BK - PROLOG

Romance Series 13483

Aneesa mundar mandir dihadapan dewan bersalin itu, kerisauan yang dia fikirkan hampir terjadi. Talifon di dalam kocek seluar diambil dan segera mencari nama yang harus dia hubungi. Mendail melebihi 10 kali, tetapi tidak langsung di ambil panggilan itu dari pihak sana. Aneesa masih mundar mandir di situ.

“Papa mana papa ni, angkat la talifon ni, kecemasan ni. Aneesa tak tahu nak buat apa ni papa, angkat la talifon papa” tangan masih mengenggam talipon di tangan dan mengharap papanya menjawab atau mendail kembali dirinya.

“Waris puan suzana, boleh masuk, isteri tuan sudah nak bersalin” kata jururawat yang keluar dari dewan bersalin untuk memanggil waris.

Berjalan seorang lelaki melintasi Aneesa dengan terkocoh-kocoh apabila namanya di panggil oleh jururawat itu. “saya nurse”.

Lelaki itu hilang dari pandangan Aneesa.

“Kenapa mama lama sangat dekat dalam dewan bersalin ni? Papa pulak kemana perginya, dari tadi talifon tak di angkat, adus” Aneesa terus menerus dalam keadaan keresahan bila mana papanya masih belum menjawap panggilan nya dan mamanya pulak sedang bertarung nyawa untuk melahirkan adiknya.

Aneesa bakal mendapat adiknya yang kedua diusia 18 tahun. Diusia 18 tahun masih perlu menjaga adik yang masih bayi? Ohhh tidak. Mungkin kerana mama dan papanya susah untuk mendapatkan zuriat, jadi jarak antara dia dan adik beradiknya sangat berbeza. Adiknya yang pertama, Adelia berusia 9 tahun dan sekarang dia bakal menerima seorang lagi adik. Diharap adiknya yang ini seorang lelaki kerana sudah mempunyai seorang adik perempuan. Mungkin selepas ini mamanya boleh menutup kilang melahirkan kerana jarak usia mereka sangat ketara.

Kring kring

Talifon Aneesa berbunyi dan telah mengejutkannya yang tengah berkhayal memikirkan hal adik-adiknya. “helo papa” talifon di angkat.

“Kenapa kamu call papa sampai beribu kali ni Aneesa? Papa dalam meeting tadi, tak dapat nak angkat talifon tadi”, kata papanya.

“Mama dah nak bersalin ni papa, apa Aneesa nak buat. Tadi dekat rumah tiba-tiba saja mama turun darah, Aneesa bawa terus mama ke hospital, sekarang mama dalam dewan bersalin.” Kata Aneesa dengan nafas laju. Selamat dia sudah pandai memandu kereta. Selepas dia sudah melepasi umur yang ditetapkan, terus sahaja papanya arahkan dia untuk mengambil lesen memandu dengan alasan mudah nak bawa mamanya pergi kemana-mana kerana papanya agak sibuk dengan urusan kerja.

“Haaa.. mama dah nk bersalin, tapi due mama lagi 4 minggu, kenapa cepat sangat, papa balik sekarang terus ke hospital, kamu tunggu mama. Kalau papa tak sempat sampai, kamu masuk dalam dewan bersalin untuk teman mama ya”

“Teman mama? Untuk apa papa, Aneesa mana tahu nak buat apa”. Terkejut Aneesa bila papanya mengarahkan dia untuk menemani mamanya di dalam dewan bersalin.

“Apa-apa nanti kamu talifon papa, papa nak drive ni” mengubah topik tanpa menjawab soalan dari aneesa.

“Ok papa, hati-hati. Jangan rushing sangat, bahaya”

“Baik Aneesa, papa janji. Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”. Aneesa mematikan panggilan dari papanya

“Waris puan zahara, boleh masuk dewan bersalin” terkejut Aneesa bila nama mamanya disebut. Terus dia meluru menuju nurse yang menyebut itu.

“Papa belum sampai lagi, saya anak puan zahara, boleh saya masuk tengok mama?” kata Aneesa dengan kelam kabutnya.

“Boleh-boleh, ikut saya” kata jururawat tersebut

Aneesa melihat terdapat 2 orang wanita yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan insan yang baru ingin melihat dunia. Dunia yang penuh pancaroba. Ehhh, tiber pulak.

Aneesa mencari kelibat mamanya, dan menyelak tirai yang terlindung susuk tubuh mamanya. Sayu hatinya apabila terlihat ibunya yang sedang menahan kesakitan yang tak mampu di ungkap oleh Aneesa sendiri.

“Mama, Aneesa datang ni, papa dalam perjalanan ke hospital. Papa minta Aneesa teman mama kalau papa tak sempat sampai di hospital” kata Aneesa dengan penuh simpati

“Terima kasih Aneesa teman mama” sambil mengelap peluh di dahi

Datang 2 orang doktor untuk melihat perkembangan pembukaan jalan untuk melahirkan di hadapan mamanya, manakala seorang lagi doktor ke arah sebelah katil mama. Mama bersalin di hospital lama, jadi keadaan didalam dewan bersalin hanya dilindungi dengan tirai sahaja untuk memisahkan katil pesakit.

Terdengar jeritan dari katil sebelah membuatkan jantung Aneesa bagai nak pecah. Sesakit itukah melahirkan?

Selang 2 minit dari jeritan itu, mamanya sudah sampai masa untuk melahirkan, mama turut menjerit menahan kesakitan di ikuti pesakit disebelah. Mereka seperti sedang bertarung untuk mengetahui jeritan siapa yang paling kuat disitu.

Alhamdulillah, terdengar tangisan bayi dari mamanya serta pesakit di sebelah. Mamanya selamat melahirkan bayi lelaki seperti yang Aneesa harapkan tanpa sempat menunggu papanya sampai ke hospital.

“Tuan dan adik boleh tunggu di luar dulu ya. Kami akan bersihkan puan dan mama adik serta bayi sekali sebelum dibawa ke wad biasa”. Kata jururawat itu kepada aku serta waris pesakit sebelah mama.

Hampir 30 minit menunggu di luar, terlihat papa menghampiri ku.

“Mama macam mana Aneesa?” tanya papa, cuak.

“Alhamdulillah, mama dah bersalin papa, anak lelaki. Sama juga dengan anak tuan tu” sambil menunjuk kearah waris yang sama menunggu dengannya di situ.

Tersenyum waris itu terhadap papa

“Alhamdulillah, tahniah jugak buat encik?” memandang ke arah lelaki itu

“Rahman, panggil saya Rahman” bersalam dengan papa

“Saya zarif. Anak yang pertama ka” tanya papa

“Ya anak pertama. Tu yang teruja sangat” tersenyum sehingga ke telinga

“Saya yang ketiga, mungkin yang terakhir dah, sebab yang sulung pun sudah besar”. Sambil menjeling kearah ku.

Ketawa mereka berdua di situ. Aku hanya menjadi pemerhati dan pendengar.

Pintu dewan bersalin terbuka luas, jururawat menolak katil mama untuk ke wad biasa, di ikuti isteri kepada encik Rahman. Setelah itu terlihat troli bayi keluar dari dewan bersalin. Keterujaanku terhadap adik baharu sangatlah dinanti-nantikan, kerana yang ku harap menjadi kenyataan. Yeeaa dapat adik lelaki.

“Comelnya awak, comey macam saya jugak, selamat datang kedunia yang penuh pancaroba ini wahai insan kecil. Nanti kita selalu dating berdua ya” kata Aneesa ke arah bayi itu.

“Adik, ni bukan anak puan zahara, ini anak puan suzana. Anak puan zahara yang di belakang tu” sambil menunjuk ke arah troli bayi di sebelah papa.

Alamak, malu aku. Selamat aku tak cium dia lagi, kalau tak habis aku dinodai. Ohhh tidakkkk.

“Kalau anak perempuan boleh la saya tempah siap-siap untuk jadikan menantu” kata encik Rahman kepada papa sambil mereka ketawa.

Apakah? Sudah boleh tempah ya? Aku yang 18 tahun ni pun belum ada kekasih hati. Jangan sampai aku yang jadi menantu encik Rahman ni. hahahaha

selamat berkenalan. ini penulisan pertama saya. maaf kalau ada typo. harap semua pembaca berpuas hati dan memberi komen yang boleh menaikkan lagi semangat saya. selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience