CHAPTER 5

Drama Series 5352

Susana wad yang sunyi tadi bertukar meriah dengan kehadiran 3 jejaka kacak lagi bergaya. Jururawat dan doktor yang bertugas juga turut mengintai 4 teruna kacak tersebut.

"Qays, kenapa kau tak bagi tahu yang kau masuk hospital?" Soal Aryan setelah bergelak ketawa selama sejam.

Qays hanya tersenyum. "Saja. Tak nak bagi kau risau." Aariz berdecit.

"Ni, kalau Firas tak bagitahu kitorang sampai ke tua lah kitorang tak tahu.Dahlah jauh dari KL dan balik JB. Nasib esok tak sekolah."

Qays ketawa perlahan. "Sorry lah. Aku ni susah kan korang pulak"

Firas menyiku perut Aariz perlahan. Aariz yang sedar akan kesilapannya segera meminta maaf kepada Qays.

Setelah 2 jam berada di situ, Firas keluar sebentar untuk ke kafeteria hospital. Dia membeli empat tin milo, 2 sandwish tuna dan 2 sandwish telur.

Semasa membayar barangan tersebut, dia terlihat akan seseorang yang sangat dikenali.

Megat Daris Aley

'Apa dia buat kat sini?' Firas berteka teki di dalam hatinya. Dia terus memerhatikan gerak geri jejaka itu. Kelihatan seorang gadis menghampiri Daris membuatkan Firas lebih terkejut.

Oh my god! Qayyisa is here guys!

Firas terus memperlajukan langkah nya. Nampaknya, Daris sungguh asyik melayan Qayyisa sehingga tidak perasan akan dirinya melintasi meja itu.

"Eh? Firas?" Satu suara menyapa membuatkan tanggapan Firas meleset seratus peratus.

Firas menoleh ke belakang. Dia tersenyum janggal dan berdehem.

"Betullah, kau Firas. Kau buat apa kat sini?" Soal Daris.

"Saya melawat orang sakit. Abang?"

"Aku tengah date." Daris tersengih sambil memandang ke arah Qayyisa. Bola mata Firas membulat mendengar kenyataan Daris.

"Date dekat hospital?!" Soal Firas seakan tak percaya.

"Yelah. Dah aku doctor. Tak akan nak date dekat supermarket pula."

Firas tersengih mengerti. Baru dia faham yang 'date' yang dimaksudkan Daris adalah janji temu antara doctor dan pesakit. Dan mungkin pesakit yang dimaksudkan adalah Qayyisa.

Firas mennggosok tengkuknya beberapa kali. "Okey lah, bang. Saya gerak dulu. Kesian kawan saya dah tunggu lama"

Daris mengangguk. Qayyisa yang membelakanginya itu hanya diam membisu sejak dari tadi.

Namun, setelah dia melangkah beberapa tapak, dia mendengar sesuatu.

"Daris, I've got to go. Kirim salam dekat your mom and dad." Pesan Qayyisa sebelum melangkah pergi meninggalkan Daris yang terpinga-pinga di situ.

Firas melajukan langkahnya. Isu hangat ini harus disampaikan kepada Aryan dan Aariz.

Sesampai Firas di wad Qays, terus dia meletakkan makanan tersebut di atas meja.

Firas membisikkan sesuatu ke telinga Aariz membuatkan Aariz terjerit kecil. Aryan dan Qays memandang Aariz pelik.

"Seriously?" Soal Aariz sambil memandang ke arah Firas. Firas mengangguk laju.

Tanpa apa-apa kata, Aariz terus berlari ke arah kafeteria. Firas tercengang. Dia lupa nak memaklumkan kepada Aariz yang Qayyisa sudah pulang.

"Kenapa dengan Aariz tu?" Soal Aryan. Firas hanya mampu tersengih.

"Aku bagitahu dia yang ada jualan doughnut percuma kat kafeteria." Tipu Firas. Aryan berdecit.

"Kenapa tak bagitahu aku awal-awal, aku nak juga." Aryan memuncungkan bibirnya. Qays tersenyum manakala Firas mengerutkan dahinya.

"Sejak bila kau makan doughnut ni?"

"Sejak benda tu jadi free" Firas memutarkan bebola matanya. Qays yang senyap dari tadi terjerit kecil membuatkan Firas dan Aryan cemas secara tiba-tiba.

Qays hanya menggelengkan kepalanya tanda tiada apa-apa yang teruk berlaku. Firas dan Aryan menarik nafas lega.

Seketika itu, pintu wad itu dibuka oleh seseorang sambil menjerit.

"Suprise!" Mereka bertiga memandang gerangan itu. Aryan membulatkan mata nya manakal Firas dan Qays hanya berhak biasa.

"Ayyaz!" Jerit Aryan sambil melagakan bahunya dengan Ayyaz.
"Kau cakap kau ada kelas memasak?"

Ayyaz tersenyum sambil menunjukkan mangkuk tingkat di tangannya.

"Aku baru habis kelas.Tu yang aku terus datang sini. Hari ni kelas aku buat masakan special. Ayam percik." Kata Ayyaz sambil membuka mangkuk tingkat tersebut.

Firas dan Aryan menelan air liur mereka. Bau masakan Ayyaz yang memasuki rongga hidung mereka membuatkan iman mereka tergugat.

"Yaz, nak!" Pinta mereka berdua serentak. Ayyaz tersenyum kelat.

"Sorry, tapi aku niat nak bagi makanan ni dekat Qays" Firas dan Aryan hanya mampu melihat Qays memakan nasi dan ayam percik itu dengan berselera.

Perlahan-lahan mereka menelan air liur. Perut mereka juga turut mendendangkan lagu sayu.

"Oh Yan, aku nak minta tolong boleh?" Soal Ayyaz. Aryan memandang wajah Ayyaz sambil mengangguk.

"Disebabkan aku diheret sekali oleh manusia berhati monyet ni untuk bersekolah di sekolah kau, jadi izinkan aku untuk tinggal di rumah kau sepanjang sesi persekolahan."

Mata Aryan bersinar. Lantas, dia mengangguk laju sambil tersenyum.

"Boleh, tuan Nik. Tapi ada syarat nya. Tuan Nik haruslah menjadi tukang masak, bisa enngak?" Balas Aryan dalam dialek Indon.

Ayyaz menjulingkan matanya ke atas sambil tangannya di bawa ke bahu. Sudah pasti itu syarat yang akan diletakkan oleh Aryan.

"Yelah"

Aryan tersenyum. Firas memandang wajah Ayyaz seakan tak percaya. Firas berdehem sedikit.

"Err, Yan. Kalau aku nak duduk sekali dengan kau boleh?" Aryan ketawa besar.

"Semestinya boleh, kawanku. Alang-alang, kau boleh jadi maid aku, kan?" Soal Aryan symbol mengangkat keningnya seberapa kali.

Belum sempat Firas ingin menjawab kata-kata Aryan, Pintu wad tersebut dibuka oleh Aariz.

"Firas, aku nak bincang something dengan kau sekejap" ucap Aariz sambil menunjuk ke arah luar. Firas mengangguk dan berjalan menuju ke arah Aariz.

Setelah pintu ditutup kembali, Aariz menunjukkan telefon bimbitnya ke arah Firas.

Firas melihat telefon bimbit itu dengan kerutan di dahi. "Kenapa?"

"Kau pasti ke Qayyisa datang sini sebabkan appointment dengan Daris?" Firas mengangguk.

"Tapi kenapa, feed instagram Qayyisa yang terbaru ni macam menunjukkan yang dia datang sini sebab date?"

Firas mengerutkan dahinya sekali lagi. Dia melihat semula ke arah telefon tersebut.

qay.isara
Merrient Hospital, JB

Liked by unknownz and 81,093 others.

qay.isara Please hold me tight. @megat_dnley

Comment

pwincess @megat_dnley so sweet you guys
unknown07  @megat_dnley you are so lucky to have her as your girlfriend, bro

Firas terkedu. Tiba-tiba suara Daris bermain di fikirannya.

"Aku tengah date."

"Yelah aku doctor. Takkan nak date dekat supermarket pula"

Firas tersedar sesuatu. Apa yang dimaksudkan oleh Daris bukanlah appointment tapi date yang sebenar.

Jadi Qayyisa date dengan Daris lah, kan?

Firas tersengih memandang wajah Aariz. "Satu lagi. Aku pergi kafeteria, tak de pun Daris or Qayyisa. Kau tipu aku eh?"

Firas menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Tadi aku belum habis cerita lagi. Tapi kau, dah lesap entah ke mana"

Aariz menjulingkan matanya. Nasib baik ada akak kafeteria yang baik membelanjakannya sekotak anggur.

Aariz dan Firas terdiam beberapa saat. Tiba-tiba notifikasi dari telefon milik Firas memecah kesunyian tadi.

"Weh. Mom aku suruh balik. Aku balik dulu tau. Kirim salam pada diorang" Kata Firas sebelum melangkah pergi meninggalkan Aariz keseorangan.

Aariz tercengang melihat Firas. Dia terus masuk ke dalam wad Qays tanpa menunggu lama.

Qayyisa melihat pemandangan Johor Bahru dari atas Skycape. Perlahan-lahan dia mengeluh.

Namun, dia terasa diperhati. Tanpa membuang masa, dia terus melangkah pergi dari kawasan tersebut.

Lelaki yang perasan akan gerak langkah Qayyisa itu mula mengikutinya dari belakang. Semakin jauh melangkah, semakin pantas langkah yang di ambil oleh lelaki itu.

Tetapi malangnya, jejak Qayyisa hilang. Lelaki itu berdecit kegeraman.

Tiba-tiba badannya ditolak dari belakang sehingga menyebabkan dirinya tersembam di atas lantai mozac bangunan tersebut.

Tangan kanannya juga dipulas kebelakang menyebabkan pergerakannya terpaku di situ.

"Siapa yang hantar kau?" Soal Qayyisa kasar. Lelaki itu mengadu kesakitan apabila Qayyisa menekan wajahnya pada lantai.

"Tiada siapa-siapa" jawab lelaki itu. Qayyisa tetap menanyakan soalan yang sama lagi tetapi dengan nada yang lebih keras.

Namun, jawapan yang diterima juga adalah sama. Qayyisa terus menanyakan soalan seterusnya.

"Kenapa kau ikut aku?" Lelaki itu terdiam sebentar.

"Sebab.. sebab.. kau lawa." Qayyisa tersenyum sinis mendengar jawapan yang diberikan oleh lelaki itu.

"Stupid. Kau ni sebenarnya orang suruhan Louis kan?" Lelaki itu mengerutkan dahinya.

Namun, belum sempat dia membuka mulut, bunyi tembakan kedengaran sangat kuat.

Qayyisa segera melepaskan lelaki itu dan berlari ke arah lif meninggalkan lelaki itu tercengang keseorangan di situ.

Thank you kerana sudi membaca

Don't forget to vote and comment this story!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience