BK13 - LARI RUMAH

Romance Series 13483

Setelah seharian mencari rezeki dengan menghantar makanan, Thaqeef mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Malam nanti dia akan menyambung kembali tugasannya.

Thaqeef memarkingkan motosikalnya dia hadapan rumah. Terlihat kasut lain di hadapan pintu utama. Mungkin ada tetamu yang berkunjung di rumah ibu ayahnya.

Salam di beri dan melangkah masuk. Terkaku Thaqeef bila melihat tetamu yang hadir.

“Abang Qeef” suara manja adiknya Qhaleeda

“hmmm” hanya itu yang keluar dari mulut Thaqeef

“Adik datang nak jumpa abang. Aliya pun ikut sekali nak jumpa abang” bermanis muka berniat ingin memujuk abangnya itu

“Buat apa datang sini? Nak tambahkan derita abang lagi? Tak cukup yang korang dah buat dekat abang dulu? Tak ingat? Kau Aliya, berani tunjukkan muka kau dekat depan aku lagi?” mengamuk Thaqeef bila teringatkan kejadian setahun yang lepas.

“Aliya nak minta maaf dengan abang Qeef. Aliya tak berniat pun nak buat macam tu. Aliya cuma sukakan abang Qeef masa tu. Aliya tak berani nak ceritakan hal yang sebenar” berterus terang Aliya kepada Thaqeef

“Suka? Pergi mampos la dengan kau punya suka. Di sebabkan kau, aku kena buang sekolah kau tahu” merah muka Thaqeef menahan amarah

“Thaqeef tak baik cakap macam tu. Dorang datang nak minta maaf. Aliya dah cerita semua dekat ibu dan ayah.” Berkata ibunya yang hanya menjadi pendengar dari tadi.

“Ibu masih nak bela lagi perempuan ni? Ibu tak ingat apa yang dia dah buat dengan Qeef? Adik pun sama masih nak bela lagi. Semua orang tak rasa apa yang Qeef rasa. Qeef bawa diri datang sini sebab nak lupakan segala kenangan pahit tu” geram bila ibunya masih memujuk tentang kejadian itu

“Aliya minta maaf abang Qeef. Aliya tak berniat nak buat sampai abang Qeef kena buang sekolah. Aliya buat sebab Aliya sayangkan abang Qeef, cuma nak abang Qeef buktikan yang abang Qeef tak sama macam abang Aliya" merayu Aliya dihadapan Thaqeef.

“Kau dengar sini Aliya. Sampai bila-bila pun aku takkan maafkan kau. Kau dah lama terkubur dalam hati aku. Kau jangan nak cari aku atau tunjukkan muka kau dihadapan aku lagi. Persetankan dengan sayang kau tu. Aku benci kau sampai mati” melepaskan amarah yang tersisa. Kaki melangkah keluar dari rumah. Laungan dari ibunya juga tidak dihiraukan.

Menghidupkan enjin motosikalnya, Thaqeef keluar meninggalkan sakit di hati. Tiada hala tuju.

Niat untuk merehatkan diri dirumah, terbantut bila kejadian itu terjadi. Thaqeef menghentikan motosikalnya di hadapan masjid yang berhampiran kawasan perumahannya. Waktu-waktu maghrib ni tak elok keluar, syaitan banyak.

Thaqeef mengambil wuduk dan solat berjemaah di masjid itu. Selesai solat, Thaqeef hanya bersandar pada dinding masjid. Tak rasa ingin menyambung kerjanya, nak pulang ke rumah mesti akan terserempak dengan adiknya.

Dia yakin adiknya mesti akan tidur di rumah ibu ayahnya. Kalau boleh dia tak nak terserempak dengan adiknya langsung. Tambah-tambah adiknya membawa Aliya pulang sekali. Kemana dia nak pergi malam ni? Takkan nak tidur dekat masjid.

Thaqeef mengusutkan rambutnya yang sememangnya telah serabut itu. Fikiran kosong mencari tempat tidur. Tidur hotel bajet la malam ni. Hanya itu yang terlintas difikirannya.

Tanpa berlengah, Thaqeef bangun untuk menuju ke hotel bajet yang berdekatan. Baru sahaja ingin menghidupkan enjin motosikalnya. Talifon Thaqeef berdering. Panggilan dari Adeeb

“Hello Adeeb. Kenapa” mengangkat dan terus bertanya

“Kau dekat mana? Kerja lagi ka? Datang rumah aku boleh” pinta Adeeb

“Dah habis waktu kerja. Malam ni aku tak sambung, nak rehat. Buat apa datang rumah kau” meminta kepastian

“Saja nak lepak dengan kau la. Sejak kau kerja, jarang kita lepak sekali. Lagi pun kak Neesa ada ni. Dia balik tadi. Baru sampai” saja menyebut nama Aneesa. Mesti laju la Thaqeef tu sampai nanti. Hahaha

THAQEEF menghentikan motosikalnya di hadapan rumah Adeeb. Menunggu pintu pagar terbuka. Thaqeef memandu masuk ke kawasan parking apabila pintu pagar terbuka. Terlihat Adeeb berdiri dihadapan pintu utama.

“Laju kau Qeef. Sebut nama kak Neesa, terus sampai” saja ingin mengenakan Thaqeef

“Tak la. Aku dari masjid tadi, baru nak gerak kau dah call. Tu yang cepat sampai tu” berterus terang kepada Adeeb

“Alhamdulillah, bagus juga bakal abang ipar aku ni” masih ingin mengenakan Thaqeef

“Dah la. Nanti mama papa kau dengar, jenuh aku nak jawab nanti.” Tergelak kecil Thaqeef memandang Adeeb

“Jom masuk. Kau dah makan belum? Jom makan sekali. Kami baru nak makan malam ni” menjemput Thaqeef masuk.

Ketiga-tiga pasang mata di meja makan itu melihat Thaqeef yang masuk ke dalam rumah. Ada yang terkejut dan ada yang beriak selamba.

“Thaqeef, meh makan sekali. Adeeb tak bagi tahu Thaqeef nak datang. Makcik masak yang biasa-biasa sajalah” beritahu mama sambil menjemput Thaqeef.

“Takpa makcik. Thaqeef pun tak rancang nak datang sini. Kebetulan Adeeb call, tu yang terus datang.” Tersengih Thaqeef sambil bersalaman dengan papa

“Pakcik yang suruh Adeeb call Thaqeef. Pakcik nampak kamu dekat masjid tadi. Nampak serabut sangat pakcik tengok. Mungkin letih kerja. Sebab tu pakcik suruh Adeeb call kamu.” Papa menceritakan hal yang sebenarnya.

Thaqeef menarik kerusi dan duduk bersebelahan Aneesa. Tersengih bila mendengar ayat yang keluar dari mulut papa Adeeb. Dia diperhatikan rupanya. Hahaha. Eh jap. Kenapa dia duduk bersebelahan Aneesa? Dia dapat lihat yang Aneesa hanya menunduk manakala mama dan Adeeb dah tersengih-sengih. Maluuuuuu

“Jom makan. Thaqeef baca doa” selamba papa berkata kepada Thaqeef

Thaqeef yang terkejut dengan permintaan itu, beriak selamba sambil membaca doa. Suasana sunyi di meja makan itu. Semua kusyuk menikmati juadah yang terhidang.

“Thaqeef jangan la malu, makan la lebih sikit. Kesian kamu penat kerja. Aneesa cedukkan nasi lagi dekat Thaqeef tu” berkata mama kepada Aneesa dan Thaqeef.

Aneesa yang terkejut dengan arahan mama, hanya mengangguk dan menurut arahan. Thaqeef hanya tersenyum seperti kerang busuk.

“Hai Neesa, diam ja papa tengok. Selalu time makan ni kamu yang paling banyak bercakap, segala rasa kamu nak luahkan. Takkan hari ni takdak benda nk cerita” sengaja papa mengusik Aneesa.

“Erkk mana ada papa, cuma tak tahu nak mulakan macam mana” cuba mencari alasan. Padahal hati dah gemuruh sangat sebab Thaqeef duduk sebelah dia. Nak makan pun jadi tak kusyuk. Hahaha

“Yela tu Neesa. Cepat la makan. Nanti kita jemaah solat Isyak sekali. Boleh Thaqeef?” bertanya kepada Thaqeef

“Bo..boleh pakcik. Lagi pun Thaqeef tak kerja malam ni. Ta..tapi boleh Thaqeef nak minta sesuatu” tergagap-gagap Thaqeef bercakap cuba nak tumpang tidur di rumah Adeeb. Baru dia teringat yang dia mencari tempat tidur. Dah alang-alang dekat rumah Adeeb, mungkin boleh tumpang tidur disini. Fikirnya.

“Nak minta apa Thaqeef” bertanya papa

“Thaqeef nak tumpang tidur dekat sini boleh? Malam ni saja. Maaf kalau mengganggu makcik dan pakcik” masih takut-takut untuk meminta tolong dari kedua orang tua Adeeb

Aneesa terkejut dengan permintaan Thaqeef, sambil memandang thaqeef seperti meminta penjelasan. Tidur rumah dia? Kenapa?

“Kau lari rumah ka Qeef? Kau buat apa sampai lari rumah” terkata Adeeb dengan terkejutnya

“Boleh Thaqeef, nanti tidur dengan Adeeb ya.” Mama memotong percakapan Adeeb. Sambil menampar lembut bahu Adeeb. Budak ni, jangan dikusutkan lagi fikiran orang lain. Kita cuba memahami masalah orang lain.

Happy reading :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience