BK17 - MELANJUTKAN PELAJARAN

Romance Series 13483

Adeeb merenung lama skrin komputer ribanya. Paparan yang terpapar di skrin itu hanya di pandang tanpa berkedip kelopak mata. Sepuluh saat berlalu, Adeeb melompat seperti kera mendapat bunga. Bernyanyi riang dengan apa yang dilihatnya. Keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti telah diterima. Yang paling membuatkan dia melompat gembira adalah universiti pilihan yang terpilih hanya lah sejauh 10km dari rumahnya.

“Yeeee. Tak payah berjauhan dengan mama papa. Boleh ulang alik. Kesian mama papa nanti rindukan anak kesayangan diorang ni” berkata Adeeb yang tergedik-gedik.

“Hai Adeeb, yang kamu tergedik-gedik lebih ni kenapa? Dah macam sotong dah mama tengok kamu” mama yang lalu melintasi bilik Adeeb terkejut dengan riaksi Adeeb yang terkinja-kinja tu.

“Mama” berlari anak sambil memeluk kuat mamanya. Menghadiahkan ciuman ikhlas ke dahi mamanya

“Adeeb dapat U dekat rumah kita. Adeeb tak payah tinggal asrama. Boleh ulang alik dari rumah ke U" beritahu Adeeb dengan gembiranya

“Alhamdulillah. Tahniah buat anak mama. Jurusan pilihan tu dah sesuai dengan Adeeb?” mama turut menghadiahkan ciuman ke pipi Adeeb.

“Sesuai sangat. Adeeb memang nak ambil jurusan electrical engineering.” Tersenyum kepada mama

“Ok lah macam tu. Bila daftar masuk? Nanti kita pergi cari barang-barang Adeeb ya. Kawan-kawan Adeeb yang lain macam mana? Ada yang sama dengan Adeeb tak?” tanya mama meminta kepastian

“Tak tanya diorang lagi. Nanti Adeeb tanya. Happy sangat sebab tak perlu berjauhan dengan mama dan papa” manja Adeeb.

“Yela. Kamu tu dari kecil mana pernah berpisah dengan mama papa. Ni kalau kena tinggal asrama, boleh banjir asrama dengan air mata kamu tu” kata papa yang sedang menuruni tangga. Dari atas lagi dia sudah dengar sorak gembira si Adeeb tu.

“Mana ada. Adeeb tak nak tinggalkan mama papa ja. Nanti papa nak pergi Haji, dah tinggal mama sorang-sorang. Sekurang-kurangnya Adeeb ada” mencari alasan

“Yela tu Adeeb. Papa kenal anak manja papa ni” tersenyum papa

“Adeeb nak pergi tasik sekejap. Jumpa kawan-kawan. Nanti sebelum asar Adeeb balik” pinta Adeeb

“Baiklah. Kirim salam Thaqeef. Kalau free suruh dia datang rumah.” Beritahu papa. Lama dia tak jumpa Thaqeef. Kali terakhir jumpa masa Thaqeef bermalam di rumahnya.

“Baik papa. Adeeb pergi dulu.” Melangkah keluar menghidupkan motosikalnya

Sampai di tasik, suara riuh rendah sudah kedengaran. Siapa lagi kalau bukan Naim. Adeeb menghampiri mereka yang penuh gelak ketawa. Thaqeef juga ada. Mungkin tidak membuat penghantaran makanan harini.

“Adeeb macam mana? Dapat sambung tak?” tanya Thaqeef dengan teruja

“Dapat dapat. Niat aku nak pergi U yang dekat-dekat termakbul juga. Aamiin.” Sambil menadah tangan dan menyapu ke muka.

“Syok la korang dapat dekat ja. Course yang aku nak semua jauh-jauh” sayu suara Thaqeef

“Kau dapat mana” tanya Adeeb

“Nunnn jauh ke selatan negeri. Dia nak ambil chemical juga. Semua dapat jauh-jauh” Naim memotong sebelum sempat Thaqeef menjawab

“Jauh tu. Adinda di utara, kekanda di selatan” ketawa Adeeb mengenakan Thaqeef

“Jauh-jauh baru rindu. Tak gitu ya adinda” Thaqeef membalas kepada Adeeb. Mereka yang lain hanya tersengeh. Tak faham apa yang dibicarakan oleh Thaqeef dan Adeeb.

HARI ini merupakan hari untuk melaporkan diri. Thaqeef di hantar oleh ibu ayahnya. Terpaksa berjauhan dari keluarga. Mungkin sudah biasa, jadi tak kekok buat Thaqeef. Selepas selesai membuat segala pendaftaran. Thaqeef terus ditinggalkan oleh orang tuanya. Thaqeef melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri serta menunaikan solat zohor.

Masih riuh rendah di kawasan asrama itu. Masih ramai waris yang setia menunggu. Tak lupa juga yang tak henti-henti dengan drama air mata. Thaqeef hanya melihat berbagai drama yang ditayang free untuknya.

“Hai, saya Amir. Awak?” salam dihulur kepada Thaqeef.

“Saya Thaqeef" beritahu Thaqeef

Mereka berborak bagi mengurangkan rasa bosan. Sementara menunggu aktiviti yang disediakan oleh pihak asrama.

Notifikasi yang berbunyi membuatkan Thaqeef tersenyum. Dari Aneesa. Rindu la dia kepada Aneesa lepas ini. Susah nak berjumpa. Tapi sejak majlis dinner hari tu, mereka banyak berdiam diri. Mungkin malu menyelubunyi diri. Tetapi gambar berdua tetap di ambil untuk di jadikan kenangan.

“Girlfriend awak ka tu?” tanya Amir yang ternampak wallpaper di talifon Thaqeef.

“Erkk. Ya ya.” Beritahu Thaqeef. Kepoci juga si Amir ni. Bahasanya yang lembut-lembut tu buat Thaqeef seram. Dah sebilik dengan dia. Jenuh la menghadap hari-hari.

Wallpaper dia dan Aneesa di malam dinner itu. Sebelum pulang mereka sempat mengambil gambar berdua menggunakan talifon Aneesa. Dan dijadikan wallpaper oleh Thaqeef. Dengan niat menaikkan lagi semangatnya untuk belajar. Yela tuuu. Hahaha

‘Qeef dah masuk asrama? Ok tak dekat sana? Ibu ayah dah balik ka?’ pesanan dari Aneesa dibaca

‘Dah Kak Neesa. Ibu ayah dah balik. Lepas hantar Qeef diorang terus balik’ membalas pesanan kepada Aneesa.

‘Belajar rajin-rajin tau. Jangan sibuk nak bercinta saja’ pesanan buat Thaqeef

‘Baik Kak Neesa. Tapi lambat la kita nak jumpa nanti.’ Sayu hati Thaqeef

‘Nanti balik sini kita jumpa la. Fokus belajar dulu’ nasihat buat Thaqeef

‘Baik Kak Neesa. Tunggu Qeef balik tau’ mengharap Aneesa mengerti

Sementara di pihak Adeeb

“Ala mama. Adeeb nak ulang alikkkkkkk. Kenapa kena tinggal asrama? Adeeb tak mau. Tolong la mama buat rayuan.” Merayu Adeeb. Terpaksa tinggal di asrama. Syarat untuk pelajar semester pertama adalah diwajibkan tinggal di asrama. Mahu tak mahu kena hadap juga. Kesian Adeeb. hahaha

“Mama nak buat macam mana. Itu arahan dari pihak U. Ala Adeeb, sekejap saja. Hujung minggu balik la. Esok mama datang lagi hantar barang-barang lain ya.” Mama terpaksa pujuk anak manjanya.

“Papa, Adeeb tak mau tinggal dekat asrama. Boleh la Adeeb ulang alik papa” masih merayu kali ni dengan papa pulak. Mata dah merah menahan sedih.

“Ish la anak jantan papa ni. Huduh sungguh rupa. Papa nak balik dah ni. Nanti papa kena halau pula. Orang lain dah balik lama dah” membiarkan Adeeb dengan rajuknya.

“Bye Adeeb. Duduk asrama elok-elok tau. Jangan sedih-sedih. Kalau rindu calling-calling la” berkata Aneesa bagi menambahkan lagi rajuk di hati Adeeb.

Adeeb hanya melambai-lambai ke arah mama papa dan Kak Neesa. Airmata ditahan dari terus tertumpah. Betul kata papa. Boleh banjir asrama kalau dia tinggal di asrama. Hahaha

“Hoi Adeeb. Relex la. Sedih sangat aku tengok kau ni. Ala hujung minggu kita balik la. Bukan jauh pun. Hari-hari mama papa kau boleh datang tengok kau la. Aku kena letak dalam group ni, wajah manja Adeeb” tergelak Naim dengan gelagat Adeeb, sempat mengambil gambar Adeeb yang merah mata akibat menangis.

Diorang dapat U yang sama. Tambahan dapat bilik yang sama. Tapi disebabkan manja terlebih, habis wajah kejantanan tu hilang. Hahaha

Maaf lambat update. Semoga masih setia dengan kisah Aneesa dan Thaqeef. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience