Kelab malam yang bingit itu menjadi tumpuan Qayyisa dari jauh. Baju yang tersemat ditubuhnya di pandang berulang kali. Nafas ditarik bagi menghilangkan rasa gementar.
"Boss pasti ke dengan rancangan kita kali ini?" Soal Luqman, salah seorang daripada anak buahnya.
Qayyisa mengangguk. Dia harus lakukan ini untuk melancarkan misi mereka. Walaupun risikonya terlalu tinggi.
Kelibat seorang lelaki berusia 30 an dan lima orang pengawalnya masuk ke dalam kelab tersebut mematikan perbualan mereka.
Qayyisa segera memperkemaskan rambut palsunya. Dia mencapai tas tangannya sebelum melangkah keluar daripada van hitam tersebut.
Qayyisa berdiri di hadapan kelab tersebut. Tiba-tiba rasa menyesal menyerbu nalurinya. Kalau dia bersabar, pastinya risiko tidak seteruk malam ini kerana jika misinya gagal, keselamatan dan maruah dirinya akan menjadi pertaruhan.
Matanya dipejam untuk beberapa saat. Malam ini, dia harus berjaya walau bagaimana sekalipun.
Dia melangkah masuk ke dalam kelab malam itu. Matanya seperti helang, mencari mangsa untuk di buru.
Dan tidak sampai beberapa minit, mangsa yang diburunya dijumpai. Berada di tingkat atas sedang memerhati mangsa untuk di makannya.
Namun, jejaka tersebut langsung tidak menyedari bahawa dia diperhati oleh sang pemburunya.
Qayyisa tersenyum sinis. Nampaknya dia harus melakukan sesuatu yang diluar jangkaan untuk menarik perhatian jejaka tersebut.
Qayyisa memandang anak buahnya, Amirul yang sedang duduk sambil memerhatinya. Dia memberi arahan melalui isyarat mata.
Amirul mengangguk lalu berlalu meninggalkan Qayyisa berseorangan di dalam club bersama orang-orang yang tak di kenali.
Apabila melihat Amirul sudah berlalu, Qayyisa memulakan lakonannya. Ibarat gadis liar, dia menggerakkan badannya mengikut rentak melodi.
Langkahnya terus dihalakan di tiang menari. Dia memulakan tarian tiangnya dengan penuh menggoda. Harapannya agar mangsa dia mengalihkan perhatian kepadanya.
Nampaknya, idea gilanya menjadi. Jejaka tersebut terus mengarahkan pengawalnya untuk membawa Qayyisa naik ke tingkat atas, iaitu tingkat untuk VIP.
Sesampai sahaja gadis itu ke tingkat atas, matanya dihiasi oleh senyuman menggoda daripada mangsanya.
Qayyisa membalas senyuman itu dan melangkah penuh menggoda ke arah jejaka tersebut.
Senyuman Tengku Rafael bertambah lebar melihat pemandangan indah tersebut. Dia merangkul erat pinggang Qayyisa menyebabkan Qayyisa merengek manja.
Mereka berdua berjalan masuk ke dalam bilik yang disediakan di tingkat atas tersebut.
Apabila tinggal berdua, Qayyisa memulakan tugasnya. Dia mengambil picagari di dalam tas tangannya.
Picagari itu telah diisi dengan sesuatu cecair yang di bancuh khas dari makmal mereka.
Qayyisa segera menyuntik leher Tengku Rafael sehingga menyebabkan dia mengaduh kesakitan.
"Kau!" Bulat mata Tengku Rafael bila merasakan kesakitan mula meresap ke lehernya.
Namun, belum sempat dia menyerang Qayyisa, tindak balas kimia cecair tersebut, menyebabkan pandangannya semakin kabur dan akhirnya jatuh pengsan.
Qayyisa tersenyum sinis. Dia menggari tangan Tengku Rafael dengan penjuru katil.
Alat penghubung di telinganya dihidupkan untuk memanggil rakan-rakan sepasukannya. Tingkap di buka bagi memudahkan laluan untuk mereka masuk.
"Nice, boss. Dia ada buat apa-apa tak pada boss?" Soal Luqman prihatin. Qayyisa tersenyum senget.
"Come on, luqman. Aku yang seduce dia dulu, so mesti dia ada sentuh aku, tapi sikit-sikit je. Belum nak sentuh banyak, dah terkulai kat sini" tubuh Tengku Rafael di tolak menggunakan kakinya.
Luqman dan yang lain tersenyum. Qayyisa memang seorang yang hebat. Walaupun ideanya agak gila, tetapi mereka hampir berjaya melaksanakan misi ini.
"Bagi aku picagari untuk cecair W-767 dan cecair T-256" pinta Qayyisa kepada gadis yang memegang beg hitam.
Gadis itu mengangguk dan menyerahkan apa yang diminta oleh Qayyisa.
Picagari berpindah tangan dan Qayyisa segera mencucuk leher tengku Rafael semula dengan picagari yang mengandungi cecair W-767.
Cecair W-767, adalah berlawanan dengan cecair yang digunakan oleh Qayyisa sebelum ini.
Jika cecair sebelum ini digunakan untuk pengsankan mangsa, cecair W-767 digunakan untuk menyedarkan mangsa.
Dan nampaknya, ia berhasil. Tengku Rafael kembali membuka matanya setelah beberapa minit pengsan.
"Kau!" Qayyisa tersenyum sinis dengan teguran Tengku Rafael. Muka Tengku tersebut yang kemerahan itu diusap perlahan.
"Not so fast dear"
Dan sekali lagi, tengkuk Tengku Rafael menjadi tempat mendarat picagari Qayyisa. Dan kali ini, dengan cecair T-256.
Cecair yang menyebabkan otak mangsa gagal memproses apa yang sedang berlaku dan menyebabkan mangsa mengikuti segala yang dipinta oleh orang sekeliling.
Qayyisa kembali mencangkung di hadapan Tengku Rafael yang membisu itu. Kepalanya disengetkan memandang wajah mangsanya.
Tengku Rafael ibarat robot, tidak mampu melakukan apa-apa. Hanya memandang ke hadapan dengan riak muka yang biasa.
"Ad, rakam perbualan kitorang" arah Qayyisa kepada anak buahnya yang memegang kamera.
Ad atau nama sebenarnya Adrian mengangguk dan mulakan rakaman.
"Chevalier rancang nak bunuh Megat Qayrul ke?"
Tengku Rafael mengangguk. "Apa lagi rancangan Chevalier?"
"Kami nak bom Estrella."
Qayyisa ketap bibir. "Lagi?"
"Black Chevalier nak bunuh Qaysara"
Qayyisa tersentak manakala anak buahnya mengerutkan dahi mereka.
"Siapa Qaysara?"
"Anak Megat Qayrul." Balas Tengku Rafael lagi. Anak buahnya membulatkan mata tanda teruja.
Siapakah Qaysara yang dikatakan anak Megat Qayrul dan sejak bila Megat Qayrul ada anak?
Qayyisa mengetap giginya. Nampaknya Chevalier sudah tahu akan kehadirannya sebagai pewaris tunggal Megat Qayrul. Dan nampaknya dia harus lebih berhati-hati.
"Tulis alamat markas Chevalier pada kertas ni" Qayyisa menghulurkan sebatang pen dan sehelai kertas kepada Tengku Rafael.
Setelah kertas bertukar tangan semula, Qayyisa tersenyum puas.
"Hujung minggu ni, Black Chevalier akan mati di tangan aku" aura seram mula muncul dalam diri Qayyisa.
'Nak bunuh aku? Kita tengok dulu siapa yang terbunuh' tekadnya.
"Okay guys, cukup untuk sekarang. Give me E-12."
Picagari E-12 bertukar tangan. Qayyisa tersenyum memandang ke arah Tengku Rafael.
"Thank you for tonight, dear" katanya sebelum jarum Picagari tersebut selamat mendarat di leher Tengku Rafael menyebabkan mata Tengku Rafael kembali tertutup.
"He won't remember anything right?"
Soal Luqman. Qayyisa tersenyum senget.
Tengku Rafael bangun dari tidurnya. Kepalanya yang berpinar-pinar menyebabkan dia tidak mampu melihat keadaan sekeliling dengan terang.
Kotak memori ingatannya, langsung tidak memberi apa-apa tindak balas. Tengku Rafael melihat badannya yang langsung tidak dibaluti apa-apa kecuali comforter.
Dan perkara terakhir yang dia ingat adalah, seorang gadis berambut panjang berwarna hitam sedang senyum menggoda kepadanya.
Kad emas yang terletak elok di meja sebelah katilnya di ambil.
'Thank you for last night Mr. Tengku. I love it"
Ayat itu di baca berulang kali. Benarkah ia berlaku? Kenapakah dia langsung tidak ingat apa-apa yang berlaku semalam.
'Aku mesti cari perempuan ni' tekadnya.
Walaupun dia tidak tahu bahawa gadis itu sebenarnya telah mempermainkannya.
Thank you kerana sudi membaca
Don't forget to vote and comment this story!
Share this novel