"Aku nak kau join Estrella Real Group"
Firas mengerutkan dahinya. Tidak mengerti dengan apa yang dimaksudkan gadis ini.
"Kau pandai dalam kerja menggodam kan. So aku nak kau kerja dengan Estrella." Terang Qayyisa sekali lagi.
Kerutan di dahi Firas semakin bertambah. Kerja? Apa kaitan menggodam dengan kerja syarikat?
Keluhan Qayyisa bertambah panjang melihat wajah kebingungan Firas. Tanpa menunggu masa yang lama, dia menarik tangan Firas dan menuju ke arah lif di dalam restoran itu.
Firas yang masih terpinga-pinga itu hanya mengekori langkah Qayyisa tanpa berfikir panjang.
Sebaik sahaja mereka memasuki lif itu, Qayyisa menekan lama button G. Dan lif yang mereka naiki mula bergerak laju ke tingkat paling bawah.
Keadaan yang janggal dan sunyi mula mengembalikan Firas ke realiti. Dia mencuri-curi pandang ke arah Qayyisa yang berada di sebelahnya.
Disebalik wajah dingin yang dipamerkan gadis itu, dia percaya yang gadis itu sedang berduka. Bagaimana dia tahu? Zaman sudah canggih. Tengok jelah post baru Megat Daris.
megat_dnley
Destiny
Liked by rosnahhenderson and 19,069 others.
megat_dnley Why we have to give up on us? ??
Comment
ariyaa What happend to you guys?!!!
Anne @qay.isara are you gusys break up?
Firas berdehem kuat bagi menarik perhatian Qayyisa. Dan nampaknya usahanya berhasil apabila Qayyisa menoleh ke arah Firas disebelahnya.
"Kau dah break dengan Megat Daris ke?" Soal Firas. Qayyisa yang sedikit tersentak mula mengawal reaksinya.
Perlahan-lahan kepala dianggukkan menjawab persoalan yang membelengu jiwa Firas.
"But why? You both look perfect together" puji Firas ikhlas.
"Because of this" kata Qayyisa sebaik sahaja pintu lif terbuka.
Firas terpana. Tingkat G yang di sangkakannya lain 100 peratus dari apa yang terbentang di hadapan matanya.
"What is this place?"
"Another world of Estrella Real Group"
.
.
.
.
"Ayaz, aku lapar"
"Pergi lah masak sendiri"
"Ayaz, masak kan lah"
"Aip, jangan kacau aku."
"Ayaz tolong lah"
Ayaz mendengus geram bila dua orang sepupu itu tak habis habis mengganggu masa rehatnya. Akhirnya dia memgalah dan segera mengalihkan timun di matanya.
"Nak makan apa?"
Aariz dan Aryan tersengih. Inilah kata-kata Ayaz yang mereka inginkan. Pantang menolak bila di suruh memasak.
"Maggi" ucap mereka serentak. Mata Ayaz terbeliak. Maggi ja? Takkan tak boleh masak sendiri?
"Kenapa tak masak sendiri?" Soalnya geram. Aariz dan Aryan tersengih.
"Malas" jawab mereka serentak.
Ayaz hanya mampu menggelengkan kepala dan terus berlalu ke arah dapur.
Aariz dan Aryan menghempaskan tubuh mereka di atas sofa empuk di ruamg tamu.
Mata difokuskan ke kaca tv sambil tangan meraba-raba memcari remote.
"Ayaz, mana remote?!" Jerit Aryan apabila tangan gagal mencari remote yang tersembunyi sebalik sofa.
"CARI LAH PAKAI MATA JANGAN PAKAI LUTUT"
Aryan merengus. Semestinya dia cari remote itu pakai MATA. Kalau pakai LUTUT memang sah tak akan nampak.
Perbuatan Aryan meraba sofa itu terhenti apabila mendengar bunyi pintu rumahnya dibuka dari luar.
Pandangan matanya dihalakan ke arah Firas yang baru balik.
"Kau pergi Mana?"
"Keluar"
"Yelah. Keluar dengan siapa?"
"Qay.." Firas menutup mulutnya. Hampir-hampir sahaja dia membongkarkan rahsia besarnya.
"Qay?"
"Err... Tak de siapa lah. By the way, kau dah tengok post baharu budak psiko tu?" Soal Firas segera menukar topik perbualan mereka.
Serentak itu, Aryan, Aariz dan Ayaz, jejaka yang sedang memasak di dapur memandang ke arah Firas.
"Kenapa?" Soal Firas terpinga-pinga apabila melihat semua mata tertumpu ke arahnya.
Namun, soalan Firas hanya di biarkan sepi apabila mereka semua sibuk melihat telefon masing-masing.
Firas terdiam dan terus berlalu ke arah biliknya.
Aryan, Aariz dan Ayaz yang melihat telefon mereka tersenyum sendiri apabila melihat post terbaharu gadis itu.
Tiada sesiapa yang tahu akan apa yang mereka fikirkan.
.
.
.
.
.
.
Daris termenung sendiri memandang ke arah langit biru yang terbentang luas.
Selepas kes perpisahan antaranya dan Qayyisa, dia langsung tidak keluar dari rumah mommynya.
Aktiviti utamanya sekarang adalah termenung. Dia tidak tahu apa yang mampu dia lakukan tanpa Qayyisa di sisi.
Dia mampu menjadi seorang psikiatri termuda ini pun akan sebab sokongan mommy nya dan Qayyisa yang menyuruhnya untuk terus berusaha dalam bidang ini.
Buat sekalian kalinya, Daris mengeluh. Telefon bimbit di meja kopi itu di capai dan dibuka.
Satu semyuman perit terlakarkan apabila memandang wajah tersenyum Qayyisa menjadi hiasan latar telefonnya.
Wajah itu di usap perlahan bersama butiran permata jernih yang mengalir dari matanya.
'Even I said that I'm letting you go, but deep inside my heart you always there with me'
5.47 p.m.
@qay.isara tagged you in a post
Daris terkaku. Namun laju sahaja tangannya menekan notifikasi yang diterimanya sebentar tadi.
qay.isara
Destiny
Liked by putuscinta and 1 323 others.
qay.isara It is whether I lied because I loved or I loved because I lied.
Comment
bawangsofficial omg !!! They're confirmed break up.
123.ily Why???!!
letupss oh yem gi! It's gonna be a hot newsss
Ayat-ayat yang ditulis lengkap di caption pada post terbaharu Qayyisa di baca berulang kali tanpa jemu.
Daris masih tidak mengerti tentang apa yang dimaksudkan gadis itu.
Gerak hatinya menyuruh dia bertanyakan maksud gadis itu di ruangan komen. Namun, akalnya dapat menyangkal permintaan hatinya.
"Daris."
Daris menoleh ke arah wanita yang memanggilnya. Kelihatan mommy nya sedang menatang dulang yang diisi sengan dua cawan air bersama sepinggan kuih.
"Daris betul maksudkan apa yang Daris cakap malam tadi?" Soal Megat Qasrina.
Daris tersenyum hambar. Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan.
"Apa yang terjadi antara kamu dengan Isa sebenarnya?" Soal Megat Qasrina.
"Nothing. Mungkin tak ada jodoh" jawabnya mendatar. Megat Qasrina hanya mampu memandang wajah anaknya dengan riak kasihan.
Kerana dirinya, jejaka itu terpaksa dikecewakan. Tetapi dia yakin, mungkin calon menantu yang dipilih nya mampu memberi kebahagian kepada anak kesayangannya ini.
"Kamu betul nak mommy carikan calon isteri?"
Daris menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. "Mungkin pilihan mommy yang terbaik"
Megat Qasrina tersenyum bahagia sambil mengusap perlahan kepala anaknya.
'You deserves better, son'
.
.
.
Thank you kerana sudi membaca
Don't forget to vote and comment this story!
Share this novel