CHAPTER 12

Drama Series 5352

Langkah kaki mereka diteruskan menuju ke destinasi seterusnya. Senyuman yang tadinya terletak indah di bibir berganti dengan wajah suram dek akibat kejadian tadi.

Daris mati kutu apabila menghadapi situasi seperti ini. Dia sedaya upaya untuk mengembalikan suasana seperti tadi, namun Qayyisa hanya tunduk membisu. Akhirnya, Daris membuat keputusan untuk menegur Qayyisa.

"Qayyisa, awak okay ke tak?" Soal Daris setelah lama situasi janggal tersebut berlaku. Qayyisa hanya mengangguk lemah menyebabkan Daris mengeluh dan memberhentikan langkahnya.

Dia memalingkan tubuhnya sambil memandang Qayyisa dan menarik badan Qayyisa ke dalam dakapannya.

"Saya tahu awak rindukan bonda awak, tapi tolonglah jangan jadi macam ni. Awak mesti kuat, Qayyisa. Juliet saya yang selama ini saya kenal sangat kuat."

Qayyisa menggigit bibirnya. Kenapa Daris harus seksa hatinya sebegini? Bagaimana dia ingin berpisah jika hatinya langsung tidak mengizinkan.

"Daris, I've something to tell you." Qayyisa melepaskan diri dari dakapan Daris dan memandang tepat ke mata lelaki itu.

"I love you." Senyuman meniti di wajah Daris. Dia percayakan perkataan keramat yang dilafazkan Qayyisa itu, kerana dia dapat melihat ketulusan di mata Qayyisa.

'But I can't have you' sambung kata hati Qayyisa tetapi tidak mampu terluah menjadi kata-kata.

"I know that. Because I love you too and more" Qayyisa hanya mampu tersenyum hambar mendengar kata-kata yang meniti dari bibir jejaka itu.

Mereka meneruskan perjalanan sehinggakan menjumpai Neverland, iaitu sebuah tasik buatan yang terletak ditengah-tengah fairytale land tersebut.

?

"Jom kita makan petang" ajak Qayyisa lalu melangkah ke meja tersebut. Daris yang pelik dengan kehadiran makanan tersebut segera bertanya.

"Since when benda ni ada?"

"Since kita on the way ke sini. Saya minta Imran sediakan. I know that you are hungry. Saya dengar bunyi perut awak waktu awak peluk saya" Jawab Qayyisa sambil mengetuk perlahan perut Daris.

Daris tergelak kecil. Tidak sangka bahawa bunyi perut kuat sehinggakan Qayyusa.

Dia melangkah ke arah Qayyisa yang sudah duduk di meja tersebut. Wajah Qayyisa yang kembali tersenyum dipandang lama.

"This is another reason why i love you so much" katanya dengan nada romantis.

"What?"

"Awak tak pernah kecewakan saya. You know what I want" Qayyisa sekali lagi hanya mampu tersenyum hambar.

'Sekejap lagi, awak akan tarik balik kata-kata awak, Daris. Saya bukan seperti yang awak fikirkan'

Dan sekali lagi, memori indah mereka tercipta di salah sebuah tempat di Fairytale land tersebut.

Matahari sudah hampir ingin melabuhkan tirainya, namun pasangan merpati sejoli itu masih mencipta memori untuk ulang tahun yang ke 3 bagi hubungan mereka.

?

M

ereka duduk di pondok, menyaksikan pemandangan indah yang tersedia dihadapan mereka.

Bertentang mata dan berbalas senyuman, akhirnya Daris memulakan misinya.

Ditarik tubuh gadis itu agar berhadapan dengannya, lalu jari jemari halus gadis itu digenggamnya erat.

Tautan mata yang lama merancakkan lagi debaran hati yang tersedia rancak. Daris berdehem beberapa kali bagi menghilangkan rasa janggal yang hadir di waktu itu.

"Wise men say,
Only fool rush in,
But I can't help,
Falling in love with you"

Serangkap lagu 'Can't help falling in love' dinyanyikan dengan penuh kelembutan menggunakan suaranya.

Qayyisa yang tadinya kebingungan, kini terpaku mendengar suara nyanyian Daris. Degupan jantungnya yang bertambah laju, cuba untuk dikawalnya. Rasa serba salah semakin menyerbu di hati.

Matanya memandang tepat mata coklat milik Daris. Kejujuran dan keikhlasan jelas terpancar dari riak wajah jejaka itu.

"Qayyisa, I know that this is too early for us, but I really can't handle it."

"For the first time I saw you 6 years ago, I felt something. Something that I never felt."

"Pada masa tu, saya hanya mampu perhatikan awak dari jauh. Saya nampak awak menangis, menjerit, pukul dada awak dan asyik mempersoalkan tentang takdir tuhan."

"Saya tak tahu apa yang berlaku pada diri saya. Saya rasa macam nak sangat peluk awak waktu tu. Pujuk awak, bagi awak semangat."

"Tapi saya tak berani. Sampailah satu saat, awak cuba untuk lemaskan diri awak dalam tasik"

"Tanpa fikir panjang, saya cuba selamatkan awak. Dan apabila saya berjaya, itulah kali pertama saya dapat bertentang mata dengan awak"

"Tapi pengawal ayah awak dalam perjalanan ke tempat tu. I was panic and ran away like a coward."

"I don't know your name, and i never know who are you. But clearly, I can remember your face."

"A few weeks later, same things happend. And suprisingly, i saved you again"

"Saya beranikan diri untuk tegur awak. Dan dari situ, kita berkawan baik."

"Tiga tahun berkawan baik membuatkan saya yakin yang perasaan saya kepada awak bukan sekadar kawan, malah lebih."

"Mungkin ramai orang mempersoalkan, kenapa saya jatuh cinta dengan budak umur 13 tahun sedangkan saya ni dah 23 tahun waktu tu."

"Dan jawapannya, saya tak tahu. Cinta itu hadir tanpa di jangka dan tidak mengenal usia."

"Saya mencuba nasib, melamar awak sebagai kekasih saya. Dan tanpa diduga, awak terima."

"Tiga tahun ni, jujur saya katakan yang saya sangat bahagia. Dan saya harap kebahagiaan ini akan kekal. Jadi Qayyisa" Daris berhenti seketika.

Kotak cincin yang disoroknya di dalam poket tadi dikeluarkan. Dia melutut di hadapan Qayyisa, lalu dibuka kotak cincin itu.

"Shall we go to the next level of this relationship?"

Jarum jam yang menunjukkan pukul 2 itu menambahkan lagi debaran di hati Megat Qasrina.

Pelbagai jenis persoalan yang muncul di benaknya sekarang ini. Kemanakah anak terunanya menghilangkan diri?

Daris berkata kepadanya bahawa dia akan pulang sebelum jam menginjak pukul 8, namun sekarang ini sudah pukul 2 pagi.

Naluri keibuannya mula merasakan sesuatu yang tidak enak. Dia duduk di sofa dan beristighfar mengharapkan supaya tiada kejadian yang buruk berlaku kepada anak tunggalnya itu.

Bunyi deruan enjin kereta menyentakkan lamunan Megat Qayyisa.

Dia terus berlari ke arah pintu untuk menyambut kepulangan anaknya. Kelihatan Daris melangkah ke arahnya dengan wajah yang sunggul.

"Daris, Daris pergi mana? Puas mommy call. Kenapa Daris tak angkat?" Soal Megat Qasrina bertalu-talu sebaik sahaja Daris menghulurkan tangannya.

Daris hanya mampu tersenyum hambar. "Daris pergi cari ketenangan."

"Ketenangan dekat mana, sayang? Kenapa tak bagitahu mommy awal-awal? Tak de lah mommy risau macam ni" bebel Megat Qasrina.

"Sorry, mommy. Daris tiada niat nak buat mommy risau." Megat Qasrina mengeluh melihat sikap anaknya itu.

"Janji dengan mommy, jangan buat macam tu lagi" pesan Megat Qasrina.

Daris hanya mampu tersenyum lemah melihat mommy nya yang melangkah pergi meninggalkannya.

"Mommy" panggil Daris semula.

"Kalau ini yang terbaik, Daris terima. Daris akan ikut plan mommy untuk kahwinkan Daris dengan calon pilihan Mommy"

Thank you kerana sudi membaca

Don't forget to vote comment this story!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience