BK8 - HATI YANG CERIA

Romance Series 13483

Aneesa melangkah masuk ke pejabatnya dengan hati yang ceria. Melabuhkan duduknya di atas kerusi tu, sambil memerhati ke luar jendela. Cuaca yang secerah ini menggambarkan dirinya yang ceria hari ni. Baju kurung moden tersarung indah ke susuk tubuhnya yang langsing serta bertudung selendang, senada dengan warna baju kurungnya. Mengambil fail yang tersusun di atas mejanya untuk disemak serta ditandatangan.

“Cik Aneesa, selamat pagi” ucap pembantunya

“Selamat pagi wani. Saya ada apa-apa temujanji ka hari ini” bertanya semula kepada wani

“Ada Cik Aneesa, last minit Dato tukar arahan, minta cik aneesa yang ke projek perumahan bayu mutiara untuk majlis pecah tanah. Dato minta cik aneesa yang pergi mewakili dirinya, Dato tak dapat hadirkan diri kerana urusan keluarga. Dato ada meminta Nizam untuk temankan cik aneesa” terang wani kepada aneesa

“Perumahan bayu mutiara? Itu berhampiran kawasan perumahan mama dan papa saya” Kalau aku tahu, lebih baik aku tak balik sini saja semalam, stay dekat rumah mama papa lagi. Geram pun ada bila tiba-tiba dapat arahan macam tu.

“Pergi dengan Nizam?” tambah aneesa lagi. Gila nak pergi dengan laki orang, tak nak aku. Walaupun urusan kerja, tak sanggup aku. Biar aku pergi sendiri. Tersenyum sinis aneesa

“Saya pun baru dapat arahan pagi ni cik aneesa, maafkan saya lambat inform cik aneesa” wani pulak serba salah dibuatnya bila melihat aneesa tersenyum sinis tu.

“Takpa la, pukul berapa majlis pecah tanah tu” tanya aneesa lagi

“Ikut tentatif ni, pukul 11 cik aneesa” beritahu wani

“Ok lah macam tu, sekarang dah pukul 9. Saya gerak sekarang la, takut nanti jalan jem lambat pulak saya sampai sana” berkata aneesa sambil mengambil kunci kereta dan handbegnya.

“Tapi En. Nizam masih di luar, dia cakap pukul 10 baru nak gerak sekali dengan cik aneesa” kalut-kalut dia beritahu aneesa, kerana aneesa sudah separuh badan terkeluar dari bilik tu.

“Takpa, nanti pandai-pandai la nizam tu pergi sendiri, boleh jatuh fitnah tau pergi dengan laki orang” gelak aneesa sambil melambai-lambai kearah wani

“Baiklah cik aneesa” entah dengar entah tak

Aneesa bergegas ke keretanya, risau terserempak dengan nizam, mesti kena naik kereta sekali. Nehi nehi nehi. Tiba-tiba pandai cakap hindi. Hahaha. Aneesa bergerak ke destinasi yang dituju.

********

“Tahniah atas majlis pecah tanah ni Dato. Semoga projek untuk Taman tema ni berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Saya wakil dari syarikat Dato Razlan akan membantu menyiapkan kerja-kerja landskap seperti yang dato harapkan” beritahu Nizam sambil bersalaman dengan Dato Yahya. Nizam dan Aneesa adalah jurutera landskap yang akan memastikan setiap landskap yang diminta oleh klien mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

“Sama-sama. Semoga lakaran yang kamu berikan sama seperti apa yang akan terjadi, haha” ketawa Dato Yahya. Memastikan projek yang juta-juta tu berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Nizam turun ketawa bersama aneesa disisinya.

“Tapi lakaran tu aneesa yang buat kan?” tersenyum mengoda Dato Yahya merenung aneesa yang berkemeja dan berseluar slack itu serta selendang yang terlilit sempurna. Indah mempersona pada pandangan dia.

“Ye saya yang buat dato” tersenyum paksa. Geli dohhh, dia boleh senyum acah-acah menggoda dekat aku. Selamat ramai orang dekat sini, kalau tak dah kena penampar sulung. Meluat. Tapi mcam mana aku tukar baju? Hahaha. Kan aku keluar awal tadi, balik rumah salin baju dulu la. Mana boleh pakai baju kurung pergi tempat macam tu. Susah nak melangkah.

“Cantik lakaran tu seindah tuan empunya badan” kata Dato Yahya. Mata masih memandang wajah aneesa.

“Erkkk. Nizam saya balik dulu ya, banyak kerja tak siap lagi dekat office tu.” Terus meninggalkan Dato Yahya dan Nizam disitu. Selamat tak datang sekali dengan Nizam. Fuhhh, selamatkan diri dulu.

“Eh Aneesa, ada jamuan dekat sini, makan la dulu nanti kita gerak sama-sama” panggil nizam, tetapi hanya angin membawa pergi panggilan itu. Aneesa sudah hilang dari pandangan.

Di dalam kereta aneesa.

“Nak balik rumah mama papa dulu ka tak nak ni. Kalau balik risau lambat pula sampai office. Nanti Nizam dah sampai, tapi aku belum sampai pula. Dah kena cop curi tulang pula" ngumam aneesa

“Balik office terus la, nanti baru aku call mama inform dia. Tapi sebelum tu, nak tapau nasi dulu la. Lapar kot. Ini semua angkara Dato Yahya, kalau tak makan free dah tadi” masih bercakap seorang diri sambil memandu ke arah kedai favoritenya. Aneesa memarkingkan keretanya dihadapan kedai nasi kukus ayam berempah. Suasana kedai yang agak sibuk, tidak menjadi halangan. Janji perut kenyang.

Sambil beratur menunggu giliran, seseorang telah terlanggar aneesa dengan tidak sengaja. Hampir terjatuh aneesa dikhalayak ramai, tapi orang itu sempat menyambar badan aneesa dan memegang erat pinggang aneesa dari terjatuh. Terkedu aneesa saat ini apabila melihat dia diperlakukan seperti itu. Nafas terhenti. Mata membulat apabila melihat wajah jejaka yang melanggarnya serta menyelamatkannya itu.

“Thaqeef” hanya itu yang keluar dari mulut aneesa. Mata masih memandang wajah thaqeef

“Kak.. kak neesa. Kak neesa ok?” tergagap-gagap thaqeef bersuara, dia juga terkedu dengan apa yang berlaku. Sebenarnya dia sudah ternampak aneesa melangkah masuk ke kedai itu. Tapi niatnya hendak menegur, tapi lain pula jadinya bila kakinya lincin akibat terpijak air yang tumpah dah terlanggar aneesa. Selamat kakinya masih kuat menahan beban badannya serta badan aneesa, kalau tak buah nangka luruh dua biji. Hahaha

“Erk.. erk.. Kak neesa ok” masih di awan-awangan

“Eheeemmmm. Lama sangat tu kau peluk pinggang kakak aku”. Perli adeeb kepada thaqeef. Baru thaqeef tersedar yang tangannya masih memeluk pinggang aneesa. Kalut-kalut dia lepaskan pelukan itu. Aneesa jugak terkulat-kulat disitu. Selamat keadaan kedai yang bising serta sesak itu menghalang mereka dari jadi tumpuan. Hanya dua tiga pasang mata saja yang memerhati mereka. Itu pun hanya sekejap sebelum menyambung menikmati juadah di depan mata.

“Apa kak neesa buat dekat sini” soal adeeb pelik bila melihat kakaknya itu

“Bagi akak ambil makanan dulu, lepas tu akak cerita. Lapar teruk ni” sambil menunjukkan wajah comel dan mengulas lembut perutnya yang kelaparan itu.

“Yela. Nanti duduk dekat hujung sana” arah adeeb sambil menunjuk kearah naim yang masih tak panggung kepala menjamu juadah didepanya.

Aneesa melabuhkan punggung ke kerusi bersebelahan dengan Thaqeef. Niat nak bungkus makanan terbantut. Terus menjamu selera di kedai itu. Dengan bismillah, aneesa terus menjamu selera dengan penuh kusyuk. Habis sepinggan lincin. Siap menjilat kelima-lima jarinya. Hahaha. Terlupa ada mata-mata sedang memerhatikan tingkah laku aneesa. Gelojoh sungguh.

“Maaf-maaf, akak lapar sangat, jadi makanan lebih utama” tergelak kecil aneesa sambil berkata-kata.

“Sebenarnya akak buat apa dekat sini? Sambil berpelukan lagi” menjeling ke arah thaqeef yang hanya diam seribu bahasa. Naim terpinga-pinga tak faham apa yang adeeb cuba sampaikan.

Aneesa menarik nafas dan bercerita dari A sampai Z kepada mereka. Bagaimana dia boleh ada disitu. Menganguk faham ketiga-tiga mereka.

“Nanti baru akak call mama. Tak sempat nak singgah rumah dah sebab kena masuk office balik ni” sambung aneesa kepada adeeb. Aneesa bangun untuk berangkat pulang ke tempatnya mencari rezeki. Sambil bersalaman dengan adik kesayangnya.

“Maafkan Thaqeef kak neesa sebab tak sengaja terlanggar kak neesa, sampai kak neesa nak terjatuh” thaqeef bersuara bagi memujuk adeeb yang sesekali menjeling ke arahnya.

“Akak maafkan. Tak sengaja kan? kalau thaqeef tak tolong tadi mungkin dah jatuh tergolek dah akak kau ni” tersenyum kepada thaqeef. Thaqeef turut tersenyum kepada aneesa. Manisss.

Maaf Aneesa gelojoh sangat pula. Terhilang 'ayu'nya itu. Hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience