CHAPTER 26

Drama Series 5352

Kini, sudah hampir seminggu lebih Qayyisa dan Firas mengumpul maklumat tentang keberadaan Louis.

Namun, mereka masih tidak menjunpai apa-apa maklumat tentang lelaki itu.

Qayyisa mengeluh kuat. Pen yang digunakan untuk menyalin nota sekolah diletakkan di tepi.

Kepalanya di letakkan di atas meja tanpa menghiraukan pandangan guru yang sedang mengajar.

"Miss Qayyisa, Could you focus on my class?" Soal guru separuh abad itu.

Qayyisa langsung tidak menjawab. Moodnya hilang.

Aryan pula masih tidak bercakap dengannya. Bukan dia tidak mahu, tapi setiap kali dia ingin memulakan perbualan, Aryan sendiri yang melarikan diri.

"Mister Haffaz, can you sit down beside Miss Qayyisa and tell her to focus on my class?" Ucap guru itu lagi.

Kali ini Qayyisa dan Aryan tersentak. Segera Qayyisa menegakkan badannya dan mencapai pen yang berhampiran.

"It's okay, Mrs. Fong. I'm okay" pantas Qayyisa menjawab apabila melihat Aryan mula mengemas barangnya.

Mrs. Fong tersenyum sinis. Nampaknya taktiknya menggunakan jejaka muda itu berjaya.

Dia kembali mengajar menggunakan tablet yang disambungkan ke projector.

Aryan mengerling Qayyisa yang duduk berhampiran di mejanya. Wajah kacau gadis itu sungguh membuatkan jiwanya tidak tenteram.

Qayyissa menoleh ke arah Aryan dan pada masa yang sama, mata mereka bertentang.

Aryan segera menundukkan wajahnya sambil meraup mukanya.

Wajahnya terasa sangat bahang ketika itu. Dia segera bangun dan meminta izin Mrs. Fong untuk pergi ke tandas.

Qayyisa hanya beriak seperti tidak peduli. Dia sedar bahawa muka Aryan memerah semasa mereka bertentang mata.

Qayyisa kembali mengeluh. Satu lagi masalah yang dia terlupa, Aryan seakan mengharapkan cinta dia.

Sejujurnya, Qayyisa tidak mahu menjalinkan apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki.

Cukuplah, Daris menjadi yang pertama. Dan mungkin yang terakhir di hatinya sehingga dia menghela nafas terakhir di dunia ini.

.
. .
. .

Daris memandangnya kelendar yang berdiri elok di mejanya.

2 bulan.

Masih bersisa dua bulan untuk dia menikmati zaman bujangnya sebelum dia menjadi suami yang sah kepada seorang wanita.

Wanita yang bernama Megat Kasyifa. Kasyifa bukanlah gadis yang dingin seperti Qayyisa. Dia lebih kepada gadis yang periang dan matang.

Sifatnya juga lemah lembut dan sentiasa menjaga hati orang dari hatinya.

Dan secara ringkas, Kasyifa terlalu sempurna buatnya.

Daris mengeluh lagi. Betulkah Kasyifa terlalu sempurna atau dia yang tidak mampu mencintai wanita itu?

Bunyi telefon berbunyi mengacau dirinya untuk berfikir. Namun dirinya langsung tidak melatah apabila melihat nama yang tertera di situ.

"Hello, mommy." Sambutnya.

"...."

"Ya, mommy Ris masih dekat hospital lagi ni"

"..."

"Tak adalah mommy. Tak kacau pun"

"..."

"Mommy nak bincang tentang apa?"

"..."

"Kahwin? Dua minggu lagi?"

.
. .
. .

Qayyisa melihat mata pisau yang bakal menjadi senjatanya sebentar lagi.

Sasaran yang lebih kurang jauh 10 meter darinya langsung tidak membuatnya gentar.

Wajahnya yang tidak berperikemanusiaan itu lantas mengukir senyuman sinis sebelum tangannya menghunus pisau itu ke dada musuhnya.

Lelaki itu terkulai lemah. Dadanya terasa sesak sebelum kakinya perlahan-lahan gagal berfungsi secara normal.

Dan akhirnya tubuhnya jatuh terkulai dihadapan Qayyisa.

Qayyisa membetulkan posisinya sebelum kakinya melangkah menuju ke arah van yang menempatkan Firas.

"Who is he?" Soal Firas setelah Qayyisa kembali tenang.

"Chevalier"

"Yang ditubuhkan di France tu?" Soalnya lagi. Qayyisa mengangguk.

"Chevalier selalu kalah bila bersaing dengan Estrella yang di France. Sebab tu, dia attack Estrella Malaysia. Sebab kalau yang Malaysia makin lumpuh, France akan ikut sama" Terang Qayyisa.

"Dan sekarang dia sedang buru orang orang terkuat Estrella"

"Termasuk kau?" Qayyisa mengangguk.

"Diorang tak pernah tahu nama sebenar aku"

"Habistu macam mana kau hidup?" Soal Firas tak mengerti. Qayyisa tersenyum sedikit.

"Dahlah. Aku malas nak cakap tentang ni. Jom balik. Mayat tu, suruh Luqman bersihkan" Ajak Qayyisa.

Firas hanya mampu mendiamkan diri sebelum kakinya turut melangkah mengikuti jejak Qayyisa.

.
. .
.

"Cik Qayyisa"

Qayyisa terhenti apabila namanya dipanggil oleh seseorang. Segera kepalanya ditolehkan ke arah gadis itu.

"Ya?" Gadis itu menghulurkan bunga kepadanya membuatkan Qayyisa keliru.

"Saya Amanda, ada orang kirimkan bunga pada cik. Minta cik tandantangan pada kertas ni" Pinta gadis yang bernama Amanda.

Qayyisa hanya menurut arahan itu dan berdiri di situ, sehinggalah gadis itu menghilangkan diri.

Jambangan bunga Ros itu dihidu dengan berhati-hati. Wangi. Seperti bunga Ros biasa.

Kemudian, dia memandang dan mencari kelainan dalam jambangan tersebut.

Sehelai kertas yang dilipat dengan kemas menjadi origami ros.

Dia menarik bunga berbentuk kertas tersebut dan membukanya dengan perlahan-lahan.

'Ke hadapan Qayyisa Qaysara yang pernah saya cintai.

Saya tahu awak mesti akan terkejut apabila menerima surat ini. Yelah, kenapa kita tak berjumpa atau bermesej sahaja kan?

Jujur saya katakan, doa awak termakbul. Mommy akan satukan saya dengan seorang gadis. Wajahnya ayu, hatinya murni.

Mungkin dia memang ditakdirkan untuk saya selama ini. Dan sekarang ini, saya tengah menghitung hari sebelum diijab kabulkan dengan dia.

Saya sebenarnya agak kecewa, bilamana saya tak mampu melupakan awak, Qayyisa.

Tapi tak apa. Saya tahu dia mampu buat saya berubah.

Doakan saya bahagia dengan dia.

Yang Benar,
Daris Aley.

Qayyisa tersenyum sinis. Air matanya sudah mula bertakung dan akhirnya tumpah di pipinya.

Ting

Daris Aley

Seperti yang awak harapkan.

Jemputlah datang.

Jambangan bunga yang dipegangnya sebentar tadi, jatuh menyembah bumi.

Air mata Qayyisa mengalir lagi laju dari sebentar tadi.

Pandangan orang-orang disekelilingnya langsung tidak dihiraukan.

Tiba-tiba Qayyisa terasa dirinya dipeluk oleh sesuatu. Dia memandang ke arah manusia itu.

Aryan.

.
. .
.

Hyeee!!
Maaf kerana telah lama mendiamkan diri. Sis busy okeyyy.

Teruskan membaca OBBG untuk mengetahui apa yang bakal terjadi kepada Qayyisa!

Love you all ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience