CHAPTER 19

Drama Series 5352

"Tapi kenapa Isa tolak?"

Qayyisa tidak menjawab. Matanya juga tidak beralih dari memandang papan catur.

Akhirnya, keadaan kembali janggal sehingga tinggal lagi beberapa buah catur di atas papan itu.

"Isa nak persetujuan ayahanda untuk benarkan Isa teruskan misi L-481 yang tertangguh dulu" Megat Qayrul terpaku. Tangan yang ingin memegang ratu ditarik semula.

"Kenapa Isa nak teruskan misi tu? Misi Chevalier pun tak habis lagi" ucap Megat Qayrul dengan nada yang agak tinggi.

"Jangan cakap yang Isa masih tak percaya tentang kematian Louis." Muka Megat Qayrul memerah apabila menerima respon yang tak diingininya.

"Jadi sebab nilah Isa tak terima pinangan Megat Qasrina? Isa masih.."

"Ya! Isa masih tak percaya yang Louis dah mati! Ayahanda, selagi Isa tak tengok mayat dia dengan mata Isa sendiri, Selagi itu Isa takkan percaya." Qayyisa mula meninggikan suaranya.

Kesabaran Megat Qayrul hampir sampai ke limitnya. Dia mula berdiri dan memandang wajah anaknya dengan pandangan membunuh.

"Isa! Boleh tak Isa lupakan semua itu! Louis dah mati! Ayahanda nampak dengan mata Ayahanda sendiri yang kereta dia masuk gaung!" Tengking Megat Qayrul.

Qayyisa menggigit bibirnya. Cuba untuk menahan empangan air mata daripada pecah.

"Habis selama ni, apa? Satu persatu barang kepunyaan Louis yang Isa bagi, dipulangkan semula. Apa semua itu?"

"Tak cukup dengan tu, mimpi kejadian 8 tahun lepas, kejadian di mana nyawa Bonda diragut dengan cara paling kejam. Kejadian yang hampir membuatkan masa depan Isa gelap, Kejadian yang mana, ayahanda mungkin akan kehilangan semuanya."

Qayyisa gagal menahan empangan itu. Akhirnya, apa yang terpendam selama ini, diluahkan. Apa yang selama ini menghantui diri dia, diceritakan.

"Isa, jangan jadi bodoh! Orang yang pergi takkan kembali. Louis takkan kembali semula untuk.." belum sempat Megat Qayrul menghabiskan ayatnya, Qayyisa lebih cepat membuka mulutnya.

"Isa bukan nak jadi bodoh, ayahanda! Kalau betul Louis dah mati kenapa kita tak mampu jumpa mayat dia? Sedangkan Estrella banyak alatan canggih untuk kesan dia. Tapi kenapa masih tak jumpa? Tolong lah ayahanda, benarkan Isa untuk trace dia sekali lagi?" Rayunya.

Megat Qayrul mengeluh berat. Wajah sayu anaknya itu dipandang. Kelihatan wajah itu sungguh terseksa dengan apa yang telah dilaluinya.

"Baiklah, ayahanda benarkan. Tapi dengan dua syarat. Syarat pertama, tiada pekerja tetap Estrella yang dibenarkan sertai misi tu. Dan Syarat kedua, kahwin dengan Daris."

.
. .
. .
.

Suasana di kelas 4-2A lebih bingit daripada hari-hari sebelum ini. Mungkin ianya kerana permulaan sekolah setelah dua minggu cuti.

Dan mungkin juga kerans kehangatan gosip tentang Qayyisa yang sudah putus bersama teman lelakinya yang merupakan orang yang agak terkenal di sekolah itu.

Qayyisa melangkah masuk ke kelasnya. Pandangan kecut yang biasa diterimanya sudah bertukar kepada pandangan sinis.

Qayyisa langsung tidak menghiraukan pandangan itu dan terus berlalu ke arah tempat duduk nya.

Masa yang berbaki 15 minit itu di gunakan sebaik-baiknya untuk melelapkan mata yang sudah berat itu.

Namun, sebaik sahaja dia meletakkan kepalanya di atas meja, dia merasakan rambutnya di tarik kuat dari belakang sehingga menyebabkan wajahnya turut sama terangkat.

"Kau memang sundal kan perempuan! Tak cukup dengan Megat Daris, Aryan pun kau nak?!" Tengking Tengku Elisa merangkap gadis yang menarik rambutnya tadi.

Qayyisa mengetap bibir. Sundal? Dasar perempuan Tak tahu malu!

"Apa bukti kau, yang aku nak sangat dekat Putera Haffaz Aryan itu?" Soal Qayyisa sambil mengherotkan senyumannya.

Tengku Elisa menunjukkan gambar pada iPhone nya kepada Qayyisa.

Qayyisa tergelak kecil. Setakat gambar dia dan Aryan di bangku taman tu, dia dituduh nakkan Aryan?

Perlahan-lahan, Qayyisa mempamerkan senyuman psikonya. Tengku Elisa yang agak terkejut mula mengundurkan langkahnya.

Qayyisa merapatkan mulutnya ke telinga Tengku Elisa dan membisikkan sesuatu.

Tengku Elisa membulatkan matanya apabila mendengar dengan jelas apa yang dikatakan Qayyisa.

Qayyisa tersenyum puas lalu terus melangkah keluar daripada kelas itu.

Namun sebaik sahaja dia keluar, dia terserempak dengan empat jejaka pujaan ramai yang baru nak up. Yeah, siapa lagi kalau bukan Aariz, Aryan, Firas Dan Ayaz.

Dia menjeling sekilas Aryan yang sedang tersenyum mengejek ke arahnya sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berempat.

"Kenapa minah tu?" Soal Aariz pelik. Aryan hanya mengangkat bahu bersama senyuman masih lekang dibibirnya.

"Dah jom masuk kelas. Lantak lah dia" ajak Firas dan dipersetujui rakan-rakannya.

Sebaik sahaja mereka masuk ke kelas, Tengku Elisa dengan tiba-tiba merangkul lengan Aryan membuatkan mereka berempat terkejut terutama Aryan.

Wajah Tengku Elisa sangat buruk apabila makeup nya telah cair dek kerana air mata yang tidak berhenti mengalir.

"Aryan! Sampai hati you curang dengan I" rangkulan dilepaskan dan tangannya memegang iPhone untuk menunjukkan gambar tadi.

Aryan mengerutkan dahinya. Gambar dia dan Qayyisa. Kenapanya?

"Waktu tu aku berborak dengan Qayyisa je. Kenapanya? And lagi satu sejak bila kita couple? Sampai curang-curang bagai. Perasaan betul lah kau ni."

Kelas mereka yang tadinya senyap untuk menonton drama tak berbayar tadi akhirnya dipenuhi dengan gelak tawa mereka.

Prak. Prak

Hati yang tadinya patah kini hancur sehancurnya. Sudahlah direject. Selepas itu diketawakan pula tu. Tengku Elisa sungguh malu sehinggakan mahu pindah sekolah!

.
. .
.

Pintu bilik Muzik yang berkunci itu dibuka menggunakan kemahiran yang ada.

Qayyisa menutup pintu itu dengan berhati-hati sebelum melangkah ke arah piano yang tersergam indah itu.

Kerusi ditarik dan diduduknya. Hembusan nafas dilepaskan sebelum tangannya memulakan gerakan pada piano itu.

Sebaik sahaja dia menghabiskan lagu itu, Qayyisa mendengar tepukan yang kuat dari seseorang.

Dia menoleh untuk melihat gerangan tersebut. Seorang lelaki yang dia tidak kenali.

"Siapa kau?"

Thank you kerana sudi membaca

Don't forget to vote and comment this story!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience