CHAPTER 10

Drama Series 5352

Meja yang dijadikan bantal oleh Qayyisa diketuk berkali-kali oleh seorang lelaki.

Qayyisa membuka sedikit matanya bagi melihat gerangan yang berani mengganggu harimau yang sedang beradu.

Dan gerangan tersebut ialah Firas. Lelaki yang tidak pernah bosan untuk mengganggu ketenteramannya.

"Kau nak apa?" Soal Qayyisa mamai. Firas tersengih seperti kerang busuk. Dia menunding jari ke arah rakan-rakannya yang sedang melambai dari jauh.

Qayyisa berdecit sinis. "Kalau kau dan kawan-kawan nak ajak aku berkawan lagi, just forget it. AKU LANGSUNG TAK BERMINAT"

Firas mengangkat sebelah keningnya beberapa. "Why Baby girl?"

"Sebab korang semua ni muka buaya darat"

Firas tersenyum sinis. Satu sampul surat dikeluarkan dari poket dalam blazernya. Dia membuka sampul surat tersebut dan mengambil isinya.

"Kalau muka macam ni?" Isi sampul surat tersebut dilemparkan di atas meja Qayyisa.

Qayyisa meneliti gambar tersebut. Kelihatan gambar dirinya dengan muka yang sangat jelas sedang menari di tiang club.

Gambar kedua pula di mana pinggang dia dirangkul erat Tengku Rafael. Dan gambar terakhir, gambar di mana dia dan Tengku Rafael sedang bergelak tawa semasa ingin berjalan ke bilik.

"Macam mana kau dapat gambar ni?" Soal Qayyisa mendatar. Firas mengangkat bahu dan terus berlalu pergi ke arah kawan-kawannya.

Qayyisa mengetap giginya sambil matanya mencerlung memandang Firas dengan penuh dendam.

Namun, Firas yang sedar akan dirinya diperhatikan memandang ke arahnya dan memberikan satu kenyitan mata.

Kemarahan Qayyisa semakin membuak, dia menghentak mejanya kuat dan terus berlalu pergi dari kelas yang menyakitkan hati itu.

Rakan sekelasnya yang lain pada mulanya agak terkejut dengan hentakan kuat tersebut, namun apabila mereka tahu punca hentakan itu terhasil mereka hanya mendiamkan diri.

Sebab tiada siapa yang mampu melawan Qayyisa. She is the most evil queen in the school.

"Kau buat apa sampai minah tu marah gila?" Soal Aryan sebaik sahaja Firas kembali ke pangkuan mereka. Firas hanya mampu tersengih dan menggeleng.

"Tipulah kalau kau tak cakap apa-apa. Mesti kau ada cakap something kan? Sampai minah tu angin satu badan" soal Aariz pula.

Sekali lagi, soalan tersebut hanya dibalas dengan senyuman dan gelengan kepala dari Firas. Dan akhirnya, mereka sudah putus asa untuk bertanya soal kena dia tadi.

"Esok cuti kan?" Topik baharu perbualan mereka dibuka oleh Ayaz. Ketiga-tiga jejaka tersebut mengangguk serentak sebagai jawapan bagi pertanyaan Ayaz.

Ayaz tersenyum lebar. "Jom picnic! Don't worry, aku akan masak semua permintaan korang"

Mata Aariz, Aryan dan Firas mula bersinar. Membayangkan sajian kegemaran mereka dihidang di tepi pantai, dengan angin sempoi-sempoi bahasa, bunyi ombak yang mendamaikan, oh nikmatnya!

"Okay, on!!"

.
. .

Bunyi tumbukan pada punching bag memecahkan kesunyian gym tersebut.

Seorang lelaki berbangsa cina segera keluar dari pejabatnya apabila mendengar bunyi tersebut.

Namun, sebaik sahaja melihat gadis yang sedang menumbuk punching bag tersebut, dia tersenyum.

"You skipped your class, again?" Tumbukan Qayyisa terhenti. Dia mengelap peluh di dahinya menggunakan tuala yang elok tergantung di lehernya.

"Macam biasa lah, Alex."

Lelaki cina yang digelar Alex atau nama sebenarnya Alexander tergelak kecil.

"Oh, by the way, Luq kata you buat kerja gila malam tadi. Betul ke?"

Anggukan kepala dari Qayyisa membuatkan mata Alex membulat.

"Are you serious?!" Alex terjerit kecil. Qayyisa tersenyum sedikit.

"You tak takut ke? Kalau buaya tu dapat you macam mana? Diorang dah lah tengah buru Qaysara a.k.a you"

"He didn't even know me" balas Qayyisa sebelum membasahkan tekaknya dengan air mineral.

Alex mengeluh pasrah. Susah kalau nak cakap orang yang keras kepala macam Qayyisa.

"Okay lah, girl. It's up to you. Lagipun benda tu dah lepas" Qayyisa tersenyum kemenangan apabila mendengar kata-kata pasrah daripada Alex.

"And lagi satu soalan I, you dengan Daris macam mana?" Senyuman yang tadinya mekar terus mati seperti di simbah asid.

"I.. i don't know"

"What do you mean?"

"I rasa yang I perlu tamatkan hubungan ni" dan sekali lagi mata Alex membulat tak percaya.

"Hey, girl. You are kidding me, right?"
Qayyisa menggeleng dengan butiran jernih yang mula muncul di matanya.

"I.. I have to let him free. So that he can find his Mrs. Right" esakan semakin kuat dan butiran jernih tersebut semakin galak turun di pipinya.

"No, dear. You're his Mrs. Right" Qayyisa menggeleng laju membantah apa yang dikatakan Alex.

"Kalau I Mrs. Right dia, nyawa dia adalah pertaruhan I. Lagipun, his mom nakkan menantu cepat. And I can't make it happened for now"

Alex rasa serba salah melihat gadis itu menangis. Dia perlahan-lahan memeluk gadis itu untuk menenangkannya.

"Kalau you rasa itu akan membahagiakan you and dia, i have no comment for that" pujuknya lagi.

Esakan Qayyisa yang kuat tadi semakin lama semakin menghilang apabila dia berada di dalam dakapan Alex.

Alex perlahan-lahan melepaskan gadis itu apabila dia merasakan bahawa gadis itu benar-benar okay.

"Feeling better now?" Qayyisa mengangguk dan tergelak kecil sambil mengelap sisa-sisa air matanya.

"Thanks"

"Most welcome, cry baby" dan mereka berdua tergelak kecil.

.
. .

Daris?

+ Hello, Daris.
+ I hope that awak boleh datang ke tempat ni esok.
Location

- Hai babe.
- Sure, lagipun saya dekat rumah my mom.
- Can't wait to see you,love.

+Me too.
+Good night.

-Good night.
-I love you

Qayyisa mengeluh berat. Esok, semuanya akan berakhir.

Saya akan cuba lupakan awak, Megat Daris Aley.

00:00 a.m.

@megat_dnley tagged you in their post.

megat_dnley
In your heart

Liked by pwincess and 1 098 others

megat_dnley Happy 3rd anniversary dear! Just wanna say that I love you so much

Qayyisa merenung telefonnya sambil mengeluh berat.

Cuba bagitahu saya Daris. Macam mana saya nak lupakan awak. Kalau awak selalu jadi orang yang pertama yang peduli tentang saya.

Maafkan saya. Tapi saya harus lepaskan awak juga, sebab kita memang tak ditakdirkan bersama.
Cinta saya kepada Megat Daris Aley takkan pernah pudar. Terima kasih untuk segalanya.

Thank you kerana sudi membaca

Don't forget to vote and comment this story!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience