CHAPTER 7

Drama Series 5352

Qayyisa memandang sepi mesej daripada Daris. Hatinya terasa kosong. Dia tak pasti adakah ini jalan yang terbaik buat dirinya dan Daris.

Sekali lagi telefonnya bergetar menandakan terdapat mesej baru masuk. Qayyisa mengeluh berat.

Dia memeluk tubuhnya sambil memandang keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam. Sedar atau tidak cecair jernih turun perlahan-lahan di pipi mulusnya.

'I'm sorry, Daris.'

Qayyisa mengelap cecair jernih itu menggunakan tangannya. Dia mencapai telefon bimbitnya dan membuka mesej daripada Daris.

Daris

- What happend Isa?
- Kenapa tak balas saya?
- Come on Isa! Pick up the phone
- Jangan lah seen je.
- Hey, baby. Please tell me what happens.
- Saya ada buat salah pada awak ke?
- Please jangan diam. Tolong jawab.

+ Hey, Ris. I'm okey. Don't worry.
Ris, hujung minggu ni awak free tak?

- Free. Why?

+ Saya nak jumpa awak. Nanti saya send location.

- Okay, babe. I Love you.

Qayyisa menyimpan telefon bimbitnya semula. Dia berjalan keluar dari pent house nya dan menuju ke tempat parking kereta.

Sesampai dia di tingkat tersebut, dia menghampiri sebuah kereta bmw berwarna hitam dan bernombor flat mq16.

Dia memandu kereta tersebut ke suatu destinasi yang tidak jauh daripada bangunan tersebut.

"Yan, Riz mana?" Satu suara menyapa gegendang telinga Aryan. "D.A.T.E"

Firas tergelak kecil. Tidak sangka yang perangai kawannya yang seorang itu masih belum berubah. Ingatkan bila masuk ke tempat baru perangai pun jadi 'baru'. Namun, hampeh.

"Kau nak pergi mana ni, Fir?" Soal Aryan apabila melihat Firas mengambil kasutnya.

"Release tension" balas Firas bersahaja.

"Clubbing?" Satu tapak kasut selamat mendarat di muka tampan milik Aryan akibat mulutnya itu.

Aryan merengus geram manakala Firas tersenyum sinis. "Lain kali mulut tu jaga sikit. Aku dah lama tak clubbing"

Aryan berdecit kegeraman. " Lama kau tu aku rasa baru satu minggu lepas, sebelum kau pindah sini."

"Lama lah tu"

Firas menghampiri Aryan untuk mengambil kasut yang di hakikatnya sebentar tadi.

"Jomlah, Fir. Malam ni sahaja. Aku dengar club sini lagi best." Pujuk Aryan lagi.

"Esok sekolah Aryan oi." Aryan memuncung tidak puas hati. Macam tak biasa pula clubbing hari sekolah.

"Dah lah Aryan. Pergi main jauh jauh. Aku dah lambat ni." Kata Firas sebelum melangkah keluar daripada pent house Aryan.

Aryan merengus geram. Tiba-tiba otaknya mengeluarkan idea yang agak menarik. Dia menghampiri bilik Ayaz dan mengetuk pintu bilik itu beberapa kali sebelum membukanya.

Kelihatan Ayaz sedang ralit menonton video masakan di meja belajar nya.
Aryan berdehem kuat membuatkan Ayaz menoleh.

"Ayaz, jom." Ayaz mengerutkan dahinya melihat perangai acah comel Aryan.

"Jom mana?"

"Club" Ayaz membulatkan matanya seraya menggeleng. Aryan kembali memuncung. Sangkanya Ayaz akan bersetuju namun hampa yang diterimanya.

"Esok sekolah lah Yan. Mana boleh. Nak kena bangun awal lagi. Pergi club mesti akan balik kul 1, 2 nanti. Nanti tidur tak cukup, mengantuk pulak dalam kelas." Bebel Ayaz.

Aryan berdecit dan mengalah. Dia kembali duduk di sofa di ruang tamu. Kepalanya ligat memikirkan perancangan yang menarik untuk malam ini.

Dan akhirnya, dia tertidur bersendirian di sofa tersebut.

Langit hitam yang dipenuhi bintang menjadi tatapan Qayyisa. Segala memorinya bersama Daris ligat bermain di ingatan.

Daris, seorang jejaka yang dijumpainya semasa berumur 10 tahun. Sewaktu itu, dia berada di taman persendirian milik ayahnya. Entah bagaimana, jejaka itu berjaya menceroboh masuk ke kawasan tersebut.

Dahulunya, Qayyisa seorang yang lemah dan mempunyai trauma dan tekanan akibat kejadian yang berlaku sewaktu dia berusia 8 tahun. Dia hampir sahaja ingin menamatkan riwayatnya di taman itu.

Namun, kehadiran Daris berjaya menghalang perbuatannya itu. Kesudian Daris mendengar masalahnya dan memotivasikan dirinya berjaya membuat dia memberi kepercayaan kepada jejaka itu.

Persahabatan yang terjalin selama tiga tahun dinaiktaraf setelah Daris melamarnya sebagai kekasih hati.

Pelik. Memang pelik. Seorang gadis 13 tahun menerima cinta jejaka yang 10 tahun lagi tua daripadanya?

Namun, itu lah seperti apa yang di katakan sang pujangga cinta. Cinta itu tidak mengenal usia.

Qayyisa tergelak sendiri sambil air mata jatuh membasahi pipinya. Dia menggigit bibir cuba menahan tangisan tersebut.

Mampukah dia melepaskan Daris? Seorang jejaka yang sudah lama menjadi peneman setianya?

Tangan Daris mencapai telefon bimbit yang berada di atas mejanya. Mesejnya yang dihantar kepada Qayyisa sebentar tadi dilihat sekali lagi.

Hati dia berasakan sesuatu. Sesuatu kedinginan yang jarang ditunjukkan oleh gadis itu kepadanya. Daris termenung sejenak.

Tetapi, mengapa? Adakah dia ada melakukan kesalahan kepada gadis muda itu?

Tiba-tiba Daris teringat sesuatu. Dia segera melihat ke arah kalendar telefonnya. Dan seperti yang dijangka, hujung minggu ini merupakan ulang tahun yang ke 3 buat mereka sebagai kekasih dan yang ke 6 sebagai sahabat.

Daris tersenyum sendiri. Dia sangkakan gadis itu benar-benar merajuk, namun telahannya salah. Gadis itu sedang merencanakan sesuatu buat mereka. Dan pastinya, sesuatu yang istimewa.

Deringan telefon mengembalikan Daris ke dunia asal. Dia melihat nama pemanggil tersebut. Senyumannya bertambah lebar apabila menjawab panggilan tersebut.

"Waalaikumsalam, my. Mummy sihat?"

"Alhamdulillah, Ris pun sihat. Tengah on-call sekarang."

"Tak tahu lagi lah my, hujung minggu ni mungkin Ris balik rumah my. Tapi tak sure lagi. Kenapa?"

"Hal apa, my?"

"Hm, okeylah my. Assalamualaikum"

Daris meletak panggilan tersebut sambil keningnya dikerutkan. Pelik dengan sikap mummynya yang tiba tiba menyuruhnya pulang.

Dan kenapa dia rasa tidak sedap hati?

"Seorang?" Sapaan daripada seseorang menyentakkan Qayyisa. Dia memandang ke arah jejaka itu dan menjeling.

"Kau ni tak habis-habis kan? Asyik stalk aku je. Last week, kat johor. This week kat sekolah. Tak cukup dengan itu, kau follow aku kat sini pulak? Kawan-kawan kau pun sama. Tak habis nak sibuk hal aku."

Firas tersengih. "Kitorang ikhlas nak jadi kawan kau. Lagipun kau asyik alone je" Qayyisa tersenyum sinis.

"Tak payah. Aku tak perlukan kawan."

"Kenapa?"

"I have my own reason"

"Dan sebabnya kau tak nak diorang tahu yang kau ni anak megat Qayrul?" Qayyisa tersentak. Dia segera menoleh ke arah Firas yang tersenyum sinis sambil memeluk tubuh itu.

"Kenapa? Terkejut sebab aku dah tahu rahsia kau?" Soal Firas sinis. Qayyisa mengetap giginya sambil tangannya dibawa ke pinggang.

"Kau, orang suruhan louis kan?!" Soalan Qayyisa dibalas dengan senyuman sinis Firas.

"Kau!"

Amarah Qayyisa semakin sampai di kemuncak. Dia mengeluarkan pistolnya yang disembunyikan si pinggang.

Dia menghalakan pistol itu tepat di dahi Firas. Firas terpaku sendiri. Tidak percaya bahawa pistol di hadapannya adalah pistol sebenar.

Namun, sebaik sahaja dia ingin menarik picu tersebut, satu lembaga dari belakangnya menghentak kuat kepalanya menggunakan kayu dan menyebabkan dia terkulai layu.

"Qayyisa!" Firas kaget. Lembaga yang memukul Qayyisa juga sudah melarikan diri. Dia memangku gadis tersebut dan menepuk pipi itu berulang kali.

Malangnya, Qayyisa masih tidak sedarkan diri. Firas bertambah panik. Dia mendail nombor seseorang untuk meminta bantuan.

Thank you kerana sudi membaca

Don't forget to vote and comment this story!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience