BK26 - KEMATIAN

Romance Series 13483

Laju langkah kaki mereka mengikuti katil yang ditolak oleh jururawat untuk ke dewan bedah. Adelia yang masih belum sedarkan diri ditolak laju memasuki dewan bedah itu. Suasana sayu menyelebungi perasan mereka semua. Yang paling terkesan adalah Haziq, suami Adelia. Tangan yang masih terdapat kesan darah itu dibiarkan.

“Sabar Haziq, Insyaallah tak ada apa-apa yang berlaku. Kita semua pakat-pakat berdoa semoga Adelia dapat diselamatkan.” Papa cuba untuk menenangkan Haziq.

“Insyaallah papa. Haziq cuma takut kalau apa-apa terjadi dekat Adelia. Haziq belum bersedia papa. Haziq masih perlukan isteri Haziq.” Airmata laju sambil berpelukan dengan papa untuk mendapatkan kekuatan.

“Kita semua perlukan Adelia.” Menepuk belakang badan menantunya. Papa juga turut sebak dengan kenyataan Haziq.

“Mama, Neesa tak sempat nak minta maaf dengan Delia. Neesa dah maafkan dia. Neesa harap Neesa belum terlambat untuk semua ini. Delia Akak minta maaf. Delia jangan tinggalkan kami semua. Kami semua perlukan Delia.” Aneesa seakan meraung, terasa dirinya sangat tak berguna. Kata-kata di dewan makan tempoh hari membuatkan dirinya bertambah duka.

“Sabar Neesa, kita sama-sama berdoa. Semoga Adelia baik-baik saja. Jom kita pergi surau, dah lama masuk Zohor ni. Kita sama-sama doa untuk Adelia ya” mama pengajak Aneesa untuk ke surau. Semua mengikut langkah mama. Kecuali Haziq, menunggu di hadapan pintu dewan bedah itu. Risau nanti kalau ada doktor yang mencari ahli keluarga Adelia.

Haziq hanya mundar mandir di hadapan pintu dewan bedah itu. Rambut yang dah kusut terus dikusutkan lagi. Tak tahu apa yang terjadi kepada isterinya. Hanya memohon agar isteri dan anaknya dapat bertahan. Sejam di dalam dewan bedah cukup membuatkan Haziq seperti orang hilang akal menunggu sesuatu yang tak pasti.

Pintu utama dewan bedah terbuka, dan terlihat seorang doktor serta seorang jururawat menghampiri Haziq.

“Suami Puan Adelia ya?” berkata doktor kepada Haziq. Kerana hanya dia seorang yang berada di situ.

“Ya saya. Macam mana dengan isteri saya doktor? Anak saya pula doktor?” kalut Haziq berbicara untuk mengetahui keadaan isteri serta anaknya.

“Isteri tuan masih tidak sedarkan diri. Kerana dia banyak kehilangan darah. Tapi Puan Adelia dalam keadaan stabil. Mungkin 5 atau 6 jam lagi dia akan sedarkan diri dan kami akan pindahkan dia ke wad biasa. Buat sementara waktu kami akan letakkan dia di ICU dulu.” Doktor memberi keterangan kepada Haziq.

“Alhamdulillah. Anak saya pula doktor?” Haziq masih mencari jawapan

“Maaf tuan. Kami hanya berjaya selamatkan seorang dari mereka berdua. Isteri tuan mengandung kembar, tapi seorang kami tak dapat selamatkan kerana sudah meninggal di dalam perut. Mungkin kesan dari hentakan puan Adelia terjatuh, jadi bayi tersebut sudah meninggal.” Tenang doktor itu berkata

“Bayi tuan kami sedang uruskan, nanti tuan boleh ikut jururawat untuk menuntut mayat serta proses mengebumian. Bayi yang selamat akan dipindahkan ke wad bayi sementara menunggu isteri tuan sedar. Untuk maklumat tuan, kami juga terpaksa membuang rahim isteri tuan kerana rosak teruk. Saya harap tuan tabah dengan dugaan ini, saya minta diri dulu” pinta doktor itu sebelum melangkah pergi.

Haziq yang mendengar hanya mampu menangis. Dia tahu isterinya mengandung kembar, tapi tidak menjangka seorang dari mereka akan pergi dahulu tanpa sempat melihat dunia. Dan tak sangka yang rahim isterinya juga turut dibuang. Namun dia tetap bersyukur kerana isterinya masih diberi peluang untuk melihat anaknya.

Haziq melangkah mengikut jururawat untuk mengambil jasad anaknya. Dia juga sempat menghubungi papa untuk memberitahu akan hal itu. Terkejut papa bila mendengar kenyataan dari Haziq. Mama dan Aneesa terus mengalirkan airmata tanpa henti. Bersyukur kerana Adelia masih diberi peluang untuk melihat dunia walaupun tak sempat untuk melihat zuriatnya.

Suasana pilu di kawasan bilik mayat itu, hanya tangisan yang didengari. Disebabkan mereka semua berada di Port Dickson, jadi mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk mengebumikan jenazah di tanah perkuburan yang berhampiran juga. Tidak mahu meninggalkan Adelia yang masih di ICU serta bayinya jika hendak pulang ke kampung halaman mereka.

ANEESA menghampiri katil Adelia sambil membawa dulang berisi bubur nasi. Mereka sekeluarga telah pulang ke rumah. Kematian yang terjadi membuatkan Adelia dan Aneesa kembali berbaik. Adelia menghabiskan tempoh pantangnya di rumah mama.

“Delia Akak bawa bubur ni. Makan dulu ya. Nanti akak tengok kan Atilia. Tengah tidur lagi tu” berkata Aneesa sambil meletakkan dulang makanan di meja bersebelahan katil.

“Terima kasih Kak Neesa. Delia boleh ambil sendiri. Dah susahkan Kak Neesa” tersenyum Adelia bila terlihat kakak kesayangannya mula berbaik dengan dirinya.

“Tak susah pun. Tumpang akak cuti ni, boleh la nak tengok-tengok Atilia. Nanti dah balik rumah sana, tak boleh nak tolong apa-apa dah” sambil menguis-nguis pipi gebu Atilia. Bila la dia dapat merasa zuriat dari rahimnya. Entah ada jodoh ka tidak buat dirinya.

“Kak Neesa balik rumah bila? Petang ni ka” berkata Adelia sambil menyuap bubur ke dalam mulutnya.

“Malam ni akak balik. Esok ada meeting awal. Ingat nak balik pagi esok terus masuk kerja saja, tapi dah balik dengan Qeef, malam ni juga la kena balik” beritahu Aneesa tanpa memandang Adelia. Sibuk mengacau Atilia yang tidur nyenyak itu.

“Oooo. Tapi Qeef hari tu balik dengan Kak Neesa juga ka?” bertanya lagi cuba mengorek rahsia antara Aneesa dan Thaqeef.

“Tak lah. Hari tu Qeef ada kursus, lepas tu dia terus balik rumah family dia. Masa pergi kursus dia pergi dengan kawan office, jadi nak balik rumah dia, dia nak tumpang akak la. Tapi.. “ terhenti bicara Aneesa di situ.

“Tapi apa Kak Neesa” pelik Adelia dengan bicara Aneesa yang terhenti itu.

“Nanti kena ambil Qeef dekat rumah dia. Akak takut la Delia dengan Ayah Qeef tu. Nanti di hina lagi Akak ni” terus berubah air muka Aneesa bila terkenangkan kejadian sebulan yang lepas.

“Kalau akak takut, nanti minta Qeef la datang rumah. Akak tak payah pergi ambil Qeef” Delia cuba memberi cadangan

“Betul juga kata Delia. Sekejap Akak text Qeef” terus tersenyum sambil mengeluarkan handfond dari kocek seluarnya. Menaip sesuatu dan terus di hantar ke pihak sana.

“Ok dah” tersenyum kembali sambil memicit-micit pipi Atilia membuatkan Atilia merengek.

“Alolo sayang mama. Atilia kena kacau dengan Mama Neesa ka. Nak kena dah mama Neesa ni, kacau Atilia” bersuara manja Delia sambil memujuk bayi comel itu.

“Maaf-maaf. Mama Neesa geram dengan awak yang comel ni. Mama Neesa tak tahu bila boleh bagi awak kawan. Kalau Mama Neesa tak boleh bagi awak kawan, nanti awak minta dekat Paksu Adeeb ya”

“Amboiii. Kita pula yang kena” Adeeb bersuara dihadapan pintu bilik Adelia. Memang dari tadi lagi dia terpacak depan pintu, tapi siapa pun tak perasan dengan kehadiran dia.

“Ehhh. Panjang umur. Baru sebut dah muncul” ketawa Aneesa bila terpandang Adeeb berdiri dihadapan pintu itu.

“Yela tu. Ni Kak Neesa. Buah hati tunggu dekat bawah tu.” Selamba Adeeb berkata kepada Aneesa.

“Buah hati? Siapa?” buat-buat tanya pula

“Buat-buat tanya pula. Qeef la siapa lagi. Cepat la turun. Nanti lambat turun dia dendangkan sebuah lagu pula” cuba memerli Aneesa. Hinggap sebuah penampar di lengan kiri Adeeb membuatkan Adeeb menjerit kesakitan.

Adelia hanya mendengar dan melihat mereka berdua. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Adeeb.

“Boleh patah tangan Adeeb ni Kak Neesa ooii. Tahu la teruja sangat buah hati datang rumah, tapi jangan la sampai belasah adik kesayangan ni. Kesian Atilia nanti Paksu tak boleh bagi kawan nanti” tergelak mereka bertiga disitu.

Aneesa menyarungkan tudung ke kepalanya sebelum melangkah turun kebawah. Adeeb hanya mengekori langkah Aneesa dari belakang. Dari jauh sudah terdengar gelak ketawa mereka. Tapi bukan Thaqeef datang sorang ka? Kenapa ada suara macam ramai orang ni? Terhenti langkah Aneesa bila terpandang satu demi satu raut wajah itu.

Maaf ya. Author akan updated seminggu sekali ya. agak sibuk bulan ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience