BK5 - POPIA BASAH

Romance Series 13483

Azan subuh berkumandang, memecahkan hening pagi itu.

Aneesa mengesat matanya yang masih mengantuk itu. Menyandarkan badan di kepala katil sambil melihat jam di dinding dibiliknya. Masih ada cahaya samar-samar di biliknya dari panahan cahaya lampu tidur di penjuru katil. Termenung seketika dan menyelit rambutnya di tepi telinga. Rambutnya yang ikal mayang, hitam menawan itu serta panjang separas pinggang itu menjadi mahkota berharga buatnya.

Terpandang di hujung katil, susuk tubuh adiknya yang tidur disitu sudah hilang dan yang tinggal hanyalah selimut. Mungkin sudah turun ke bawah fikirnya. Aneesa turun dari katil dan berjalan ke arah bilik air untuk membersihkan diri serta ingin menunaikan solat subuh.

Tiba-tiba bagaikan ditolak dari arah belakang, kakinya tersepak sesuatu yang menyebabkan dia jatuh tersembam menyembah lantai seperti cicak yang jatuh ke lantai akibat dilastik. Wajahnya turut mencium alas kaki di hadapan bilik air. Bagaikan terkena renjatan elektrik, aneesa pantas menoleh kebelakang ingin melihat makhluk yang seakan menolaknya. Alangkah terkejutnya dia, adiknya yang sedang terbaring tidur sambil memeluk lutut diatas lantai seperti tenggiling akibat cuaca sejuk dari biliknya.

“Ingatkan dia dah turun kebawah, rupanya dah terguling kebawah” ketawa aneesa sambil bangun dari jatuhnya. Selamat adeeb masih tidur, kalau tak malu kuasa 2.0 melanda dia sambil mengipas-ngipas mulutnya akibat tercium alas kaki. Dasar alas kaki busuk!!

Aneesa bergerak kearah adeeb sambil mengejutkannya bangun dari tidur “adeeb bangun dah subuh ni, bangun adeeb”

Dengan penuh payah, adeeb mengeliat kuak lentang apabila di kejutkan oleh kakaknya “mengantuk lagi ni kak neesa, sejuk sampai ketulang ni, kak neesa tak sejuk ka?” bercakap sambil mata masih lagi tertutup

“Bangun la adeeb, nanti papa bising. Mesti papa cari adeeb, dekat ruang tamu tak ada, alih-alih tidur dekat sini pulak” menepuk bahu adeeb supaya segera bangun.

Adeeb bangun duduk dan menggapai talifonnya untuk turun kebawah, terpandang sms dari Thaqeef di notifikasi terus dia teringat akan temujanji mereka pagi ini di tasik.

“Kak neesa balik rumah nanti pukul berapa?”. Tanya adeeb meminta kepastian

“Petang nanti, lepas asar kot. Kenapa?” memberi jawapan kepada adeeb

“Adeeb ada janji dengan kawan-kawan adeeb nak buat ulang kaji di tasik. Untuk matapelajaran matematik tambahan. Disebabkan kak neesa hebat dalam subjek tu, adeeb dah janji dengan diorang nak minta kak neesa tolong ajarkan kami dekat tasik”. Sambil mengelipkan matanya berkali-kali seperti mengharapkan pengertian kakaknya itu.

“Dah janji baru beritahu akak? Kenapa belum janji tanya akak dulu? Mana tahu akak nak keluar dating ka, nak pergi cuci mata ke” baru dia teringat akan notifikasi semalam. Dalam hati sudah keseronokan sebab dapat berjumpa dengan Thaqeef nanti.

“Sorry la kak neesa, adeeb terjanji pulak. Lagi pun semua kawan-kawan adeeb yang datang semalam masa kenduri tu”. Jelas adeeb lagi. Saja membiarkan lebihan soalan kakaknya tergantung. Buah hati pun tak dak, nak keluar dating dengan siapa? Hahaha

“Yela. Pukul berapa nak pergi nanti” saja tanya padahal sudah tahu

“Pukul 9. Tapi adeeb ingat nak pergi awal, nak jogging dulu dekat tasik. Kak neesa nak ikut pergi jogging sekali tak?.” Tanya adeeb

“Ok boleh. Pukul 8 kita pergi tasik. Jogging dulu, lepas tu baru kita ulangkaji” mengejit mata kearah adiknya lalu melangkah masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Adeeb berjalan keluar dari bilik kakaknya dan terserempak dengan papanya. Pandangan pelik dari papanya membuatkan adeeb bercerita tentang hal semalam. Mereka turun kebawah bersama-sama. Adeeb juga ada memberitahu papanya tentang aktiviti dia dan kak neesa pada awal pagi ni. Papanya mengangguk faham.

Setelah siap bersarapan, adeeb dan kak neesa membonceng motosikal ke kawasan tasik.

Mereka mengeluarkan peluh dahulu sebelum memulakan ulangkaji. Sedang berlari-lari anak adeeb dan kakaknya, terdengar suara dari seseorang yang memanggil adeeb dari jauh.

“Adeeb, adeeb tunggu aku” langkah kakinya laju dihayunkan sehingga sampai dihadapan mereka berdua.

“La kau Thaqeef, awal kau sampai? Cakap pukul 9” memandang Thaqeef yang tercungap-cungap kepenatan.

“Sajala aku datang awal, sebab nak keluarkan peluh dulu, mana tahu terjumpa kau dan kak neesa” sambil menjeling ke arah aneesa yang hanya tertunduk malu.

Mereka bertiga jogging bersama-sama sebelum memulakan ulangkaji. Hanya suara adeeb dan thaqeef sahaja yang kedengaran, suara aneesa sudah tenggelam dek kerana perasaan yang tak dapat digambarkan. Tiba-tiba saja boleh jadi bisu. Hahaha

Mereka merebahkan duduk di pondok sambil menghilangkan penat dari berjogging itu. Sambil menunggu yang lain tiba, masing-masing hanya sibuk melayan talifon bimbit sendiri.

Thaqeef tanpa segan, membuka baju yang dipakainya akibat peluh dan berbau di pondok itu. Terpampang badannya yang putih tu telah membuatkan mata aneesa terbeliak memandang. Sepantas kilat aneesa menoleh ke arah lain yang membuatnya malu tak tentu arah. Bukan dia yang buka baju, tapi dia yang malu lebih.

“Woi thaqeef, apasal kau buat free show dekat sini? Kau tak nampak cikgu depan kita ni, nanti dia malu tak mau ajar kita macam mana?” badan thaqeef ditampar sambil menuding jari kearah kakaknya yang dikatakan ‘cikgu’ itu.

Thaqeef yang tersentak dengan keadaan tu, terus mengambil baju yang lain didalam begnya, sepantas kilat dia menyarungkan ke badannya. “maaf kak neesa, terbuat free show pulak” thaqeef tersengih seperti kerang busuk, malu melanda. Tiba-tiba terlupa akan kak neesa dekat situ. Muda-muda dah pelupa. Ampuun kak neesa.

“Assalamualaikum semua” suara naim memecahkan keheningan yang terjadi sebentar tadi.

“Waalaikumussalam. Tak pernah kau bagi salam naim, tiba-tiba hari ni macam alim sangat.” Adeeb pandang naim atas bawah macam sesuatu ja dia ni

“Hahaha, sebab hari ni ada cikgu, aku kena tunjuk baik la sikit, tu pun selamat aku tak pakai lebai lagi dengan baju melayu, confirm semua awek-awek yang pandang akan cair la” berlagak macho naim depan semua orang

“Elehh, awek-awek semua pandang konon, cuma makcik kantin dekat sekolah kita tu ja yang tergedik-gedik dekat kau la naim, siap bagi air sirap dan nasi lemak free lagi dekat kau. Melting habis aku tengok makcik kantin tu pandang kau” terburai gelak ketawa dari mereka selepas adeeb mengeluarkan kata-katanya. Tak boleh bayangkan makcik kantin yang sungguh berkenan dengan naim, hendak dibuat menantu katanya. Hahaha

“woo woo, makcik kantin tu memang menakutkan aku, hari tu aku jumpa dia dekat pasar malam, boleh dia jerit nama aku ‘naim menantuku’, gila lari terus aku dari pasar malam tu. Mak aku pesan beli popia basah pun aku dah terlupa, yang aku bawak balik hanya badan aku yang basah sebab lari dari makcik tu” cerita naim dengan penuh bersemangat.

Terhingut-hingut bahu mereka semua ketawa dengan lawak yang naim persembahkan. Tidak lari jugak aneesa yang turut sama ketawa dengan mereka. Habis semua yang ada ditasik itu memandang mereka dengan ketawa yang mengilai-ngilai itu.

Thaqeef mengesat airmata yang keluar akibat lawak naim yang boleh dikira layak untuk masuk maharajalawak itu. Terpandang wajah ayu kak neesa didepannya yang masih ketawa, ketara terlihat lesung pipit yang tersemat indah di pipi kiri dan kanan kak neesa. Dunia seakan terhenti disitu, seakan dibawa oleh keindahan ciptaan maha Esa.

“Uhuk uhuk uhuk” terbatuk-batuk naim akibat ketawa yang dia sendiri tak boleh menghentikan. Adeeb menghulurkan air kepada naim untuk menghilangkan batuk itu. Tersenyum semua melihat naim yang sudah merah muka akibat dari terbatuk.

Thaqeef tersedar dari lamunan akibat dari naim yang terbatuk-batuk, terus mengalihkan pandangannya ke arah naim. Tersenyum dia melihat naim sambil mengharap tiada siapa yang melihatnya memandang kak neesa yang sungguh mempesonakan itu.

semua manusia indah ciptaanya, termasuk yang tengah baca novel ni. hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience