CHAPTER 3

Drama Series 5352

Sebaik sahaja waktu sekolah berakhir, Qayyisa masuk semula ke dalam kelasnya. Matanya tertancap pada lelaki yang duduk ditempatnya.

Dia segera menghampiri lelaki tersebut. Beg sekolahnya yang berada di kaki lelaki itu di pandang sekilas.

"Bla"

Aryan mengangkat wajahnya apabila mendengar suara seseorang. Dia tersenyum sinis. 'Tempat budak perempuan tadi rupanya.'

"Sekali lagi, aku suruh kau bla sebelum aku guna cara kasar" Aryan hanya memekakkan telinganya. Senyuman sinis nya tidak pernah hilang dari bibirnya sejak tadi.

"Cara kasar macam mana tu, cik adik lembik?" Ejek Aryan. Qayyisa melagakan giginya. Rasa tercabar mula menerpa di sanubarinya.

"Kasar macam ni!" Satu tumbukan selamat mendarat di pipi Aryan menyebabkan jejaka itu jatuh daripada kerusi.

Qayyisa tersenyum kepuasan setelah melihat riaksi lelaki itu.

Aryan memegang pipinya yang terasa sengal itu. Sungguh dia tidak menyangka gadis itu mampu memberi tumbukan sepadu seorang lelaki.

Api kemarahannya mula membuak. Dia tidak kira sama ada manusia yang berada di hadapannya ini wanita atau lelaki. Tetapi yang pasti, dia harus menerima balasan.

Tangan yang memegang pipi tadi, naik untuk memukul Qayyisa. Namun sebaik sahaja ia berada di atas, ia seperti ditahan sesuatu.

Aryan memandang ke arah gerangan yang cuba menghalangnya. Rupa-rupanya ianya adalah Aariz, sepupunya sendiri.

"Yan, tak gentleman lah kalau pukul perempuan" kata Aariz sambil tangannya perlahan-lahan menurunkan tangan milik Aryan.

Aryan berdecit. "Masalahnya sekarang, perempuan ini yang pukul aku dulu."

Aariz menggelengkan kepalanya. "Ia aku tahu, tapi dia masih perempuan, kaum yang lemah, Yang patut dilindungi. Tak patut lah kalau kau buat macam ni" balas Aariz sambil mengeyitkan matanya kepada Qayyisa.

Qayyisa memutarkan bebola matanya.  Menyampah dengan sikap Aariz agaknya. Sementara menunggu mereka 'bertazkirah' dia mengambil begnya dan di sandangkan di bahu kirinya.

"Daripada aku gaduh dengan pengecut lembap yang memerlukan 'kata-kata motivasi' baik aku blah" Kata-kata terakhir dikeluarkan oleh Qayyisa sebelum melangkah pergi cukup membuatkan api kemarahan Aryan bertambah marak.

Tangannya dikepal menjadi penumbuk sehingga menimbulkan urat-urat tangan yang jelas.

'Just wait and see,girl'

Sebaik sahaja kelibat Qayyisa hilang dari pandangan, Aariz menepuk bahu Aryan perlahan-lahan.

"Tak payah lah kau nak balas dendam kat dia." Aryan menoleh ke arah Aariz sambil tersenyum sinis.

"Kenapa? Sebab dia perempuan? Kaum yang lemah? Patut dilindungi? Bukan disakiti?" Soal Aryan seakan membeli Aariz.

"Bukan macam tu. Okay look, tadi masa aku mengayat budak budak perempuan kelas ni tadi, diorang ada cakap pasal budak Qayyisa tu."

"Kenapa dengan dia?" Soal Aryan penuh dengan tanda tanya di benak fikirannya. Aariz mengeluh. Keluhan Aariz dipandang pelik oleh Aryan.

"Aku nak cerita, tapi macam panjang sangat lah. So, kita sambung kat rumah ya kalau tak kita bermalam kat sini lah jawabnya?" Aryan berdecit. Ingatkan apalah sangat sampai mengeluh bagai.

"Okay fine"

Sebuah kereta lamborghini memasuki perkarangan villa mewah milik Megat Qayrul.

Semua pengawal menunduk hormat apabila seorang gadis keluar dari perut kereta tersebut. Setelah itu, seorang daripada pengawal itu menghampiri gadis tersebut.

"Cik Muda Qayyisa, Tuan Megat suruh cik berada di bilik bacaan sekarang." Pinta pengawal itu dengan sopan. Qayyisa hanya mengangguk dan terus melangkah ke dalam rumah agam itu.

Sebaik sahaja sampai di bilik bacaan, kelihatan seorang pengawal sedang menunggunya di pintu bilik tersebut. Pengawal itu menundukkan badannya tanda hormat dan membukakan pintu bilik tersebut.

"You are late 30 minutes." Kata Megat Qayrul sebaik sahaja pintu bilik bacaan itu ditutup.

"Isa, singgah pent house dulu. Tukar baju" kata Qayyisa. Megat Qayrul memncicip sedikit kopi yang berada di atas meja. Kemudian, dia berdehem.

"Ayahanda dengar Isa makin teruk sekarang. Betul ke?" Soal Megat Qayrul. Qayyisa tersenyum sinis.

"Kalau ya pun, kenapa?" Soalan tadi dibalas dengan soalan. Megat Qayrul menghala nafas berat.

"Isa, Isa kena ingat. Walaupun identiti Isa dirahsiakan, tak bermaksud Isa boleh lakukan sesuatu ikut suka hati isa." Pesan Megat Qayrul lembut.

"Kenapa? Sebab ayahanda takut nama ayahanda akan buruk selepas diorang tahu yang Isa anak ayahanda? Ayahanda takut nanti diorang kata ayahanda tak pandai jaga anak? Macam itu?"

Megat Qayrul tersentak. "Isa bukan itu yang ayahanda maksudkan. Ayahanda cuma tak nak keputusan peperiksaan Isa merosot, kalau Isa asyik skip kelas"

Kata-kata tersebut dibalas senyuman yang sinis oleh Qayyisa.

"Merosot? Seriously ayahanda? Ayahanda tak pernah tengok keputusan peperiksaan Isa ke sebelum ni?!" Suara Qayyisa yang menaik seoktaf itu membuatkan Megat Qayrul terdiam.

"Nampak sangat yang ayahanda tak pernah ambil tahu pasal Isa." Balas Qayyisa lagi seolah olah berjauh hati.

"Lepas ini, Isa harap ayahanda teruskan dengan sikap ayahanda seperti tahun-tahun yang dulu. You don't need to care about me because I can take care of myself"

Qayyisa segera beredar daripada bilik itu selepas mengungkapkan kata-kata terakhirnya.

Megat Qayrul mengurut pelipisnya. Nampaknya dia sudah tersalah kata sehingga menyebabkan anak gadisnya tawar hati. Bagaimana harus dia lakukan untuk memujuk gadis itu?

Aryan menekan beberapa pin number untuk membuka pintu rumahnya manakala Aariz di belakangnya tersengih-sengih sambil melihat telefon.

Teet Teet

"Jemput masuk. Buat macam rumah orang." Pelawa Aryan seakan-akan tak sudi.

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, sofa di ruang tamu menjadi destinasi utama jejaka itu.

"Now, aku nak tahu. Apa yang bebudak perempuan tadi cerita pada kau." Arah Aryan kepada Aariz.

Aariz mencebik. "Ish kau ni, aku kan tetamu. Kalau ya pun, bagilah aku segelas air ke?"

"Banyak songeh lah kau. Macamlah tak biasa datang rumah aku. Pergilah ambil sendiri." Aariz menjeling kegeraman. Baru dia ingat nak bermanja!

Setelah meminum segelas air susu, Aariz menghampiri Aryan.

"Okey, kisah dia macam ni. Tadi aku berborak lah dengan budak perempuan kelas tu. Lepas tu, seorang budak ni, nama dia Elis tak silap aku. Dia kata, hati-hati sikit dengan Qayyisa tu."

"Kenapa?" Sampuk Aryan. Aariz mendengus kegeraman dengan sifat tak menyabar Aryan.

"Okay, okay. Sambung lah"

"Aku tanya lah kenapa? Dia kata sebab Qayyisa tu, psychopath" Aryan ternganga.

"Psychopath?!" Aariz mengangguk.

"Wait. Psychopath tu apa?" Wajah  terkejut Aryan tadi bertukar kebingungan setelah berjaya mencerna perkataan yang disebutnya tadi.

Aariz menepuk dahinya. Belum sempat dia ingin membuka mulut, ada satu suara garau menyapa dari belakangnya.

"Psychopath tu ialah orang yang anti social. Dalam fikiran dia kosong. Dia akan dapatkan apa yang dia nak sehingga boleh menyakiti orang lain" terang suara itu panjang lebar.

Aryan dan Aariz mula berasa seram sejuk. Mereka menoleh ke belakang untuk melihat wajah suara itu.

"KAU?!! MACAM MANA KAU BOLEH MASUK DALAM RUMAH NI?!!"

Thank you kerana sudi membaca

Don't forget to vote and comment this story!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience