CHAPTER 14

Drama Series 5352

Qayyisa berulang kali menghentak meja kayu antik itu dengan kuat . Walaupun tangannya sakit, namun ianya hilang dek akibat rasa hati yang membara. 

Mulutnya juga tidak kurang hebat berbanding tangannya, asyik mengunggkapkan kata cacian kepada kumpulan Chevalier sejak dari tadi.

"Dasar pengecut!"

"Belum Kalah dah lari!"

"Perangai pengecut kau tu boleh bawa matilah!" tempiknya berulang kali tanpa memikirkan perasaan gerun anak buahnya apabila melihatnya seperti itu buat pertama kali.

Alex yang turut berada di situ sudah tidak betah lagi melihat gadis itu terus menerus marah seperti orang hilang akal.  Dia segera bangun dari kerusinya dan menarik tangan Qayyisa pergi dari situ.

"You ni kenapa Qay?" Soal Alex setelah membawa Qayyisa jauh daripada yang lain.

Qayyisa yang mendengar soalan Alex berpeluk tubuh sambil badannya di sandarkan di dinding. Senyuman sinis turut dihadiahkan buat jejaka itu.

"Semua plan yang I dah rancang musnah and you boleh tanya kenapa?"

Alex mengeluh perlahan. Kalau diikutkan hatinya, soalan Qayyisa memang tidak boleh diguna pakai.

Sebagai seorang ahli yang professional, gagal dalam sesebuah misi adalah perkara biasa. Ketua haruslah bersikap tenang dan tidak menyalahkan musuh ataupun anak buah. Semua itu termaktub dalam syarat rasmi ERG. Takkan Qayyisa tidak tahu?

"Qay, you mana boleh jadi macam ni. Kita ketua. Kita perlu bersikap professional" pesan Alex kepada Qayyisa.

"I know that. You tak perlu ingatkan I. I buat semua tu sebab I ada perasan something" suara Qayyisa semakin mengendur.

"Maksud you?"

"I dah rancang plan dengan smooth. And no one will know that except our members. So, I rasa dalam group kita ada pengkhianat." Jawapan yang diberikan Qayyisa dibalas reaksi terkejut oleh Alex.

Pengkianat? Ada ke manusia yang berani mengkhianat Estrella? Dan sudah bersedia ke dia berdepan kematian jika berani mengkhianat Estrella?

"Seriously? Who?"

"I don't know yet. Sebab tu I marah macam orang gila tadi. I nak tengok reaksi diorang. And kebanyakannya kecut kecuali.." Qayyisa membiarkan ayatnya tergantung. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"My anonymous, Rose." Alex bertambah terkejut. Takkan lah Rose, anonymous yang paling dipercayai dan paling berpengalaman sanggup mengkhianati Estrella?

"But I tak ada bukti kukuh lagi. I akan siasat kes ni."

"But how? Rose adalah antara anonymous yang paling profesional kat Estrella. Dia boleh delete semua bukti yang dia ada." Kata-kata yang dikeluarkan Alex membuatkan Qayyisa tersentak untuk seketika. Otaknya ligat memikirkan idea supaya Rose tidak terlepas dari kesalahan yang dia lakukan.

"I rasa you kena cari anonymous yang lagi power dari Rose." Cadang Alex. Qayyisa tergelak kecil. Nak cari anonymous yang lebih power dari Rose? That's not easy, man.

"Masalahnya ada ke?" Alex senyum senget.

"Tuan Firas Arsyad bin Tuan Fazrul." Qayyisa menjegilkan matanya dan pantas menggelengkan kepalanya. Tidak mungkin dia akan membawa jejaka itu masuk ke dalam dunia gelap Estrella.

"He's useless."

"But he's the only one yang berjaya lepas hack maklumat peribadi you" Qayyisa memutarkan bebola matanya apabila tidak mampu menerima kebenaran yang jelas lagi nyata tentang Firas.

"Come one, Qay. I know he can do this" pujuk Alex lagi. Qayyisa berdecit kegeraman apabila sedar bahawa dirinya semakin terpujuk oleh Alex.

"Okay fine. Tapi untuk misi ni sahaja. Kalau you nak kekalkan dia, dia kena jalani ujian yang sama macam orang lain kena"

Alex tersenyum kemenangan apabila mendengar kata putus yang dikeluarkan oleh Qayyisa sendiri.

.
. .
. .

Firas mengeliat kecil apabila tidurnya terganggu kerana telefon bimbit yang tidak berhenti berdering.

Matanya dibukakan sedikit melihat ke arah jam yang elok tergantung di dinding biliknya.

12.03 p.m

Masih awal untuk seorang lelaki sepertinya bangun dari katil yang empuk itu. Maka dia membuat keputusan untuk sambung bermimpi di siang hari.

Namun telefon yang masih berdering itu membuatkannya tidak dapat meneruskan niatnya.

"Hello" panggilan itu terus diangkat tanpa ragu-ragu.

"..."

"Hello?"

"..."

"Hello"

"..."

"Kalau tak ada benda penting tolong jangan ganggu hidup orang lain, Miss Qayyisa." kata Firas kasar apabila orang yang menelefonnya sebentar tadi langsung tidak mengeluarkan suara.

"Hello" kata pemanggil setelah dimarahi oleh Firas.

"Ha. Ada suara pun. Nak apa?" Soal Firas kasar.

Qayyisa berdecit perlahan apabila terpaksa merendahkan egonya yang setinggi langit untuk menelefon genius sombong ini.

"I'm gonna send you a location. Kita bincang di sana" ucap Qayyisa ringkas sebelum mematikan panggilannya.

Firas mengerutkan dahinya. Pelbagai persoalan muncul di benaknya setelah mendapat mesej yang di sampaikan Qayyisa sebentar tadi.

Kenapa gadis itu menghubunginya secara tiba-tiba adalah persoalannya yang utama.

Tanpa membuang masa, dia terus bangkit dari katilnya dan mencapai tuala untuk mandi.

Seusai dia menyiapkan diri, dia terus mencapai telefon berserta beg dompetnya dan melangkah keluar dari biliknya.

Figura Aariz, Aryan dan Ayaz di ruang tamu  menjadi santapan matanya sebaik sahaja dia keluar dari biliknya.

"Korang tengok cerita apa ni?" Soalnya sambil melangkah mendekati mereka.

Ayaz menoleh ke arah Firas sambil memandangnya pelik. Firas seakan faham dengan pandangan Ayaz terus menyatakan hasratnya yang satu itu.

"Aku nak keluar jumpa someone. Nak apa-apa tak?" Soalnya. Ayaz mengangguk laju.

"Aku nak kau balik dengan selamat" kata Ayaz sambil tersengih. Firas pula mula rasa geli dan menunjukkan penumbuknya kepada jejaka itu.

Akhirnya, mereka sama-sama tergelak sehingga bayangan Firas hilang dari muka pintu rumah Aryan.

.
. .
.

Qayyisa melontarkan pandangannya ke arah sekeliling restoran mewah tersebut.

Nampaknya semakin lama dia di sini semakin ramai pengunjung yang hadir untuk menikmati menu tengah hari mereka.

Dia mengeluh perlahan sambil mengerling jam tangannya. Sudah 1 jam berlalu sejak dia menelefon jejaka itu. Namun, bayangannya masih tidak kelihatan.

'Dasar tak menepati masa' kutuk hati kecilnya.

Qayyisa berura-ura untuk melangkah pergi dari situ tetapi setelah melihat figura Firas, dia membatukan dirinya.

"I'm sorry. I'm late" ucap Firas sebaik sahaja tiba di meja yang di duduki oleh Qayyisa.

Gadis itu hanya mendiamkan diri bersama panahan mata yang mampu membunuh sesiapa sahaja yang melihatnya.

Firas menelan air liur kesat. "Sorry lah. Aku baru bangun tidur tadi. And then kau pula tiba-tiba ajak jumpa, tu yang lambat sikit tu"

Qayyisa mengeluh tidak puas hati. Lambat sikit? Untuk pengetahuan Firas dia sudah tunggu jejaka ini hampir 30 minit tau!

"So, apa motif kau jumpa aku ni?"

Qayyisa kembali fokus memandang wajah Firas. Perasaan yang tadinya geram kini hilang apabila mengingatkan tujuannya berjumpa jejaka itu.

Qayyisa berdehem kuat sambil membetulkan posisinya. Wajah Firas ditenung tajam bak pedang.

"Aku nak kau join Estrella Real Group"

.
.

Maaf atas kebosanan bab kali ini

Thank you kerana sudi membaca

Don't forget to vote and comment this story!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience