BK9 - TERSILAP LANGKAH

Romance Series 13483

Riuh rendah dengan bunyi deruman motosikal serta gelak ketawa disitu telah memecahkan kesunyian yang melanda sepanjang pagi itu. Terlihat ramai anak-anak muda menunjukkan wajah yang ceria, berpuas hati dengan hasil kerja masing-masing. Tak juga yang masam mencuka kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerja sendiri. Benda dah lepas, usah di kenang.

Kertas peperiksaan SPM yang terakhir telah pun berakhir. Semua sudah bebas untuk mencari kerja sambilan sementara menunggu keputusan keluar. Ada duit sendiri boleh la enjoy lebih sikit.

“Leganya. Dah selesai semua. Aku nak sambung tidur 3 hari 3 malam. Nak cover balik tidur aku yang tak cukup tu” berkata naim kepada adeeb dan thaqeef sambil ketawa. Dapat tidur 3 hari, risau tidur tak bangun dah. Hahaha. Hanya mereka bertiga di kelas yang sama.

“Gila kau. Sampai 3 hari nak tidur. Risau bangun nanti hilang ingatan pulak. Hahaha” ketawa mereka sambil berjalan menghampiri kawasan parking motosikal untuk pulang ke kediaman masing-masing.

“Apa rancangan kau adeeb sementara nak tunggu keputusan keluar” tanya thaqeef ingin mengetahui

“Aku tak ada rancangan apa-apa lagi. Sementara menunggu keputusan keluar, aku ingat nak ajak kak neesa pergi bercuti kot. Selalu cuti sekolah, dia akan bawa aku pergi bercuti. Tapi aku belum tanya dia lagi, takut dia sibuk” terang adeeb

“Oooo. Ok la. Aku nak balik kampung jenguk adik aku. Lama aku tak balik. Sejak pindah sekolah sini, aku jarang balik kampung” beritahu thaqeef. Dia terpaksa menipu kawan-kawanya. Ada sebab dia tak mahu balik ke kampung lagi.

“Ok la macam tu. Nanti kalau semua sudah balik ke sini, kita cari kerja sambilan ok? Ada duit sendiri boleh enjoy lebih sikit” naim pula bersuara.

“Boleh” serentak thaqeef dan adeeb bersuara.

***********

‘Assalamualaikum kak neesa, adeeb dah habis paper ni. Dah lapang dah. Jom pergi bercuti’ button hantar ditekan, dengan harapan kakaknya itu membawanya pergi bercuti. Meletakkan harapan setinggi gunung.

‘Waalaikumussalam. Tahniah-tahniah. Dah besar adik akak ni. Dah boleh kerja cari duit, bawa akak pula pergi bercuti. Emoji jelir lidah’ lain yang diharap lain yang dapat. Hahaha

‘Ala kak neesa ni. Nanti dah kerja adeeb belanja la. Sekarang nk release tension selepas memerah otak. Boleh la kak neesa’ rayu adeeb lagi

‘Sorry la adeeb, bukan tak mahu. Tapi akak sibuk sikit bulan ni. Ada projek baru. Akak kena siapkan sebelum hujung bulan. Lepas dah siap semua boleh la pergi bercuti’ jelas aneesa

‘Baiklah macam tu. Hujung minggu ni kak neesa balik tak?’

‘Minggu ni kak neesa tak balik. Ini pun malam-malam kak neesa kena sambung kerja dekat rumah pula. Adeeb la datang sini teman kak neesa boleh?’ meminta pertolongan dari adiknya

‘Boleh. Nanti adeeb pergi rumah kak neesa’ ada modal boleh beritahu mama papanya. Bosan asyik terperap dalam rumah saja. Tersenyum jahat disitu.

‘Ok baik. Nanti nak datang inform ya. Akak nak tidur dah ni. Letih sangat hari ni. Byee’

‘Baik kak neesa. Bye’ menamatkan perbualan itu

Adeeb merenung ke siling bilik tidurnya. Sunyi kak neesa tak ada. Kalau ada boleh bergusti. Hahaha. Teringat dia akan kejadian di kedai makan tempoh hari. ‘Thaqeef memang ada hati dekat kak neesa ka? Senyuman kak neesa pun nampak lain bila dengan thaqeef. Takkan thaqeef nak berkawan dengan kak neesa kot, jauh beza umur diorang dan tak kan thaqeef nak jadi abang ipar aku?’ mengumam sendiri bila memikirkan kejadian itu.

‘Tapi kalau dah jodoh kak neesa, siapa aku nak menghalang. Mungkin jodoh yang tersesat tu dah hampir tiba. Tapi sanggupkah aku panggil thaqeef abang? Atau bro?’ masih bercakap sendiri seperti orang tak betul. Haha

Tinggg. Bunyi notifikasi menghilangkan fikiran adeeb

‘adeeb, esok kau ada pergi mana-mana tak?’ tanya thaqeef. Panjang umur betul la. Baru sebut ja dah sampai.

‘tak pergi mana. Kenapa?’ bukan hari tu thaqeef cakap nak balik kampung ka? Tiba-tiba saja, tak jadi balik kampung ka.

‘saja la nak lepak dengan kau. Aku tak jadi balik kampung minggu ni’ mengharap adeeb mengerti

Adeeb berfikir sejenak. Ajak thaqeef pergi rumah kak neesa la. Mungkin boleh pergi jalan-jalan dekat mall. Sini mana ada mall. Tersenyum jahat lagi sekali.

‘Boleh. Esok kau ikut aku. Aku ambil kau pukul 9 pagi dekat rumah. Bawa baju spare juga tau. Takut tak sempat balik’ jelas adeeb

‘boleh. Terima kasih adeeb’ kawan yang memahami

‘no problem’

***********

Seperti yang dijanjikan adeeb. Tepat pukul 9 pagi, adeeb sudah terpacak depan rumah thaqeef. Meminjam kereta ibunya untuk ke rumah aneesa. Nak naik moto? Jenuh tadah telinga kena beleter 3 hari 3 malam dengan mama.

“Sorry adeeb, terlajak tidur pulak” tersengih thaqeef didepan adeeb

“Jom la, kita gerak sekarang” pinta adeeb

“Tapikan kita nak pergi mana? Tadi ibu aku tanya, aku cuma cakap teman kau saja. Semalam aku lupa nak tanya yang kita ni nak pergi mana sebenarnya” tanya thaqeef

“Pergi tunjuk jalan dekat jodoh yang tersesat” beriak selamba menyebabkan thaqeef terpinga-pinga

“Apa-apa jalah kau ni, janji jangan jual aku sudah. Aku masih teruna. Hahaha” ketawa mereka berdua sambil adeeb fokus pada pemanduannya.

Seronok bersembang hingga tak sedar mereka hampir sampai ke destinasi yang dituju. Memasuki kawasan perumahan itu, adeeb menekan butang ‘on’ untuk membuka pintu pagar itu. Memang aneesa memberi kunci rumahnya kepada ahli keluarganya. Senang jika terjadi apa-apa kecemasan. Pintu pagar automatik itu terbuka

“Rumah siapa ni adeeb? Tapi kereta tu macam aku pernah tengok” terkedu thaqeef

“Rumah kak neesa. Dia ajak aku datang rumah dia. Temankan dia. Sebab minggu ni kak neesa tak balik. Jadi dah alang-alang kau text aku semalam, aku terus ajak la. Baru ada geng nak main PS5. Hahaha” ketawa adeeb sambil memarkingkan kereta bersebelah kereta aneesa. Butang merah ditekan untuk menutup semula pagar automatik itu.

Aneesa telah menghadiahkan PS5 semasa ulang tahun harijadinya. Tapi disebabkan nak SPM, takut menganggu pelajaran, maka terpaksa disorokkan dari pengetahuan mama papa. Makanya disimpan dirumah aneesa. Bijak Bijak. Ini waktu terbaik untuk melepaskan gian terhadap PS5nya. Sudah bersawang agaknya. PS5 kesayanganku.

Membuka kunci pintu utama. Adeeb dan thaqeef melangkah masuk ke dalam rumah aneesa. Sunyi. Salam diberi tetapi tiada sahutan. Salam kedua diberikan. Masih tiada sahutan.

“Kau tunggu sini, aku naik atas. Tengah membuta lagi kot. Risau nanti kau tengok benda yang tak diingini pula" adeeb berkata sambil melangkah naik untuk ke tingkat atas. Thaqeef hanya menunggu di hadapan tangga itu.

Baru 3 langkah adeeb memanjat tangga, terlihat wajah aneesa turut menuruni anak tangga. Patut tak dengar orang bagi salam, di pakainya earphone. Bom meletup pun tak dengar kalau macam ni. Ohhh aneesa.

Terkejut dengan adeeb yang tiba-tiba berdiri di tangga itu, turut melarikan tumpuan ke hujung tangga, thaqeef berdiri disitu membuatkan aneesa hilang keseimbangan, kakinya tak sempat memijak ke anak tangga seterusnya menyebabkan dia melayang dan sempat di sambut oleh adeeb. Adeeb yang bukan didalam keadaan sedia, turut terundur ke belakang yang menyebabkan kakinya tersilap langkah. Hampir tersembam, thaqeef yang berada di hujung tangga, ingin menyambut aneesa dan telah menyebabkan mereka bertiga jatuh tergolek.

Paling teruk thaqeef rasakan kerana dia yang berada paling bawah, adeeb telah menghempap badannya. Buah nangka jatuh dahhhhh.

Kesian Thaqeef. Maaf ya Author buat Thaqeef sakit. ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience