CHAPTER 4

Drama Series 5352

"Kau buat apa kat sini?" Soal Aryan sambil memandang tajam ke arah manusia yang berada di hadapannya itu.

"Alah kau ni. Aku nak jumpa kawan-kawan aku ja. Takkan tak boleh?" Balas lelaki itu bersahaja.  Aryan menggenggam penumbuknya.

"Hey kau ni. Kalau nak jumpa bagitahu aku dulu. Jangan lah masuk mengejut macam tu." Lelaki itu tersengih.

"Hah lagi satu, macam mana kau tahu nombor pin nak masuk rumah aku?" Soal Aryan lagi.

"Dude, password nak masuk rumah kau dari dulu senang. Tak no ic kau, no ic mak, ayah kau. Tak ke mudah aku nak masuk?" Aariz terlopong.

"Seriously Firas. Kau hafal nombor ic mak ayah Aryan?" Soal Aariz seakan tak percaya.

Firas tersenyum bangga. "Of course lah, aku kan genius" Aryan tersenyum menyampah manakal Aariz tersenyum teruja.

"Kalau macam tu, apa no ic mom and dad aku?"

Firas gelisah. "Sorry lah. Parents kau aku tak tahu sangat." Aariz memuncung tanda merajuk dengan kenyataan yang diberikan oleh Firas.

"Aku tahu Aryan punya pun sebab aku pernah terbaca sekali maklumat parents dia. Sebab itu aku tahu."

"By the way, siapa yang korang cakap psychopath tadi?" Soalan yang diberikan Firas cukup membuatkan Aryan dan Aariz tersedar akan tujuan utama mereka berada di situ.

Aryan dan Aariz merapatkan tubuh mereka ke arah Firas. "Kitorang nak siasat seorang budak perempuan ni" kata Aariz separa berbisik.

Firas mengerutkan dahinya. "Kenapa pulak?" Aryan berdehem lalu menunjukkan bibirnya yang pecah dan pipinya yang kebiruan itu

"Whoaa. Dia buat ke?" Soal Firas seakan tak percaya. Aryan perlahan-lahan mengangguk.

"Kau balas balik tak?" Gelengan daripada Aryan cukup membuatkan Firas menahan ketawaannya.

"Aku nak balas tapi ni ha Si Aariz halang aku" balas Aryan sambil merundingkan jarinya ke arah Aariz.

"Aku halang kau sebab aku sayang kau. Diorang kata budak tu psychopath. Nanti dia buat benda lagi teruk macam mana?" Aariz cuba mempertahankan dirinya.

Aryan menjulingkan matanya ke atas. Sanyang sangat!.

"Okay dah. Back to the story, kenapa budak perempuan lain kata dia psychopath?" Soal Firas cuba untuk meredakan perbalahan antara dua manusia itu.

"Diorang cerita, Qayyisa tu suka menyendiri dari dia masuk sekolah tu lagi. Dia pun selalu buat kes disiplin macam ponteng kelas, buli and gaduh. Yang paling extreme gaduh lah. Kes paling teruk waktu dia form 2. Waktu tu dia gaduh dengan 10 orang lelaki form 5. Dan yang paling terkejut nya ialah 8 daripada 10 lelaki tersebut cedera parah sampai masuk ICU. Diorang lawan tak guna senjata pun termasuklah Qayyisa "

Terang Aariz panjang lebar menyebabkan Aryan dan Firas  menelan air liur kesat.

"Seriously, weh apa nama penuh dia. Aku nak search kat ig." Pinta Firas.

"Qayyisa Qaysara Qayrul"

Firas menekan pad kekunci telefonnya. Nama yang dia katakan oleh Aariz dicari.

Setelah 10 minit kemudian, Firas berjaya mencari intagram account milik gadis itu.

"Wow. Power jugak minah ni 100k followers"

qay.isara

Liked by tngk.elisaa and 97 075 others

qay.isara Alone

Comment

unknown07 So sad for you baby

tngk.elisaa Bitch always be a bitch

megat_dnley  I hope that i can be with u dear.

Firas menggosok matanya berkali-kali. Betul ke nama komen yang dia baca ini?

Seakan tidak percaya, tangannya yang menggosok mata tadi beralih menekan nama tersebut.

megat_dnley

Megat Daris Aley

A psychiatrist and at the same time a model of  T.Faz Entertainment.

"Weh korang, aku rasa ada yang budak perempuan tu cakap mungkin betul." Kata Firas sambil menunjukkan telefonnya.

"Megat Daris Aley?" Aariz membaca nama yang terpapar di telefon milik Firas.

"Who is he?" Soal Aryan kebingungan. Aariz dan Firas menepuk dahi mereka.

"Aku tahu lah dulu kau sekolah sukan, tapi takkan lah benda umum ni kau tak tahu?" Soal Firas geram. Aryan mengangkat bahunya sambil bibir dicebik.

"Megat Daris ni one of the most best and young psychiatrist kat Malaysia. Umur dia tahun ni tak silap aku 26 tahun." Terang Firas membuatkan mulut Aryan ternganga.

"What?! Dia ni macam kau ke? Genius?" Soal Aryan tak percaya. Firas mengangguk.

"By the way, apa kaitan Megat Daris dengan Qayyisa?"

"Megat Daris ni selalu bagi komen sweet sweet dengan si Qayyisa ni. Jadi, aku syak dia ni psychiatrist peribadi Qayyisa." Jawab Firas tenang.

Aariz dan Aryan mengangguk faham. "Aku rasa aku nak siasat lah pasal budak ni"

Firas dan Aryan memandang tepat ke wajah Aariz. "Kau betul-betul pasti?" Soal Firas.

Aariz mengangguk membuatkan Aryan tercengang. Kalau sepupunya itu dah buat sesuatu keputusan maka dia terpaksa ikut serta lah jawabnya.

"Kalau macam itu aku pun nak join lah" Wajah Firas yang bersemangat dipandang pelik oleh Aryan dan Aariz.

"Kenapa? tak boleh?"

"Err.. bukan macam tu. Masalahnya sekarang, kau sekolah lain."

Firas tersenyum sinis. "Ish, tu je ke masalah dia? Aku ingat apa lah sangat"

"Kenapa kau cakap macam masalah ni dah selesai huh?" Soal Aryan geram. Firas berdehem beberapa kali.

"Sebenarnya, aku, Qays san Ayaz dah buat keputusan untuk pindah ke sekolah baru korang!" Kata Firas teruja.

Aryan dan Aariz senyum terharu. "Seriously! Mesti korang rindu kitorang kan?" Soal Aryan sambil keningnya di angkat beberapa kali.

Firas membuat muka menyampah. "Tiada makna aku nak rindu kau. Aku cuma dah bosan jadi no. 1 kat sekolah lama. Nak jugak merasa no. 1 kat sekolah lain."

Aryan dan Aariz memandang wajah bangga Firas dengan penuh kebencian. Dasar genius berlagak!

"Ouh, aku lupa nak bagitahu korang yang aku dan Ayaz akan masuk minggu depan. Qays pula masuk bulan depan." Kata Firas setelah puas membanggakan dirinya.

Aryan dan Aariz mengerutkan dahinya. "Kenapa Qays masuk lambat?"

"Dia kat hospital sekarang."

"Hah? HOSPITAL?!" Jeritan Aryan dan Aariz menyebabkan Firas menutup telinganya.

Thank you kerana sudi membaca

Don't forget to vote and comment this story!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience