CHAPTER 13

Drama Series 5352

"Shall we go to the next level of this relationship?"

Qayyisa menggigit bibirnya apabila mendengar soalan yang diajukan oleh Daris. Renungan mata yang penuh harapan itu dibalasnya sayu.

"I'm sorry, Daris. The answer is no. Saya tak sedia" Daris mendongak memandang Qayyisa yang sedang berdiri dihadapannya itu. 

"Qayyisa, kalau awak belum bersedia menjadi isteri saya, tunang saya pun dah cukup. As long as kita terikat." Pujuknya.

Qayyisa pantas menggeleng laju. "Saya tak mampu."

Daris mengeluh berat sambil dirinya kembali ke posisi berdiri. Nampaknya tanggapan dia selama ini salah. Qayyisa masih belum bersedia untuk memegang apa-apa status.

Qayyisa hanya mampu menahan perasaan serba salahnya kerana dia bakal mengecewakan lelaki itu buat kali kedua.

"I want to break up" Ayat yang ringkas, tetapi mampu membuatkan Daris pantas menoleh ke arah Qayyisa.

"Qayyisa? Are you joking right now? Sebab saya rasa benda ni langsung tak kelakar"

Qayyisa menarik nafas panjang, cuba untuk mencari kekuatan yang tersimpan di dalam dirinya. Perlahan-lahan kepalanya digelengkan .

"No, I'm not" mata redup tersebut memandang ke arah wajah Daris yang mula memerah itu.

Daris mengetap bibirnya menahan beribu rasa yang terpendam. Marah, kecewa dan semestinya sedih.

"But.. why?" Nada suara Daris mula bergetar.

"I could tell you what I see in your eyes right now, Qayyisa. Please don't lie to me" Suara yang tadinya bergetar, kini turut diiringi mata yang mula berkaca.

Qayyisa semakin serba salah melihat perubahan tersebut. "I'm sorry, Daris. Saya tak boleh. Sebab.."

"Saya masih muda. Perjalanan saya masih jauh dan saya rasa saya perlu berhenti dengan hubungan yang tiada hala tuju ini." Balas Qayyisa sambil matanya melirik jauh daripada memandang jejaka tersebut.

Daris yang mendengar alasan Qayyisa tergelak sinis. "Tiada hala tuju awak cakap? Habis yang saya melamar awak tadi tu apa, Qayyisa?!"

Tubuh Qayyisa terhenjut sedikit apabila ditengking oleh Daris. Matanya yang merenung jejaka tersebut kembali menunduk menyembunyikan rasa hatinya.

"Saya bukan seperti yang awak sangkakan. Hidup saya penuh dengan kegelapan. Cinta yang awak berikan tidak mampu untuk membawa saya ke kehidupan yang lebih cerah." Perlahan bibir munggil itu mengeluarkan suaranya.

"Saya harap awak faham apa yang saya cuba sampaikan"

"Dan tolong cari kebahagian awak yang sebenar." Setitis air mata jatuh mengalir keluar dari mata Qayyisa. Sungguh dia tidak mampu untuk melepaskan jejaka ini.

Jejaka yang memberinya kasih sayang dan mengajarnya erti cinta ketika dia tidak dapat itu semua.

Daris cuba menahan dirinya. Gigi diketap kuat sehingga berbunyi. Rasa sakit yang dirasainya tidak sesakit rasa yang mencengkam dadanya.

"Baru sekejap tadi, Qayyisa. Baru sekejap tadi awak cakap yang awak cintakan saya. Tapi sekarang? Apa semua ni Qayyisa?!"

"I'm crazy in love with you. Awak adalah kebahagiaan saya. Macam mana saya nak bahagia tanpa awak?" Daris memandang Qayyisa sayu.

"Awak akan jumpa, Daris. Percayalah. Maafkan saya" Dan serentak itu, bunyi guruh kedengaran.

"This will be our last met. Lepas ini, tolong jangan cari saya lagi. Anggaplah saya hanya gadis dalam mimpi awak yang tak pernah wujud di kehidupan sebenar." Kata Qayyisa sebelum memalingkan tubuhnya dan berjalan meninggalkan Daris keseorangan disitu.

Daris terduduk. Cuba untuk menelan realiti yang pahit baginya. Segala memorinya bersama Qayyisa berlegar di fikirannya.

Senyuman Qayyisa,

Tawa Qayyisa,

Gurau Qayyisa,

Rajuk Qayyisa,

Tangisan Qayyisa.

"How could this happend?!" Daris bangkit dan berlari laju mengejar langkah Qayyisa yang sudah jauh ke hadapan.

Tangan Qayyisa direntap dari belakang lalu tubuh gadis itu dipeluknya erat.

Qayyisa terpaku. Dengan jelas, dia dapat rasakan badan Daris yang terhenjut-henjut tanda menangis dan rentak irama jantungnya yang mengepam laju.

Qayyisa cuba untuk lepaskan pelukan itu namun Daris lebih pantas mengeratkan pelukannya.

"Please, let it be for a minute. Dan saya takkan datang lagi dalam hidup awak kalau itu yang awak nak."

Qayyisa terdiam. Dan dalam masa yang sama dia turut membalas pelukan jejaka itu.

'Lo siento, Te Amo'

Dan apabila hujan lebat membasahi tubuh mereka, barulah mereka melepaskan pelukan tersebut.

Daris memandang wajah Qayyisa dan melakarkan senyuman terpaksa.

"Thank you for everything" katanya sebelum berjalan meninggalkan Qayyisa.

Qayyisa tersenyum hambar. Hujan lebat yang turun langsung tidak merisaukannya.

'I did it, aunty. Isa dah lepaskan Daris untuk keselamatan dia.'

Akhirnya, air mata jatuh berguguran seperti hujan yang turun pada hari itu.

.
. .

Megat Qasrina memandang pelik wajah anaknya. Adakah dia salah dengar sebentar tadi?

"Apa yang Daris cakap tadi?" Soalnya.

"Daris setuju untuk kahwin dengan pilihan mommy."

Megat Qasrina agak terkejut dengan kata-kata anaknya. Lantas, dia mengikuti langkah Daris. "Kenapa tiba-tiba ni? Habis tu Isa Daris nak letak mana?"

Daris tergelak kecil apabila mommy nya menyebut nama gadis itu. Namun gelak yang didengari oleh Megat Qasrina bukanlah gelak bahagia tetapi gelak kerana terseksa.

"She left me" balas Daris senada lalu berjalan pergi meninggalkan mommynya ke seorang di situ.

Megat Qasrina agak terpaku dengan kata-kata anaknya. Namun, selepas bayang Daris tidak kelihatan, dia tersenyum kesian.

'I'm sorry. I'm promise that I'll find someone who can make you happy, son' janji Megat Qasrina pada dirinya sendiri.

.
. .

"Qay"

"Qay"

"Qay"

Qayyisa menoleh ke arah sang pemanggil. Kelihatan Alex dan anak buahnya sedang bersiap sedia untuk misi yang bakal mereka tempuhi.

"You okay tak? Kalau tak, kita tangguh saja misi malam ni" Kata Alex prihatin. Namun, Qayyisa hanya membalasnya dengan gelengan dan muka yang serius.

Alex yang melihat hanya mampu mengeluh dengan sikap degil Qayyisa. Dia tahu yang Qayyisa sedang terseksa sekarang.

"Isa, I tahu yang you buat semua ini, untuk kebaikan dia. But please, kalau you belum sedia, don't let him go" pesan Alex kepada gadis itu.

Qayyisa tertawa sinis. "I baru sahaja lepaskan dia. He deserves better"

Alex menggeleng tidak puas hati dengan sifat Qayyisa. Namun, sebaik sahaja dia ingin membuka mulut, Qayyisa lebih cepat menukar topik perbualan mereka.

"Kumpulan you gerak pukul berapa?"

Alex merenung jam tangannya. Jarum jam yang menunjukkan tepat pukul dua membuatkan dia menepuk dahi.

"Oh my god. I dah lambat. See you" balas Alex laju sambil tangannya mencapai pistol kegemarannya dan berlari keluar dari bilik persediaan tersebut.

Qayyisa kembali termenung. Debaran yang dirasai untuk misi kali ini tak mampu menandingi rasa menyesal terhadap dirinya.

Namun, rasa itu hilang apabila memikirkan bahawa ada gadis yang lebih layak untuk mendampingi Daris berbanding dirinya.

'I know that you can happy without me.'

Panggilan dari anak buahnya membuatkan fikiran Qayyisa kembali fokus untuk misinya.

Pistol berwarna roses gold yang direka khas oleh arwah bondanya dicapai dan digenggam erat.

Tanpa disangka aura seorang Qayyisa Qaysara kini bertukar menjadi aura seorang pewaris. Pewaris kepada Estrella Real yang mempunyai dua dunia berbeza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience