Pagi nan indah, burung-burung berkicauan, kanak-kanak bermain riang dan ada juga mak cik - mak cik yang membawang.
Qayyisa tersenyum senang sepanjang perjalanannya ke sekolah. Disebabkan mood nya baik hari ini, maka dia tidak berniat untuk ponteng sekolah. Mungkin hanya pada hari ini. Esok lusa belum tahu?
Kakinya terus melangkah tanpa menghiraukan orang sekeliling. Jarak perjalanannya untuk ke sekolah lebih kurang 1 kilometer. Namun, langkahnya terhenti apabila mendengar suara orang meminta pertolongan.
Dia memandang ke arah dimana datangnya suara itu. Kelihatan seorang wanita awal 50 an sedang memangku seorang lelaki yang terbaring berlumuran darah.
Qayyisa segera berlari ke arah wanita itu.
"Mak cik kenapa ni?"
"Tolong mak cik, nak. Anak mak cik kena tikam." Jawab wanita itu teresak-esak. Qayyisa mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor kecemasan.
Tidak lama kemudian, kereta ambulans datang untuk membantu. Wanita tadi mengucapkan terima kasih kepada Qayyisa sebelum masuk ke dalam kereta ambulans itu. Qayyisa hanya mengangguk dan tersenyum mmanis
Selepas ambulans itu meninggalkan kawasan tersebut, Qayyisa mengeluh. Nampaknya, blazer sekolahnya yang berwarna hitam itu telah terkena darah.
Walaupun warna merah itu tak kelihatan tapi bau hanyirnya masih melekat pada blazer tersebut.
Sekarang ini, dia keliru. Adakah dia masih ingin terus pergi ke sekolah ataupun balik?
Qayyisa melihat sekitar tubuhnya jika ada tompakan darah di mana-mana. Namun, nampaknya tidak ada. Maka dia buat keputusan untuk meneruskan niat suci murninya.
Tetapi sebelum itu dia mendekati tong sampah yang berhampiran. Blazernya dan tong sampah itu dipandang silih berganti.
'Maafkan aku'
Dan akhirnya, blazer itu selamat mendarat di dalam tong sampah tersebut.
Pelajar kelas 4-2A memandang pelik ke arah Qayyisa. Namun, Qayyisa hanya beriak selamba. Dia memasang earphone di telinga dan meletakkan kepala di atas meja.
Sebaik sahaja dia ingin melelapkan matanya, ear phone miliknya dicabut kasar oleh seseorang.
Qayyisa memandang ke arah gerangan yang mencabut earphone nya itu.
Asyraf Zaqwan
Tiada riak marah atau sapaan ditayangkan oleh Qayyisa kepada jejaka itu.
"Nak apa?" Soal Qayyisa.
"Cikgu Fakhrul panggil" jawab Asyraf.
Qayyisa bangun dari duduknya dan berjalan pergi meninggalkan Asyraf. Asyraf membuntuti Qayyisa.
Keadaan kelas yang sunyi dek kerana kedatangan mengejut ketua pengawas itu tadi bertukar gamat kembali setelah dua manusia itu pergi.
Gadis-gadis mula berkumpul untuk sesi 'membawang' tentang kejadian tadi.
Dan sudah pastinya mereka akan sampaikan cerita ini kepada Senior Amanda.
Sesampainya Qayyisa di bilik disiplin, Asyraf berdehem seraya memberhentikan langkahnya. Qayyisa yang terdengar deheman itu, lantas menoleh.
"I think i should go now. Aku tak boleh nak teman kau kat dalam" Qayyisa tersenyum sinis.
"Just go. And i never ask you to accompany me" Asyraf tergamam. Qayyisa hanya menjelingnya dan tersenyum sinis sebelum masuk ke dalam bilik disiplin manakala Asyraf masih membatu di situ.
"What do you want?" Soal Qayyisa sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Cikgu Fakhrul dan seorang lagi lelaki menoleh ke arah suara itu. Qayyisa terpaku melihat gerangan lelaki yang turut ada di bilik itu.
"Ayahanda" perlahan bibirnya menyebut perkataan itu.
Megat Qayrul memandang serious wajah anak perempuannya itu. "What have you done, Megat Qayyisa Qaysara?"
Qayyisa menunduk. Tidak mampu untuk memandang tepat pada mata lelaki itu.
"Ayahanda ulang balik, Apa yang Isa dah buat?" Soalnya lagi.
Qayyisa mengangkat wajahnya dan seraya tersenyum sinis. "I'm doing nothing?"
Megat Qayrul menahan amarahnya. Dia tidak boleh menjerit di sini kerana bilik ini bukan kalis bunyi.
"After school, at HOME." Perkataan 'home' ditekankan. Qayyisa hanya membalas dengan cebikan di bibir.
Megat Qayrul memandang Cikgu Fakhrul. "Baiklah cikgu, saya gerak dulu."
Cikgu Fakhrul menganggukkan kepalanya lalu memberikan tunduk hormat kepada lelaki tersebut.
Setelah keluarnya Megat Qayrul, Qayyisa memandang tepat pada wajah guru muda itu.
"So, sir Fakhrul. Mind to explain?"
Cikgu Fakhrul tergelak. "Your dad is our school director, Qayyisa. He knows everything about this school"
Qayyisa memutarkan bebola matanya dan terus keluar dari bilik itu.
Sepanjang perjalanannya ke kelas, Qayyisa membebel seorang diri. Tanpa dia sedari seseorang jejaka sedang memerhatikannya.
"Err, miss?" Soal jejaka tersebut.
"Apa?!" Soal Qayyisa kasar. Lelaki itu terdiam. Belum sempat lelaki itu membuka mulut kembali, seorang lagi lelaki menghampiri mereka.
"Hey girl, chill. We just want to ask you. Kelas 4-2A di mana?" Soal lelaki yang baru muncul itu tadi beserta kenyitan mata yang menawan.
Qayyisa memandang dua lelaki itu silih berganti. Satu senyum nakal tersenyum di bibir.
"Oh, kelas 4-2A ada dekat block E tingkat no 6." Dua jejaka itu tersenyum seraya mengucapkan terima kasih.
Sebaik sahaja mereka beredar, Qayyisa tersenyum sinis.
"Okay, class. Turn to page 72. I want you to complete all the task for your homework. Is it okay?" Guru muda berkaliber itu memandang seluruh kelas.
Kelihatan beberapa pelajar mengangguk faham dan ada juga yang merungut. Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang pelajar perempuan yang duduk berseorangan di meja belakang.
"Hey, miss Qayyisa. I think this is your first time in my cclass right?" Soalnya sinis.
Qayyisa menganggkat wajahnya.
"Pardon?"
"Yeah. You always skip my class, miss Qayyisa. So I guess this is your first time."
"Hmm. Yeah you're right, madam. I have to skip your class because your class was so bored" Guru muda itu tersentak manakala Qayyisa tersenyum sinis.
"You.. get out of this class!" Qayyisa hanya beriak selamba dan dengan rela hati dia keluar dari kelas itu.
Pelajar yang lain hanya duduk diam menikus. Tidak berani untuk membuka mulut ketika guru itu sedang marah.
Sebaik sahaja dia keluar dari pintu kelas itu, dia terserempak dengan dua jejaka tadi.
"Kau!" Muka jejaka itu kelihatan merah. Qayyisa tersenyum sinis.
"Madam, you have new students here!" Jerit Qayyisa dari luar kelas dan terus berlalu meninggalkan dua jejaka itu.
Madam Nina menjenguk dari dalam. Mood marah tadi terus bertukar sejuk semula sebaik sahaja melihat 'pemandangan'.
"Hey, boys. Welcome to the class" sapa guru muda itu mesra. Dua lelaki itu saling berpandangan.
"Err.. madam. Ini kelas 4-2A ke?" Soal seorang dari lelaki itu. Madam Nani tersenyum seraya menganggukkan kepalanya.
"Come. Introduce yourself and meet your new classmate."
Sebaik sahaja mereka masuk ke kelas, semua gadis terpaku dengan kekacakkan mereka. Lelaki pertama yang masuk memperkenalkan dirinya.
"Hey. I'm Putera Haffaz Aryan bin Putera Hanif. You guys can call me Aryan." Semua gadis menjerit kegirangan.
"Hello. I'm Tengku Aariz Dayyan bin Tengku Addin. You can call me Aariz." Aariz mengenyitkan mata nya kepada sekumpulan pelajar perempuan menyebabkan kelas bertambah bising dengan suara teruja mereka.
"Aryan, Aariz, kalian boleh duduk di meja yang kosong itu." Semua pelajar terdiam.
"Tapi Madam, meja tu macam ada orang." Balas Aariz sambil menunjukkan meja itu.
"Don't worry. Beg itu awak letak sahaja kat bawah. Orangnya pun entah ke mana" balas guru itu lembut.
Semua pelajar menelan air liur kesat. Pasti akan ada peperangan besar berlaku.
Thank you kerana sudi membaca
Don't forget to vote and comment this story!
Share this novel