneesa. Kalau tak mahu berperang sampai kepagi.

“Hmmm. Kenapa” bertanya Aneesa tanpa memandang Adeeb. Mata masih memandang kearah langit yang gelap itu.

“Adeeb tengok Kak Neesa termenung ja. Ada masalah ka? Cerita la dekat Adeeb. Adeeb kan pendengar yang paling setia dan taat dengan Kak Neesa” sambil menyilangkan tangannya ke dada. Sebenarnya Adeeb juga menyaksikan pergaduhan yang terjadi antara Aneesa dan Haziq, tapi tidak berani bertanya kepada abang iparnya. Lebih baik terus bertanya kepada Aneesa.

“Saja temenung. Bukan kena bayar pun” selamba Aneesa membalas kata-kata Adeeb

“Amboiii. Kemain berlagak lagi. Ala cerita la Kak Neesa. Adeeb tertanya-tanya ni, nanti tak boleh tidur asyik terfikir ja kenapa Kak Neesa termenung ni. Kak Neesa teringatkan Thaqeef ka?” saja mengumpan Aneesa.

“Cakap pasal Thaqeef, Adeeb rasa dia ok tak?” mengalih duduknya berhadapan dengan Adeeb

“Dia baik, walaupun baru berkawan dengan Thaqeef tu, tapi boleh masuk kepala la. Lepas dia masuk sekolah tu banyak yang dia dah ambil tempat Adeeb. Selalu Adeeb mesti juara la kalau acara larian, tapi dia lagi pantas dari Adeeb. Sampai sorakan dari budak-budak perempuan pun semua beralih dekat Thaqeef. Kurang asam sungguh si Thaqeef tu” mengepalkan menumpuk seperti marah kepada Thaqeef. Adeeb bukan lagi pelajar hot dekat sekolah. Hahaha.

“Dia ada girlfriend tak dekat sekolah” tanya Aneesa tanpa pedulikan tentang apa yang Adeeb sampaikan tadi.

“Tak ada. Dia kata malas nak fikir pasal cinta lepas apa yang terjadi. Mungkin kes dia yang kena buang sekolah tu kot. Ada juga yang berkenan dekat dia, tapi Thaqeef buat tak layan saja. Kenapa Kak Neesa nak tahu pasal girlfriend dia?” tanya Adeeb dengan musykil.

“Tak adala. Saja nak tahu.” Menarik nafas sebelum menyambung ucapannya “Sebenarnya, akak ada jumpa Thaqeef dekat johor. Masa akak pergi sana dua minggu lepas. Dia ada cakap dengan akak yang dia sukakan akak. Lepas tu dia suruh akak tunggu dia. Tapi akak taknak la letak harapan yang tinggi. Akak suruh dia belajar rajin-rajin. Kehadapan nanti biar jodoh yang tentukan” beritahu Aneesa tepat memandang anak mata Adeeb.

“Adeeb dah tahu, dia dah luahkan perasaan dia dekat Adeeb. Adeeb cuma berharap dia tak sakitkan hati Kak Neesa saja. Andai jodoh Kak Neesa dengan Thaqeef, Adeeb kena terima yang dia bakal jadi abang ipar Adeeb. Yang penting Kak Neesa dapat bahagia tu” beritahu Adeeb ikhlas dari hatinya.

“Sekarang ni akak cuma anggap Thaqeef macam adik akak sendiri. Macam Adeeb.Perjalanan hidup panjang lagi. Akak pun tak tahu nanti dekat sana, dia ada jumpa orang yang lebih baik dari akak. Dah akak kecewa lagi. Jadi sekarang biarkan masa yang tentukan. Akak taknak bagi harapan. Nanti takut menganggu pelajaran dia. Tapi akak cuba tunggu dia. Dalam masa terdekat ni, akak tak rasa ada orang nak masuk meminang akak” ketawa Aneesa cuba menyembunyikan rasa dihati. Takut kecewa menyentuh hati lagi.

“Adeeb sentiasa doakan Kak Neesa. Adeeb juga nak yang terbaik untuk Kak Neesa. Buat masa sekarang Adeeb rasa Thaqeef tak berapa sesuai dengan Kak Neesa. Mungkin tunggu dia dah kerja, ada duit. Boleh pi gym selalu, buat six pack bagi makin hot, mungkin lagi tergoda Kak Neesa dengan dia” sempat lagi melalut tak tentu pasal.

Tumbukan hinggap di perut Adeeb. Geram dengan Adeeb suka mengingatkan dia akan hal itu. Merah muka Aneesa menahan malu.

"Jangan cakap hal tu boleh tak? Malu tahu tak” geram Aneesa dengan mengejar Adeeb keliling pangkin itu.

Suasana riuh rendah tu di lihat oleh mama dan papa. Hanya gelengan yang diberikan. Tahu sangat mesti Adeeb mengusik Aneesa la tu. Tak kacau sehari mana boleh. Tersenyum bahagia mama papa melihat aksi mereka.

Semoga bahagia menjadi milik kita. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience