BK21 - PELAJAR PELATIH

Romance Series 13483

Thaqeef melangkah masuk ke syarikat untuk melaporkan diri. Hari ini merupakan hari pertamanya sebagai pelajar pelatih. Dia perlu menghabiskan 6 bulannya disitu. Seandainya diberi peluang dia akan diserap sebagai pekerja tetap. Peluang yang jarang diberikan, akan digunakan sebaik mungkin.

“Assalamualaikum, saya Thaqeef, pelajar pelatih. Hari ini saya perlu lapor diri. Dekat mana ya saya perlu lapor diri?” berkata Thaqeef kepada penyambut tetamu itu sambil menghulurkan fail berisi maklumat peribadi serta surat sokongan dari pihak Universiti.

“Waalaikumussalam. Boleh tunggu dekat meja situ ya. Nanti akan ada orang datang jemput untuk sesi taklimat” berkata penyambut tetamu itu sambil menunjukkan meja yang berada di sebelah kiri mejanya. Thaqeef mengangguk tanda memahami arahan itu dan bergerak ke arah meja itu.

Thaqeef hanya memandang kawasan lobi di syarikat itu sementara menunggu dirinya dipanggil. Tidak ramai pekerja yang lalu lalang disitu mungkin pekerja yang lain sudah memulakan perkerjaan masing-masing. Hanya dua tiga pasang mata yang memerhatinya. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Terlalu handsome kah dia?

“Thaqeef Qayyum” suara memanggil membuatkan Thaqeef melarikan pandangannya ke arah suara itu

“Ya saya” menjawab sambil tersenyum.

“Boleh ikut saya. Pejabat untuk pelajar pelatih berada di tingkat 3. Nanti awak akan jumpa dengan penyelia yang akan membimbing awak. Saya Hawa, bahagian sumber manusia. Nanti saya akan terangkan segala peraturan yang ada dekat syarikat ini” berkata sambil tersenyum manis kepada Thaqeef. Kenapa handsome sangat Thaqeef ni. Bergetar jiwa raga macam ni. Aippp, jaga mata. Awak tu perempuan.

Mereka melangkah masuk kedalam bilik mesyuarat di tingkat 3 itu. Banyak mata-mata yang memerhati kelibat Thaqeef dan Hawa itu. Juga terdengar suara-suara seperti kerasukan. Manusia pantang nampak yang elok sikit.

Hawa memberikan segala penjelasan kepada Thaqeef tentang peraturan di syarikat itu. Thaqeef mengangguk faham akan keterangan yang dijelaskan oleh Hawa. Usai itu, Hawa meminta diri untuk kembali ke pejabatnya yang berada di tingkat 5. Thaqeef juga telah diserahkan kepada penyelia yang bertanggungjawab.

“Baik semua. Hari ini kita ada pelajar pelatih yang baru. Thaqeef Qayyum akan bersama dengan kita selama 6 bulan. Dalam tempoh itu, saya harap kamu semua memberikan kerjasama terhadap Thaqeef. Jangan ada sesiapa yang cuba nak membuli dia. Dan jangan ada yang cuba nak mengorat dia pula. Dia milik saya.” Berkata sambil ketawa kepada pekerja yang lain. Cuba untuk membuat pelajar baru tidak begitu kekok ketika bekerja.

“Ala En. Asri. Kongsi la sama. Yang elok-elok semua En. Asri ambil. Yang muka pecah rumah ja pelepas untuk kami ni” berkata salah seorang dari mereka. Gelak ketawa mereka menceriakan hati Thaqeef. Tak la gementar sangat untuk hari pertama ni.

“Ok la. Thaqeef perkenalkan diri kamu dekat rakan sekerja yang lain” beritahu En. Asri kepada Thaqeef.

“Saya Thaqeef Qayyum, pelajar jurusan kejuruteraan kimia dari UTHM. Boleh panggil saya Thaqeef. Semoga semua yang ada disini dapat memberi tunjuk ajar kepada saya. Andai ada tersalah kerja boleh menegur saya.” Lancar Thaqeef berkata, maklumlah pernah menjadi wakil pelajar dan mendapat anugerah dekan untuk setiap semester.

“Thaqeef boleh duduk di sebelah Wafi. Apa-apa kamu boleh tanya dia. Dia selaku mentor kamu. Dan kamu Wafi jangan nak mengajar yang bukan-bukan. Kurangkan sedikit ajaran sesat kamu tu” ketawa mereka yang lain mendengar En. Asri membebel. Dapat bos yang baik juga satu rezeki. Rakan-rakan sekerja yang baik juga satu rezeki.

“Baik Captain.” Wafi mengangkat tabik kearah En.Asri. Sudah kenal dengan perangai Wafi yang tak kena dengan umur. Anak sudah 3, tapi perangai masih macam kanak-kanak ribena. Thaqeef hanya tersenyum melihat mereka.

Wafi membawa Thaqeef untuk berkenalan dengan rakan sekerja yang lain. Hanya 10 orang pekerja sahaja di bahagian kejuruteraan dan semuanya lelaki. Thaqeef juga dibawa melawat ke pusat penyelidikan di bangunan sebelah. Boleh dikatakan seluruh bangunan itu telah Wafi dan Thaqeef jejaki. Niat untuk memperkenalkan Thaqeef kepada pekerja dibahagian lain bertukar dengan borak-borak kopitiam. Banyak berborak dari membuat kerja. Mungkin ini peluang keemasan yang boleh Wafi gunakan. Thaqeef hanya tersenyum bila ada yang ingin menjadikannya sebagai calon menantu.

JAM menunjukkan pukul 530 petang. Tamatnya waktu bekerja. Pejam celik dah hampir 2 bulan Thaqeef sebagai pelajar pelatih disitu. Banyak respon positif dari rakan sekerja. Mungkin pelajar yang masih fresh otak mereka dengan mudah mendengar arahan serta lebih cepat menyiapkan kerja yang diberi.

Thaqeef berjalan ke kawasan parking motosikalnya. Setelah berjumpa dengan rakan sekerja yang ada menyewa rumah, dia turut menumpang di rumah sewa itu. Tak perlu ulang alik lagi. Kawasan kerjanya juga tidak jauh dari tempat Aneesa bekerja. Sesekali mereka akan terserempak di tengah jalan atau pun di kedai makan.

Tinggg

Notifikasi dari handfon Thaqeef berbunyi. Di buka dan dibaca

‘Qeef dekat mana? Dah pulang kerja ka? Akak nak minta tolong boleh tak?’ pesanan dari Aneesa

‘Baru nak balik Kak Neesa. Ada apa Kak Neesa?’ Membalas pesanan Aneesa

‘Kereta akak masuk bengkel pagi tadi. Datang kerja pun naik grab. Nak minta Qeef ambil akak dekat office, bawa pergi bengkel boleh? Bengkel tutup pukul 6, kalau naik grab time ni mesti tak sempat sampai’ mengharap pertolongan dari Thaqeef.

Aneesa boleh meminta balik awal hari ni, tapi meeting dengan klien habis lambat. Terpaksa dia menunggu juga sehingga selesai.

Semenjak Aneesa dinaikkan pangkat 2 tahun yang lepas, dirinya sentiasa sibuk memandangkan Nizam telah berpindah ke cawangan yang baru dibuka di Johor.

‘Boleh. Kak Neesa tunggu 15 minit Qeef sampai ya’ menghidupkan motosikalnya untuk mengambil Aneesa.

‘Terima kasih Qeef. Tapi Kak Neesa tak ada helmet. Yang ada helmet putih kontraktor saja’ tergelak Aneesa bila memikirkan dia akan memakai helmet itu. Thaqeef tidak membalas pesanan. Aneesa hanya menunggu dihadapan pejabatnya. Selamat dia pakai seluar hari ni, tak la susah sangat nak naik moto nanti.

Dalam 15 minit menunggu, terlihat kelibat Thaqeef menghampirinya. Thaqeef juga ada membawa helmet untuk Aneesa. Helmet siapa la yang dia pinjam ni. Tersenyum Aneesa dengan kedatangan Thaqeef seperti yang dijanjikan.

Tanpa cakap banyak, Thaqeef terus menyarungkan helmet itu ke Aneesa. Aneesa hanya terdiam tanpa berkata-kata. Tahu la nak cepat pun, tapi bagi la dia pakai sendiri helmet ni. Kaki tangan masih ok, cuma kereta dia yang rosak.

“Qeef pinjam dekat kawan rumah tadi, cepat lah naik Kak Neesa, nanti tak sempat bengkel tutup pula. Dah esok Qeef kena ambil dan hantar Kak Neesa pula” cuba beriak selamba. Dalam hati ini first time Kak Neesa membonceng moto dengannya. Kalau Adeeb tahu ni, jenuh kena ceramah 3 hari 3 malam ni.

“Haa, okok. Akak letak beg ni tengah-tengah ya, risau juga terpeluk nanti” Aneesa yang terpinga-pinga melangkah naik dibelakang Thaqeef. Risau juga dia.

“Baik Kak Neesa. Qeef bawa sebaik yang mungkin dan secepat yang mungkin.” Dengan bismillah Thaqeef membawa Aneesa menunggang motosikalnya. Mencelah di celah-celah kereta yang sesak itu, semua nak cepat sampai ke rumah. Termasuk dua manusia yang mengejar masa untuk sampai sebelum pukul 6.

Thaqeef memarkingkan motosikalnya dihadapan bengkel itu. Berbaki 5 minit lagi sebelum bengkel ditutup. Aneesa mengambil kunci keretanya. Selamat sempat sampai. Aneesa sangat-sangat berterima kasih kepada Thaqeef. Sebagai balasan, Aneesa mengajak Thaqeef untuk makan malam di kedai yang berhampiran dengan rumah Aneesa.

Mereka melabuhkan duduk di kedai itu. Usai memesan makanan, Thaqeef memberanikan diri untuk meluahkan rasa terhadap Aneesa. Harap dia tidak terlambat untuk mengucapkan itu.

“Kak Neesa ingat apa yang Qeef cakap 5 tahun yang lalu? Tentang perasan Qeef dekat Kak Neesa” Thaqeef memulakan bicara. Cuba mencari kekuatan agar tidak terlalu kekok dihadapan Aneesa.

“Akak masih ingat. Jadi Qeef betul dengan pendirian Qeef?” meminta jawapan

“5 tahun Qeef fikirkan hal ni. Sekarang masa yang sesuai untuk Qeef luahkan. Walaupun jarak umur kita sangat berbeza, tapi bukan itu yang menjadi penghalang antara kita. Qeef boleh jumpa mama papa Kak Neesa untuk meminta persetujuan mereka.” Berterus terang Thaqeef dihadapan Aneesa. Berharap Aneesa nampak tentang keikhlasannya. Aneesa hanya tersenyum sebelum mengangguk tanda terima akan perasaan Thaqeef terhadapnya.

selamat berpuasa semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience