Semua mata gadis di kafeteria Rexwell Highschool tidak lekang memandang wajah empat jejaka kacak tersebut. Namun, jejaka-jejaka tesebut hanya beriak biasa seperti sudah lama menjadi tumpuan para pelajar.
Mereka berpecah. Ayaz dan Firas membeli air manakala Aryan dan Aariz pergi membeli makanan.
Aryan dan Aariz berjalan beriringan ke kaunter makanan. Setelah berjaya memesan 4 menu utama mereka duduk sebentar di meja menunggu.
Aryan meliarkan mata nya melihat keadaan sekeliling. Dia perasan akan mata-mata gatal yang memandang ke arahnya. Namun, dia sedaya upaya untuk tidak melayan. Dia bukanlah seperti Aariz, seorang pencinta wanita yang berjaya.
Setelah mata nya puas meliar ke seluruh kafeteria tersebut, matanya terhenti pada seorang gadis.
Gadis yang sedang memakai earphone sambil matanya fokus pada makanan yang dimakannya. Gadis itu duduk berseorangan tanpa mempedulikan manusia di sekelilingnya.
Tanpa disedari, Aryan tersenyum segaris. Gadis itu, yang membuatkan dia dan Aariz terpaksa 'menerokai' sekolah itu.
Gadis itu, yang memberikannya satu tumbukan paling padu dari seorang wanita.
Gadis itu, yang merendahkan dirinya. Gadis itu, terdapat sesuatu di dalam diri gadis itu.
Aariz memandang wajah Aryan dengan wajah yang berkerut. Dia memandang ke arah yang dipandang oleh Aryan.
Serta merta mata nya membulat. Dia menyiku kuat perut Aryan menyebabkan Aryan mengaduh kesakitan.
"Kau tengok apa tu?" Soal Aariz. Aryan berdehem lalu menggelengkan kepalanya. Aariz mengecilkan matanya.
"Kau.. tengok Qayyisa kan?" Aryan tersentak. Dia menggeleng laju sambil menggigit bibirnya. Aariz ingin menanyakan soalan lagi, namun nasibnya malang apabila jurujual tersebut telah melaungkan nombor giliran mereka.
Mereka berdua pergi mengambil pesanan dan terus melangkah ke arah meja yang telah diduduki oleh Ayaz dan Firas.
Sebaik sahaja sampai disitu, mereka pelik melihat wajah Firas yang sedang tersengih itu.
"Guys, Aku rasa plan kita dah boleh start." Kata Firas separa berbisik. Ketiga-tiga jejaka itu mengerutkan dahi. Plan? Plan apa?
"Plan apa?" Soal Ayaz lurus. Firas menepuk dahinya perlahan.
"#misi mengenal cik psychopath" kata Firas lagi sambil tersenyum sumbing. Ayaz mengerutkan dahinya.
"Who?"
"Alah, budak perempuan aku cakap dekat kau hari tu lah." Ayaz menganggukkan kepalanya.
"Mana budak tu?" Soalnya. Aariz menunjukkan ke arah meja yang terletak tidak jauh dari meja makan mereka.
Ayaz memandang ke arah tersebut. Kelihatan seorang gadis yang sedang duduk berseorangan sambil makan. Gadis itu hanya beriak biasa. Tiada riak sedih, bosan atau gembira.
"Lawa" kata Ayaz tanpa disedarinya.
"Aku nak try approach dia boleh?" Ayaz tersengih.
Aryan memandang Ayaz dengan pandang maut. "Follow the plan Ayaz" kata Aryan mendatar.
Ayaz mengangkat tangannya tanda mengalah setelah melihat muka cemberut milik Aryan.
"Okay. So this is the plan. Kita gunakan Ayaz untuk approach Qayyisa. Okay?" Ayaz memandang Aryan sambil mengangkat keningnya beberapa kali.
Aryan membalas pandangan tersebut dengan jelingan yang tajam. "Aku pergi dulu lah kalau macam tu."
Ayaz melangkah ke arah meja di mana Qayyisa sedang duduk. Dia meletakkan dulang makanannya dan duduk betul betul di hadapan Qayyisa.
Qayyisa mengangkat wajahnya apabila tersedar akan kehadiran tetamu tak diundang itu.
"Move" arahnya.
Namun, Ayaz tidak mengendahkan arahan Qayyisa. Dia terus menyuapkan makanannya ke dalam mulut. Qayyisa mendengus kegeraman.
"Boleh tak kau dengan geng kau stop kacau aku?" Soalan yang keluar dari mulut Qayyisa membuatkan Ayaz tersedak.
"Pardon?" Qayyisa memaparkan senyuman sinis. Dia meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan dengan berhati. Kemudian dia menongkat dagunya.
"Kau, Firas, Aryan dan Aariz macam ada plan sesuatu. Dan sesuatu itu berkaitan dengan aku. Betul tak?" Teka Qayyisa. Ayaz menelan sisa makanan yang terdapat dalam mulutnya.
"Dear, kitorang nak berkawan sahaja. Tak salah kan?"
"Salah sebab berkaitan dengan aku."
"Why? Apa bezanya you dengan the other? You manusia juga. Boleh makan, minum." Qayyisa membetulkan posisi duduknya dan mendekatkan wajahnya kepada Ayaz.
"Bezanya, I boleh bunuh orang. You, boleh?" Ucap Qayyisa separa berbisik. Ayaz tergamam. Dia berdehem beberapa kali.
"I rasa I dah kenyang. So, I've got to go. See you." Ayaz bangun dari duduknya dan melangkah pergi meninggalkan Qayyisa.
Qayyisa pula tersenyum kepuasan apabila Ayaz pergi jauh meninggalkannya.
Firas, Aryan dan Aariz mengerutkan dahi apabila melihat Ayaz kembali semua kepada mereka dengan wajah ketakutan.
"Kenapa?" Soal Aryan. Ayaz menghala nafas panjang. "She's creepy." Tercetus gelak yang kuat dari mulut Aryan. Tulah tadi berlagak sangat!
"Dia cakap apa?"
"Aku try nak berkawan dengan dia. And then, dia tanya dia boleh bunuh orang, aku boleh tak? Choi, seram bodoh. Dengan suara creepy dia lagi. Uish."
Firas mengangguk faham. Sudah agak yang perkara sebegini akan berlaku. Qayyisa seolah-olah tidak mahu didekati oleh sesiapa. Dia seperti takutkan sesuatu.
"So, apa plan seterusnya?" Soal Aariz kepada Firas. Firas memandang Aariz sambil tersenyum penuh makna.
"Plan seterusnya adalah.... makan" jawab Firas bersahaja. Aryan berdecit manakala Aariz dan Ayaz memutarkan bebola matanya.
"Dasar muka minta kaki"
Qayyisa melangkah keluar dari pagar Rexwell Highschool. Tiba-tiba sebuah limousine hitam berhenti betul-betul dihadapannya.
Cermin hitam kereta limousine itu diturunkan perlahan-lahan. Terpapar wajah seorang wanita berumur 50 an memandang ke arahnya.
"Aunty Qas" wanita itu tersenyum ke arah Qayyisa membuatkan Qayyisa membalas senyuman itu.
"Qayyisa, can we talk for a while?" Qayyisa mengangguk dan terus masuk ke dalam perut kereta tersebut.
"Dah lama Isa tak jumpa aunty kan?" Suara Megat Qasrina memecahkan kesunyian di dalam kereta itu.
Qayyisa mengangguk. "Tu lah, Isa asyik busy dengan training. Aunty pula busy dengan butik. Macam manalah kita nak jumpa?"
Megat Qasrina tergelak mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut kecil Qayyisa. "Ibu tunggal, Qayyisa. Anak pulak dah besar."
Qayyisa tersenyum sedikit. "You are a strong woman, aunty. I envy you"
Sekali lagi, Megat Qasrina tergelak. "Aunty rasa Isa lagi kuat dari aunty. Setelah apa yang Isa lalui, you still can smile and keep calm."
Qayyisa tersenyum pahit.
'Isa tak tahu, Isa masih boleh tersenyum atau tak'
"By the way aunty. Aunty nak bawa Isa ke mana?"
"Rumah aunty"
Qayyisa mengerutkan dahinya. "Daris ada ke aunty?"
Megat Qasrina tersenyum. "No. It just me and you. Aunty nak bincang sesuatu dengan Isa."
"Tentang Isa dengan Daris" Qayyisa tersentak. Dia memandang tepat ke arah wajah wanita di hadapannya. Cuba untuk mencari helah tersembunyinya.
Namun, hampa. Mata wanita itu hanya memancarkan sinar penuh harapan. Qayyisa menggigit bibirnya berharap agar semua berjalan lancar.
Sesampainya mereka di Rumah banglo milik Megat Qasrina, mereka berdua di sapa oleh seorang pembantu rumah yang mesra.
"Isa nak makan apa-apa? Minum?"
Qayyisa menggelengkan kepalanya. Makan dan minum bukan lah tujuan utama dia berada di situ.
"Janganlah macam tu. Tak sedap pula kalau ajak tetamu tapi tak hidang apa-apa kan?"
Qayyisa tersenyum. "Kalau macam itu bagi Isa apa apa jelah"
Megat Qasrina terus memesan kepada pembantu rumahnya untuk menyediakan makanan.
Megat Qasrina memandang wajah Qayyisa dengan perasaan serba salah. Patutkah dia bincangkan hal itu bersama Qayyisa?
Thank you kerana sudi membaca
Don't forget to vote and comment this story!
Share this novel