CHAPTER 25

Drama Series 5352

Aariz dan Ayaz menunduk, Aryan tersenyum, Firas menongkat dagu dan Qays masih keliru.

"Kenapa kau datang sini?" Soal Aariz masih menunduk.

"Aku nak minta pertolongan korang"

"Tolong apa?" Aryan membulatkan matanya tanda teruja. Muka Ayaz yang makin keruh itu langsung tidak dipandang. 

Qayyisa mengeluh. Nampaknya jika dia minta bantuan mereka, rahsianya akan pecah. Tapi, hanya mereka yang boleh di harap untuk masa kini.

Qayyisa pandang Firas. Firas kerut dahi. Aryan disebelahnya mula beraca cemburu apabila gadis pujaannya memandang jejaka lain.

"Er, Qayyisa nak kami tolong apa?"

Sekali lagi Qayyisa mengeluh. Pandangan yang diberikan kepada Firas langsung tak membantu.

"Aku sebenarnya Megat Qaysara Megat Qayrul" balasnya senafas.

Mereka berempat kecuali Firas terkaku. Qayyisa tak bergurau kan?

"Kalau korang tak percaya, korang tanya Firas" Mereka berempat menoleh ke arah Firas yang perlahan-lahan mengangguk.

"Isa, kenapa kau tak pernah cerita pun? Aku ingat kita dah jadi kawan baik" ucap Aryan sayu.

Qayyisa menggigit bibirnya. Memang mereka berdua kawan, tapi tak semestinya rahsia penting harus dikongsi.

"Dan kau Fir, macam mana kau tahu identiti Qayyisa?" Mata Aryan mencerlung tajam memandang Firas.

"Aku.. aku.."

"Aku apa?!" Tengking Aryan.

Tanggannya di bawa ke kolar baju Firas lalu dicengkamnya kuat.

"Kau memang kan?! Aku tahu, kau tahu yang aku suka Qayyisa! Tapi kau, khianat aku kan?!" Ucapnya dalam keadaan berang.

Qayyisa tersentak apabila Aryan berkata begitu. Jadi selama ini, Aryan menaruh harapan kepada dia?

"Aryan.." panggil Qayyisa perlahan.

Aryan terdiam. Kolar Firas yang dicengkam turut dilepaskan. Dia terkelu. Qayyisa dengar?

Qayyisa menunduk. Tanggan terus mencapai kunci kereta lalu dia terus berlalu tanpa pamitan.

Aryan terduduk. Semuanya hancur. Persahabatnnya dengan Firas, persahabatannya dengan Qayyisa. Dan yang paling teruk, Qayyisa tahu akan perasaannya pada waktu yang salah.

Firas membetulkan kolarnya. "Lain kali, kalau kau tak tahu apa-apa, jangan masuk campur."

Pandangan kemarahan diberikan kepada Aryan sebelum dia berlalu pergi ke arah biliknya.

Aariz, Ayaz dan Qays terdiam. Drama sebentar tadi cukup mengelirukan mereka terutama Qays.

Nampaknya mereka semua jatuh cinta pada gadis yang sama. Mungkin?

.
. .
.

Qayyisa memandang bintang di langit. Kini dia berada di taman Terabhitia miliknya.

Walaupun sunyi dan suram, namun dia sentiasa damai di sini. Seperti ada kehangatan kasih sayang bondanya di sini.

Qayyisa tersenyum nipis. Kalau lah bondanya berada di sini.

"Kau okay tak?" Suatu suara menyapa membuatkan bulu roma Qayyisa meremang.

Segera dia menoleh mencari suara itu.

"Firas?" Keningnya bercantum apabila terpandang susuk tubuh yang amat dikenalinya.

Firas tersenyum lalu menghampiri Qayyisa.

"Ma..macam mana kau ada dekat sini?" Soal Qayyisa seakan tidak percaya.

"Sorry kalau aku takutkan kau. Err, Aku nak bincang tentang permintaan kau tadi. Dan aku nak minta maaf pasal pergaduhan tadi. Yeah, Aryan memang baran sikit"

Qayyisa tergelak kecil. "Aku tak kisah pun sebenarnya, cuma.. it's gonna be a little bit awkward between me and him"

Keadaan kembali janggal sehinggalah Qayyisa membuka mulut lagi.

"Kau, betul nak tolong aku?" Firas mengangguk menyebabkan Qayyisa tersenyum.

"Aku pernah ada abang angkat. Tapi suatu tragedi membuatkan kitorang terpisah."

"Jadi, kau nak aku cari dia?" Sampuk Firas.

"Yeah. Lebih kurang. Aku nak trace dulu keberadaan dia." Firas mengangguk lalu terus mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Apa nama dia?"

"Louis Elson" Serentak itu genggaman telefon bimbitnya terlepas.

"Lo..Louis Elson?"

.
. .
.

"Abang Daus, bangun!! Abang! Abang!" Tubuh genit Firas menggoncang kuat tubuh abang kesayangannya itu.

"Abang! Bangunlah! Jangan tinggalkan Fir!" Jerit Firas lagi. Tubuhnya yang basah dek kerana air hujan langsung tidak dihiraukan.

Apa yang dia mahu adalah abangnya membuka mata.

Mata Firas mula bertakung apabila abangnya langsung tidak memberikan respon.

"Abang?!" Firas terduduk. Darah di dada abangnya makin banyak membuatkan tangisan Firas semakin kuat.

"Jangan tinggalkan Fir" Suara Firas semakin mengendur sebelum pandangannya beetukar gelap.

.
. .

"Fir?"

"Fir?"

"Fir?"

Firas tersentak. Wajah Qayyisa di sebelahnya di pandang dengan pandangan keliru.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap?"  Soal Qayyisa.

Firas menunduk. Dalam hati dia menyumpah dirinya kerana mengelamun.

"Sorry, Isa. Boleh kau ulang semula tak?" Soal Firas takut-takut.

Qayyisa berdecit geram. Pantas tangannya di bawa ke kepala jejaka itu dan dilukunya kuat.

"Lain kali dengar. Bukan mengelamun"

"Tapi tak apa. Aku tahu kau mesti teringatkan arwah abang kau kan, Tuan Firdaus Tuan Fazrul?" Teka Qayyisa.

Sekali lagi Firas tersentak. Bagaimana gadis ini mengenali arwah abangnya?

"Abang kau, Tuan Firdaus. Dia seorang lelaki yang baik. Dia juga seorang knight yang paling hebat. Ayahanda selalu puji dia"

Tubuh Firas membeku. Jiwanya kacau. Apa yang di maksudkan Qayyisa?

Abang Daus salah seorang Knight Estrella?

"Firdaus kawan baik Louis. Diorang sama sama hebat. Jadi, bilamana ada misi yang melibatkan diorang berdua, takkan ada yang gagal" terang Qayyisa lagi.

"Habis tu, kenapa abang kau kena bunuh?"

Qayyisa tersenyum hambar. Sungguh berat dia nak ceritakan tentang kejadian itu.

"Louis, dia yang bunuh abang kau. Aku pun tak tahu apa motif dia. Tapi yang aku tahu, dia bunuh abang kau seminggu sebelum bonda aku terbunuh"

Firas menunduk. Sungguh, dia tidak mampu menerima semua kenyataan ini.

Tangannya dikepal kuat. Wajahnya semakin memerah apabila Qayyisa memandangnya.

"Sorry, Isa. Aku tak mampu nak cari abang angkat kau. Sebab kalau aku jumpa dia, aku takut diri aku tak mampu dikawal."

Qayyisa menghela nafas. Wajah Firas di tenungnya. Nampaknya, jejaka itu sudah mula berdendam.

"Aku faham perasan kau. Dan aku pun rasakan benda yang sama."

"Aku nak kau cari dia, sebab aku nak bunuh dia. Aku takut kalau aku tak mulakan apa-apa langkah, nyawa ayahanda, aku dan ramai lagi orang penting Estrella terbunuh."

"Macam arwah bonda aku" sambung Qayyisa lagi dengan suara yang semakin mengendur.

Firas menggigit bibirnya. Senyuman kembali terlakar.

"Aku akan pastikan dendam kita terbalas"

.
. .
. .

Aryan duduk termenung di balkoni biliknya. Kejadian ysng terjadi tadi, sungguh membuatkan fikirannya serabut.

Dalam masa yang sama, dia turut memarahi dirinya kerana tidak mampu menahan baran dan cemburu.

Apabila dia tahu yang Firas mengetahui rahsia Qayyisa, terus hatinya rasa sakit.

Seolah-olah dirinya tidak penting buat gadis itu.

Namun, dia lupa akan sesuatu perkara, Firas bijak.

Dia pandai akan bab komputer dan sudah pasti jejaka itu sendiri yang menceroboh masuk maklumat peribadi Qayyisa.

Tapi, kenapa Firas tidak memberitahu hal itu lebih awal kepada mereka?

Aryan megeluh kuat. Rambutnya di raup kasar.

Apa yang dia perlu sekarang adalah menjernihkan hubungan antara dia dan Qayyisa.

' As long as I'm ur best friend. I don't care if i have to hold this feeling'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience